Social Icons

Pages

Tuesday, September 03, 2013

HOT NEWS !!! BLOGGER OUTSIDE THE BOX !!! TOLONG HATI-HATI DENGAN TULISAN ANDA !!!


Berbanding dunia media percetakan atau elektronik,alam maya mempunyai kebebasan yang lebih meluas dan tidak terbatas.Sesiapa sahaja boleh mengatakan atau menulis sesuka hati mereka tanpa perlu mendedahkan identiti sebenar.Yang mempunyai blog atau laman web sendiri boleh juga berkarya atas nama mereka tanpa sekatan atau kekangan jika dibandingkan media arus perdana.Apa pun sama ada ianya media tradisional mahupun baru,setiap individu atau organisasi yang terlibat dalam sektor media,perlu bertanggunbgjawab dan mempunyai etika kewartawanan yang telus dan berhemah.Di bawah pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib beliau telah menjanji ruang yang cukup luas dan selesa untuk semua rakyat Malaysia berpartisipasi dalam memberi ide-ide serta menyalurkan kritikan-kritikan yang sihat agar perjalanan kerajaan boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. 

Dalan hal ini beliau amat bersikap liberal dan terbuka kerana kerajaan sendiri sudah mengakui zaman di mana kerajaan mengetahui semuanya sudah berakhir.Ini kerana dengan kemunculan dan kemajuan media baru atau sosial,tidak lagi lagi sumber berita atau maklumat ang tidak boleh diakses atau disampaikan kepada dunia dalam sekelip mata.Namun ini tidak bermakna sesiapa sahaja boleh berbuat apa sahaja kepada sesiapa sahaja tanpa tanggungjawab dan implikasinya.Ini termasuk memfitnah,menohmah,memaki hamun serta menaburkan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu termasuk perdana menteri sendiri.Blog-blog yang dipunyai pembangkang atau condong kepada mereka sememangnyya itulah kerja buruk yang mereka buat saban hari. 

Memfitnah perdana menteri dan kerajaan adalah sebahagian daripada tugasan mereka.Namun ada juga blog-blog yang lebih berhemah dan banyak yang pro-kerajaan kadangkala bersikap ‘over enthusiastic’ atau berlebih-lebihan samada memuji atau mengkritik.Tidak salah jika memuji dasar atas tindakan kerajaan yang baik dan menguntungkan rakyat. Juga tidak salah untuk mengkritik kerajaan jika terdapat mana-mana keputusan atau polisi yang merugikan rakyat atau negara.Tetapi kritikan hendaklah berpandukan kepada hujah yang kukuh dan fakta serta statistik yang betul atau ‘bona fide’.Umpamanya blog Outside The Box yang dkendalikan oleh Presiden Bloghouse,Syed Akbar Ali telah dilihat sebagai amat ekstrem dalam menghentam dan mengkritik Perdana Menteri.Blog ini adalah pro kerajaan dan di masa lalu ia dihormati kerana mengeluarkan pandangan serta penulisan yang seimbang.Itulah sepatutnya yang menjadi panduan kepada mana-mana penulis media iaitu penulisan harus seimbang pro dan kontranya. 

Bagaimana penulisan Syed Ali kebelakangan ini lebih banyak condong kepada kritikan terhadap Datuk Seri Najib yang boleh dianggap menghina.Perkataan-perkataan yang digunakan juga untuk menghemburkan kemarahannya berkaitan isu TPPA umpamanya amat menjengelkan pembaca.Istilah seperti ‘bodoh’,‘moron’,‘stupid’ seringkali diungkap di dalam komentar beliau yang ditujukan kepada anggota Kabinet,penasihat perdana menteri malah Datuk Seri Najib.Jika tidak setuju dengan pandangan perdana menteri atau dasar kerajaan, kritik lah secara professional dan beretika dan janganlah sampai ketahap menghina perilaku atau peribadi mana-mana individu.Perdana Menteri juga adalah manusia dan mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia tetapi oleh kerana beliau menerajui sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengutamakan rakyat maka baginya tindakan menyaman sesiapa yang mengkritiknya walau sehebat mana tidaklah dilihat bersikap terbuka. 

Maka seringkali beliau dicerca dan dimaki tanpa boleh berbuat apa-apa.Begitu juga dengan blog Outside The Box seharusnya lebih bersikap terbuka dan tidak dipengaruhi emosi melampau dan kemarahan yang meluap-luap.Ini kerana jika menulis dalam keadaan marah,kadangkala kesimbangan kadungan tulisan yang dihasilkan akan menjadi bias atau berat sebelah mengikut perasaan yang tidak juga seimbang ketika berkarya.Jadinya walaupun niat mahu memberi nasihat atau menegur secara ikhlas akhirnya pembawakan tulisan yang dihasilkan akan lebih memaparkan emosi kemarahan si penulis.Maka mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak dapat disalurkan sepenuhnya kerana sebahagian besar daripada penulisan itu adalah mengenai kemarahan si penulis dan bukannya mesej yang hendak disampaikan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

22 comments:

Anonymous said...

As a self-proclaimed pro-BN blogger and the big chief at that, he must be really pissed off when no post was offered to him in the ruling government! No reward of any BIG quantity was forthcoming, so he began to write with a vengeance at anything and everything.
I stopped reading his entries after a flash of genius overcame myself. Nobody did anything right, his ideas must be be swallowed, bait, hook, sinker, string and even the rod!

Anonymous said...

Memang PM sekarang ni moron dan begitu juga semua menteri pun moron-moron belaka. Otak udang semuanya.

Fadzli said...

Memang Najib bodoh sebab terlalu mengikut cakap2 consultant. Consultant apa tahu. Pandai buat powerpoint, word & excel ja.Siapa yang pernah deal dgn consultant memang tahu camana bodoh diorang ni.

Yang paling malang bila ada blogger nak kipas Najib. Pui.Macam ni punya cara memang lingkup UMNO time PRU14. Ptuih.

Zaman Tun Dr M mana ada pakai consultant sangat. Semua jentera kerajaan yang dia pakai UPE, SB, dsb.

Ptuuih. Blogger pengipas Najib. Pergi la lingkup sama Najib. Aku pun tak nak undi BN dah lepas ni.

Anonymous said...

oiii bloger pukimamak..bloger pukimamk seperti anda yg membuat umno lingkup..penulisan anda seperti anda telah menlan tahi rosmah setiap hari..janganlah korbankan maruah anda demi sedikit tahi dr rosmah...

Anonymous said...

Amat setuju dgn pandangan sdr.

Blog yg sdr maksudkan bukan saja terang2 menghentam Perdana Menteri tetapi juga banyak tulisan beliau menghina ulama2 kita."ulama pondok bodoh" adalah label yg sering digunakan beliau.Beliau tidak pernah memberi kata2 baik tentang Islam dan katanya lagi negara2 Islam tidak maju sebab agama tersalah tafsir.Beliau mentafsir al-Quran ikut terjemahan saja,tak pernah sekalipun beliau merujuk kpd hadis atau sunnah.

Sila rujuk tulisan2 beliau spt dlm blog tersebut.

Minta para ulama memantau blog anti-Islam yg bersembunyi.

Anonymous said...

dah memang najib tak bijak. memanggil abu ahkam sbg abu jahal(bapak segala bodoh) adalah benar krn memang dia memang sebenar-benarnya jahil krn setelah byk kali nabi saw ajak kpd kebenaran tetap dia menolaknya. mengatakan abu ahkam pandai adalah salah sbb dia mmg bodoh.

so begitulah najib. sbb dia mmg mcm tu. mengatakan dia bijak adalah salah.

Kuntum said...

Kalau Ahjib gor dan penasihat2 mabuknya nk pandu kita satu negara masuk gaung, nk biar senyap je? Najib mmg 2x5 mcm Paklah, mungkin lg teruk dr kaki tido tuh. Xde kapasiti utk pikir sendiri, semua nk harap org. Kalau nasihat boleh pkai xpe jugak, ni lg nk kasi jahanam adalah. Kami amat merindui era pemerintahan Tun Mahathir yg aman makmur, negara maju, rakyat senang hati. Maaf ckpla si Ahjib gor lembik ni akn menjadi PM kita dr Barisan Nasional yg terakhir. Sbb tulah puak pembangkang senyap je bila org umno sendiri bising psl najib, sbb melalui blunder2 najib inilah peluang mereka utk ambik alih kerajaan makin cerah next PRU. Buat penulis blog...sokong biarlah jgn membawa rebah. Syed Outside The Box, mmg ada telor sbb menyatakan kebenaran. Kerisauan yg disuaraknnya mmg benar, dan mewakili rakyat bawahan yg cintakan negara, dan xmahu negara kucar kacir akibat pemimpin yg x kompeten! Xpayah la nk fitnah2 dia kata xdpt big project. Kalau kamu ikuti blok syed dr awal2 lg, dia mmg x kow tow to anybody & say it as it is. Tun pun dikritiknya kdg2. Dan kami menyukainya sbb he answer to nobody dan pemikirannya mmg outside the box. Sebagai pembacanya kami tau nawaitu nya hanyalah melihat Malaysia terus aman makmur & xmenjadi ahli 'club of doom' mcm negara2 Islam yg lain.

Anonymous said...

Saya dah lama mengikuti blog tuan syed..sy juga penyokong umno..tp sy amat bersetuju n menyokong penuh apa yg tuan syed kata d blog dier..oii..korg buta aper..xnampak ape d buat dik PM yg tak berapamPM tu..klu dah xpandai nak memerintah..hrp tink tank yg mengenygkan tembolok sendiri n xreti ht keje..anti melayu..baik turunnn...kepada penulis blog..kesian..
Nak sokong umno pun berpada la..pemimpin lemah bt ape d simpan...

esa adam said...

Sekali dua membuat kesilapan orang akan memaafkannya. Tapi kalau dah berterusan membuat kesilapan maka akan terpacul perkataan2 yang tak sedap didengar.

Baik berterusterang sekarang sementara PRU14 jauh lagi. Kalau masih juga macam itu maka adalah bertepatan untuk menggunakan perkataan yang keras.

Seperti juga kita memarahi anak kita. Sekali dua boleh kita maafkan tapi kalau dah tak mendengar cakap rotan juga akan sampai.

Taklah sampai kita rotan PM kita tapi kalau dah sampai buat dungu kita kena ship out.

Anonymous said...

Dulu aku ingatkn penulis blog Badut ni cerdik org nya...rupe nya sama cam boss dia Tuan Presiden Pasti Melayu terulung tu... harapkan Parti jer ulung...tindakan presiden dah cam lahanat jer...mmg nk hancur parti melayu ni lau ahli2 nya pun sama mcm tuan presiden...sikit lg jd parti lahabau utk org melayu...tk cayer tengok ler nnt...

Anonymous said...

Admin jangan jadi badut najib lah ya! Kami ni sayangkan UMNO x nk nati pru 14 ni UMNO lingkup! Tapi tanda2 tu memang dah ada! Tak kan masih nak bodek najib lagi kot!

Anonymous said...

Assalam Bro

OSTB agak kritikal. Tapi dia confirm undi BN. Macam saya juga.Kita sayang agama bangsa dan negara. Tp PM kita ni betul ke rasa denyut nadi rakyat??? Atau nak jaga denyut nadi perut dan bawah perut cons-cons sultan dia?

Kita sayang agama bangsa dan negara. Jangan sampai tk boleh tegur pemimpin.

Anonymous said...

Apa bezanya dengan tuan memanggil sesetengah pemimpin dan tokoh tempatan sebagai "plawok-plawok politik"?

Mengata dulang paku serpih. Paling tidak beliau tidak menyembunyikan identiti.

badut sungguh la kamu ni.

Anonymous said...

Najib is a hopeless PM. His election campaign didn't work, his popularity is going down the drain. He should just bugger off spending whatever money he has as ministers or siphoned-off through government contracts.

And yes, most of our ulama pun bodoh. Most of them were stupid kids that couldn't get to become doctors or engineers or scientists. That is why most of what they preach are stupid and should not be followed by people with brains and those who actually spend effort to read the Quran.

Anonymous said...

Nama sebenarnya Abu Al-Ahkam tapi nama panggilan yang diberi oleh Nabi saw dan orang islam pada masa itu kepadanya ialah Abu jahal yg membawa maksud 'bapa segala orang bodoh'.

Adakah Rasul bersalah memanggil Abu Ahkam sbg 'Orang bodoh'? Pasti tidak, kerana orang bodoh mesti dipanggil orang bodoh. Adalah menipu atau bersikap hipokrit (munafik) jika orang bodoh dipanggil orang benar.

Abu Bakar di gelar As-Siddiq kerana sifatnya membenarkan setiap perkataan yang datang dari Allah dan Rasul. Orang benar dipanggil benar adalah betul. Adalah salah bila orang benar dipanggil orang bodoh.

Bercakap benar dituntut dalam Islam. Bersifat munafik ditegah dalam Islam.

Tindakan & keputusan Najib dan Pak Lah sbg PM menampakkan beliau adalah orang yang 'tidak bijak' dalam banyak perkara. Tindakannya banyak membawa kepada lemahnya Islam dan orang melayu serta lemahnya pemimpin melayu islam negara ini.

Tindakan Rosmah bertindak berlebihan-lebihan juga sangat tidak patut dan sepatutnya Najib mampu menegahnya namun kelihatan tidak begitu. Nabi saw bilang lelaki yang dikuasai oleh wanita tidak boleh jadi ketua.

Jadi fikir-fikirkanlah wahai Najib sekiranya Pak Lah boleh letak jawatan bila rakyat tak mahukannya memegang jawatan PM kerana kelemahannya dalam mengurus negara maka Najib bersiap sedialah utk letak jawatan bila rakyat tak mahu kamu lagi. Kelemahan kamu sbg pemimpin melayu sangat2 terserlah wahai Najib.

Anonymous said...

Tak semena2 ak terbaca blog yg moron, stupid dan bodoh nie...

Anonymous said...

Tindakan naik harga pertol RON95 ini bijak ke moron??..

Wajib baca dan sebar!

Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97, RM2.70
Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter?

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

RON95 lebih mahal berbanding RON97, kegilaan apakah ini?

Fikirlah jika kamu ada otak!

-Eddie_John-

Anonymous said...

Di kedudukan saya sebagai rakyat marhaen, saya tak berupaya kontrol orang lain. Saya hanya boleh kontrol diri saya saja. Apabila Rosmah Mansor bergaya dengan rambut tinggi besar ditayangkan di TV, saya akan matikan TV. Itu sahaja yang saya dapat buat. Almaklumlah.

Oh terlupa. Saya ada lagi satu keupayaan kecil yang tak seberapa. Saya berhak mengundi dalam PRU. Sekian halnya adanya. Rakyat Biasa.

Anonymous said...

anon 11.38..memang btol pun byk ulamak malaysia ni rigid mentality..bodoh sombong..ko tgoklah negara arab tu tunggang langgang yg maju mcm saudi dan qatar pun adalah sekutu kuat us disebalik retorik anti israel mereka..hipokrit dlm ceramah mintak simpati bangsa dia ditindas..padahal arab tu lemah psl ulamak yg suka pakai hadis nilah..ade lagi melayu bangsakat yg agungkan mereka..kalao malaysia ambik org mcm mereka jadi pemimpin negara habislah malaysia..memang bodoh majoriti ulamak kat malaysia ni

Anonymous said...

This blog sucks.

Outsyed the Box rulz... but only with those with intellectual minds.

For those shallow, bottom class, absent minded readers, they will not understand its content and the messages.

Thats why its called Outsyed the box... think!!

As for the name calling, well.... you need to be cruel to be kind.

So penasihat2 moron, get lost and piss off!!

Come on laa PM Najib, grow a pair laa.

Anonymous said...

Minta maaf tuan punya blog. Blog OTB merupakan blog yang bersifat intelek, beranalisis,bebas dan saya rasakan apa yang diposting beliau merupakan manifestasi hati nurani majoriti ahli Umno yang sayangkan parti.

Majoriti org Melayu merasakan Najib terlalu lembik dan terlalu bergantung kpd para con- sultan.

Jika dilihat dasar najib tiada yang jelas berpihak kepada melayu bumiputera. mana kementerian yang membantu bumiputera? Mana pergi kementerian pembangunan usahawan??? Najib masih tak sedar sokongan yang diberi oleh orang melayu terhadap Umno mesti dibalas dengan pendekatan yang bersifat membalas budi orang Melayu.

Kita bimbang para con-sultan yang mengelilingi najib merupakan musuh dalam selimut yang akhirnya akan menghantar ajal Umno ke kubur.

Dalam situasi sekarang bagi saya mengkritik atau menghentam najib bukan bersifat hendak menganiaya parti tapi kita inginkan satu sosok tubuh seorang pemimpin baru yang benar2 menmpunyai jatidiri melayu dan najib kekurangan ciri sebegini.

Kalau perlu najib disingkirkan demi survival Umno tak mengapalah kerana Tun Mahathir pernah berkata individu tidak penting tapi parti lebih utama.

Kita semua orang melayu rindukan sentuhan magik seorang presiden Umno sebaik Tun Mahathir. Carilah pengganti Najib demi surival Umno dan orang Melayu menjelang PRU ke 14 akan datang.

Anonymous said...

Menyesal pulak si badut rakyat menulis topic ni.. Semua menghentam dia balik..

 
 
Blogger Templates