Social Icons

Pages

Wednesday, January 21, 2015

BREAKING NEWS !!! KERAJAAN #PKR #SELANGOR TUTUP PELUANG PENDIDIKAN !!! BIAR BETUL ???


Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengenakan premium tanah yang didakwa tinggi iaitu sebanyak RM70 juta bagi projek pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan (UniKL-MIAT) di sini dilihat tidak selari dengan usaha kerajaan Pusat mahu meningkatkan peluang dan pembangunan pendidikan di negara ini. Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM),Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata,tindakan kerajaan negeri itu tidak wajar sama sekali selain memperlihatkan sikap pemimpinnya yang seolah-olah cuba mempolitikkan isu pendidikan rakyat. 

Tegasnya,sebagai pentadbir sebuah negeri pakatan pembangkang seharusnya mengambil sikap positif terhadap usaha kerajaan Pusat menyediakan infrastruktur pendidikan demi kebaikan rakyat dalam jangka masa panjang. ‘‘Langkah positif ini termasuk komitmen kerajaan negeri mempermudahkan pelaksanaan projek berkenaan (kampus UniKL-MIAT) dengan mengurangkan premium tanah dan syarat-syarat lain di bawah bidang kuasa negeri.Kerajaan negeri perlu melihat potensi projek ini untuk rakyat Selangor yang bukan hanya dari segi perkembangan pendidikan tetapi juga dari sudut peluang lain yang bakal diwujudkan seperti pekerjaan,perniagaan dan pembangunan infrastruktur setempat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ibrahim juga mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mengulangi sikap mereka pada 2010 yang menghalang pembinaan kampus UiTM di Serendah,Hulu Selangor sehingga terpaksa dipindahkan ke Jasin,Melaka.Pandangan sama turut diberikan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang,Datuk Seri Zein Isma yang meminta kerajaan negeri meneliti semula kadar premium tanah yang dikenakan terhadap projek tersebut. ‘‘Kerajaan negeri perlu ingat bahawa projek kampus ini adalah untuk rakyat yang memberi tumpuan kepada peluang pendidikan dalam bidang teknologi tinggi sektor penerbangan. “Bayangkanlah manfaat yang akan diterima rakyat hasil limpahan pelaksanaan projek ini untuk jangka masa panjang,’’ jelasnya.Sementara itu,tinjauan Utusan Malaysia di tapak kampus UniKL-MIAT yang terletak di Mukim Sungai Buloh mendapati, projek tersebut diteruskan seperti biasa melibatkan pembinaan satu blok akademik setinggi tiga tingkat, dua blok bengkel dua tingkat dan dua blok hangar satu tingkat.Projek yang terletak kira-kira satu kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah itu merupakan projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala Majlis Amanah Rakyat (Mara) selaku pemilik bangunan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Siasat juga Anwar Ibrahim .dia pun kaya juga.

 
 
Blogger Templates