Social Icons

Pages

Wednesday, March 29, 2017

FAKTA !!! KERJASAMA #PAS DAN #PKR BAKAL TERKUBUR DI #PULAUPINANG #PENANG #PP !!!


Selepas hubungan PAS dan DAP mengalami keretakan,kini giliran PKR pula untuk 'diceraikan' parti Islam itu.Hubungan PKR dan PAS kini menunggu masa sahaja untuk berkubur,umpama retak menanti belah.Ia lebih serius di Pulau Pinang apabila PAS melihat PKR tidak menjaga kepentingan umat Islam terutama dalam isu yang melibatkan campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP terhadap pemfatwaan di negeri tersebut.Terkini,PAS kawasan Bukit Mertajam telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan selepas mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka,pada Ahad.PAS kawasan berkenaan mengikut jejak beberapa kawasan lain yang terlebih dahulu memutuskan hubungan tahaluf siyasi tersebut.Mereka adalah PAS Kawasan Nibong Tebal,Permatang Pauh,Bayan Baru,Bukit Bendera,Balik Pulau,Jelutong,Kepala Batas dan Tasek Gelugor.Melihat kepada keadaan berkenaan,ramai pemerhati politik melihat tindakan kawasan-kawasan PAS memutuskan hubungan ini sebagai satu protes dan kecaman ke atas sindiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali baru-baru ini yang mempersoalkan kekuatan seorang 'Tok Lebai' yang bercita-cita mahu menawan Selangor,walaupun 'kalah tersungkur' di kawasan sendiri.

Walaupun Azmin tidak menamakan 'Tok Lebai' itu,namun ramai melihat ia sebagai merujuk kepada Ketua Pemuda PAS,Nik Abduh Nik Aziz.Disebabkan isu berkenaan juga,hubungan PAS dengan PKR di Selangor kini menjadi `kelat'.Bukan itu sahaja,PAS juga memberi ingatan kepada Azmin,beliau tidak mungkin berada di kerusi Menteri Besar jika tanpa sokongan parti berkenaan.Apa yang pasti kehancuran kerjasama PAS dan PKR di Pulau Pinang yang kini merebak ke Selangor telah dipertanggungjawabkan kepada Azmin Ali.Imej lakonan `tok lebai' yang dibawa oleh Azmin dalam gambar profil di kesemua akaun sosialnya,Facebook,Twitter dan Instagram sebagai satu sindiran akan jadi "backfire".PAS betul betul berdiri teguh dengan Tok Lebai mereka.Azmin silap langkah hina tok lebai.Bila menyesal Azmin cuba berlakon pakai lebai.Segalanya sudah jadi bubur.Lakonan Azmin tidak menjadi.PAS benar benar kecil hati.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates