Social Icons

Pages

Thursday, August 13, 2015

KANTOI !!! KENYATAAN USTAZ @DRFATHULBARI MENYELEWENG ??? JAWAPAN SEBENAR DIDEDAHKAN !!!



RESPON KEPADA KETUA LAJNAH PENYELIDIKAN DEWAN ULAMA PAS NEGERI SELANGOR

Saya sangat menghormati kesungguhan al-Fadhil Ustaz Nazmi - Ketua Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Selangor- dalam memberikan penjelasan kepada umat Islam tentang penyelewengan Syiah. Tahniah saya ucapkan.Semalam saya terbaca kenyataan yang DISANDARKAN kepada al-Fadhil Ustaz Nazmi di Harakahdaily

"SEKIRANYA BENAR" link di atas adalah kenyataan al-Fadhil Ust Nazmi,maka berikut adalah respon saya : 

AL-FADHIL USTAZ BERKATA : 

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Fathul Bari iaitu kewajipan mentaati pemimpin biarpun fasiq merupakan kenyataan yang tidak tepat pada masanya.Malahan kenyataan itu menyeleweng daripada kebenaran." Ia merujuk kepada kewajipan kepada rakyat untuk patuh kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah terlibat dengan pelbagai skandal.Rakyat Malaysia bukanlah ingin mengangkat senjata, tetapi menuntut agar dia berundur termasuklah Umno dari memerintah negara.Perbahasan tentang kewajipan mentaati pemimpin yang fasiq telah dibincangkan oleh para ulama yang terdahulu dalam sistem khalifah yang tidak sama seperti masa kini.Kewajipan mentaati itu pula merujuk kepada pengharaman mengangkat senjata bagi menggulingkan kerajaan yang disebut sebagai bughah." 

RESPON SAYA : 

1) Saya menyeru rakyat patuh kepada kepimpinan YAB Dato Seri Najib dalam hal yang makruf selama mana tiada perintah melakukan kemaksiatan dan tiada kekafiran yang nyata.Saya mohon al-Fadhil Ust membezakan antara isu kefasikan pemimpin dengan isu mentaatinya dalam hal yang ma'ruf.Kefasikan seorang pemimpin tidak menjadikan kita menanggalkan ketaatan kita terhadapnya dalam hal yang ma'ruf. Melainkan zahir baginya kekufuran yang jelas. Asas pendirian saya adalah hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam : 

“Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau dia benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila dia menyuruh untuk melakukan maksiat,maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” (Hadis Riwayat Muslim no. 3423, al-Tirmidzi no. 1629) 

2) Bagi pandangan saya,meminta Perdana Menteri dan UMNO berundur,bukanlah merupakan masa yang sesuai.Al-Fadhil Ustaz sewajarnya menyeru rakyat Malaysia supaya bersabar dan tunggu pilihanraya.Dalam perenggan seterusnya al-Fadhil Ustaz sendiri mengakui sistem pilihanraya berperlembagaan.Oleh itu,jika benar-benar inginkan perubahan,nantikan pilihanraya. 

3) Isu skandal yang al-Fadhil Ustaz sebutkan terlalu umum.Jika Ustaz merujuk kepada 1MDB & RM2.6 billion,ia masih berada dalam siasatan.Jadi,sila beri laluan dan ruangan sepenuhnya untuk disiasat.Sebagai penyelidik dan ilmuan,itu merupakan tindakan yang paling wajar.

4) Al-Fadhil Ustaz,saya yakin Ustaz telah menelaah kitab-kitab para ulama firaq (kumpulan-kumpulan) yang membahaskan tentang "khawarij".Dan saya yakin al-Fadhil Ustaz juga membaca tentang celaan Nabi sallallahu alaihi wa sallam, para sahabat dan para ulama ahli sunnah terhadap khawarij.Saya juga yakin al-Fadhil Ustaz mengetahui bahawa khawarij tidak hanya merujuk kepada sikap mengangkat senjata. 

5) Kata ulama besar Mazhab al-Syafie juga muhaddis tersohor al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (w. 852H) : 

"Al-Khawarij "al-qa'diyyah" (yang duduk) ; mereka tidak menyeru manusia memerangi pemerintah (dengan senjata),namun mereka mengingkari pemerintah yang zalim dengan menyeru manusia kepada pendapat mereka yang memperelokkan serta memperindahkan sikap khuruj (keluar dari mentaati pemerintah)." (lihat: Tahzib al-Tahzib, oleh Ibnu Hajar, 8/114) 

Difahami dari kata-kata Ibnu Hajar (w.852H),bahawa khawarij al-qa'diyyah adalah golongan yang melakukan provokasi juga menyebarkan persepsi supaya rakyat tidak mentaati pemerintah. Kerana itu al-Imam Abu Daud (w.275H) menukilkan perkataan dari Abdullah bin Muhammad al-Sha'if bahawa :

"Khawarij al-Qa'diyyah adalah seburuk-buruk khawarij." (lihat: Masa'il al-Imam Ahmad, oleh Abu Daud, ms 271) 6) 

Maka sudah tentu hadis yang menyeru kepada mentaati pemerintah TIDAK HANYA merujuk kepada khawarij yang mengangkat senjata sahaja BAHKAN merangkumi juga khawarij al-Qa'diyyah. 

AL-FADHIL USTAZ BERKATA : "Dalam sistem pilihan raya berperlembagaan sebagai mana yang diamalkan pada hari ini,kenyataan yang sepatutnya dibuat ialah kewajipan dalam menegur pemimpin yang melakukan kesalahan.Ini sesuai dengan banyak hadis yang menyebutkan tentang kewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.Tidak wajar hanya membaca hadis mentaati pemimpin sahaja sedangkan hadis berkaitan menegur pemimpin yang zalim disenyapkan sahaja.Tindakannya yang menyalahgunakan nas hadis dan membacanya secara literal serta tidak melihat hadis-hadis yang lain amat dikesalkan sebagai seorang yang mendapat PhD dalam bidang Hadis." 

RESPON SAYA : 

1) Menegur kesalahan pemerintah adalah wajib samada dalam sistem demokrasi seperti hari ini atau yang lainnya. 

2) Mungkin al-Fadhil Ust terlepas pandang pendirian serta penjelasan saya tentang kewajipan menasihati pemerintah. Teguran ikhlas saya, al-Fadhil Ustaz silalah membaca atau meneliti ulasan-ulasan saya tentang isu mentaati pemerintah serta menasihati pemerintah secara kolektif. Sebagai Ketua Penyelidik, itu seharusnya al-Fadhil Ustaz lakukan. 

3) Alhamdulillah saya tidak pernah menyembunyikan atau mendiamkan hadis-hadis tentang kewajipan menegur pemimpin.Janganlah hanya bergantung kepada ulasan video pendek, lalu al-Fadhil Ustaz menghukum secara pukal.Itu juga literal Ustaz. 

4) Silalah al-Fadhil Ustaz "MENYELIDIK" ulasan-ulasan saya tentang isu ketaatan kepada pemimpin di posting sebelum ini

5) Saya yakin bahawa perbezaan antara kita adalah memahami hadis-hadis tentang METHODOLOGI menegur. Sebagaimana al-Fadhil Ustaz ada hak untuk memilih method, maka saya juga ada hak untuk memilih method yang saya yakin bertepatan dengan prinsip Ahli Sunnah.Wallaahualam. 

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya 
Exco Pergerakan Pemuda UMNO


APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates