Social Icons

Pages

Thursday, September 10, 2015

KANTOI !!! MESYUARAT MT #UMNO !!! AKHIRNYA PENCUCUK JARUM KECEWA !!! AMIK UBAT !!!


akhirnya tamat la Mesyuarat MT UMNO semalam dengan tragedi yang penuh nikmat dan berakhir dengan tragedi kegembiraan.kenapa saya kata begitu ??? Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung semalam penuh semangat kepartian telah memalukan pihak-pihak tertentu yang seolah-olah sengaja mahu memecah-belahkan UMNO menerusi spekulasi tidak benar.Presiden UMNO,Datuk Seri Najib dan pucuk pimpinan parti dilihat tenang ketika bertemu media sejurus selepas berlangsung mesyuarat pertama MT itu setelah rombakan kabinet berlaku.Menerusi laporan media,sama ada pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang,saya dapati tiada sebarang insiden yang menunjukkan berlaku ketegangan atau perbalahan serius sebagaimana yang dijangka pihak yang mahu menjahanamkan imej UMNO.Mungkin benar ada luahan pandangan menerusi perbincangan atau perbezaan pendapat,namun sumber MT menjelaskan ia tidak sampai ke tahap bertengkar,bertelagah atau bergaduh yang berlaku dalam mesyuarat itu.

Apa yang menjadi persoalan di fikiran saya,siapakah pihak yang ‘paranoid’ sangat hingga mencetuskan spekulasi kononnya Muhyiddin,Shafie Apdal dan Mukhriz akan dipecat ??? Siapa yang mencucuk,siapa yang melatah dan siapa pula yang melebih-lebih ??? Melihat riak tenang wajah Muhyiddin,Shafie mahupun Mukhriz yang hadir ke mesyuarat MT itu,saya tidak nampak sedikit pun jalur kerisauan di wajah mereka.Lebih mengujakan,wajah Datuk Seri Najib juga sangat ceria,teruja dan gembira dengan mesyuarat tersebut.Pada pandangan saya,sama ada Muhyiddin,Shafie mahupun Mukhriz,ketiga-tiga MT itu sememang tenang-tenang sahaja kerana mereka yakin mereka tidak akan dipecat.Ia berbeza dengan reaksi puak-puak yang berada di sekeliling mereka yang jelas terpengaruh dengan spekulasi yang tersebar mengenai pemecatan ketiga-tiga pemimpin UMNO itu.saya sendiri tidak tahu siapa yang ‘mencucuk’ spekulasi liar itu.Namun pada jangkaan saya,ia sudah tentu berasal dari pihak yang mahu mencetus kemarahan ahli dan penyokong UMNO,termasuk rakyat,kepada Presiden UMNO.Mengambil kesempatan mesyuarat MT kali pertama sejak rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin dan Shafie digugurkan,maka timbul ilham di kepala otak mereka untuk mencucuk jarum,sengaja mahu menimbulkan kebencian terhadap Datuk Seri Najib.Malangnya,ada pula pihak yang terpengaruh,percaya dan melatah apabila ‘dicucuk’ spekulasi liar itu.Lemah sungguh minda mereka,bukan ??? Apa yang jelas di minda saya,mereka yang melatah itu kebanyakkannya ialah mereka yang berada di sekeliling tiga pemimpin UMNO yang dijadikan umpan itu.saya tertanya-tanya,kenapa mereka-mereka itu begitu cepat melenting dan melatah ???


Apakah kerana mereka takut kehilangan jawatan sebagai orang kanan bagi ketiga-tiga pemimpin tersebut ??? Risau tidak ‘masyuk’ lagi jika dipecat ??? Pada pandangan saya,itulah yang berlaku apabila seseorang itu taksub dan lebih memilih untuk menyokong individu berbanding memilih untuk menyokong parti.Golongan tersebut perlu tahu bahawa di dalam politik,pemimpin itu datang dan pergi,tiada yang kekal.Hanya UMNO sahaja yang insyaallah akan kekal sebagai wadah perjuangan kuasa politik kepartian. Ekoran itu,tidak hairanlah jika ada pula pihak yang melebih-lebih,bersorak-sorak ketika Muhyiddin hadir ke lokasi mesyuarat itu.saya tidak menyalahkan Muhyiddin.Cuma saya rasa agak malang bagi Muhyiddin apabila mempunyai penyokong yang agak kurang matang sebegitu.Maafkan saya sekiranya ada yang tersinggung hati.Bukanlah niat saya untuk merendah-rendahkan sokongan mereka kepada MuhyiddinShafie mahupun Mukhriz.Biasalah,setiap pemimpin ada penyokongnya,bukan ??? saya harap,tidak perlulah sampai ke tahap taksub sangat…kan ??? Dengan ikrar Muhyiddin yang menegaskan tidak akan bertindak bodoh merosakkan institusi kepimpinan UMNO dan memelihara parti dari sebarang agenda cemar,saya yakin bahawa UMNO telah memulakan gerakan strategik untuk menghadapi PRU ke-14 yang dijangka berlaku pada tahun 2018 nanti.Sehingga kini,Datuk Seri Najib masih Presiden UMNO,Muhyiddin masih Timbalan Presiden,Shafie masih Naib Presiden dan Mukhriz masih lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.Puas hati ??? Jika puas hati,sila buktikan komitmen untuk perkukuhkan UMNO dan jangan ulang lagi perkara bodoh yang merugikan parti. #Mohonterasa

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates