sebelum hujung tahun lepas,bila mana spekulasi penurunan harga minyak sudah mula jadi bualan orang,Rafizi tiba-tiba tampil dengan kenyataan bahawa harga minyak akan turun ke paras RM 1.91/liter.Bila betul-betul minyak turun RM 1.91/liter,Rafizi claim itu adalah kerana ‘formula’ yang dia dan PKR guna.Kira kerajaan BN ikut formula dialah kononnya.Sekarang ini saya nak tahu,menurut formula yang sama,agaknya berapa pulak harga minyak di Malaysia akan berada pada bulan Febuari akan datang kerana bukan rahsia bulan depan harga minyak akan turun lagi,berdasarkan trend semasa ???
Kalau tidak ada jawapan,maksudnya Rafizi bukan ada FORMULA,tapi dia ada INFORMER dalam mana-mana satu kementerian,Kewangan atau KPDNKK yang akan salurkan maklumat kepada dia berapa banyak kerajaan nak tetapkan harga minyak.
Auta Rafizi,siapa tak tau.PKR dan Rafizi sebenarnya tidak tahu apa pasal harga minyak ni,dia cakap gah sebab nak tunjuk pandai dan tutup kebodohannya cuba menipu rakyat sebelum PRU13 lepas.Formula dulu,nak turunkan harga minyak kalau jadi kerajaan kerana ia (penurunan itu) mampu turunkan kos hidup,ternyata sudah terbukti salah.Buktinya sekarang,harga minyak dah 2 kali turun,harga barang masih macam itu dan ada beberapa jenis barang,naik pulak harganya.
Jadi kalau Pakatan menang PRU13 hari itu,rakyat bukan setakat dapat Perdana Menteri yang sah peliwat tapi rakyat juga tidak menikmati penurunan kos kehidupan kerana harga barang tidak berubah, sekalipun harga minyak turun.Ada sajalah alasan,pemboronglah,pengimportlah dan sebagainya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment