Social Icons

Pages

Thursday, June 30, 2016

#ROMBAKANKABINET !!! AKHIRNYA DS HUSNI BERSUARA !!!


Bekas Menteri Kewangan II,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meminta semua pi­hak menghormati keputusannya untuk melepaskan ja­watan dalam Kabinet dan UMNO.Beliau turut me­minta agar diberikan masa dan ruang untuk berehat selepas memilih untuk berundur da­ripada semua jawatan itu atas sebab peribadi. 

“Saya telah bersara dari semua jawatan.Biarlah saya berehat.Tolong hormati hasrat saya.Terima Kasih,” katanya ringkas,” di sini hari ini.Kelmarin,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan bahawa beliau telah memerima hasrat Ahmad Husni untuk menamatkan perkhidmatannya atas sebab-sebab peribadi.Tempat Ahmad Husni digantikan oleh Datuk Johari Abdul Ghani dalam rombakan tersebut.Walau bagaimanapun,ramai pihak agak terkejut dengan keputusan beliau untuk turut melepaskan semua jawatan dalam UMNO iaitu sebagai Bendahari UMNO dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN),Timbalan Pe­ngerusi UMNO Pe­­rak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua UMNO Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun. 

Keputusan beliau itu dihormati semua,namun me­reka berharap Ahmad Husni dapat tampil memberikan penjelasan mengenai perkara itu.Tindakan berdiam diri Ahmad Husni itu menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun telah dinyatakan atas sebab peribadi.Bagi mengelak polemik berhubung tindakan Ahmad Husni itu berpanjangan,Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa semalam turut meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat andaian sendiri yang mengatakan beliau digugurkan daripada Kabinet.Annuar menjelaskan,spekulasi berkenaan tidak benar sebaliknya Ahmad Husni memilih untuk tidak menyambung perkhidmatan walaupun ditawarkan untuk berada dalam Kabinet pada posisi tertentu.

- Utusan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates