Semalam satu sidang media tergempar di buat oleh 11 orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang bagi menyatakan kekesalan terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia yang berdiam diri dalam menangani isu hilang kepercayaan terhadap KP Negeri Pahang sdr Shahruddin Ahmad.apa masalah mereka ni ??? buat malu UMNO jerr.kenapa saya kata begitu ??? kenapa tak jumpa sendiri Ketua Pemuda Umno Pahang atau Yb Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia ??? nampak sangat mereka memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik.
kenapa sampai nak membuka pekung di dada dengan membuat kritikan dan bantahan terhadap Ketua Pemuda Umno Pahang secara terbuka di media ?? tak malu kerr ??? saya ulang balik,jalan yang mereka ambil sangat memalukan Umno sendiri dan memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik.kalau boleh saya mahu pihak lembaga disiplin Umno mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana mereka bukan ahli biasa tetapi Ketua-ketua Pemuda Bahagian yang di pilih untuk menjalankan tanggungjawab membela Agama,Bangsa dan Tanah Air ni.itu sepatutnya tanggungjawab mereka
bukan membela dan berebut jawatan sama sendiri.Ketua-Ketua Pemuda Pahang ini juga baru sahaja memegang jawatan sebagai Ketua,tolong jalankan kerja yang boleh memenangkan parti bukan saling menhancurkan sesama kita,banyak tempat di Pahang sudah di takluki pembangkang,jadi bersatu merampas kembali kawasan yang hilang,bukan bersatu berebut satu jawatan.ada faham kaa ???
saya pasti ada pihak berkepentingan yang menjadi dalang dalam isu mahu menjatuhkan KETUA PEMUDA UMNO PAHANG ini.ini bukan masanya untuk menjatuhkan orang,masa pemilihan dulu kenapa tak nak jatuhkan orang ???
saya ulang sekali lagi UMNO DAN LEMBAGA DISIPLIN UMNO PUSAT harus mengambil tindakkan tegas terhadap mereka,kerana yang mahu mereka jatuhkan adalah KETUA PEMUDA UMNO PAHANG DAN MERANGKAP KETUA PEMUDA UMNO PEKAN KAWASAN PERDANA MENTERI SENDIRI !!!
ini adalah 1 konspirasi nak menjatuhkan dan memalukan Perdana Menteri sendiri !!! saya tak kisah kalau ahli biasa atau rakyat yang membantah tapi 11 orang ni semua berjawatan sebagai KETUA PEMUDA BAHAGIAN !!!
MEMALUKAN !!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
7 comments:
Bodoh punya ketua pemuda bahagian
NOK NOK
Bodohnya BLOGER nie....mereka2 tu da pon bitau si Kitok KJ, tp kitol buat tak tau jerk...memang padan la ngn UMNO, phuiiii...pemuda yg satu masa dulu jadik pendesak kepada kerajaan
ni da jadik bapok ..huahahaha
dah dtg dah totok pemuda pahang ni.apa kata korg slow talk,xyah kecoh ngan media.bodohhh
Buatlah kerja dulu sebelum nak suruh orang lain turun. Tak malu punya KP Bahagian. Perasan bagus dan hebat padahal habuk pun tak ada. Baru dapat jawatan dah tak sedar diri.
itu je cara yg terbaik..sebelum ni dah bagitau kat KJ tapi mamat poyo tu buat derkkk je...nasib korang le yg pegi undi dia jadi ketua pemuda buat apa...pemuda UMNO skang dah takde taring...TELOR dah hilang!
sila buktikan yg aku silap...
azhar
Umno? Watikah calon pun boleh! di rampas..cth Lipis PRU13..inikan pula jawatan KP Negeri., sy melihat umno bnyk melahirkan bakal pemimpin "lanun" .
Bekas Pejuang Umno
Kasihan CK tengok pelbagai tohmahan yg dilemparkan kepada 11 Ketua Pemuda Bahagian Pahang ni gara2 sidang media yg mereka lakukan.
CK bukan lah nak memihak kepada mana2, tapi bagi CK, agak tidak adil jika kita terus menghukum mereka tanpa mendapat penjelasan dari mereka dan tanpa mereka membela diri mereka. Mesti ada sebab tertentu sehingga mereka terpaksa menggunakan saluran media setelah memorandum yang mereka hantar tidak mendapat respon dan maklumbalas daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr YB Khairy Jamaludin.
Mengikut sumber daripada salah seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dikalangan 11 org tersebut, mengikut begitu rasional dan cukup hemah dalam menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini tanpa melibatkan sebarang emosi.
Mereka cuba berbincang dan pelbagai usaha telah dilakukan agar 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian ini dapat berjumpa dgn KJ demi menyelesaikan permasalahan Pemuda UMNO Pahang ini. Tapi sayangnya, pintu utk berjumpa telah ditutup dan pelbagai halangan oleh pihak pihak yg berkepentingan cuba menggagalkan usaha perbincangan tersebut.
Susah sangatkah nak berjumpa 11 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian ni? Kenapa perlu ada protokol dan birokrasi sedangkan KJ sendiri berkata org muda tak suka protokol dan birokrasi. Adakah semua ini Retorik semata-mata. Cakap tak serupa bikin. Masa nak undi cari kami, bila dah menang begini jadinya.
Alhamdulillah setelah sedaya upaya berusaha. Pintu utk berjumpa akhirnya. dibuka. Itupun bersyarat. Tak mahu jumpa 11 org Ketua Pemuda, hanya hantar wakil seorang sahaja.
Maka, 11 Ketua Pemuda Pahang menghantar seorang wakil utk berjumpa KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Kegembiraan dapat berjumpa KJ utk menyatakan hasrat dan pandangan ini begitu bermakna bagi mereka, tapi alangkah terkejutnya. Rasa terhina dan rasa begitu diperlekehkan, apabila KJ bercakap dgn wakil mereka dengan cara dan sikap endah tak endah sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi. Beginikah sikap seorang Menteri Muda yang boleh dibanggakan? Sombong, angkuh dan bongkak. Sebelum menjadi Menteri dan tak ada apa2 jawatan, begitu baik dan amat menghormati dan kagum dgnnya sbg Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bila dah ada kuasa dan dah menjadi Menteri angkuh dan sombong pula jadinya. Perangai KJ ini sama sahaja masa Zaman Pak Lah menjadi PM. Begini lah sikapnya. Ingat ke dah berubah, ternyata lakonan semata-mata.
Berbalik pada cerita tadi. Selepas KJ acuh tak acuh sambil mengorek gigi dengan pencungkil gigi, wakil Ketua Pemuda Bahagian tersebut cukup rasa terhina dan diperlekehkan tanpa menunggu masa yg panjang terus menyerahkan Memorandum Bantahan Perlantikan KP Negeri dan terus bersalam dan beredar dgn hati yg cukup terasa.
14 hari telah berlalu. Tiada satu pun respon dan penjelasan daripada pihak KJ. Kalau KJ anggap perkara ini serius pasti akan panggil semua 11 Ketua Pemuda Pahang ataupun memberikan maklum balas segera. Sayangnya perkara tersebut tak berlaku dan mungkin KJ hanya memandang perkara ini remeh dan acuh tak acuh sahaja.
Maka 11 Ketua Pemuda Pahang ini berbincang sesama mereka dan akhirnya mereka mendapat kesepakatan utk membuat Sidang Media sebagai jalan penyelesaian utk membuka mata pihak berkenaan.
Akhirnya apabila Sidang Media mereka lakukan setelah jalan rundingan ditutup rapat, akhirnya mereka pula dituduh sebagai perosak parti sedangkan dalam diri mereka tebal dengan kecintaan yg begitu mendalam dah roh perjuangan yg begitu tinggi pada parti UMNO dalam membela nasib dan kepentingan agama, bangsa dan tanahair.
Begitulah cerita yg CK boleh korek drp sumber salah seorang wakil drp 11 Ketua Pemuda Pahang tersebut.
Bagi pendapat CK yg begitu rasional. Sebenarnya Perlantikan Jawatan Ketua Pemuda Negeri Pahang bukanlah isu utama sebenarnya, tetapi Isu yg paling utama adalah cara penyelesaian masalah tersebut diurus dengan sikap angkuh dan sombong tanpa diberi ruang pandangan dan penjelasan. Beginikah sikap seorang Pemimpin Muda yg boleh dibanggakan.
Belajarlah menerima dan menghormati pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut bernilai 20 sen sahaja.
Sekian. Terima Kasih…
Post a Comment