Social Icons

Pages

Thursday, January 08, 2015

FAKTA !!! ANTARA GILA KUASA DAN RAKUS KUASA DI #SELANGOR DIDEDAHKAN !!!


Macam-macam bala turun di Selangor.selepas kes air,timbul pula kes perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.Sebelum ini perebutan jawatan MB adalah antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.Kini timbul pula pengacau baru yang mengidam jawatan MB Selangor juga iaitu Wan Azizah.Dulu mereka menuduh orang-orang UMNO berebut kuasa dan jawatan.Orang politik UMNO hanya mahu berebut kuasa dan jawatan dari membela nasib rakyat.Memang ada kebenarannya tetapi hanya segelintir.tak ramai seperti pemimpin PR.

Mereka mendabik dada kononnya merekalah pembela rakyat.Kononnya mereka berjuang hanya untuk membela rakyat semata-mata.Tetapi hari ini bila mereka diberi sedikit kuasa dalam masa yang singkat sudah mula berbalah,mengaib sesama sendiri,memaki sesama sendiri hanya kerana berebut jawatan MB.Dulu mereka yang sanjung dan puja-puja Khalid menjadi MB Selangor.Hari ini mereka berkomplot menjatuh dan memburukkan Khalid sehingga Khalid tewas di cabang.MB pun boleh tewas.Kini apa yang mereka lemparkan tuduhan kepada UMNO telah berbalik kepada mereka.

Apa sahaja yang berlaku pasti disebabkan oleh UMNO.Selangor kekeringan air,salah UMNO.Mereka berebut jawatan MB,pun salah UMNO Konklusinya ialah orang politik hanya mengejar jawatan dan kuasa untuk mengaut harta dunia.Slogan mahu membela nasib rakyat hanya wayang kulit untuk mengaburi rakyat dan untuk mengaut undi rakyat.kini Azmin Ali telah menjadi MB.kita lihat pula apa akan terjadi sebelum PRU 14 ni.kesian 8 Bekas Pembantu Khalid Ibrahim yang Diarahkan Kembalikan RM2.6 Juta Dalam Tempoh 14 Hari.betul kerr semua tu atau saja nak bagi rakyat lihat kononnya kerajaan negeri selangor telus ??? 

semalam Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor,Faekah Husin enggan memulangkan wang pampasan yang diterimanya semasa berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Faekah yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas menteri besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan penerima pampasan tertinggi yang mencecah RM700,000.Susulan tindakan pentadbiran kerajaan negeri untuk mendapatkan semula wang itu,Faekah telah mengarahkan peguamnya supaya melakukan tuntutan balas kepada pengurusan MBI yang baharu.kita lihat sapa yang kena dalam hal ni !!! adakah 8 bekas pembantu yang bersalah atau sebaliknya 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates