Social Icons

Pages

Thursday, August 13, 2015

BREAKING NEWS !!! KELUARGA DIHALAU DAPAT PERHATIAN BIRO KEBAJIKAN #UMNOWP @TENGKUADNANREAL !!!


Lewat malam semalam 1 mesej telah diviralkan di Facebook mengenai sebuah keluarga yang di katakan telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka di Selayang.Banyak perkongsian mengenai keluarga ini dilihat melalui laman media sosial dan melalui pesanan ringkas WhatsApp.Sejurus mendapat pesanan ringkas tersebut,Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan saudara Mohd Rafi Ali Hassan telah meminta AJK Biro,Puan Salmah Pin untuk menziarahi keluarga terbabit.


Menurut Salmah Pin,keluarga yang terdiri daripada 4 orang anak yang berusia 4 bulan hingga 5 tahun ini berasal daripada Skudai Johor.Pasangan suami isteri ini tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan telah menyewa sebuah bilik di Selayang namun disebabkan tidak mampu untuk membayar sewa bilik,maka mereka telah diusir keluar.Simpati akan nasib dan keluhan anak-anak yang masih kecil,Biro Kebajikan UMNO Wilayah Persekutuan menyampaikan sumbangan wang tunai dan akan berusaha mencari jalan untuk membantu meringankan beban keluarga ini.Kepada mana-mana pihak yang berminat menawarkan pekerjaan tetap kepada pasangan ini,sila hubungi saudara Rizan Hassan,013773 3676.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates