Social Icons

Pages

Wednesday, November 25, 2015

#HAMIDAHOSMAN DIPECAT !!! KENAPA PULAK NAK HAIRAN ???


tidak ada apa yang luar biasa dan pelik dengan tindakan Majlis Tertinggi UMNO semalam memecat seorang pemimpin parti tersebut dari Perak.Ia adalah amalan biasa mana-mana parti politik dalam dunia dan negara kita ini pun tak terkecuali.Lagipun pemecatan ini dibuat kerana tindakan bekas pemimpin yang berkenaan menjalankan gerakan untuk menjatuhkan Presiden parti,Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak demokratik dan sememangnya patutlah dia dibuang.bukan sebab mengkritik Presiden parti secara terbuka seperti yang didakwa.Nak ikut kritik,ramai lagi patut kena buang,tapi itu tidak berlaku.Nak cerita lebih-lebih pun kat mana ??? Najib bukan Presiden UMNO dalam sejarah yang pertama memecat ahli parti yang mengadakan gerakan untuk menggulingkan Presiden parti secara tidak demokratik.Tunku Abdul Rahman pernah memecat Mahathir atas alasan sama tahun 1969 dan Mahathir sendiri pun bila jadi Presiden,pecat Anwar serta beberapa pemimpin lain tahun 1998 kerana sebab itu juga.Dia jadi pelik kalau semua ahli parti dibuang sebab terlalu ramai sangat yang menentang.


Nak buang sorang-sorang tak tahu nak mula dengan siapa dulu,jadi jalan paling elok,haramkan parti lama,tubuh parti baru – kira pecat semua ahli lah tu.Ini pernah berlaku bila UMNO (lama) diharamkan pada tahun 1988 dan UMNO baru ditubuhkan,demi nak mengelak pemilihan 1987 yang dimenangi Mahathir dengan hanya 43 undi,dari diadakan semula.Memang Mahkamahlah yang buat keputusan tapi campur tangan eksekutif dalam bidang kehakiman pada era tersebut, bukan cerita baru.Apatah lagi bila keputusan pengharaman UMNO terhenti setakat di Mahkamah Tinggi sahaja, usaha Kumpulan UMNO 11 nak meneruskan rayuan ke peringkat yang lebih tinggi terhenti bila krisis kehakiman bermula dengan pemecatan Ketua Hakim Negara pada ketika itu,Tun Salleh Abas. 

Senang kata,tidak ada apa yang aneh,nak kata Datuk Seri Najib penakut pun tak boleh kerana ia memang amalan biasa UMNO sendiri dan semua parti politik dalam negara ni.PKR pun buang Khalid Ibrahim atas sebab yang lebih kurang sama,kenapa tak nak bising pulak ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Habisle amno.

Anonymous said...

Habisle Penipu Harapan Rakyat

 
 
Blogger Templates