Social Icons

Pages

Friday, May 12, 2017

FAKTA !!! #UMNO TERBUKTI MELAYU YANG PERJUANGKAN MASA DEPAN SEMUA BANGSA !!!


Sudah terang lagi bersuluh,UMNO bukanlah satu parti berteraskan satu bangsa sahaja.UMNO sebaliknya turut sama memperjuangkan agenda kebajikan dan masa depan semua kaum di negara ini.Sejak sebelum merdeka lagi,UMNO sudah menjadi parti yang memimpin semua rakyat Malaysia dan bangsa lain dalam memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British.UMNO kemudian menerajui perjalanan negara Malaysia yang membangun sehingga sudah hampir mencapai taraf negara maju seperti sekarang ini. Malam tadi, UMNO terus membakar semangat pembangunan dalam sanubari rakyat Malaysia apabila menyambut ulangtahun ke-71 dengan satu sambutan bersejarah di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kehadiran 150,000 orang bersama-sama dengan Perdana Menteri dan Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak.Dalam ucapan keramat di stadium itu, Datuk Seri Najib mengatakan bahawa UMNO hari ini kekal kuat kerana ia sentiasa berpegang pada asas perjuangan parti yang berteraskan Islam,orang Melayu dan Bumiputera serta untuk seluruh rakyat di negara ini. UMNO adalah satu-satunya parti demokrasi yang kekal memerintah di dunia ini sehingga sekarang.Parti pimpinan Najib sentiasa kekal konsisten dan relevan dengan dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman. UMNO yang menjadi teras dalam Barisan Nasional yang membentuk kerajaan di Putrajaya pada hari ini. 

Menerusi UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sudah 97% janji manifesto BN sudah dikotakan kepada rakyat sehingga 31 Mac 2017.97% ini merangkumi sejumlah 83% janji meliputi 4,844 projek bernilai RM73.49 billion yang pun sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.Sejumlah 14% lagi adalah 804 projek, RM255.17 billion yang sedang dilaksanakan. Semua projek ini adalah janji manifesto BN pada 6 April 2013. Dibuat untuk semua rakyat Malaysia. UMNO yang mengemudi dan memacu janji janji ini agar ianya dapat dilaksanakan kepada rakyat. Semua parti lain di pihak pembangkang tidak perjuangkan agenda rakyat.Buktinya mereka sendiri gagal laksanakan apa manifesto dan janji mereka setelah mereka menang di Penang,Selangor dan Kelantan. Biarpun kalah di negeri negeri itu, namun kerajaan BN tidak abaikan nasib rakyat.Sejumlah 209 projek bernilai RM2 billion dilaksanakan di Penang. Sejumlah 440 projek bernilai RM2.088 billion dilaksanakan di Kelantan dan sejumlah 271 projek bernilai RM1.41 billion dilaksanakan di Selangor.

Penubuhan parti parti pembangkang sendiri bukannya untuk rakyat.Sebab itu bila menang mereka bukan kerja untuk rakyat tetapi untuk kesenangan kelompok mereka sahaja.Kita tengok PKR,ditubuhkan untuk membebaskan Anwar,DAP lebih bersifat cauvinis dan kroni Kit Siang sahaja.PAN adalah parti serpihan dari PAS yang hanya mengikut telunjuk DAP. Manakala PPBM pula ditubuhkan oleh Mahathir yang agendanya hanya untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan anaknya menjadi PM.Tapi,UMNO kekal fokus berjuang untuk rakyat dan menepati janjinya kepada rakyat selama 7 dekad lamanya."Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja,malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia,kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia," kata Najib ketika berucap di hadapan lautan merah 150,000 orang pada perhimpunan bersejarah itu malam tadi. 

UMNO walau dituduh semakin dilupakan dan perlu ditolak dalam pilihan raya oleh pihak pembangkang,namun terus diberikan keizinan oleh Allah SWT untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, PRK Parlimen Kuala Kangsar dan PRK DUN Tanjong Datu dengan kemenangan majoriti lebih besar."Kita sentiasa relevan kerana dasar perjuangan yang kita amalkan dan laksanakan sesuai mengikut era dan zaman sama ada ketika menentang Malayan Union atau (era) pasca kemerdekaan, membangunkan kawasan luar bandar,era perindustrian dan menuju 30 tahun lagi kepada zaman Transformasi Nasional (TN50), " katanya.

Perhimpunan semalam meninggalkan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Mahathir,Mohamad Sabu dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terkedu dengan sokongan rakyat kepada UMNO yang bagaikan satu gelombang merah yang besar di lautan.Beranikah Azmin kumpulkan seramai itu di Stadium Shah Alam ??? Beranikah Guan Eng kumpul seramai itu di Stadium Batu Kawan ??? Atau pembangkang mahu buat demo Bersih 6 untuk kumpul sejuta orang di Dataran Merdeka ??? UMNO masih lagi pilihan hati rakyat.UMNO masih kuat biarpun dilanda pelbagai cabaran. Himpunan semalam bukti UMNO sudah bersedia untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat Malaysia selepas PRU14.Bina Malaysia yang lebih baik bersama UMNO dan Barisan Nasional. Tolak pembangkang pada PRU14.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates