Cakap susah,tak cakap susah.kalau rajin sembang kita akan tahu dalam politik ada banyak pekara yang patut 'faham-faham sendiri'.Apa lagi dalam bab duit.Sebab itu kalau rajin korek dari orang yang tahu banyak tentang kisah dana politik mereka gelak saja tengok kisah ribut pasal RM2.6 billion yang masuk ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.Rasanya tidak perlu kita nak korek sangat hal ehwal kewangan PKR,PAS atau DAP.Pada ketika ada puak-puak sedang halakan meriam kearah Najib,ada pula drama aksi pijak semut tidak mati.Cerita duka lara popular ialah mereka selama ini hidup atas ehsan kutipan derma 'tin milo'.Pengarah Komunikasi Strategik BN,Datuk Abdul Rahman Dahlan yang buat kesimpulan tentang ini secara sinis kata 'saya bukan lahir semalam'.Maksudnya untuk nak percaya kisah konon parti-parti pembangkang semata-mata hanya bergantung hidup atas derma 'tin milo'.Kita boleh faham kenapa beliau cakap begitu.Cuba tengok bagaimana hebatnya poster dan segala macam lojistik parti pembangkang waktu pilihanraya kecil.
Adakalanya lebih hebat dari BN.Tolong congak dari ringgit ke ringgit mana mungkin derma politik yang dikutip menerusi 'tin milo' boleh tampung jumlah perbelanjaan yang besar itu.
Jadi dari mana datangnya duit itu semua.Siapa tahu mungkin semua itu runtuh dari langit.Ada cakap-cakap yang berlegar bahawa salah satu punca Kajang Move untuk bungkus Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor kerana beliau dikatakan 'kedekut' dan susah nak berkira bab duit.
Itu dikatakan kebiasaan budaya orang bekas bos koprat yang sudah terbiasa hidup kira setiap sen dalam mengurus syarikat.
Ini dikatakan mencetuskan keresahan dikalangan orang-orang kuat PKR di Selangor yang perlu dana politik untuk maintain parti secara lebih 'meriah'.
Setiap parti ada rahsia tersendiri.Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu mengenai hal kutipan dan pengurusan dana politik.Di peringkat pusat,negeri,bahagian dan cawangan mesti ada orang yang yang bertanggongjawab pegang duit dana politik ikut kapisiti masing-masing.Tanggungjawab terbesar untuk cari dana politik tentulah terletak dibahu Presiden mana-mana parti.Hal ini diakui oleh Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.Beliaulah kena garu kepala cari.Soalnya siapa yang nak jawab dalam bab kewangan untuk gerakan parti di seluruh negara kalau bukan bos nombor satu.Ini termasuk kos pentabiran di 222 kawasan parlimen yang ada,penganjuran program serta segala macam lain.Itu belum masuk yang buat 'muka welfare' datang jumpa dengan masalah.Cuba selak balik keretan-keratan akhbar belum pernah dana politik menjadi isu besar sehinggalah yang terbaru ini timbul kisah RM2.6 billion dalam akaun Perdana Menteri.Zaman Tun Abdullah Badawi senyap.Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad 22 tahun Presiden UMNO juga sunyi sepi berlalu tanpa bicara.
Siapa tidak pernah tanya dan siapa tidak pernah soal.Masih ada lagi sebilangan pemimpin UMNO sekarang yang pernah duduk dalam barisan Majlis Tertinggi UMNO zaman Mahathir.Ini termasuk Najib dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.Lain-lainnya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor,Datuk Seri Shahidan Kassim,Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Adnan Yaakob.Ada siapa pernah bising waktu itu?
Najib sendiri mengesahkan semasa beliau Timbalan Presiden UMNO tidak pernah tanya apa bab dana politik kepada Presiden.waktu itu Tun Abdullah Badawi.Katanya zaman Mahathir pun tiada siapa yang tanya dan korek sumber dana politik.Al kisahnya di zaman Mahathir kalau cakap bab dana politik semua orang akan sebut nama Tun Daim Zainuddin selaku Bendahari UMNO.Putar balik sejarah.Siapa yang berani banyak cakap dengan Daim - orang kepercayaan nombor satu Mahathir.
Ini stail masing-masinglah.Bekas Perdana Menteri itu dikatakan tumpu pentabiran negara dan bab-bab duit parti diurus oleh Daim.'Daim yang diam'...itu jolokan popular beliau waktu itu.Kalau appointment 10 minit dengannya.10 minit kena angkat kaki.Menariknya dalam diam punya diam dan jaga punya jaga sudah keluar cerita banyak juga duit untuk dana parti yang dipegang menerusi syarikat penama dan sebagainya tidak dapat dikaut balik.
Antaranya dikatakan kerana ada penama yang buat perangai segala macam.Duit serta harta parti lesap begitu saja di angin lalu.Ini diketahui semasa Mahathir serah kuasa kepada Pak Lah pada hujung 2003.
Rahman Dahlan dilaporkan berkata Mahathir sendiri memberitahu duit dan harta yang beliau beri kepada Abdullah Badawi (sewaktu peralihan kuasa),sebanyak RM1.4 bilion, itu bukan semuanya.
"Dia masih lagi nak mencari individu-individu yang memegang harta UMNO,untuk diambil semula dan dia mempunyai masalah bila masa untuk mengambil semula harta tersebut."
Beliau bercakap hal ini dalam kontek pendapatnya lebih baik Presiden parti sendiri pegang duit dana parti dari guna penama atau proksi.Datuk Seri Anwar Ibrahim,kini berehat di penjara dan pernah jadi orang kepercayaan Mahathir juga tentu boleh cerita banyak tentang dana politik.Beliau ialah Timbalan Perdana Menteri dari 1993 dan Menteri Kewangan dari 1991 hingga 1998.
Azmin Ali yang kini Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor serta pernah jadi Setiausaha Sulit Anwar yakni 'tukang jaga pintu' bosnya waktu zaman kegemilangannya dalam UMNO tentu ada simpan banyak cerita kisah-kisah lama itu.Juga mungkin ada Ketua-ketua UMNO Bahagian di zaman itu boleh buka cerita bagaimana 'meriahnya' pink form saham gugur dari langit terutama waktu Anwar nak rebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dari Allahyarham Tun Ghafar Baba pada pemilihan UMNO tahun 1993.Ada istilah popular TST yakni tahu sama tahu.Jadi elok sangatlah elak dari aksi pijak semut tidak mati dicelah kehangatan isu ada puak yang tengah cukup galak nak korek sumbangan derma RM2.6 billion pada Najib dari individu Timur Tengah.Fakta di depan mata ialah SPRM sendiri sudah sahkan wang itu adalah sumbangan derma.Bank Negara tahu kerana ada surat mengenai kemasukan duit itu.
Lebih dari itu SPRM mengesahkan ia tahu identiti penderma itu cuma tidak dapat umum namanya.Penderma berkenaan sendiri sahkan wang itu adalah derma.
Dari segi peraturan semuanya beres.
ANDA NAK LAGI CERITA PANAS ???
UNTUK SELANJUTNYA
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
berbolit bolit..
nak goreng pun tengokla IQ rakyat hari ini..
Duit kat Singapore 2 Billion tu dah jadi kertas shJ???
PM kencing di PARLIMEN
JANGAN MENUDUH MELULU......... APA YANG PALING PENTING ADALAH INTEGRITI ORANG YANG MEMILIKINYA.........NILAI KETANGGUNGJAWABAN PADA SESEBUAH ORGANISASI. PERDANA MENTERI ORANG YANG PALING LAYAK UNTUK MEMEGANG AMANAH INI. BUKAN PADA ANDA YANG KOKOK BERDERAI-DERAI TAPI EKOR BERGELUMANG TAHIK.....APA-APAPUN MOHONLAH RAHMAT DARIPADA ALLAH UNTUK KESELAMATAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT......
Najib PM yg paling layak pada hari ini. Tidak syak lagi. PM lain rm1 pun x dapat dana dari luar negara, Najib dapat rm2.6 bilion...hebat x hebat. RBA lu jangan manyak cakap, kasi dedah lu punya akaun dana politik, mana mari wang?
mana dtg 2.6 billion.....baca dan fikir...
http://limsiansee.blogspot.com/2015/08/arab-money-and-malaysian-spring.html
Post a Comment