Social Icons

Pages

Showing posts with label USTAZ FATHUL.... Show all posts
Showing posts with label USTAZ FATHUL.... Show all posts

Thursday, August 13, 2015

KANTOI !!! KENYATAAN USTAZ @DRFATHULBARI MENYELEWENG ??? JAWAPAN SEBENAR DIDEDAHKAN !!!



RESPON KEPADA KETUA LAJNAH PENYELIDIKAN DEWAN ULAMA PAS NEGERI SELANGOR

Saya sangat menghormati kesungguhan al-Fadhil Ustaz Nazmi - Ketua Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Selangor- dalam memberikan penjelasan kepada umat Islam tentang penyelewengan Syiah. Tahniah saya ucapkan.Semalam saya terbaca kenyataan yang DISANDARKAN kepada al-Fadhil Ustaz Nazmi di Harakahdaily

"SEKIRANYA BENAR" link di atas adalah kenyataan al-Fadhil Ust Nazmi,maka berikut adalah respon saya : 

AL-FADHIL USTAZ BERKATA : 

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Fathul Bari iaitu kewajipan mentaati pemimpin biarpun fasiq merupakan kenyataan yang tidak tepat pada masanya.Malahan kenyataan itu menyeleweng daripada kebenaran." Ia merujuk kepada kewajipan kepada rakyat untuk patuh kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah terlibat dengan pelbagai skandal.Rakyat Malaysia bukanlah ingin mengangkat senjata, tetapi menuntut agar dia berundur termasuklah Umno dari memerintah negara.Perbahasan tentang kewajipan mentaati pemimpin yang fasiq telah dibincangkan oleh para ulama yang terdahulu dalam sistem khalifah yang tidak sama seperti masa kini.Kewajipan mentaati itu pula merujuk kepada pengharaman mengangkat senjata bagi menggulingkan kerajaan yang disebut sebagai bughah." 

RESPON SAYA : 

1) Saya menyeru rakyat patuh kepada kepimpinan YAB Dato Seri Najib dalam hal yang makruf selama mana tiada perintah melakukan kemaksiatan dan tiada kekafiran yang nyata.Saya mohon al-Fadhil Ust membezakan antara isu kefasikan pemimpin dengan isu mentaatinya dalam hal yang ma'ruf.Kefasikan seorang pemimpin tidak menjadikan kita menanggalkan ketaatan kita terhadapnya dalam hal yang ma'ruf. Melainkan zahir baginya kekufuran yang jelas. Asas pendirian saya adalah hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam : 

“Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau dia benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan. Apabila dia menyuruh untuk melakukan maksiat,maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” (Hadis Riwayat Muslim no. 3423, al-Tirmidzi no. 1629) 

2) Bagi pandangan saya,meminta Perdana Menteri dan UMNO berundur,bukanlah merupakan masa yang sesuai.Al-Fadhil Ustaz sewajarnya menyeru rakyat Malaysia supaya bersabar dan tunggu pilihanraya.Dalam perenggan seterusnya al-Fadhil Ustaz sendiri mengakui sistem pilihanraya berperlembagaan.Oleh itu,jika benar-benar inginkan perubahan,nantikan pilihanraya. 

3) Isu skandal yang al-Fadhil Ustaz sebutkan terlalu umum.Jika Ustaz merujuk kepada 1MDB & RM2.6 billion,ia masih berada dalam siasatan.Jadi,sila beri laluan dan ruangan sepenuhnya untuk disiasat.Sebagai penyelidik dan ilmuan,itu merupakan tindakan yang paling wajar.

4) Al-Fadhil Ustaz,saya yakin Ustaz telah menelaah kitab-kitab para ulama firaq (kumpulan-kumpulan) yang membahaskan tentang "khawarij".Dan saya yakin al-Fadhil Ustaz juga membaca tentang celaan Nabi sallallahu alaihi wa sallam, para sahabat dan para ulama ahli sunnah terhadap khawarij.Saya juga yakin al-Fadhil Ustaz mengetahui bahawa khawarij tidak hanya merujuk kepada sikap mengangkat senjata. 

5) Kata ulama besar Mazhab al-Syafie juga muhaddis tersohor al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani (w. 852H) : 

"Al-Khawarij "al-qa'diyyah" (yang duduk) ; mereka tidak menyeru manusia memerangi pemerintah (dengan senjata),namun mereka mengingkari pemerintah yang zalim dengan menyeru manusia kepada pendapat mereka yang memperelokkan serta memperindahkan sikap khuruj (keluar dari mentaati pemerintah)." (lihat: Tahzib al-Tahzib, oleh Ibnu Hajar, 8/114) 

Difahami dari kata-kata Ibnu Hajar (w.852H),bahawa khawarij al-qa'diyyah adalah golongan yang melakukan provokasi juga menyebarkan persepsi supaya rakyat tidak mentaati pemerintah. Kerana itu al-Imam Abu Daud (w.275H) menukilkan perkataan dari Abdullah bin Muhammad al-Sha'if bahawa :

"Khawarij al-Qa'diyyah adalah seburuk-buruk khawarij." (lihat: Masa'il al-Imam Ahmad, oleh Abu Daud, ms 271) 6) 

Maka sudah tentu hadis yang menyeru kepada mentaati pemerintah TIDAK HANYA merujuk kepada khawarij yang mengangkat senjata sahaja BAHKAN merangkumi juga khawarij al-Qa'diyyah. 

AL-FADHIL USTAZ BERKATA : "Dalam sistem pilihan raya berperlembagaan sebagai mana yang diamalkan pada hari ini,kenyataan yang sepatutnya dibuat ialah kewajipan dalam menegur pemimpin yang melakukan kesalahan.Ini sesuai dengan banyak hadis yang menyebutkan tentang kewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.Tidak wajar hanya membaca hadis mentaati pemimpin sahaja sedangkan hadis berkaitan menegur pemimpin yang zalim disenyapkan sahaja.Tindakannya yang menyalahgunakan nas hadis dan membacanya secara literal serta tidak melihat hadis-hadis yang lain amat dikesalkan sebagai seorang yang mendapat PhD dalam bidang Hadis." 

RESPON SAYA : 

1) Menegur kesalahan pemerintah adalah wajib samada dalam sistem demokrasi seperti hari ini atau yang lainnya. 

2) Mungkin al-Fadhil Ust terlepas pandang pendirian serta penjelasan saya tentang kewajipan menasihati pemerintah. Teguran ikhlas saya, al-Fadhil Ustaz silalah membaca atau meneliti ulasan-ulasan saya tentang isu mentaati pemerintah serta menasihati pemerintah secara kolektif. Sebagai Ketua Penyelidik, itu seharusnya al-Fadhil Ustaz lakukan. 

3) Alhamdulillah saya tidak pernah menyembunyikan atau mendiamkan hadis-hadis tentang kewajipan menegur pemimpin.Janganlah hanya bergantung kepada ulasan video pendek, lalu al-Fadhil Ustaz menghukum secara pukal.Itu juga literal Ustaz. 

4) Silalah al-Fadhil Ustaz "MENYELIDIK" ulasan-ulasan saya tentang isu ketaatan kepada pemimpin di posting sebelum ini

5) Saya yakin bahawa perbezaan antara kita adalah memahami hadis-hadis tentang METHODOLOGI menegur. Sebagaimana al-Fadhil Ustaz ada hak untuk memilih method, maka saya juga ada hak untuk memilih method yang saya yakin bertepatan dengan prinsip Ahli Sunnah.Wallaahualam. 

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya 
Exco Pergerakan Pemuda UMNO


APA KATA ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 12, 2015

KANTOI !!! RAKYAT MALAYSIA TABUR FITNAH KEPADA @DRFATHULBARI !!! TOLONG MINTA MAAF !!!


Penyebaran FITNAH bahawa saya mengungkapkan "Wajib Taat pada Perdana Menteri Walaupun Dia Mencuri Harta Rakyat"

Berikut adalah ulasan saya :

1) FITNAH ini disebarkan dgn meletakkan TAJUK PROVOKASI (spt di atas) pada satu kuliah maghrib saya di sebuah masjid di Batu Caves pd 31/05/2011.

2) Video berdurasi 8 minit 19 saat itu merupakan jawapan saya kepada satu soalan tentang sejauh mana ketaatan kepada pemimpin.Adakah dgn kenaikan tarif elektrik mengharuskan kita utk tidak mentaati pemimpin dalam hal yg makruf?

3) Terlalu banyak video-video ulasan saya tentang pemerintahan dan konsep mentaati pemimpin.Sila rujuk : http://www.drfathulbari.com/2015/08/menjawab-fitnah-wajib-taat-perdana.html
Jadi,sebarang kesimpulan yg ingin dibuat tentang pendirian saya,perlu mengambilkira ulasan-ulasan saya secara kolektif dan janganlah diputarbelitkan yang kemudiannya boleh menjadi modal fitnah.

4) Oleh kerana,pemfitnah sentiasa gagal berhujjah ilmiah,maka mereka cuba memutarbelitkan kenyataan saya dengan tujuan mengadu domba.Sabda Nabi SAW : "Tidak akan masuk syurga pengadu domba". (HR ) Al-Imam al-Nawawi (w.676H) memberikan takrifan "al-Namimah" (adu domba) sebagai menukilkan kata-kata seseorang dan menyebarkannya dengan tujuan jahat.(lihat: al-Azkar,oleh Yahya bin Syarf al-Nawawi,ms 99)

5) Mentaati Pemerintah Islam yg SAH dalam hal yg ma'ruf adalah satu KEWAJIPAN selama mana tiada arahan melakukan maksiat. Asas pendirian saya berdasarkan hadis Nabi SAW : "Wajib ke atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah) pada apa-apa yang dia sukai atau benci, melainkan apabila penguasa tersebut menyuruhnya untuk melakukan kemaksiatan. Apabila pemerintah menyuruh untuk melakukan maksiat, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat (dalam urusan maksiat tersebut).” (HR Muslim, no: 3423. al-Tirmidzi, no: 1629)

6) Kezaliman pemerintah sudah tentu wajib diingkari dan dinasihati.Sabda Nabi SAW : “Jihad yang paling utama adalah MENGATAKAN KEBENARAN di hadapan pemerintah yang zalim.” (HR Abu Daud, no:4344,al-Tirmidzi,no:2174).Asas menasihati adalah secara berhadapan dengan pemimpin bukan di belakangnya.

7) KAEDAH "mengatakan kebenaran" @ menegur @ mengingkari @ menasihati semestinya menepati METHODOLOGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

8) Methodologi AHLI SUNNAH dalam menasihati pemerintah : 

a. Menasihati bukan provokasi. 
b. Menyampaikan hujjah bukan fitnah 
c. Penuh kesopanan bukan kebiadapan 
d. Dengan kasih sayang bukan kebencian 
e. Secara bersendirian diutamakan bukan dijalanan atau terang terangan. 
f. Dengan keikhlasan bukan kepentingan 
g. Penuh penghormatan bukan mengaibkan 
h. Bersangka baik bukan bersangka buruk 
i. Dengan kebijaksanaan bukan kejahilan (cth: BIJAK memilih tempat,masa,perkataan, menilai kemampuan diri, menilai maslahah dan mafsadahnya)

*Saya memaafkan semua pemfitnah,pemaki hamun,pengadu domba,pengumpat dan penyebar yg tidak bertabayyun.Moga Allah mengampuni kita semua.Wallaahualam.

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, December 14, 2013

KANTOI !!! @USTAZFATHULBARI MEMBELASAH #MATSABU !!! BUKTI #MATSABU PENGANUT #SYIAH DIDEDAHKAN !!!


Keh3..Sekali Dr. Fathul Bari sudah lempang 'BUKAN USTAZ' dari PAS yang juga Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu.Macam biasa.Mat Sabu nafikan dia bukan Syiah....Ala rileks ler Mat Sabu.Bukan hari tu kau tak nak jawab ke dalam isu Syiah ??? Sedangkan sepatutnya bila wartawan tanya soalan tu kat kau,seharusnya dengan tegas kau nafikan diri kau bukan Syiah.Kenapa bila KDN dah gertak,baru terhegeh-hegeh nak mengaku ahli sunnah ??? Apa-apa pun... Kau tak boleh nak selindung coz kau punya Degree Taqiyyah tak complete lagi.Kes tu senang saja terkantoi. - AJ

kenapa pembangkang ni bangang sangat !!! kalau perjumapaan tiada masalah !!! ada faham kahh !!! perbuatan tu baru salah seperti di bawah 

mat sabu telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah.Mat Sabu juga pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah, Arau,Perlis pada 2005 dan Tuan Guru Haji Abd. Rahim dari Sungai Jagung,Pendang,Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah. 

BUKTI DAH ADA !!! 

APA LAGI PEMBANGKANG NAK MENGARUT NI ??? 

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH





ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, December 07, 2013

EKSKLUSIF !!! #PAU2013 !!! VIDEO PENUH UCAPAN @USTAZFATHULBARI DIDEDAHKAN !!! WAJIB LIHAT !!!


ucapan penuh Ustaz Fathul Bari khas untuk anda pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 didedahkan.kepada pembangkang sila lihat video ini.ini semua khas untuk anda.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, November 24, 2013

EKSKLUSIF !!! TAUFAN HAIYAN !!! APA KATA USTAZ FATHUL BARI ??? VIDEO INSIDE !!!


Dikatakan Taufan Haiyan ini adalah taufan paling kuat dan dahsyat yang pernah dicatatkan di dunia.Berkelajuan 315km sejam dan telah meragut lebih 10,000 nyawa.Wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur.Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk sekurang-kurangnya di enam daripada 7,000 kepulauan negara itu termasuk Leyte,Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan. Ramai yang menyatakan ianya adalah sebab dari perubahan cuaca dan sebagainya.Mereka menyatakan ribut sebegini berlaku pada setiap tahun cuma kali ini ianya bukan seperti tahun-tahun lalu.Namun desas desus juga menyatakan ianya akibat daripada mereka merobohkan masjid pada September 2013 lalu sehingga terbunuh beberapa orang Islam.

Ada juga umat Islam yang ditembak dalam proses merobohkan masjid tersebut.Apa pun ianya adalah perkara ghaib.Tidak diceritakan mengapa bala dan ujian diturunkan.Tidak dinyatakan bala dan ujian diturunkan di atas sebab-sebab tertentu.Allah pasti menurunkan bala bencana kepada sesuatu kaum yang melakukan maksiat secara terang-terangan.Apa yang pasti umat Islam mesti mengambil pengajaran di atas kemusnahan yang telah berlaku sebagai pengajaran. Allahua'lam.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, September 13, 2013

HOT NEWS !!! ISU HARGA MINYAK PETROL NAIK !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM !!! VIDEO INSIDE !!!


Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang mengkritik kerajaan tidak pandai menguruskan ekonomi sehingga menyebabkan kenaikan harga minyak,ditempelak semula oleh Dr Fathul Bari yang berkata pada zamannya menjadi Menteri Kewangan kenaikan harga tersebut juga turut berlaku.“Bila kita sebut pasal kawal (harga minyak) ini,kita tengok balik sejarah.Masa Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada ketika itu.Zaman beliau pun berlaku kenaikan harga minyak.Naik sekupang (10 sen).Jadi kalau nak kata hari ini,kerajaan dikatakan menaikkan harga minyak,zaman dia pun ada.Sekupang pun persoalannya naik ataupun tidak,boleh kawal ataupun tidak.Kalau zaman dia tak boleh kawal,macam mana dia nak mintak zaman kita supaya kawal, “katanya.

LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 19, 2013

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH USTAZ FATHUL BARI VS PEMUDA PAS SELANGOR TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!


tu diaaa.video penuh ustaz fathul bari dan pemuda PAS dah tersebar.1 demi satu telah di bongkar melalui isu Kalimah Allah dan macam-macam lagi.sila lihat video ini.tolong sebarkan !!!

LIHAT VIDEO DI BAWAH


RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, December 02, 2012

HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!


Cara yang dipraktikkan PAS ketika mendoakan kehancuran Umno adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad S.A.W kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya.Beliau berkata dalam doa itu,PAS tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota Umno berlaku zalim.Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini, beliau menceritakan kisah nabi Muhammad s.a.w yang mendoakan supaya Allah melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar Al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan. 

“Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu. “Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca PAS disebut perkataan umum, iaitu Umno,” katanya. 

“Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?,” katanya disambut laungan “tidak!” oleh perwakilan Umno. 

Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat,adik kepada Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi. Mengikut kaedah Islam,doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan ‘sekiranya’ jika tidak pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk,katanya.Anak bekas mufti Perlis itu kemudiannya mengemukakan lima cadangan untuk berdepan dengan fitnah pembangkang,iaitu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang,mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah. 

Memetik ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat, Fathul Bari berkata pernyataan ikhlas itu merupakan contoh terbaik seorang pemimpin kerana sikap mohon maaf dan memaafkan adalah satu daripada bukti politik kasih sayang. Menyentuh dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno murtad,beliau berkata kenyataan itu merupakan satu tuduhan yang sangat berat yang perlu difahami secara bijak kerana menteri besar Kelantan itu tidak membuat pernyataan secara langsung,sebaliknya menggunakan kaedah ilmu mantiq. “Kita kena hati-hati. Ini kenyataan bijak sebab beliau tidak menyebut secara langsung Umno itu murtad. Ini ilmu mantiq, ada mukadimah dan natijah. “Dia kata perlekeh Islam murtad dan dia kata Umno perlekeh Islam tanpa menyebut natijah sedangkan ia sangat jelas.Dia hukum Umno murtad,” katanya yang turut menayangkan video doa PAS dan kenyataan Nik Abdul Aziz itu – Bernama

Monday, November 19, 2012

ISU DOA HANCURKAN UMNO DAN BN !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH PAS KAW-KAW !!!


SAYA MALAS NAK BAGI ULASAN PANJANG-PANJANG !!!

HANYA SATU SOALAN SAYA NAK TANYA !!!

ADAKAH UMNO DOA PAS HANCUR ???

ADAKAH UMNO DOA PAS DILENYAPKAN DARI MALAYSIA ???

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

  

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, November 18, 2012

HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MENGHENTAM PAS KAW-KAW !!!


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU),Fathul Bari Mat Jahaya mempersoalkan mengapa PAS perlu mendapatkan keizinan DAP untuk membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Islam umpamanya,hudud.Malah katanya,jika PAS ikhlas dengan perjuangannya,parti itu seharusnya tidak memilih sekutu yang jelas menyatakan penentangan mereka terhadap isu pelaksanaan hudud.Beliau juga mempersoalkan mengapa PAS tidak membuka ruang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan parti Islam yang lain, iaitu Umno untuk memastikan Malaysia benar-benar berjaya menjadi sebuah negara Islam

"Mengapa PAS perlu bersama-sama dengan orang yang menjadi penghalang dalam usaha memartabatkan agama. Mengapa PAS perlu meminta izin dahulu daripada DAP untuk membentuk sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Islam.Perpaduan dan kesatuan ini sepatutnya didahulukan sesama muslim dalam konsep jadi mengapa perpaduan sesama muslim ini kita ketepikan.Sedang kita mencari perpaduan dan kerjasama yang ada agenda dan benci kepada Islam dan menolak agama Islam". Fathul berkata,PAS seharusnya melupakan sengketa lama dan kembali melihat kelebihan yang ada jika kedua-dua parti itu bergabung. "Jalan terbaik bagi kedua-dua parti iaitu PAS dengan Umno sebenarnya adalah saling bermaafan bagi memastikan usaha mengangkat kedudukan martabat Islam dijadikan agenda utama," ujarnya. 

Presiden PAS,Datuk Abdul Hadi Awang semalam dalam ucapan dasar Muktamar PAS kali ke-58 berkata bahawa parti itu tidak memaksa jika ada perbezaan pendapat atau keputusan di antara komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) setelah berjaya menjadi pemimpin kelak.Terdahulu,Ketua Dewan Ulama PAS,Datuk Harun Taib berkata Pakatan Rakyat sudah mencapai kata sepakat dan hudud akan dilaksanakan mengikut perlembagaan negara. 

“Kalau kita majoriti dalam Parlimen,kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan,maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.Bila jadi undang-undang negara, semua kena taat, patuh.Kalau tidak setuju,contohnya ada undang-undang jalan raya,orang pun tidak setuju,kerajaan laksana juga,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas,Khamis lalu.

Bagaimanapun,Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP,Dr Tan Seng Giaw bingkas memberi reaksi dan berkata beliau tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui Pakatan Rakyat.Beliau kemudiannya menegaskan,DAP hanya menerima Islam sebagai agama rasmi.Pengerusi DAP, Karpal Singh pula hari ini menyifatkan kenyataan Harun itu sebagai nakal dan jauh terpesong. Mengulas situasi itu, Fathul berkata, PAS akan lebih dipandang mulia jika parti itu menghentikan kerjasamanya dengan DAP. "Biarlah PAS kekal dengan perjuangannya yang mulia daripada bersama-sama dengan DAP dalam Pakatan," tegasnya.Fathul juga mengulas dakwaan Harun yang melabel ulama Umno 'jahat' dan 'fulus' ketika menyampaikan ucapannya pada muktamar yang dihadiri lebih 1000 perwakilan. "Harun Taib sebagai ketua pemimpin Dewan Ulama sepatutnya menunjukkan sikap yang baik tanpa mengeluarkan kenyataan seperti itu.Bila dia (Harun Taib) kata ulama Umno jahat itu merupakan kenyataan rambang yang mungkin beliau bercakap dalam keadaan beremosi," jelasnya. - Antara Pos

HOT NEWS !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!


Meskipun PAS berusaha untuk mendiamkan diri dalam isu kenyataan Nurul Izzah di gereja, seorang lagi ulama muda, Ustaz Fathul Bari tampil menggesa Naib Presiden PKR itu bertaubat. “Isu hak bangsa satu isu, isu mendaulatkan Islam satu isu yang lain, jangan dicampuradukkan. “Hak bangsa adalah satu hak,kita kena pertahankan hak Melayu. Itu adalah perjanjian yang termaterai dulu lagi dan kita hidup aman kerana perjanjian tersebut. “Dan kemudian, Melayu diikat dengan Islam. Tidak ada di negara Arab di dunia ini yang meletakkan bangsa mereka dengan agama Islam, melainkan Melayu, tetapi mengapa tiba-tiba kita nak membuka ruang (untuk robohkan),” katanya dalam rakaman ceramah di Terengganu yang diterbitkan abuaqif studio, 15 Nov. Menurutnya, dalam isu ini sepatutnya Nurul Izzah menarik balik kenyataan yang pernah dibuat di gereja tersebut dan bukannya terus mempertahankannya dengan teknik memutar belit. “Cuba perhati baik-baik..apabila kenyataan Nurul Izzah menyebut secara terang.Saya minta dia tarik balik, senang. Bila dia tarik balik, dia kata tersalah cakap, itu merupakan satu kemuliaan untuknya. “Tapi masalahnya tak mengaku salah. Putar. Yang ni yang problem,”katanya lagi. Katanya lagi pendirian Nurul Izzah di gereja itu bercanggah dengan pendirian PAS yang berhasrat untuk melaksanakan hudud di negara ini. 

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH

  

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 26, 2012

HOT NEWS !!! HUDUD !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBELASAH TANTAWI !!!


amik ubat !!! nak sangat kan ??? malas nak ulas panjang-panjang.jom lihat video di bawah 

  

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, September 17, 2012

EKSKLUSIF !!! RASULULLAH SAW SOKONG ANWAR IBRAHIM ??? ADA BUKTI KER ???





Ustaz Fathul Bari meminta bukti dakwaan yang mengatakan bahawa Mursyidul Am Ikhwanul Mesir bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan mendakwa Baginda SAW menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya inginkan bukti bagi yang membaca (khutbah) dan mengeluarkan kenyataan seperti ini bahawasanya Mursyidul Am Ikhwan Muslimin mengeluarkan kenyataan itu.Daripada mana sumbernya,perkataannya ada direkod kah..ada video kah..dalam akhbar kah..minta dibuktikan..jangan ia bersifat dakwaan semata-mata,”katanya.

Menurutnya,mimpi bukanlah asas untuk dijadikan dalil yang kukuh.

“Mimpi tidak boleh dijadikan dalil.Kalau mimpi dijadikan dalil, ia akan berlaku kerosakan yang sangat besar.Masing-masing akan mendakwa (bermimpi)..dalam keadaan ramai manusia pada hari ini..tidak boleh dikatogerikan saksi yang bersifat adil,”katanya lagi.

Ustaz Fathul Bari diminta mengulas dakwaan seorang khatib ketika membaca khutbah Jumaat di Masjid Jamek An-Najah Padang Serai, Kulim pada 7 September lalu.Khatib tersebut,ustaz Mohd Haslizal Allias dalam khutbahnya berkongsi satu mimpi yang didakwa telah dimimpikan oleh Mursyidul Am Ikhwanul dan beberapa Tok Guru di kalangan ulama Ikhwanul Muslimin Mesir.jom lihat kembali video di bawah



sila ke minit 23:50 - 25:00

subbahanAllah...

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, September 07, 2012

HOT NEWS !!! PUAK PAKATAN HARAM KANTOI !!! ILMU NAFI BELI USTAZ NASHA !!!



Sekretariat Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) nafi menawarkan bekas Timbalan Presiden Pas,Nasharuddin Mat Isa menyertai Umno ketika mengunjungi kediaman pemimpin itu, baru- baru ini.Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata,perjumpaan itu bertujuan menziarahi Ahli Parlimen Bachok itu atas nama Islam dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.Beliau berkata,beberapa topik dibincangkan termasuk kedudukan Nasharuddin dalam Pas yang akan diketahui pada 9 September nanti.Bagaimanapun,Ahli Parlimen Bachok itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan kedudukannya.

“Perjumpaan itu juga membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan antara Ilmu dan Nasharuddin pada masa akan datang.Ilmu akan mengadakan pelbagai program antaranya ialah Jelajah Ilmu yang akan memberikan penjelasan hukum hudud kepada Islam dan bukan Islam,” katanya kepada Sinar Harian

Fathul berkata,dalam pertemuan itu juga kedua-dua pihak membincangkan isu kepentingan perpaduan Islam.

“Kami menasihati di antara satu sama lain dan bermuhasabah diri. Kami mengambil keputusan untuk bersatu dan bersama-sama berbincang mengenai masa depan Islam.Kami juga bersatu demi perpaduan umat Islam atas nama Islam bukan atas nama dan kepentingan politik masing- masing,” katanya.

Menurutnya,beliau ikhlas bertemu Nasharuddin dan mengakui mulai rapat setelah mengenali pemimpin tersebut di Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.Sementara itu,ketika ditanya mengenai sesetengah pihak yang membuat pelbagai andaian mengenai pertemuan itu,Fathul berkata,pertemuan itu tidak bertujuan untuk menakutkan Pas atau Ilmu membeli Nasha.

“Kami datang atas nama Islam, tidak ada provokasi dan tidak pernah berbincang dan mengaibkan antara satu sama lain.Sebagai seorang Islam, kita tidak oleh menghalang pertemuan seorang Muslim dan Muslim yang lain kerana kita dituntut menyambung ikatan silaturahim,” katanya. - SH

APA CERITA NI ????

SIKIT-SIKIT BELI !!!

INILAH PUAK PAKATAN HARAM !!!

TAKUT SANGAT !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, September 01, 2012

HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL MEMBELASAH PAS BERKENAAN ISU HUDUD ???



tu dia..malas nak ulas panjang-panjang.adakah Ustaz Fathul Bari membelasah PAS atau siapa yang tak faham-faham lagi pasal Hudud ni.jom lihat video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 30, 2012

HOT VIDEO !!! UTUS SURAT !!! USTAZ FATHUL BARI MEMBERIKAN 4 SEBAB UNTUK NIK AZIZ !!!



Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu),Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya memberikan 4 sebab kenapa beliau menghantar surat rasmi kepada Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan isu hudud.lihat video di bawah



NAK TAHU APA JAWAPAN NIK AZIZ ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 02, 2012

HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL BARI MENGHENTAM PAKATAN HARAM KAW-KAW BERKENAAN FITNAH FARID DAN DATIN SERI ROSMAH !!!



video di bawah elok sangat untuk puak pakatan haram yang selalu membuat fitnah antara Datin Seri Rosmah Mansur dan Farid Ismeth Emir.jom lihat video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 26, 2012

ISU SOLEK SEBELUM BERDEBAT !!! USTAZ FATHUL BARI MENGAKUI KESILAPAN !!! BAGAIMANA PULA DENGAN TANTAWI ???


Berikut adalah kenyataan Ustaz Fathul Bari berkenaan isu beliau disolek oleh jurusolek wanita sewaktu debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas minggu lepas.

Bismillahhiarrahmanirrahim,

Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:

1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat. Semoga Allah mengampunkan kesalahan ini, dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.

2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.

3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.

5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.

6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.

7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.

8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.

9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.

Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya

saya dengar Ustaz Nasarudin Tantawi pun di solek juga,itu yang saya dengar ketika rakan saya melihat rakaman Ustaz Fathul Bari Dan Ustaz Nasarudin Tantawi berdebat.saya tak nak menuduh.kalau betul,apa salahnya anda juga akui kesilapan diri sendiri.semoga Allah Ampunkan dosa Ustaz Fathul Bari.Amin....

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, July 22, 2012

HOT VIDEO !!! USTAZ FATHUL BARI MENGHENTAM PAS KAW-KAW BERKENAAN ISU HUDUD !!!




lihat dulu video di atas dan jom lihat pula kenyataan karpal singh.Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS,ustaz Nasruddin Tantawi supaya ustaz Fathul Bari mengemaskini maklumat terjawab apabila Pengerusi DAP,Karpal Singh dalam kenyataannya dalam New Straits Times (NST) semalam masih berpegang dengan prinsip lama iaitu tidak berkompromi dengan hukum hudud.

KLIK DI SINI

“Bila keluar kenyataan dalam akhbar NST hari ini, saya agak terkejut apabila Karpal Singh menyatakan bahawa beliau masih lagi tidak menerima (hudud)DAP tidak menerima ini telah kita ketahui tentang pelaksanaan hudud di negara ini, cuma kita tidak mengetahui berlangsung atau tidak perbincangan-perbincangan sesama mereka.Berlangsung atau tidak kenyataan-kenyataan seperti ‘kami menerima’..tetapi secara jelas pada hari ini saya kira ustaz Nasruddin dan sahabat-sahabat PAS dan semua rakyat Malaysia perlu kemaskini maklumat bahawa DAP masih lagi dengan pegangan mereka iaitu tidak ada kompromi dalam isu seperti ini,”kata ustaz Fathul Bari.

KAN DAH KANTOI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, July 15, 2012

EKSKLUSIF !!! KEPERCAYAAN UNCLE SEEKERS MEROSAKKAN AKIDAH !!!


Dah nama pun makhluk ghaib,macam mana uncle seekers ni boleh nampak ??? ni yang saya pelik dari dulu sampai sekarang.boleh ker pakai kamera murah ??? tanya jer.Kot ya pun nak cari makan,carilah dengan cara yang halal.Benda macam ni bukan sahaja tidak halal.malah ia boleh merosakkan aqidah umat Islam.Orang macam ni memudahkan kerja syaitan.Dengan bantuan uncle seekers ni,kerja menyesatkan dan merosakkan aqidah umat Islam jadi lebih mudah.Dah nama pun makhluk ghaib,macam mana dia boleh nampak ??? nak ulang balik ayat di atas,muahahaha...Sangat menghairan bila orang biasa macam depa ni boleh nampak makhluk ghaib.

saya nak tanya ni.orang kena siksa dalam kubur tu nampak tak ??? cuba cerita sikit kot-kot boleh nampak sekali ke.manalah tahu.Perkara ghaib juga tu.Pendek kata orang yang nampak makhluk ghaib ni adalah PENIPU atau dia dah kena tipu dgn makhluk ghaib tu semua.jom kita lihat video di bawah



RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates