Social Icons

Pages

Friday, December 09, 2016

FAKTA !!! #TUNMAHATHIR SILAP TENTANG #DAP TAPI TIDAK TENTANG #ANWARIBRAHIM !!! APA CERITA NI ???


DAP lebih beruntung dari PKR apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa SEGALA PERSEPSI DAN PANDANGAN beliau terhadap parti tersebut selama ini adalah salah.Kenyataan yang diucapkan pada Kongres DAP Kebangsaan 2016 itu dianggap kenyataan seorang yang SANGAT TERDESAK untuk meraih sokongan parti ultra perkauman DAP dari seorang negarawan yang baru sahaja dikecam oleh perwakilan DAP sendiri sebagai bapa ayam. 

Tun Mahathir juga mempunyai peluang ketika Kongres Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini untuk mengakui bahawa beliau juga telah "tersilap" dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan 18 tahun lampau.Sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas,beliau boleh sahaja membuat permohonan maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana "tersilap" juga dalam isu liwat. 

Persoalannya,mengapa Tun Mahathir lebih cenderung untuk membersihkan fakta tentang DAP sebagai sebuah parti ultra perkauman,anti Islam,anti Melayu dan anti Raja-raja berbanding PKR (mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada keluarga Anwar kerana fitnah isu liwat sebagaimana dakwaan Anwar dan PKR wujudnya konspirasi tertinggi) ??? hanya anda sahaja ada jawapannya

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates