tu diaaa !!! nampaknya permainan atasan pimpinan Pas sudah semakin kasar.Jika dulu kita hanya tahu mengenai golongan penentang dalam Pas dinamakan ‘Anwarinas’ merujuk kepada kumpulan pro Pkr dan Anwar.Kemudian mereka beranikan diri untuk muncul dengan satu NGO yang digelar Pasma.Kononnya ia hanya NGO dan tidak berniat nak melawan pucuk pimpinan parti Pas.Itu kata mereka,cuba kita fikir,satu NGO seperti Pasma yang mempunyai susun galur tersusun dan terdiri dari satu puak yang sememangnya penentang kiri malah mempunyai ideologi berbeza dari presiden parti.Untuk mengumpulkan kekuatan,sudah tentu ditubuhkan satu badan rasmi yang kononnya bukan parti.Kalau diwujudkan parti kedua selain Pas.Penentangan mereka nampak terlalu jelas dan terang,kemungkinan besar pemimpin tertinggi Pas akan cuba membunuh karier orang Pasma lebih awal.
Walaupun ada pemimpin dalam Pas yang sedar mengenai keadaan ini,namun masih ramai yang suka bermimpi indah dari membuat sesuatu bagi menyelamatkan parti.Bak kata orang,pro ulamak ni lebih suka tipu diri sendiri.Kini nampaknya segala perancangan mereka untuk mengambil alih parti Pas secara ‘halal’ sudah jelas didepan mata.Pasma mengumpul kekuatan sambil disokong oleh Dewan Pemuda Pas (sokong dalam diam) telah mula memberi ‘signal’ kepada penyokong mereka untuk bertindak menyingkirkan Presiden Parti.Pasma lebih disokong oleh orang muda Pas,kerana mereka dianggap lebih keras, sangat anti UMNO,pemikiran lebih terbuka,tidak kolot dan mempunyai perancangan yang lebih kehadapan berbanding pimpinan Pas sekarang yang dianggap kolot oleh mereka.
Selepas kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas hari ini,ianya seolah menghalalkan Presiden Parti ditukar,saya percaya akan ada suara yang akan menyambut signal beliau.Kerana dalam Pas,Suhaizan Kayat,berada didalam golongan aktivis yang bukan pro Ulamak.Aktivis parti Pas sebaris dengan Mat Sabu,Mahfuz,Mustaffa Ali,Kamaruddin dan beberapa orang lagi.Disebabkan itu,maka tidak hairanlah,jika Ketua Pemuda ini memukul gendang,bagi memulakan kempen singkirkan Hadi Awang dan sekaligus menamatkan penguasaan pro Ulamak didalam parti Pas.Nampaknya cerita mereka ini semakin menarik,tak sabar nak tengok episod seterusnya.Tapi percayalah,muktamar Pas tahun ini semestinya lebih-lebih dan lebih menarik kerana kita dapat melihat,sama ada parti mengaku Islam ini masih hidup atau mereka dikuburkan tanpa nisan oleh golongan Pasma.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment