Social Icons

Pages

Thursday, August 17, 2017

KANTOI !!! #NOTHINGTOHIDE2 #NOTHING2HIDE2 !!! #TUNMAHATHIR #TUNM KENCING RAKYAT MALAYSIA ???


Pengerusi PPBM,Mahathir masih lagi cuba menegakkan benang yang basah apabila mengulangi tuduhan bahawa kekecohan di program Nothing To Hide 2.0 adalah disebabkan oleh UMNO dan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Azmin juga buat tuduhan yang sama.Tuduhan ini jelas sekali tidak benar.Ini kerana  tidak ada satu pun laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat tuduhan Mahathir dan Azmin itu.Bukti video dan gambar pun tidak ada untuk kaitkan UMNO.Jelas sekalilah ianya adalah fitnah.Mahathir tuduh UMNO yang bertanggungjawab menghentikan perjalanan forum itu dengan membuat kecoh membaling kerusi, membakar suar dan bergaduh dalam program berkenaan ketika Mahathir menjawab soalan. Bukti video di media sosial ini menjadi saksi, kerusi dibaling oleh seorang "lelaki berambut tocang" ke arah Mohd Taufik Abas, Exco Armada PPBM yang bertanya soalan kepada Mahathir mengenai Tragedi Memali. Lihat video ini :  


Pada masa itu,dalam video yang dipaparkan secara gerak perlahan,seorang lelaki rambut bertocang yang mula-mula membaling kerusi dan di depannya betul-betul rapat ada seorang anggota keselamatan yang tidak berbuat apa-apa.Kerusi yang dibaling itu terbang  betul betul di depan mata anggota keselamatan forum yang berbaju hitam.Budak yang pakai baju hitam itu siap tolong campak lagi kerusi itu ke arah Mohd Taufik.Apakah ini SOP yang diguna pakai oleh anggota keselamatan forum anjuran PPBM ??? Kerusi itu jelas dibaling kepada Taufik dan bukan kepada Mahathir.Kata-kata Mahathir yang cakap kerusi dibaling padanya tidak benar sama sekali.Mahathir dan penyokongnya juga tergamak memfitnah seorang pemuda bernama Fariz Hadi yang dituduh menyebabkan kekecohan bermula.Kononnya Fariz yang memulakan.Fariz hanya bertanyakan soalan kepada Mahathir berkenaan kes liwat Anwar.Adakah benar Anwar bersalah atau ia adalah hanya kerja jahat politik Mahathir.selesai bertanya soalan,Fariz beredar.Fariz sendiri menjelaskan pada pukul berapa dia berada di sana, dan pukul berapa beliau beredar daripada program berkenaan di dalam laman Facebook miliknya.Bukan Fariz yang memulakan. 

Yang memulakan adalah lelaki berambut tocang berbaju Armada.Tiga orang budak kolej yang ditangkap hanyalah "kambing hitam" sahaja."Kerusi yang dibaling juga sebenarnya tidak menyasarkan Mahathir, tetapi dituju kepada saya.Malah kerusi kedua juga dibaling dari arah bilik urusetia.Urusetia itu siapa kalau bukan ahli PPBM" kata Mohd Taufik Abas, Exco Armada PPBM.Hairan pula,PPBM masih mengekalkan tiga exco Armada PPBM ini dalam parti mereka.Tidak ada tindakan disiplin parti pun diambil.Mungkin Presiden parti bunga ini sudah sewel dan tidak rasional lagi agaknya.Kerusi dijadikan modal untuk "letupkan isu" dan "alihkan isu".Kemudian orang dari dalam penjara pun buat kenyataan kononnya akan berlaku huru hara pada PRU14 kerana kekecohan baling kerusi itu. Ini adalah "mind setting" yang cuba dibuat Anwar dan Mahathir untuk tuduh akan berlaku huru hara. Mereka berdua mungkin sengaja merancang adegan baling kerusi ini untuk membuat kesimpulan dan "prediction" huru hara ini. Jika tiada kerusi yang dibaling, maka forum itu hanya "dry" dan tiada apa apa berita yang menarik pun. Mahathir hanya "recycle" balik jawapan lama tentang kisah kisah lama dia. Tidak ada satu pun penjelasan yang telus. 

Semuanya masih berstatus "everything to hide".Bila ada kerusi dibaling,maka adalah pihak yang akan dituduh iaitu UMNO. Tuduhan ini dibuat semata mata untuk tarik simpati rakyat.Buat tuduhan tidak betul untuk selewengkan pemikiran rakyat agar jadi tidak betul juga. Maka jadilah macam Orked, seorang artis ini yang buta tuli percaya kerusi itu dibaling pada Mahathir.Kesian Orked ini, termakan propaganda tidak betul parti bunga.Mungkin abang Mat Over boleh tunjukkan video sebenar kepadanya.Rakyat yang lain sudah mula menilai insiden kerusi dan selipar ini.Ramai yang berpendapat agar kerusi dan selipar ini dijadikan logo baru Pakatan Harapan.Lebih menarik berbanding hidung.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates