Social Icons

Pages

Monday, September 02, 2013

HOT NEWS !!! LIM GUAN ENG MENUDUH FILEM #TANDAPUTERA STRATEGI UNTUK JATUHKAN DAP !!!


Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng menuduh filem Tanda Putera yang ditayangkan pawangan sekarang ini adalah strategi kedua untuk menghancurkan parti itu.Kerajaan Barisan Nasional dituduh beliau sengaja menayangkan filem itu untuk membangkitkan isu perkauman terutamanya babak seorang pelakon tambahan daripada pejabat bekas Menteri Besar Selangor semasa kejadian 13 Mei itu.“Pengarah filem ini mengakui,ia semata-mata sebuah tayangan wayang gambar biasa,tetapi penggambaran itu ditaja oleh kerajaan dan ini menunjukkan BN mahu menimbulkan semangat perkauman,” ujarnya.Dakwaan Guan Eng itu dilaporkan dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 26 Ogos 2013 yang turut dipetik Utusan Malaysia.Guan Eng turut mendakwa BN telah mengatur beberapa strategi untuk menghancurkan DAP setelah mendapat undi rendah daripada kaum Cina dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).Strategi pertama dakwa Guan Eng adalah mewujudkan penentangan terhadap ketua dari dalam DAP.Ia merujuk terhadap pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

“Kita risau ada sesetengah orang, di luarannya seperti memakai logo dan lencana DAP,tetapi jiwa mereka bersama Barisan Nasional (BN).“Ini termasuk orang-orang yang membuat aduan kepada pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.Menurutnya, serangan paling hebat terhadap DAP itu telah menyebabkan parti itu dipaksa ‘menelan bangkai kucing’.“DAP tidak boleh ambil risiko dan perlu mengadakan pemilihan sekali lagi untuk selamatkan parti.Isu yang lain-lain pula,perlu diselesaikan satu persatu.Bagi mengalihkan pandangan ramai terhadap perkara ini,maka dipergunakan taktik politik dan salah satunya melalui ROS yang mengeluarkan arahan tidak wajar dan tidak patut agar DAP mengadakan pemilihan sekali lagi, untuk menghancurkan parti itu,” katanya. 

Beliau berkata,perjuangan DAP selama 40 tahun tidak mudah untuk dihapuskan dan sehubungan itu menyeru semua perwakilan di seluruh negara agar bersungguh-sungguh tampil pada pemilihan semula itu untuk ‘menyelamatkan parti’.Tambah beliau,langkah dan taktik ketiga BN adalah melaksanakan pendidikan satu aliran dengan tujuan dan matlamat terakhir mereka ialah mahu menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).Sementara itu,bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman dilaporkan Utusan berkata,Guan Eng sebenarnya khuatir filem Tanda Putera akan mendedahkan fakta sebenar kepada generasi muda hari ini mengenai punca sebenar berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. “Mereka tidak mahu generasi sekarang tahu siapakah punca kejadian itu berlaku. Mereka sepatutnya tengok dahulu filem ini dan baru komen,” katanya 

Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sepatutnya ditayangkan pada 13 September 2012 ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.Namun,apabila Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia beliau telah meluluskan penayangan filem tersebut.Filem Tanda Putera mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua,Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya,Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.Selepas itu filem itu telah mencetuskan kontroversi selepas Guan Eng melarang tayangannya di Pulau Pinang kerana mendakwa terdapat babak yang berbaur perkauman.Walau bagaimanapun,Guan Eng kemudian menyatakan beliau tidak pernah menghalang tayangannya sebaliknya hanya menasihatkan pengusaha panggung wayang di negeri tersebut berbuat demikian.Mohamed Razali berkata,Guan Eng juga tidak wajar menuduh filem berkenaan mengandungi unsur-unsur fitnah dan babak sensitif memandangkan beliau belum menonton filem berkenaan. “Belum tengok tetapi sudah kata filem ini rasis.Kalau mahu,saya boleh bawa mereka tonton filem ini.Saya baharu sahaja tengok filem ini dan bagi saya,setiap rakyat Malaysia wajib menonton filem ini terutama generasi muda,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Dap should not even exist at all.

Anonymous said...

Berok Guan Eng ni kata itu ini semua tak betul. Semua nak jatuhkan DAP. So much so, we lost count what he has been saying. Cakap dia semua kita dah tak percaya.

Salah kita? No way. Bukan ke dia sendiri sebagai SU DAP yang tak betul menjalankan pemilihan CEC. Semua orang lain salah (termasuk ROS) kecuali dia. Perghhh...

Hj Mohammad Hj Dit said...

saya dah menonton TP hari Ahad lalu.1st class filem. 3 kali saya tersebak dan ada penunuton yang menangis. Ini berlaku di One Utama Shopping Complex Cinema.
Patutlah LGE takut pada TP. Rupa2nya DAP punca segala2nya tercetusnya tragedi hitam 13 Mei 1969. LGE takut orang2 muda tahu sejarah dan memberontak pada LGE dan DAP. Tapi LGE mana mahu lari hah. DAP perlu dibatalkan sahaja. DAP benci orang2 Melayu. Tapi ada orang Melayu sayang DAP.

Anonymous said...

Kalau dilihat SOP dan Modius operandi yg digunakan olej DAP & PR adalah sama dgn kaedah yg digunakan oleh Komunis + DAP dlm filem Tanda Putera.

Memang puak ni licik dan bijak bermuka2 di mata rakyat Malaysia. Baling batu sembunyi tangan. Memang otak penipu dan suka menipu. Jgn dilayan permintaan DAP yg kuno, bila terdedahnya kepincangan parti terus hentam dan rosakkan reputasi. Sedangkan yg taiknya ialah DAP itu sendiri...

 
 
Blogger Templates