Social Icons

Pages

Showing posts with label PKR.... Show all posts
Showing posts with label PKR.... Show all posts

Thursday, August 24, 2017

TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ???


Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama sendiri bagi hancurkan terus PAS.Bulan April 2017 ketika Muktamar PAS di Kedah,Ketua Dewan Ulama PAS Kedah,Mohd Rejab Md Akhir telah menjerit "Jahanam PAN".Laungan yang disambut kemudiannya oleh semua perwakilan PAS untuk menjahanamkan parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh Mat Sabu itu.Kemudian,Pengerusi Jawatankuasa Usul PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membuat usul agar PAS putus hubungan dengan PKR.“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan” kata Khairuddin. 11 Mei 2017, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta merta,kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh. Kerajaan negeri Selangor bergoncang sekejap dengan keputusan Majlis Syura ini namun akhirnya hubungan “tidak sah” PAS dengan PKR di Selangor diteruskan juga oleh Azmin Ali. 

Bermakna,DAP tahu parti PAS masih ada nyawa kerana ada orang dalam PKR masih simpati dengan PAS. Oleh itu, DAP kena cari jalan untuk "jahanamkan" terus PAS.Semalam,orang kuat PKR telah keluar parti.Bukan calang calang orang,berjawatan Bendahari lagi.Sebabnya adalah kerana tidak puas hati dengan Azmin yang masih tetap mahu meneruskan hubungan politik dengan PAS. "Saya tidak boleh (pertahankan kerjasama dengan PAS).Apabila saya tidak dapat mengikut arahan ini maka saya perlu berundur," kata William Leong yang merupakan Bendahari PKR.Politik kayu tiga cara Azmin Ali sudah mula dibenci oleh pemimpin atasan PKR sendiri. 12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor. PAN adalah "isteri yang sah" mengikut gabungan baru Pakatan Harapan manakala PAS pula sudah jadi janda sejak Pakatan Rakyat sudah diiktiraf mati oleh Kit Siang. Namun di Selangor, Azmin Ali ambil "janda" untuk bersamanya dalam "rumah"  kerajaan negeri Selangor. Hayat "janda" yang bernama PAS ini sudah tidak lama lagi di "rumah" itu. Ini kerana, dalam PRU14, bermulalah "proses menghalau janda" oleh PAN. 

Baca tulisan Beruang Biru tentang Azmin gilakan janda bernama PAS di pautan ini https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/08/azmin-talam-bermain-politik-kayu.html#.WZ5AYlFLfIU 

Inilah yang menyebabkan William Leong keluar dari PKR.Khabarnya bukan William Leong sahaja yang akan keluar daripada PKR. Ramai lagi yang akan mengikuti William kerana tidak puas hati dengan Azmin. DAP dipercayai menjadi dalang menghasut William keluar dari PKR. William Leong memang sudah lama tidak puas hati dengan ADUN PAS Taman Templer iaitu Zaidy Abdul Talib kerana beberapa isu berkaitan agihan peruntukan di kawasan terbabit.Kerusi Taman Templer ini dijangka akan ditandingi oleh calon PAN yang akan ditaja oleh DAP nanti. Begitu juga dengan dua lagi kawasan di Kuang dan Rawang, dulu PKR yang masuk tanding di situ. Dipercayai di dua kawasan ini juga, DAP akan meletakkan calonnya untuk menguatkan kedudukan DAP dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Sebenarnya pengundi di dua DUN situ adalah bukanlah ahli PKR tetapi mereka lebih cenderung kepada DAP. Samalah juga dengan William Leong, dia dapat undi banyak dari penyokong DAP. Jika Azmin terus berkeras mahu kerjasama dengan PAS dan William masih lagi berada dalam PKR, kemungkinan besar William juga akan kalah di parlimen Selayang. Bukan sahaja di Selangor yang bergolak dan pecah belah, PKR di Kelantan juga tengah bergaduh teruk kerana hubungan dengan PAS. Satu puak PKR diketuai oleh Ab Aziz Ab Kadir,Pengerusi PKR Kelantan yang lebih cenderung untuk kerjasama dengan PAS. Satu puak PKR lagi diketuai oleh Mohd Khairul Amin Abdul Rahman, Naib Ketua AMK Kelantan yang lebih suka kerjasama dengan PAN bersama Husam Musa. Di pihak Ab Aziz, diam diam “hubungan dengan PAS” dilakukan oleh membolehkan semua penyelia yang dilantik oleh kerajaan negeri PAS Kelantan boleh menerima elaun bulanan dan keistimewaan lain. Ab Aziz buat begitu kerana orang orang PKR ini sudah buat perjanjian sulit mahu undi PAS dalam PRU14 nanti. 

Perjanjian yang dibuat tanpa pengetahuan Husam Musa pun.Dengan Husam Musa beriya iya benar hendak menjadi Menteri Besar baru di Kelantan, dia sanggup melakukan apa sahaja cara agar PAS dapat dilumpuhkan dan PKR berkerjasama secara penuh dengan PAN. Husam tidak mahu lagi PKR bersikap seperti Azmin, secara bersembunyi sembunyi jalin hubungan dengan janda, PAS. Husam minta bantuan DAP bagi jahanamkan PKR yang pro PAS di Kelantan. Inilah yang sedang berlaku di Selangor dan Kelantan. PKR sedang berpecah belah kerana mahu rebut kuasa dan kedudukan. Di Selangor, berpecah kerana pemimpin PKR masih mahu jalin hubungan sulit dengan PAS. Di Kelantan pun begitu, pemimpin PKR masih lagi mahu jalin hubungan dengan PAS. DAP akhirnya berjaya memecah belahkan PKR dan juga PAS.DAP tubuh PAN sebagai parti serpihan PAS. Kemudian untuk menjadikan PAN kuat, DAP gesa pemimpin PKR yang pro PAN agar bergaduh dengan semua pemimpin PKR yang masih lagi pro pada PAS. Ini bukti DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan. Mencaturkan segala perkara yang berlaku dalam pembangkang. Jangan dilupakan, logo Pakatan Harapan pun masih belum diserahkan lagi kepada ROS.

Pendaftaran Pakatan Harapan pun masih berstatus “tidak sah”.Begitu juga dengan hal CEC DAP.Sebenarnya DAP masih lagi berstatus parti haram,sama taraf seperti kilang haram di Pulau Pinang. Namun dalam pakatan pembangkang, DAP adalah ketua sebenar.Yang menentukan segala galanya hinggakan buat PKR berpecah belah dan menubuhkan PAN untuk melawan dengan PAS.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, June 06, 2017

KANTOI DAN FAKTA !!! HABIS TANAH TERGADAI BILA #DAP DAN #PKR MENJADI KERAJAAN !!! #GUANENGKAKIGADAITANAH !!!


Tanah adalah sasaran utama pembangkang bila mereka naik menjadi kerajaan negeri.Pada tahun 2008,bila Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memperkudakan Nizar Jamaluddin selaku MB Perak,mereka telah bertindak 'menggadaikan' 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada 9 buah sekolah Cina pada tahun 2008.Nizar sendiri tanpa sedar telah mengakui perkara itu semasa berkempen di PRK Kuala Kangsar tahun lalu.Selepas 8 tahun baru hendak mengaku.Namun satu perkara yang tidak dilupakan semua orang adalah bila DAP mempergunakan Nizar memberikan status milikan kekal tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru Cina di Perak.Di Rancangan Kampung Tersusun,RKT yang lebih ramai jumlahnya dari kampung baru hanya diberi 99 tahun sahaja Terdapat 73,703 penduduk pada ketika itu dengan pecahan 44.02% Melayu,37.93% Cina dan 18.05% India.Inilah sikap "double standard" dan chauvinis DAP.

Pada Disember 2012, Nga dan Ngeh turut memperdayakan kerajaan PAS Kelantan untuk mendapat 10,500 ekar tanah balak.Dua orang pemimpin DAP ini menerusi syarikat Upayapadu Plantation Bhd mendapat tanah balak di Hutan Simpan Relai,nilainya dianggar RM40 juta.Itu di Perak,yang mana DAP menjadikan Nizar sebagai MB boneka untuk meluluskan apa yang DAP mahukan.Nga Kor Ming dapatlah sebuah "White House" bernilai RM10 juta di Ipoh sebagai hasilnya.Tanah juga menjadi kegilaan PKR di Selangor.Kerajaan PKR telah dipercayai menyeleweng 619 hektar tanah Paya Indah Wetland.17 Februari 2015,dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri yang dipengerusikan Azmin Ali,pertukaran tanah Wetland dari status pertanian kepada komersial telah diluluskan.Zon Hijau Paya Indah Wetland,kawasan ekosistem yang paling besar ditukar statusnya.Nilainya RM784 juta.Inilah yang terjadi bila PKR mendapat kuasa dan menjadi kerajaan,habis tanah dikerjakan untuk tujuan komersial.31 Mac 2017,Azmin Ali dikatakan sembunyikan fakta sebenar bagaimana 9.3 hektar tanah di Kampung Bukit Cerakah boleh dijadikan tanah perkuburan Cina.Pada asalnya,tanah itu mahu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dijadikan tanah perkuburan Islam, akhirnya Azmin campur tangan dan jadikan tanah itu jirat Cina.Bagaimana ini boleh berlaku ??? Di Perak,ada campur tangan DAP.Di Selangor,PKR bersubahat dengan DAP.

Di Penang,DAP perintah secara sepenuhnya.Sebanyak 12 peratus hak milikan tanah menyusut di Penang sejak di bawah rejim DAP.Sejumlah hampir RM16 billion hasil tanah di Penang sudah dikerjakan oleh kerajaan DAP.Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land. Pada 2014,DAP Pulau Pinang jual tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission.Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM57 juta kepada Paramount Group. Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura.RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land. Terbaru isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta iaitu di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive itu bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi.Apatah lagi,proses jual beli berkenaan dilakukan oleh Lim Guan Eng mengikut kaedah rundingan terus tanpa sebarang tender terbuka. 

Adakah ini dilakukan untuk 'mengenyangkan perut' kroni Guan Eng iaitu Tan Sri Tan Kok Ping yang merupakan Penasihat Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) ??? Jangan kita lupa,isteri Guan Eng iaitu Betty Chew juga pernah dilantik menjadi AJK PCCC bersama-sama penjual banglo murah kepada Guan Eng iaitu Phang Li Koon. Guan Eng juga kini terpalit isu rasuah kerana isu tanah. Guan Eng didakwa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon,Magnificent Emblem dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo di bawah harga pasaran. Hunza Group mendapat projek pembangunan bernilai RM3.5 billion di Penang.Tanah milik Yayasan Bumiputra Pulau Pinang telah dijual kepada Hunza Land, proksi Guan Eng. Bila Guan Eng buat kutipan derma,Hunza Land menyumbang dana RM200,000 untuk bebaskan Guan Eng. DAP mengkayakan proksi kemudian bila pemimpin DAP susah, proksi ini membantu kembali.

Inilah jadinya bila DAP dan PKR mendapat kuasa.Habis tanah dikerjakan dan dijual mereka. Itu belum lagi Pakatan Harapan yang diterajui DAP perintah Malaysia. Tanah di mana lagi yang mereka mahu jual dan gadai nanti ??? Minta simpanglah jauh jauh agar jangan Pakatan Harapan menang pada PRU14. Tergadai habis tanah dikerjakan mereka jika diberi peluang sekali sahaja. Jadikanlah cerita di Perak, Selangor dan Penang sebagai tauladan.Betapa rakusnya DAP & PKR bila dapat kuasa.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 12, 2017

TAHALUF SIYASI !!! ANTARA KUASA,WANG DAN WALA !!! DI MANA KEDUDUKAN #PAS #SELANGOR ???


Tarikh 11 Mei 2017 adalah tarikh yang tidak akan dilupakan oleh PAS dan PKR kerana pada hari berkenaan,Majlis Syura PAS mengambil tindakan berani dengan memutuskan tahaluf siyasi parti itu dengan PKR setelah 9 tahun hubungan terjalin.Tindakan yang diambil ini bukan mudah namun keputusan Muktamar PAS kali ke 63 di Alor Setar pada awal bulan ini telah menghantar isyarat bahawa PAS enggan lagi bersekongkol dengan PKR dalam apa jua bentuk hubungan politik. Melihat kepada keputusan Majlis Syura ini,timbul persoalan,apa nasib tiga orang Exco kerajaan negeri di Selangor? Bagaimana pula dengan Ahli Majlis Tempatan ??? Bagaimana pula kedudukan imam-imam dan penjawat awam lantikan kerajaan negeri yang kebanyakannya adalah ahli PAS ??? Apa pilihan yang ada pada mereka ??? Adakah mereka akan memilih kuasa atau wang ataupun memilih untuk taat kepada keputusan Majlis Syura dan kepimpinan tertinggi PAS ???

Dalam keadaan sekarang,tidak banyak pilihan yang ada buat ahli PAS setelah keputusan berkenaan dibuat. Pilihan yang ada hari ini adalah kekal setia dengan PAS atau memilih untuk terus berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.Secara amnya,sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari dari hasutan hawa nafsu.Kali ini,keputusan Majlis Syura itu merupakan ujian kepada ahli PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.Menyebut tentang nafsu,tarikan kuasa dan kewangan seringkali menjerumus seseorang itu meninggalkan prinsip kesetiaan.Sering kali,seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam membuat keputusan dan ini juga tidak mustahil boleh berlaku.Ramai yang sedang melihat sejauh mana kesetiaan ahli PAS menjunjung prinsip taat kepada perintah ketua sebaik sahaja Majlis Syura memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tahaluf siyasi mereka dengan PKR.Majlis Syura PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR disebabkan beberapa perkata, antaranya ialah tindakan PKR tidak menyokong, malah menentang sebahagian daripada agenda Islam dibawa PAS seperti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355). 

PKR juga melanggar adab bekerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej parti berkenaan.Selain itu,PKR telah khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, May 09, 2017

FAKTA !!! PEMILIK BANGLO #DISNEYLAND SUDAH DIGANTUNG #PKR,#DAP BILA NAK GANTUNG PEMILIK BANGLO #PINHORN ???


gaduh sesama sendiri dalam pakatan pembangkang memang amat sinonim dari dahulu lagi hinggalah sekarang.Gaduh sebab rebut kerusi,gaduh rebut jawatan dan gaduh rebut harta.Terbaru,apabila timbulnya kes rasuah dan salahguna kuasa Ketua AMK Ampang,Adam Rosly,tampil beberapa pemimpin pro Azmin menentang dan membela anak muda itu.Presiden PKR mengambil keputusan gantung Adam Rosly,keputusan ini bangkit kemarahan kem pro Azmin.Rafizi pula diserang oleh kem Azmin Pergaduhan ini telah mengiyakan wujudnya dua kem dalam PKR.Satu pihak cuba untuk mempertahankan Adam Rosly dan ia dilihat di bawah pengaruh Timbalan Presiden Azmin Ali.

Manakala satu kem lagi cuba untuk 'membuang' Adam Rosly yakni dari pihak pro Presiden parti.Semuanya berpunca dari pemilik banglo Disneyland Ampang tersebut.Itu cerita dalam PKR.Sama juga apa yang telah berlaku dalam DAP,iaitu parti yang menguasai Pakatan Harapan.Apabila timbulnya isu banglo Pinhorn milik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang,berlaku juga sengketa yang amat dahsyat dalam parti cauvinis itu.Wujud juga dua kem iaitu yang mempertahankan tindakan salah guna kuasa Guan Eng itu dan yang menentang tindakan korupsi tersebut.Ada suara suara gesa Guan Eng letak jawatan setelah kes tersebut sudah dibawa ke mahkamah dan Guan Eng berkemungkinan berhadapan hukuman penjara.Namun DAP bertindak kejam.Lim Kit Siang selaku penguasa terbesar dalam parti itu telah mengamalkan kuasa diktatornya untuk memecat kebanyakan pemimpin parti yang ingkar dengan haluan 'Legasi Lim'.Ini menyebabkan ramai pemimpin DAP peringkat setempat dan negeri tidak mampu bertahan.Lalu mereka keluar parti sedikit demi sedikit sepertimana yang berlaku di Melaka,Negeri Sembilan, Kedah,Johor,Sarawak,Sabah dan lain-lain.

Soalnya sekarang,bila pula DAP mahu menggantung tugas atau dalam bahasa lebih baik memberi cuti kepada pemilik banglo Pinhorn ini ??? Sedangkan dia telah terbukti melakukan kesalahan korupsi yang paling DAP benci.Adakah DAP sekadar 'memilih bulu' dalam menghukum pemimpin sendiri melakukan salah ??? Jika kesalahan itu dilakukan oleh anak penguasa parti,maka ia tidak perlu menerima hukuman parti ??? Sebaliknya,jika kesalahan itu dilakukan oleh mereka yang tidak kaitan dengan 'Legasi Lim',maka dengan mudah mereka perlu dihukum ??? Apa yang nyata,pergaduhan dalaman dalam DAP sebenarnya lebih serius dan amat teruk berbanding parti-parti lain dalam pembangkang.Namun,pemimpin DAP bersikap kejam untuk menutup segala kelemahan mereka. 'Legasi Lim' tidak sesekali akan menghiraukan tangisan ahli atau mana-mana pemimpin mereka yang berada dalam masalah, yang penting bagi mereka adalah kuasa.Dan yang penting anak bini 'Legasi Lim' patut terus dipertahankan walau pun mereka terbukti bersalah.Inilah cerminan parti yang menguasai Pakatan Harapan.Apapun kita patut terus mencabar 'parti demokratik' ini supaya bersifat demokrasi dalam parti sendiri.Pecat atau beri cuti kepada pemilik banglo Pinhorn jika DAP benar benar anti pada rasuah.Bila DAP mahu bertindak ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, March 29, 2017

FAKTA !!! KERJASAMA #PAS DAN #PKR BAKAL TERKUBUR DI #PULAUPINANG #PENANG #PP !!!


Selepas hubungan PAS dan DAP mengalami keretakan,kini giliran PKR pula untuk 'diceraikan' parti Islam itu.Hubungan PKR dan PAS kini menunggu masa sahaja untuk berkubur,umpama retak menanti belah.Ia lebih serius di Pulau Pinang apabila PAS melihat PKR tidak menjaga kepentingan umat Islam terutama dalam isu yang melibatkan campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP terhadap pemfatwaan di negeri tersebut.Terkini,PAS kawasan Bukit Mertajam telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan selepas mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka,pada Ahad.PAS kawasan berkenaan mengikut jejak beberapa kawasan lain yang terlebih dahulu memutuskan hubungan tahaluf siyasi tersebut.Mereka adalah PAS Kawasan Nibong Tebal,Permatang Pauh,Bayan Baru,Bukit Bendera,Balik Pulau,Jelutong,Kepala Batas dan Tasek Gelugor.Melihat kepada keadaan berkenaan,ramai pemerhati politik melihat tindakan kawasan-kawasan PAS memutuskan hubungan ini sebagai satu protes dan kecaman ke atas sindiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang mempersoalkan kekuatan seorang 'Tok Lebai' yang bercita-cita mahu menawan Selangor,walaupun 'kalah tersungkur' di kawasan sendiri.

Walaupun Azmin tidak menamakan 'Tok Lebai' itu,namun ramai melihat ia sebagai merujuk kepada Ketua Pemuda PAS,Nik Abduh Nik Aziz.Disebabkan isu berkenaan juga,hubungan PAS dengan PKR di Selangor kini menjadi `kelat'.Bukan itu sahaja,PAS juga memberi ingatan kepada Azmin,beliau tidak mungkin berada di kerusi Menteri Besar jika tanpa sokongan parti berkenaan.Apa yang pasti kehancuran kerjasama PAS dan PKR di Pulau Pinang yang kini merebak ke Selangor telah dipertanggungjawabkan kepada Azmin Ali.Imej lakonan `tok lebai' yang dibawa oleh Azmin dalam gambar profil di kesemua akaun sosialnya,Facebook,Twitter dan Instagram sebagai satu sindiran akan jadi "backfire".PAS betul betul berdiri teguh dengan Tok Lebai mereka.Azmin silap langkah hina tok lebai.Bila menyesal Azmin cuba berlakon pakai lebai.Segalanya sudah jadi bubur.Lakonan Azmin tidak menjadi.PAS benar benar kecil hati.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 02, 2017

KANTOI !!! #PKR PARTI PEROSAK MENTALITI RAKYAT ???


Sukar untuk melupakan apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia,dengan yang paling diingati ialah tuduhannya terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hingga mengakibatkan ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.Selain kes Tabung Haji,beliau juga melakukan serangan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Kumpulan Wang Persaraan (KWAP),Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Felda Golden Ventures (FGV) 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan banyak lagi.Itu baru Rafizi,belum masuk lagi Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar yang juga tidak kurang hebatnya. Nurul Izzah juga adalah individu yang menyebabkan seramai 34 orang penduduk Flat Kampung Kerinchi gagal mendapatkan hak mereka keatas Kerinchi Residensi.Semuanya kerana hasutan yang dibuat pada bulan April 2013 yang mendakwa,projek pembangunan Kerinchi Residensi adalah helah kerajaan Barisan Nasional untuk mengusir penduduk Flat Kampung Kerinchi.

Beliau mendakwa,tidak mungkin kerajaan dapat menyiapkan projek berkenaan jika ada dikalangan penduduk asal Flat Kampung Kerinchi membantah "pengusiran" mereka.Akibatnya,sekurang-kurangnya 50 penduduk enggan meninggalkan flat yang telah berusia 46 tahun itu sebelum jumlah ini berjaya dikurangkan hasil usaha bersepadu kerajaan dan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang memberi penerangan khas mengenai projek berkenaan.Inilah perangai pemimpin PKR.Selepas mereka memburukkan sesuatu projek atau menyebarkan tuduhan liar,mereka akan `lepas tangan'.Walaupun jawapan balas telah diberikan kepada isu yang mereka bangkitkan itu,tapi mereka tidak berminat sebaliknya lebih suka untuk mengelirukan dan mewujudkan persepsi buruk mengenai pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Apatah lagi pilihan raya umum semakin dekat maka mereka melakukan tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi.Tidak kisahlah kalau cerita karut-marut sekalipun,janji ada yang akan terpedaya.Realitinya mereka tidak berani mendedahkan kepincangan yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran pakatan iaitu Pulau Pinang dan Selangor.Sesudah rakyat mempercayai fitnah mereka,disaat kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat, mereka akan menghilangkan diri.Sifat pengecut seumpama inilah yang telah menyebabkan mereka yang mempercayainya menjadi mangsa,hanya disebabkan kemaruk dengan kuasa.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 28, 2017

TU DIAA !!! #PKR TETAP NAK #ANWARIBRAHIM JADI #PERDANAMENTERI ???


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sebelum ini dikatakan telah membahagikan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri walaupun hakikatnya mereka belum menakluk Putrajaya.Tanpa disedari sesiapapun,perjanjian sulit yang dibuat oleh dua 'dinasour' politik itu telah didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dinaikkan sebagai Perdana Menteri.Pendedahan itu menyaksikan seolah-olah Kit Siang `terpukau' dengan aura Mahathir sehingga sanggup mengenepikan sekutu lamanya iaitu PKR untuk dibawa berbincang mengenai siapa yang paling layak bergelar Perdana Menteri dan timbalan jika mereka berkuasa di Malaysia. 

Apabila perjanjian sulit ini mula bocor,maka 'kelam kabut' mereka berdua menepis dan menafikannya.Namun hakikatnya,bagi PKR,tiada individu yang sesuai menjadi Perdana Menteri kecuali Anwar Ibrahim meskipun beliau kini berada di penjara atas tuduhan meliwat.Ia ditegaskan oleh bendahari PKR,Dr. Tan Yee Kew yang mengingatkan sekutunya termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahawa tiada siapa yang layak kecuali Anwar.``Siapa yang akan mengetuai PRU14? Memang terdapat perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang mengenai siapa yang akan mengetuai pada PRU14 dan calon Perdana Menteri.Namun parti komponen Pakatan Harapan telah sebulat suara membuat keputusan memberi sokongan kuat kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri pada Konvensyen Pakatan Harapan 2016,” dakwanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini. 

Nah,sekarang mana satu calon yang dipilih secara 'rasmi' bagi mewakili pembangkang ??? Sudah pasti suara Dr Tan itu mewakili suara Dr Wan Azizah Wan Ismail dan sekali gus Anwar secara rasmi adalah pilihan PKR.Jadi di manakah kedudukan Dr. Mahathir sebenarnya ??? Beliau sebaliknya hanya sekadar 'melukut di tepi gantang' sahaja.Dalam situasi ini,pembangkang harus sedar bahawa Dr. Mahathir sedikit demi sedikit telah mula 'hijack' hingga ke tahap beliau mahu menentukan siapa bakal Perdana Menteri.Mungkin tidak lama lagi Dr. Mahathir pula akan diangkat sebagai ketua pembangkang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, July 18, 2016

HINA ISLAM !!! YB @BUDIMANZOHDI CABAR #PKR AMBIL TINDAKAN TERHADAP #DARELLLEIKING !!!


PKR DICABAR AMBIL TINDAKAN TERHADAP DARELL LEIKING HINA JAIS, DYMM SULTAN SELANGOR 

1. Pada sekitar 7 Julai 2016,Naib Presiden PKR,Darell Leiking dilaporkan telah memuat naik status menerusi akaun Facebook peribadi beliau,yang antara lain kandungannya,mempertikaikan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena Aidilfitri 6 Julai lalu yang ada menyentuh mengenai usaha dalam mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen. 

2. Paling mendukacitakan,kenyataan Darell yang dibuat Ahli Parlimen Penampang,Sabah yang mengaitkan kandungan khutbah tersebut seolah-olah satu satu permulaan Selangor ini diuruskan oleh golongan ekstremis itu adalah kenyataan yang sangat berniat jahat dan semborono yang jelas sekali menunjukkan kedangkalan ilmu, kecetekan budi bahasa serta kegagalan beliau dalam memahami isu sebenar mengenai perkara itu.Ini termasuklah beliau juga tidak peka serta memahami sensitiviti rakyat khususnya umat Islam di Malaysia. 

3. Umum mengetahui bahawa JAIS adalah bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Selangor dan perlaksanaan oleh pihak berkuasa yang dilantik itu adalah selaras dengan peruntukan dan bidang kuasa DYMM Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang merupakan Ketua Agama Negeri.

4. Justeru,kenyataan dangkal serta salah fakta yang dibuat oleh Darell tersebut yang menyatakan negeri ini diuruskan oleh golongan ekstremis sudah tentunya akan terpalit kepada DYMM Sultan Selangor sekaligus telah memperlihatkan beliau melemparkan suatu penghinaan yang tidak berasas sama sekali terhadap Baginda Sultan selaku Ketua Agama Negeri. 

5. Rakyat sebenarnya telah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang hanya bertujuan untuk meraih sedikit perhatian dan populariti politik.Amalan politik keterlaluan seumpama ini harus ditegah oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman, agama,kaum dan latar belakang demi keharmonian dan keutuhan kita bersama. 

6. Lanjut daripada itu,demi untuk mengelakkan perkara ini terus berulang lagi,saya mencabar PKR dengan segala kuasa yang mereka ada, supaya tidak hanya berpeluk tubuh dan mengandaikan tindakan Darell itu tidak membawa apa-apa makna atau kesan kepada masyarakat.Sebaliknya,PKR khususnya Timbalan Presidennya,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlulah dengan seberapa segera untuk mengambil tindakan kepada Darell sebagai pengajaran dan panduan untuk masa mendatang. 

7. Sebagai YAB Menteri Besar,adalah sangat tidak wajar untuk Mohamed Azmin membiarkan tindakan Darell itu dilakukan sama sekali.Saya memilih untuk bersetuju dengan tindakan JAIS yang difahamkan telah membuat laporan terhadap Darell mengenai isu tersebut hari ini demi menjaga kedudukan Islam di negeri ini. 

BUDIMAN MOHD. ZOHDI 
Ahli Parlimen Sungai Besar 
16 Julai 2016.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, June 28, 2016

BREAKING NEWS !!! MP #PKR DAH MASUK ISLAM ???


anda lihat gambar diatas.anda kenal siapa kah lelaki diatas ??? gambar ini diambil pada sabtu lepas.Ahli Parlimen Selayang dari PKR,William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan sumbangan hari raya yang diadakan di masjid itu.Tindakannya ini secara jelas telah melangar titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 28 Ogos 2010 yang melarang orang bukan Islam dari memasuki ruang utama solat masjid dan surau di seluruh negeri itu yang boleh dirujuk disini.Melainkan ahli parlimen yang berkenaan sudah masuk Islam,Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menjalankan siasatan segera kerana selain melanggar titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri berkenaan,tindakan ahli parlimen itu juga telah mencemarkan kesucian rumah Allah SWT sekalipun dia mungkin tak berniat begitu. 

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia hari ini.Toleransi agama mengikut Islam,tak sama macam faham agama lain,ada had,ada adab.Nak jelas panjang lebar kena mengajilah,cuma nak disebut bab berada dalam masjid ini,orang Islam pun ada adabnya,yang tak Islam lagilah.Apatah lagi dalam hal ini ada garis panduan yang cukup jelas dikeluarkan kerajaan Selangor sendiri.Siasatan dan tindakan segera perlu diambil kerana perkara seumpama ini bukan pertama kali berlaku di Selangor,sebelum-sebelum ini pun dah berlaku kejadian serupa dan nampaknya masih berterusan, tak nampak bila nak berakhir.Anehnya tu di Selangor saja pulak,negeri lain tak dengar macam itu pun.Atau sekarang di Selangor (sejak Azmin ambil alih) memang bukan Islam dah boleh keluar masuk masjid sesuka hati dah ???

saya bukan tuduh,sekadar tanya.Turut sama perlu disiasat ialah pihak Jawatankuasa Masjid yang membenarkan perkara ini berlaku dalam kawasan masjid yang dijaga mereka.Dimanakah silapnya dan apakah ‘kecemasan’ yang tak boleh dielak sangat tu sehingga garis panduan yang begitu jelas,tidak diguna pakai.Katanya bukan calang-calang orang dalam pengurusan masjid ni, ada yang bergelar Datuk serta berjawatan besar dalam JAKIM.Jadi,nak kata tak tahu tak boleh lah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 16, 2015

KANTOI !!! #KEADILANDAILY MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! TU DIA !!!


tu diaaa !!! nak menipu pun agak-agak laaa !!! siap bagitahu Saifuddin Abdullah adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi UMNO.Padahal,Saifuddin Abdullah hanya ahli UMNO biasa yang kecewa dan dianggap sampah serta duri dalam daging.Aksi beliau melompat ke PKR amat dialu-alukan dan sepatutnya disegerakan dari dulu lagi oleh ramai pihak.Sebelum ini,KeadilanDaily kantoi menipu tentang Saifuddin Abdullah...


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, August 07, 2015

BREAKING NEWS !!! SEKAT KEBEBASAN MEDIA SOSIAL !!! #SIMTZETZIN #PKR DAH HILANG AKAL KERR ???


tu diaaa !!! Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin wakil dari PKR dah hilang akal kerr ??? atau saja nak timbulkan huru hara ??? kenapa saya kata begitu ??? hari ini beliau mengatakan untuk mempertimbangkan untuk menghantar surat penjelasan kepada lembaga penasihat Multimedia Super Coridor (MSC), termasuk pengasas Microsoft, Bill Gates, susulan tindakan Putrajaya yang mahu meminda undang-undang bagi menyekat kebebasan media sosial di Malaysia.adakah Sim Tze Tzin lupa yang beliau lakukan sebelum ini.di bawah adalah bukti untuk pembaca Badut rakyat.jom kita lihat


anda nampak tak apa yang beliau lakukan.apa pun ini semua cadangan.nampak tak fitnah yang beliau lakukan ??? apa pun Setiap negara di dunia ini mempunyai undang-undang kawalan ke atas media mereka sendiri.Singapura,Thailand dan China pastinya tidak akan melepaskan orang seperti Sim Tze Tzin yang terang-terang melakukan fitnah ke atas PDRM dengan gambar dua tahun lepas dan langsung tiada kena-mengena dengan penyingkiran Ghani Patail daripada jawatan Peguam Negara.Sim Tze Tzin barangkali telah disaman kalau tidak pun kehilangan kedudukannya selaku Ahli Parlimen dengan denda berat dan tempoh penjara yang lama.itu negara lain.nasib baik beliau di malaysia !!!

Dengan keadaan masakini yang jelas disumbangkan kebanyakannya oleh penggunaan Internet ala-ala koboi baru dapat pistol,Malaysia seharusnya mempunyai undang-undang yang lebih ketat dan tidak langsung memberi peluang atau ruang kepada manusia khianat seperti Sim Tze Tzin yang terang-terang mahu meruntuhkan dan menghancurkan negara ini.Kebergantungan kepada fitnah-fitnah menggunakan Internet menyebabkan Sim Tze Tzin tergamak mengeluarkan kenyataan seperti itu.Beralasankan KEBEBASAN MEDIA,membolehkan Sim Tze Tzin dan angkatannya melakukan fitnah dan dengan bantuan pemanipulasian undang-undang, mereka biasanya akan terlepas daripada undang-undang dan akta Internet Malaysia yang sangat longgar.bayangkan kalau semua tu menjadi.oleh itu berhati-hati laahhh wahai rakyat malaysia.jangan keluarkan benda yang tak sahih seperti gambar di atas.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, April 13, 2015

#PRKPERMATANGPAUH !!! #NURULNUHA AKAN DICALONKAN SEBAGAI GANTI #ANWARIBRAHIM ???


adakah benar apa yang saya lihat diatas ??? Nurul Nuha akan dijadikan calon ??? tak ada orang lain kerr ??? siapa yang tahu bahasa cina,akan tahu semua kebenaran ini !!! Masalahnya kini bukan Nurul Nuha layak jadi calon atau tidak,tetapi wajar kah kalau kerusi itu diserahkan kepadanya ??? apakah kerusi Permatang Pauh hanya menjadi milik mutlak Anwar dan keluarganya ??? apakah sudah ada konsensus dan standard demikian ??? Kalau pun Nurul Nuha bertanding dia pasti akan menang sebab mesti ada drama di sebalik semua tu.

tetapi apakah baik dalam politik (Keadilan) kalau anak,kakak,ibu dan ayah "bertukul" di dalamnya (parlimen).dulu mereka juga mengatakan,UMNO BN parti keluarga,sekarang apa dah terjadi kepada PKR ??? saya harap PKR tolong ubah calon anda !!! jangan letak keluarga Anwar Ibrahim !!! rakyat dah muak,asyik keluarga jerr jadi calon !!! tak ada orang lain kerr ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 26, 2015

BREAKING NEWS !!! #HUKUMHUDUD !!! #KITALAWAN !!! PENYOKONG #PKR MENGAMUK !!!


tu dia,penyokong PKR dah mengamuk berkenaan isu hudud !!! pada hari ini bertempat di restoran Antan Batura di Seksyen 14 Shah Alam,diadakan sidang media berkenaan sokongan akar umbi PKR yang cukup setuju hukum hudud dibentangkan di Kelantan baru-baru ini.Mereka selaku ahli akar umbi,sebagai orang Islam memang bersetuju hukum hudud ini.PKR baru-baru ini mengumumkan tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang dibawa oleh pas dan akan dibentangkan di parlimen. 

Melihat situasi ini,akar umbi tidak bersetuju dengan cara PKR pusat yang terburu-buru membuat keputusan sedangkan dikalangan ahli pkr yang beragama Islam memang menyokong penuh undang-undang hudud ini,jadi mengapa perlu risau dengan undang-undang Allah,mengapa perlu takutkan serta mengikut suruhan orang bukan Islam untuk menolak hudud.Mereka juga menyeru agar kepimpinan KEADILAN tidak membuat keputusan berlandaskan politik dan desakan dap supaya menolak hudud,peranan dap juga dipertikaikan kerana terlalu angkuh untuk mengkritik undang-undang hudud ini sedangkan orang bukan Islam tiada hak untuk mempertikaikannya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, February 12, 2015

#LIWATII !!! KANTOI !!! PENIPUAN #ADUN #PKR YANG DITANGKAP @PDRMSIA DIDEDAHKAN !!!


ADUN Simpang Pulau, Tan Kar Hing telah membuat laporan polis kononnya dia telah dikasari oleh polis semasa dia ditangkap tanpa sebarang sebab. Dia juga mendakwa tidak tahu punca mengapa dia ditangkap semasa perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim di pekarangan Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya. Dalam laporannya, katanya pada jam lebih kurang 3:00 petang, ketika dia berada di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya, secara tiba-tiba dia telah dikepung oleh sekumpulan oran gyang tidak dikenali. Kononnya juga dia telah dikasari, ditolak ke tepi jalan oleh kumpulan yang tidak dikenali itu sebelum tangannya digari ke belakang. ADUN PKR itu juga cuba menipu dengan membuat laporan polis palsu kononnya dia telah digari dan dikasari walaupun dia tidak melawan dan tidak tahu apa-apa sehingga mengalami kecederaan dan lebam di bahagian tangannya.

Berdasarkan rakaman video kejadian awal sebelum di tahan oleh polis


UNTUK SELANJUTNYA


secara jelas,Tan Kar Hing telah menghalang perjalanan kenderaan MPV yang merupakan decoy dan disangkakannya sebagai kenderaan yang membawa Anwar Ibrahim ke Penjara Sungai Buloh.Sepatutnya dia ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang kerana cubaan mencetuskan rusuhan selain menghalang tugas penjawat awam.Tindakannya membuat laporan polis,adalah semata-mata sebagai provokasi untuk menghalang penjawat awam iaitu pasukan polis daripada menjalankan tugas, selain memperemeh-remehkan undang-undang negara.ini kerrr ADUN yang anda agung-agungkan tu ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 21, 2015

BREAKING NEWS !!! KERAJAAN #PKR #SELANGOR TUTUP PELUANG PENDIDIKAN !!! BIAR BETUL ???


Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengenakan premium tanah yang didakwa tinggi iaitu sebanyak RM70 juta bagi projek pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan (UniKL-MIAT) di sini dilihat tidak selari dengan usaha kerajaan Pusat mahu meningkatkan peluang dan pembangunan pendidikan di negara ini. Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM),Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata,tindakan kerajaan negeri itu tidak wajar sama sekali selain memperlihatkan sikap pemimpinnya yang seolah-olah cuba mempolitikkan isu pendidikan rakyat. 

Tegasnya,sebagai pentadbir sebuah negeri pakatan pembangkang seharusnya mengambil sikap positif terhadap usaha kerajaan Pusat menyediakan infrastruktur pendidikan demi kebaikan rakyat dalam jangka masa panjang. ‘‘Langkah positif ini termasuk komitmen kerajaan negeri mempermudahkan pelaksanaan projek berkenaan (kampus UniKL-MIAT) dengan mengurangkan premium tanah dan syarat-syarat lain di bawah bidang kuasa negeri.Kerajaan negeri perlu melihat potensi projek ini untuk rakyat Selangor yang bukan hanya dari segi perkembangan pendidikan tetapi juga dari sudut peluang lain yang bakal diwujudkan seperti pekerjaan,perniagaan dan pembangunan infrastruktur setempat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ibrahim juga mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mengulangi sikap mereka pada 2010 yang menghalang pembinaan kampus UiTM di Serendah,Hulu Selangor sehingga terpaksa dipindahkan ke Jasin,Melaka.Pandangan sama turut diberikan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang,Datuk Seri Zein Isma yang meminta kerajaan negeri meneliti semula kadar premium tanah yang dikenakan terhadap projek tersebut. ‘‘Kerajaan negeri perlu ingat bahawa projek kampus ini adalah untuk rakyat yang memberi tumpuan kepada peluang pendidikan dalam bidang teknologi tinggi sektor penerbangan. “Bayangkanlah manfaat yang akan diterima rakyat hasil limpahan pelaksanaan projek ini untuk jangka masa panjang,’’ jelasnya.Sementara itu,tinjauan Utusan Malaysia di tapak kampus UniKL-MIAT yang terletak di Mukim Sungai Buloh mendapati, projek tersebut diteruskan seperti biasa melibatkan pembinaan satu blok akademik setinggi tiga tingkat, dua blok bengkel dua tingkat dan dua blok hangar satu tingkat.Projek yang terletak kira-kira satu kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu merupakan projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala Majlis Amanah Rakyat (Mara) selaku pemilik bangunan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, January 08, 2015

FAKTA !!! ANTARA GILA KUASA DAN RAKUS KUASA DI #SELANGOR DIDEDAHKAN !!!


Macam-macam bala turun di Selangor.selepas kes air,timbul pula kes perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.Sebelum ini perebutan jawatan MB adalah antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.Kini timbul pula pengacau baru yang mengidam jawatan MB Selangor juga iaitu Wan Azizah.Dulu mereka menuduh orang-orang UMNO berebut kuasa dan jawatan.Orang politik UMNO hanya mahu berebut kuasa dan jawatan dari membela nasib rakyat.Memang ada kebenarannya tetapi hanya segelintir.tak ramai seperti pemimpin PR.

Mereka mendabik dada kononnya merekalah pembela rakyat.Kononnya mereka berjuang hanya untuk membela rakyat semata-mata.Tetapi hari ini bila mereka diberi sedikit kuasa dalam masa yang singkat sudah mula berbalah,mengaib sesama sendiri,memaki sesama sendiri hanya kerana berebut jawatan MB.Dulu mereka yang sanjung dan puja-puja Khalid menjadi MB Selangor.Hari ini mereka berkomplot menjatuh dan memburukkan Khalid sehingga Khalid tewas di cabang.MB pun boleh tewas.Kini apa yang mereka lemparkan tuduhan kepada UMNO telah berbalik kepada mereka.

Apa sahaja yang berlaku pasti disebabkan oleh UMNO.Selangor kekeringan air,salah UMNO.Mereka berebut jawatan MB,pun salah UMNO Konklusinya ialah orang politik hanya mengejar jawatan dan kuasa untuk mengaut harta dunia.Slogan mahu membela nasib rakyat hanya wayang kulit untuk mengaburi rakyat dan untuk mengaut undi rakyat.kini Azmin Ali telah menjadi MB.kita lihat pula apa akan terjadi sebelum PRU 14 ni.kesian 8 Bekas Pembantu Khalid Ibrahim yang Diarahkan Kembalikan RM2.6 Juta Dalam Tempoh 14 Hari.betul kerr semua tu atau saja nak bagi rakyat lihat kononnya kerajaan negeri selangor telus ??? 

semalam Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor,Faekah Husin enggan memulangkan wang pampasan yang diterimanya semasa berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Faekah yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas menteri besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan penerima pampasan tertinggi yang mencecah RM700,000.Susulan tindakan pentadbiran kerajaan negeri untuk mendapatkan semula wang itu,Faekah telah mengarahkan peguamnya supaya melakukan tuntutan balas kepada pengurusan MBI yang baharu.kita lihat sapa yang kena dalam hal ni !!! adakah 8 bekas pembantu yang bersalah atau sebaliknya 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, December 25, 2014

#UMNO #BN YANG BUAT #BR1M #PKR DAPAT UNTUNG POLITIK !!!


dulu bukan main lagi kata BR1M macam-macam,sekarang ambik jugakk BR1M tu.tak malu kerr ??? malas nak komen panjang-panjang,nanti tuduh saya macam-macam pulak.lain kali jangan ludah ke langit,kan dah terpercik kat muka sendiri

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 17, 2014

BREAKING NEWS !!! ADUN #INANAM #ROLANDCHIA LETAK JAWATAN ??? ADAKAH INI BERMAKNA ADA #PRK ???


YB Dr Roland Chia,ADUN PKR dari Inanam,Sabah akan meletak jawatan.Keputusan itu dinyatakan oleh beliau di dalam Facebook beliau.lihat gambar di bawah


KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ADAKAH BENAR BELIAU SAKIT ATAUPUN KECEWA ATAUPUN...

MALAS NAK ANDAI KAN SEMUA NI !!!

APA PUN KITA TUNGGU KEPUTUSAN PKR !!!

KALAU BENAR,MAKA ADA PRK DI INANAM !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, October 24, 2014

BREAKING NEWS !!! #UTUSAN @UMONLINE SERANG KONGSI GELAP !!! KENAPA #PKR NAK MENGGELABAH ???


Sejak Sabtu lalu Utusan Malaysia melaporkan beberapa siri pendedahan dan rencana khas mengenai kegiatan jenayah terancang di Kuala Sepetang,Perak yang turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Pada sabtu lalu Utusan menerbitkan laporan eksklusif,“Mafia Kuala Sepetang Bermaharajalela”.Pada Ahadnya,akhbar Mingguan Malaysia memaparkan lanjutan pendedahan tersebut di bawah tajuk “Di Sebalik Wajah Polos Kuala Sepetang”, dan semalam sekali lagi tajuk muka depan akbarnya dengan tajuk “Robin Hood Berkuasa?” 

Sungguhpun Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan kewujudan kumpulan mafia menjadi dalang kegiatan haram dan jenayah di Kuala Sepetang,Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga seperti yang dilaporkan dalam akhbar.Namun jelas Khalid,pihaknya tidak menafikan berlakunya jenayah di kawasan terlibat namun tidaklah serius seperti yang digambarkan termasuk didalangi kumpulan mafia yang kebal daripada tindakan penguat kuasa. 

“Belum ada tempat di mana-mana juga di negara ini yang membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasa takut untuk berhadapan apatah lagi jika keadaan tersebut mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” Bagaimanapun apa yang menarik ialah kesungguhan ADUN Kuala Sepetang (PKR) yang menafikan jenayah merupakan masalah di Kuala Sepetang.pulak dahhh.kenapa nak menggelabah ???


Bercakap kepada Malaysiakini.com,ADUN Kuala Sepetang,Chua Yee Ling,menyatakan menyatakan kekesalannya terhadap laporan berturut-turut Utusan Malaysia berhubung dakwaan kegiatan haram dikawal mafia di Kuala Sepetang,Perak.Beliau malah menegaskan masalah utama Kuala Sepetang bukan jenayah,sebaliknya kemudahan infrastruktur dan prasarana awam. “Selepas (laporan) mafia bermaharajalela,sekarang Robin Hood berkuasa,saya tidak pasti apa laporan lagi yang akan dibuat oleh Utusan Malaysia.Spekulasi dan dakwaan yang tanpa berasas ini bukan sahaja tidak profesional, tetapi agak melucukan.Penduduk-penduduk di Kuala Sepetang juga berasa tuduhan Robin Hood ini tidak masuk akal,” kata beliau. 

 Kesungguhan Chua Yee Ling menafikan laporan penyiasatan Utusan Malaysia sangat mengelirukan kerana ia bukan dalam bidang kuasa beliau.Apa yang diutarakan oleh Utusan ialah aktiviti-aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah,senjata api,rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak mungkin diketahui oleh penduduk setempat.Sungguhpun Polis tidak menganggap ia kegiatan mafia atau jenayah terancang,namun Kementerian Dalam Negeri mengakui wujud masalah kegiatan jenayah ini dan telah mengarahkan telah mengarahkan tiga pasukan polis elit iaitu Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting),Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan pasukan taktikal jabatan siasatan jenayah untuk mengepalai operasi gempur berkenaan.takkan tak faham lagi ??? 

Jadi apakah ada hubungan tertentu untuk ADUN Kuala Sepetang tersebut sehingga perlu muncul membelasah Utusan Malaysia dan mengalihkan tumpuan kepada isu prasarana Kuala Sepetang yang semakin daif ???  Isu yang ditimbulkan oleh Utusan bukan isu rakyat setempat tetapi isu keselamatan negara.ada faham kaaaa ??? Justeru adalah sangat menghairankan untuk seorang wakil rakyat yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang jenayah tampil untuk meremeh-temehkan laporan tersebut.Apakah ada hubungan tertentu antara adun terbabit dengan pihak-pihak yang didedahkan oleh Utusan Malaysia tersebut. “Jika tiada apa-apa masakan tempua bersarang rendah.”

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 21, 2014

#PEMILIHANPKR !!! DAH LAH LAMBAT !!! #SPR PULAK DISALAHKAN !!! APA CERITA NI ??? VIDEO INSIDE !!!


tu diaaa !!! dah lah lambat bagitahu keputusan lepas tu SPR juga jadi mangsa.apa cerita ni ??? kalau lambat mengaku jerr lahh tak perlu nak pusing lahh sampai SPR pulak kena.malas nak ulas panjang-panjang.jom saksikan video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates