Social Icons

Pages

Showing posts with label RAFIZI RAMLI.... Show all posts
Showing posts with label RAFIZI RAMLI.... Show all posts

Friday, July 07, 2017

FAKTA !!! PENIPUAN #RAFIZIRAMLI TERHADAP RAKYAT #PANDAN DIDEDAHKAN !!!



Dalam satu video,ahli parlimen PKR Pandan,Rafizi Ramli telah menyatakan dia akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara mulai bulan ini untuk menerangkan kepada penduduk mengenai harga barang,cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta pekerja asing.Hairan dengan Rafizi ini,jelajah kawasan dia sendiri Pandan pun belum habis,sibuk pula hendak jelajah seluruh negara.Kesian dengan penduduk di Pandan.terbiar begitu sahaja disebabkan Ahli Parlimen mereka terlalu "sibuk" dengan agenda sendiri.Memandangkan Rafizi sibuk hendak memperkatakan mengenai tiga perkara ini, maka elok kita teliti satu persatu perkara berkenaan.

Isu gaji Rafizi mengulangi saranan supaya menubuhkan Suruhanjaya Perundingan Gaji Negara. Gaji pekerja Invoke sendiri pun tidak boleh dirunding dengan baik, ada hati hendak bincang gaji pekerja di seluruh negara.Ketika dipaksa oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang,Adam Rosly supaya mendedahkan kutipan dana Invoke Malaysia (Invoke),Rafizi telah menunjukkan penyata kewangan NGO berkenaan.Berdasarkan penyata itu,gaji kakitangan untuk 80 petugas Invoke berjumlah RM888,487 dan secara purata setiap orang hanya bergaji RM11,106 Jumlah gaji itu sangat rendah,jadi bagaimana beliau mahu memperjuangkan gaji untuk rakyat Malaysia,jika staff sendiri pun bergaji di bawah gaji minimum.

Isu kenaikan harga barang Rafizi pernah menyatakan sebelum ini harga barang akan turun apabila harga minyak turun di bawah RM2 seliter.Sudah lima minggu minyak turun,ada nampak harga barang turun ??? Formula Rafizi ini tidak betul.Sebaliknya dalam tempoh lima minggu harga minyak jatuh, Rafizi hanya mendiamkan diri tetapi kini bila harga minyak naik,baru mula bersuara. Rafizi pernah ramalkan bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus meningkat pada beberapa bulan akan datang dengan RON95 boleh mencapai tahap RM2.70 seliter pada Jun. "Hari ini saya ingin menambah lagi berita buruk kepada rakyat Malaysia dengan memberi amaran lebih awal bahawa harga petrol dan diesel dijangka terus kekal pada paras yang tinggi (sekitar RM2.30 seliter) dalam beberapa bulan akan datang. "Malah, saya menjangkakan harga petrol dan diesel akan terus naik pada beberapa bulan akan datang dan berkemungkinan mencecah RM2.70 (seliter) menjelang Jun 2017 sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan," katanya dalam satu kenyataan media pada 6 Februari lalu. Sekarang? Memang ramalan Rafizi "ke laut". Terbaru mahu harga RM1.50 pula. 

Ini adalah bukti nyata cakap Rafizi tidak boleh dipakai.Isu GST Rafizi menyatakan GST perlu dimansuhkan tetapi sudah dua tahun dalam Belanjawan Alternatif pembangkang, masih ada GST. Mereka cuma menukar rentak dengan "cadangan kadar sifar GST".Ya,sifar,bukan mansuh.Kini Rafizi mahu main wayang kononnya GST akan dimansuhkan.Cuba buka balik belanjawan alternatif pembangkang.Itu belum lagi masuk Buku Jingga yang kini terus diam sahaja. Banyak janji Buku Jingga dan manifesto di Selangor yang sudah dicampak ke laut. Dalam video itu juga, Rafizi turut menyentuh mengenai isu pekerja asing. Cuba pergi lihat di kawasan Pandan sendiri, berapa banyak pekerja Indonesia dan Bangladesh yang berada di situ. Dalam parlimen Rafizi sendiri penuh pekerja asing di Pandan Indah dan  Pandan Cahaya.Bukan semua penduduk tempatan mahu buat kerja 3D, "dirty, dangerous, difficult".Kerajaan juga cuba mengawal pekerja asing ini melalui proses e-card.Mana-mana pendatang asing yang tidak mempunyai kad itu akan ditangkap oleh Imigresen dalam usaha membersihkan pendatang asing haram. Rafizi sendiri sedang berdepan dengan kes mahkamah. Mahkamah Tinggi di Shah Alam akan membuat keputusan pada 13 Julai ini berhubung rayuan oleh Rafizi terhadap sabitan kesalahan fitnah jenayah dan rayuan pendakwaan mengenai hukuman itu. Nasib dia sendiri belum diketahui, bagaimana Rafizi mahu bercakap tiga isu ini kepada rakyat. 

Bercakap habiskan air liur sahajalah kerana tiga perkara ini belum tentu dipersetujui oleh semua komponen parti pembangkang.Hal logo pun mereka gagal bersetuju tambah lagi bercakap tiga hal ini. Jadi Rafizi kena sedar diri,dia bukanlah sesiapa pun dalam pembangkang.Tercalon pun belum tentu dalam PRU14 kerana kes mahkamah.Elok la jelajah Pandan tu bagi habis.Tiga perkara yang Rafizi cakap itu banyak ada di Pandan. Kedai judi, rumah urut dan pusat maksiat berlambak di Pandan. Selesaikan isu "pekerja asing" di Pandan dulu lah Rafizi.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, June 06, 2017

TU DIAA !!! KAJIAN #INVOKE BUKTIKAN PENYOKONG PEMBANGKANG PUN PILIH DS @NAJIBRAZAK SEBAGAI PM !!!


Rakyat Malaysia terbukti tetap memilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.Itulah hasil keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Invoke kendalian Naib Presiden PKR,Rafizi Ramli dari 6 Februari hingga 23 Mei lepas.Ini menunjukkan bahawa penyokong pembangkang pun mahukan Najib terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.Mungkin kerana faktor kecelaruan calon PM di pihak Pakatan Harapan membuatkan mereka terus memilih Najib sebagai PM.Kaji selidik itu menunjukkan 31 peratus daripada 18,000 responden memilih Najib.Manakala 28.5 peratus memilih Perdana Menteri dari Pakatan Harapan,34.4 peratus enggan menjawab dan 6.1 peratus memilih Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Kalau dilihat,34.4 % mereka yang memilih enggan memberikan jawapan itu sebenarnya mereka yang sudah kecewa dengan pembangkang.Kelompok ini pasti memberi undi rosak pada PRU14 nanti.Atau golongan "fence sitter" yang dulunya sokong pembangkang tetapi kini berada di atas pagar.Cuma belum melompat menyokong BN sahaja lagi.

Responden diambil daripada mereka yang membaca portal Malaysiakini.Sudah pasti mereka ini majoritinya totok dan memihak kepada pro-pembangkang.Undian yang dijalankan oleh Invoke di Malaysiakini itu sudah tentu ada unsur manipulasi, "bias" dan berat sebelah.Jika dijalankan secara lebih adil tentunya keputusannya jauh lebih tinggi lagi memihak kepada Najib.Kaji selidik ini juga mendapati program Najib sejak kebelakangan ini khususnya dialog bersama pelbagai peringkat masyarakat untuk program Transformasi Nasional 2050 (TN50) berjaya memperlihatkan Najib sebagai Perdana Menteri yang benar-benar mendengar aspirasi rakyat. Mat Over dan David Teo pun berjaya didamaikan kembali,cubaan Mahathir mempolitikkan situasi mereka berdua pun gagal.Mahathir diam terus,lepas mereka berdua duduk bersama sama. 

Dengan di pihak pembangkang yang masih bercelaru tentang siapa calon Perdana Menteri,rakyat sebenarnya rasa lebih baik mengekalkan kerajaan yang sedia ada.Menjadikan negara ini lebih baik ekonominya, menjadi tumpuan utama pelaburan asing dan pemimpinnya dihormati pemimpin utama dunia adalah satu kejayaan besar yang perlu dibanggakan bersama.Tidak semua pemimpin boleh mengekalkan kestabilan ekonomi tatkala pembangkang di negaranya mempolitikkan semua benda yang ada.Serangan bertalu talu Mahathir dan Pakatan Harapan tidak pun mampu merebahkan Datuk Seri Najib. Diduga dengan pelbagai peristiwa seperti MH370, MH17,Lahad Datu dan krisis tebusan di Korea Utara. Datuk Seri Najib berjaya mengharungi semua arus dan badai ini dengan baik sekali.Maka tidak menghairankan mengapa imej Datuk Seri Najib nampaknya semakin terserlah di mata rakyat.

Bercakap dengan prestasi,bukan mengulang balik isu isu yang sudah basi.Kajian majalah Times,tulisan Ian Bremmer mengenai Datuk Seri Najib perlu ditarik balik.Tidak wajar buat artikel hanya berdasarkan satu responden sahaja.Hanya pemimpin pembangkang sahaja yang masih belum mengalah dan berusaha lagi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Para penyokong Pakatan Harapan nampaknya sudah lain macam.Sebab itulah makin ramai lari tinggalkan parti bunga. Kapal sudah hendak karam dan tidak tahu ke mana mana.Buat apa lagi hendak sokong Pakatan Harapan,baik sokong Najib jadi PM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! LAGI PENIPUAN TERBARU #RAFIZIRAMLI #SOTONG DIDEDAHKAN !!!


Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,akhirnya seorang ahli parlimen pembangkang yang suka menabur fitnah dan cerita bohong terkantoi juga akhirnya.Terang-terang terbukti beliau memang kaki putar alam apabila terbukti menipu dalam tuduhan ke atas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ke atas Florence Goh.Naib Presiden PKR,yang juga Ahli Parlimen Pandan,Rafizi Ramli kini merupakan wakil rakyat yang paling aktif memfitnah di Malaysia.Nampaknya Rafizi ini kerja utamanya adalah memfitnah bukannya servis kepada rakyat.Pada 20 Mei 2015,Rafizi membuat fitnah dengan mengatakan pelaburan KWSP kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berisiko tinggi dan akan menjejaskan kepentingan pencarum jika tidak mengeluarkan caruman mereka.Rafizi kata KWSP akan rugi.KWSP pada masa itu kata Rafizi terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.Rafizi terkantoi berbohong apabila untuk suku pertama tahun ini berakhir 31 Mac 2017,pendapatan pelaburan KWSP meningkat RM11.79 bilion  meningkat sebanyak 73.9 peratus berbanding perolehan RM6.78 bilion pada tempoh sama tahun lepas. 

Pada awal tuduhan dulu,ramai pencarum KWSP yang mahu mengeluarkan caruman selepas terpengaruh dengan cerita bohong dan putar belit pemimpin PKR ini.Terbaru,Pengarah syarikat CRT Insights Technologies,Florence Goh Siew Boy mendedahkan tembelang fitnah Rafizi dengan menafikan dakwaan pemimpin pembangkang itu.Florence mendakwa beliau tidak terlibat dalam sebarang kontrak dengan kerajaan untuk menjadi pelobi untuk kerajaan.Pada 27 Mei 2017,Rafizi menuduh Siew Boy merupakan bos syarikat yang diupah oleh kerajaan untuk menjadi firma pelobi untuk kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS).Lepas dah terperangkap,dengan mudah Rafizi memohon maaf kepada media dengan alasan tersilap mengenalpasti seorang wanita yang dikatakan ada nama yang sama iaitu Florence Goh juga.Sudah buat fitnah terang-terang,kemudian senang senang sahaja Rafizi kata dia buat silap.Bermakna,sebelum membuat tuduhan tersebut,Rafizi tidak menyemak dengan terperinci dan hanya membuat tuduhan dengan andaian dan persepsi sahaja.

Orang sebegini kalau dia membuat dakwaan atau tuduhan lagi,janganlah layan dan percaya lagi.Sudah 12 kali Rafizi lakukan fitnah semata mata bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN).12 kali fitnah ini rasanya rekod paling banyak memfitnah bagi seorang ahli politik di Malaysia.Pada 12 Januari 2013,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah memfailkan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbitkan artikel fitnah di blognya.Pada 12 Julai 2014 pula,ada laporan polis dibuat oleh Ahli Jawatankuasa  PKR Kapar Wan Adnan yang mendakwa Rafizi salah guna nama Sultan Selangor dalam isu menggantikan Menteri Besar negeri berkenaan.ini lebih menarik,pada 26 Januari 2016,dia didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menuduh UMNO terlibat dalam serangan ke atas gereja menggunakan Molotov dalam satu artikel yang diterbitkan oleh The Edge pada 2014. 

Si pemfitnah ini sebenarnya sudah pun dihukum penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki secara salah halaman 98 Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB,Rafizi didakwa di bawah Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972.Makin hari,ramai orang sudah tahu permainan putar belit Rafizi dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakannya. Hanya yang bodoh sahaja masih mahu percaya apa Rafizi cakap.Lagipun, ak lama lagi Rafizi akan bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjiran dalam penjara apabila selesai proses rayuan nanti.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 19, 2017

KURANG AJAR !!! #RAFIZIRAMLI FITNAH LAGI !!! #INVOKE APA CERITA ??? TAK NAK JAWAB KERR ???



Seorang aktivis media sosial hari ini membuat laporan polis terhadap satu fitnah oleh Rafizi Ramli terhadapnya.Rafizi telah menuduh beliau menerima 'dana' daripada Perdana Menteri sebagai imbuhan menyokong pentadbirannya selama ini.Rafizi yang kebelakangan ini tergugat dengan desakan netizen berkaitan sumber kewangan serta dana berkaitan INVOKE miliknya seperti 'mati akal' dan memilih membuat tohamahan terhadap aktivis media yang bergambar bersama Najib dalam satu majlis. 

Seperti yang diketahui semua,Rafizi tidak berani membentangkan sepenuhnya kos keseluruhan bagi menjalankan operasi Invoke yang dikatakan mencecah ratusan ribu ringgit.Beliau pernah melampirkan laporan kewangan Invoke bagi tahun 2015 tetapi laporan berkenaan seperti menyembunyikan sesuatu.Umum mengetahui sikap Rafizi yang suka memfitnah sesiapa sahaja yang boleh menggugat usahanya menjatuhkan BN.Apabila beliau di gasak aktivis media mengenai Invoke,maka Rafizi mencari jalan mengalihkan perhatian umum.Ini strategi Rafizi selama ini bagi mengelakkan sebarang persoalan berkaitan pembangkang berpanjangan tetapi kali ini beliau salah langkah apabila tindakan melaporkan tohmahan dipanjangkan ke pihak berkuasa. Adakah Rafizi takut SPRM menyiasat dari mana sumber kewangan sebenar Invoke? 

Gaji serta elaun beliau sebagai Ahli Parlimen tidak memungkinkan beliau mampu membiyai keseluruhan operasi.Cubaan Rafizi mengalih perhatian dengan jualan bercetak perkataan Invoke juga meragukan kerana barangan yang ditawarkan tidak sepatutnya mencecah harga seperti dilampirkan dalam iklan jualan Invoke.Selama ini Invoke mengaut duit Rakyat tanpa mereka sedari akan penipuan secara terancang Rafizi melalui jualan 'tidak masuk akal'

ANDA NAK LAGI CERITA PENIPUAN RAFIZI RAMLI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, May 13, 2017

KANTOI !!! 6 FAKTA KERAGUAN DANA #INVOKE DIDEDAHKAN !!!


1. Desakan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah agar Naib Presiden PKR,Rafizi Ramli mendedahkan sumber dan perbelajaan dana yang dikutipnya daripada orang awam telah menyebabkan Rafizi menjadi kelam kabut.

2. Rafizi akhirnya terpaksa mendedahkan butiran pendapatan dan perbelanjaan INVOKE serta Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW),namun WUJUD 6 KERAGUAN yang membuatkan Rafizi dilihat sebagai berbohong dan membentangkan butiran palsu.6 KERAGUAN ini adalah : 

I) Bukti transaksi pengeluaran ASB dan Tabung Haji untuk kegunaan dana INVOKE.Pada 10 Mei 2015,Rafizi menyatakan ada simpanannya berjumlah RM212,000 dalam ASB dan RM464,372 di Tabung Haji.Jumlah keduanya sebanyak RM676,372.Pada 13 September 2016 pula, Rafizi menyatakan beliau melaburkan sebanyak RM300,000 untuk INVOKE.Dalam kenyataan 5 Mei 2017,Rafizi menyatakan beliau memberi sumbangan sejumlah RM787,049 untuk INVOKE guna duit Tabung Haji dan ASB.Bermakna ada tambahan lagi RM487,049 berbanding kenyataan awal pada September 2016.Ini bermakna Rafizi telah keluarkan hampir semua wangnya dalam Tabung Haji dan ASB.Kenyataan Rafizi ini adalah andaian sahaja tanpa resit pengeluaran ASB dan Tabung Haji sebagai bukti. 

II) Jumlah kutipan dan penyumbang dana.Rafizi mengandaikan sejumlah RM857,369 berjaya dikutip menerusi pelbagai majlis kutipan dana. Jumlah ini agak besar dan tidak diperincikan dengan jelas berapakah majlis dan siapakah yang menyumbang dana.

III) Gaji staf yang rendah.Gaji kakitangan untuk 80 orang adalah berjumlah RM888,487, secara purata RM11,106 setiap orang.INVOKE beroperasi sejak Ogos 2016 dan sehingga Mei 2017 sudah masuk bulan ke-10 ia berjaya beroperasi.RM11,106 dibahagikan 10 bulan adalah RM1,110.60 seorang.Jumlah perbelanjaan gaji ini amat tidak munasabah. 

IV) Jumlah aliran wang masuk ke pejabat,bilangan staf dan kadar sewa pejabat.Rafizi menyebut INVOKE ada 17 pejabat.Aliran wang masuk ke setiap pejabat,siapa di setiap pejabat,jumlah pekerja dan berapakah sewa bulanan pejabat pun tidak diperincikan oleh Rafizi sendiri.Katakanlah RM44,654 untuk 17 pejabat selama 10 bulan INVOKE beroperasi.Ini bermakna kos sewa satu pejabat sebulan ialah RM262 sahaja.ini jumlah amat tidak logik.Ternyata anggaran Rafizi ini hanya serkap jarang.

V) Mengakui dirinya sebagai penjawat awam.Rafizi bukanlah seorang penjawat awam.Mengikut tafsiran Bahagian X Perlembagaan Persekutuan,Perkara 132 hingga Perkara 148. Perkara 132 (3) tidak mengkategorikan seorang ahli Dewan Rakyat sebagai penjawat awam. 

VI) Kebenaran mengutip wang dari orang awam.Adakah Rafizi,INVOKE dan NOW telah diberikan kebenaran oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa lain seperti Kementerian Dalam Negeri untuk mengutip wang dari orang ramai ??? Adakah Rafizi telah menerima kelulusan mengutip derma di bawah Akta Pengawalan Pengutipan Derma ??? Jika ada, di mana permit kebenarannya ???

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 28, 2017

EKSKLUSIF !!! 10 BUKTI #RAFIZIRAMLI KAKI FITNAH DIDEDAHKAN !!! #RAFIZIPELAWAKYGLUCU !!!


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bukan lagi nama yang boleh dipercayai.Acapkali dia telah menunjukkan sikapnya yang sebenar dengan memfitnah,mengarut, berbohong dan melawak.Sehingga ada yang tidak lagi menganggap dia sebagai Ahli Parlimen,sebaliknya sebagai 'Raja Fitnah' dan pelawak.Cerita karut Rafizi ini sudah jadi bahan lawak kerana sebelum ini sudah beberapa kali Lester Melanyi,bekas penulis Sarawak Report dan Xavier Justo sudah menjelaskan tentang beberapa dokumen yang dipalsukan oleh Claire Brown untuk tujuan politik.Namun Rafizi tetap bermain persepsi mengulang-ulang cerita berkenaan.Yang terbaru Rafizi membuat tuduhan pada Perdana Menteri dengan tuduhan yang recyle dan sudah pun dijawab Peguam Negara dengan mengaitkan ada duit yang dicuri kononnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.Apakah Rafizi ingat rakyat Malaysia mudah pelupa seperti Mahathir ??? Adakah Rafizi menganggap rakyat Malaysia mudah ditipu ??? Rakyat Malaysia tidak lupa.Masih lagi ingat semua 10 pembohongan yang diceritakan Rafizi ??? 

1) 12 Januari 2013,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah mengemukakan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbit artikel fitnah dalam blog beliau. 

2) Sebelum PRU13,Abdul Hadi Awang dedahkan fitnah rekaan PKR dan DAP berkenaan isu pemilihan PM sekiranya menang PRU13 terhadap Presiden PAS.

3) 12 Julai 2014,laporan polis dibuat oleh Ajak Kapar Wan Adnan kerana memfitnah 'Langkah Kajang' dan menggunakan nama istana. 

4) 6 Ogos 2014,Tan Sri Khalid Ibrahim menang saman fitnah dan PKR mohon maaf secara terbuka kerana memfitnah salah laku yang dilakukan Khalid sepanjang menjadi MB Selangor. 

5) 22 Nov 2014, PM dan isteri fail saman malu dan Rafizi balas 'hanya gurauan' kerana memfitnah subsidi minyak masuk ke dalam akaun PM dan isteri untuk membeli cincin baru. 

6) Januari 2016 lalu,didenda RM1,800 oleh mahkamah kerana mencetus ketegangan agama Islam-Kristian. 

7) Oktober tahun lalu,dia diarah bayar denda RM300,000 oleh mahkamah kerana fitnah NFC tentang "lembu dalam kondo"

8) Sebulan selepas itu,dia didenda RM1,950 oleh mahkamah kerana himpunan haram "Blackout"

9) Pada bulan sama (Nov 2016),Rafizi dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah kerana melanggar akta OSA.

10) Pada hujung bulan yang sama pula,Rafizi diminta bertaubat oleh Abdul Hadi Awang kerana memfitnah PAS terima dana 1MDB. 

Ayuhlah rakyat Malaysia kita jangan percayakan lagi apa sahaja yang keluar dari mulut Rafizi selepas ini.Walaupun dia berani tampil seperti tidak bersalah,namun di sisi undang-undang telah buktikan bahawa pemimpin Pakatan Harapan ini seorang pemfitnah dan pembohong bersiri.Takutlah kepada pesanan dan amaran Allah mengenai mereka yang amat gemar menabur fitnah dan bohong tapi tidak mahu bertaubat seperti Rafizi ini. 

"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih." (Surah Al Buruj ayat 10).

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, April 27, 2017

KEPADA @RAFIZIRAMLI DAN @TONYPUA !!! DARI SIBUK HAL #IPIC BAIK ANDA JAWAB ISU INI !!!


Tuduhan Tony Pua bahawa 1MDB bayar dua kali kepada IPIC adalah tidak benar.Pada Julai 2015,dalam Malaysiakini,Tony Pua,Setiausaha Publisiti DAP telah menuduh kerajaan memberi jaminan USD$4.71 billion pinjaman kepada IPIC.Tony Pua memetik laporan daripada Bursa Saham London untuk membuat tuduhan itu.Angka USD$4.71 billion itu juga adalah satu angka andaian Tony Pua semata mata.Sebenarnya 1MDB hanya pernah membayar USD$3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran yang IPIC pada mulanya menafikan.Angkanya bukan USD$4.71 billion seperti yang dituduh Tony Pua. 

Berikut adalah ulasan Lim Sian See, mari kita analisa ;

"Sekarang IPIC dengan jelas telah mengakui dalam satu kenyataan mereka bahawa bayaran itu ada. Dalam satu kenyataan Bursa Saham London IPIC,mereka menulis: "Pihak-pihak juga telah bersetuju untuk memasuki perbincangan dengan niat yang baik berhubung kepada pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu."

Ini bermakna bon AS$3.5 bilion itu akan diselesaikan berdasarkan kepada wang dari bayaran-bayaran tersebut. 1MDB juga tidak melepaskan hak untuk menyaman IPIC jika tiada persetujuan dicapai berkenaan pembayaran ini menjelang tahun 2020. Keduanya, 1MDB tidak pernah membayar tambahan AS$2.5 bilion kepada IPIC dan tidak akan membayar AS$2.5 bilion kepada IPIC.1MDB akan menggunakan wang yang akan dijana daripada unit dana AS$2.5 bilion yang sedia ada yang telah dijamin oleh Aabar. Ini adalah dua cara bagaimana AS$2.5 bilion itu akan digunakan: 

a) Membayar balik IPIC AS$ 1.2 bilion yang merangkumi AS$1 bilion yang mereka bayar kepada 1MDB pada bulan Jun 2015 dan AS$200 juta yang telah IPIC bayar untuk faedah ke atas bon AS$3.5 bilion pada tahun lepas. 

b) 1MDB akan menyimpan AS$1.3 bilion yang selebihnya untuk membayar faedah ke atas bon AS$3.5 bilion sehingga tarikh matang.Terdapat sedikit perbezaan dari penyelesaian yang diumumkan semalam dengan persetujuan pertukaran aset pada bulan Jun 2015.Mengikut perjanjian asal, tiada wang yang datang dari MOF sama sekali.Para atas ini adalah antara ulasan yang dibuat oleh Lim Sian See berkaitan IPIC dan IMDB 

Jadi, bagaimana Tony Pua menyimpulkan bahawa 1MDB telah membayar dua kali ganda?  Angka yang mereka tuduh pun main agak agak sahaja.Mereka hanya sekadar buat spekulasi dan andaian semata mata.Bila IPIC dan 1MDB berjaya selesaikan pertikaian ini secara baik, pembangkang pula seolah olah tidak boleh kenyataan bahawa perkara ini telah diselesaikan.Penyelesaian untuk 1MBD dan IPIC itu juga dijawab satu persatu dan dengan jelas.Daripada pertikai bab IPIC dan 1MDB yang sudah diselesaikan ini, lebih baik Tony Pua dan Rafizi tanya sama apa status tiga isu ini ;

1) Azmin Ali tentang wang penyelesaian SPLASH yang hanya bernilai RM250.6 juta tetapi dianggar bernilai RM2.7 billion 

2) Geng "along" mana yang boleh beri pinjaman sampai RM500,000 kepada Adam Rosly? Apakah PKR selama ini "back up" sindiket along ini Selangor? 

3) Duit YAWAS bernilai RM10 juta di Selangor telah didakwa disalahgunakan, Teresa Kok sudah akui duit YAWAS ini. Kenapa Azmin Ali diam sahaja? Apakah Azmin Ali menjawab dengan terperinci dan jelas seperti jawapan penyelesaian IPIC dan 1MDB pada ketiga tiga isu ini? Tidak sama sekali.

Di Selangor,dari RM1.00 yang patut rakyat dapat, 80 sen sudah masuk kepada Adam Rosly,Teresa Kok dan kroni kroninya.Minta lagi 20 sen dari rakyat untuk caj plastik.Tanya tiga isu ini dulu pada Azmin di Selangor.Itu belum lagi isu kehilangan Forex Scandal bernilai RM44 billion yang sunyi sepi tiada penyelesaian sampai hari ini. Apakah bapa angkat Azmin,Mahathir pernah menjawab isu RM44 billion ini? Tidak. Apa yang hendak disembunyikan Azmin dan bapa angkatnya,Mahathir dalam isu isu ini? Jawablah.Jangan asyik menyoal orang lain sahaja sedangkan isu sendiri masih belum dijawab.Satu persatu penyelesaian dan rasionalisasi sudah 1MDB selesaikan.Azmin dan Mahathir bila hendak menjawab pula isu isu yang tertunggak itu? Hendak tunggu bila?

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, April 12, 2017

#KECAMRAFIZI !!! FAKTA SEBENAR #RAFIZIRAMLI MENIPU RAKYAT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!


Rafizi Ramli dikesan menipu lagi di laman Facebook miliknya dalam posting KENYATAAN MENTERI MENGENAI INFLASI MEMANDANG RENDAH MASALAH HARGA BARANG NAIK. 

PEMBOHONGAN 1 : Menggambarkan Kadar Inflasi Februari 2017 4.5% Sebagai Inflasi Tahunan Rafizi berbohong apabila menggambarkan kadar inflasi Februari 2017 pada 4.5% adalah kadar inflasi tahun 2017 apabila membandingkannya dengan kadar inflasi tahunan semasa Malaysia dilanda krisis ekonomi pada tahun 1998.Hakikatnya,kadar inflasi 4.5% yang diumumkan adalah kadar inflasi bulanan pada bulan Februari 2017 dan bukan kadar inflasi tahun 2017.

PEMBOHONGAN 2: Kadar Inflasi meningkat ketika Ekonomi Luar Kegawatan 

01: Pengetahuan Rafizi mengenai ekonomi amat cetek kerana kadar inflasi boleh melonjak tidak kira semasa kegawatan ekonomi ataupun ketika ekonomi berkembang. 

02: Misalnya, semasa ekonomi gawat pada 1985 (0.3%) dan 1986 (0.7%),kadar inflasi menurun kesan daripada penggunaan swasta yang menurun. Tetapi, semasa krisis ekonomi negara pada tahun 1998, kadar inflasi meningkat kerana penyusutan Ringgit yang ketara mengakibatkan harga makanan import meningkat terlalu tinggi. 

03: Rafizi berbohong apabila mengatakan ekonomi Malaysia gawat pada tahun 2008.Hakikatnya pada tahun 2008 ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.8%.Bagaimanapun kadar inflasi meningkat pada tahun 2008 kerana harga minyak mentah dunia meningkat mendadak sehingga USD140 setong.Kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol daripada RM1.92 kepada RM2.70 dan harga diesel daripada RM1.58 kepada RM2.58. 04: Keadaaan berbeza pada tahun 2009, ketika ekonomi Malaysia mengalami kegawatan dan kadar pertumbuhan menguncup sebanyak 1.5%. Bagaimanapun kadar inflasi pada tahun 2009 menurun dan pada kadar 0.6%. 

PEMBOHONGAN 3: Gaji Pekerja di Malaysia Tidak Meningkat 

01: Dakwaan ini adalah auta Rafizi yang paling nyata.Rafizi tertangkap menipu kerana purata gaji pekerja di Malaysia meningkat setiap tahun seperti dilaporkan Laporan Penyiasatan Gaji dan Upah oleh Jabatan Perangkaan Negara.

02: Indeks purata gaji pekerja di Malaysia dikira 2010 sebagai tahun asas (2010 = RM1,772).Pada tahun 2015, gaji pekerja adalah RM2,312 dengan indeks pada 130.7,bermakna purata gaji pekerja meningkat 30%.

03: Ini bermakna purata GAJI PEKERJA di Malaysia MENINGKAT 30%,iaitu LEBIH TINGGI daripada KADAR INFLASI yang meningkat pada kadar 20%. 

04: Kenapa Rafizi menyembunyikan FAKTA angka purata gaji dan upah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan,iaitu pihak yang sama yang mengeluarkan laporan Indeks Harga Pengguna ??? Adakah beliau hanya akan percaya laporan “negatif” tetapi tidak mahu mempercayai laporan “positif” daripada jabatan yang sama ???

PEMBOHONGAN 4: Dakwaan Najib Anti-Subsidi dan Pro-Perniagaan

01. Sebenarnya Rafizi yang TERLALU pro-perniagaan sehingga mahu menggunakan wang subsidi untuk menguntungkan peniaga, sedangkan wang subsidi ini sepatutnya diberikan kepada rakyat. Pendekatan Rafizi ini adalah kuno dan mengakibatkan golongan peniaga menerima manfaat subsidi yang paling besar berbanding rakyat. 

02. Realitinya,sejak dulu sehingga sekarang,walaupun Kerajaan memberikan subsidi,harga barang tetap meningkat dan peniaga amat sukar mengurangkan harga barang selepas menaikkannya.

03. Najib bukan anti-subsidi.Sebaliknya pendekatan kerajaan hari ini adalah untuk memberikan SUBSIDI BERSASAR kepada golongan yang paling wajar menerima subsidi, iaitu rakyat berpendapatan rendah,bukannya golongan PENIAGA.Manakala, SUBSIDI PUKAL yang lebih menguntungkan peniaga dihapuskan secara berperingkat.

Nota Kaki : Lebih baik Rafizi luangkan masa untuk belajar mengenai inflasi,gaji dan ekonomi terlebih dulu sebelum menuduh orang lain tidak faham ekonomi.Sebelum sekolahkan menteri,elok Rafizi sekolahkan diri sendiri dahulu. Inilah orang yang disanjung tinggi dalam Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan Makin banyak fitnah makin hebat orang itu. 😊 

#KecamRafizi

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 30, 2017

TU DIAAA !!! BILA #TUNMAHATHIR #TUNM NAK JAWAB PENDEDAHAN #RAFIZIRAMLI DAN #ANWARIBRAHIM ???


Anak Mahathir kaya raya !!!!! Begitulah pendedahan yang telah lama diceritakan oleh dua figura politik pembangkang,Rafizi Ramli dan Anwar Ibrahim dalam pentas-pentas kempen PKR beberapa tahun yang lalu.Video pendedahan Rafizi sudah tural di media sosial.Rafizi kata anak anak Mahathir ada kaitan dengan tauke judi dan tauke arak.Menurut Anwar dan Rafizi dalam ceramah mereka berasingan,anak kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Mokhzani dan Mirzan melalui beberapa syarikat mereka terutama stesen minyak Petron yang beribu pejabat di Damansara Heights,Kuala Lumpur telah berjaya mengutip berbilion ringgit kekayaan dipercayai hasil bantuan bapanya semasa bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.Sehingga ke hari ini,pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dan Anwar ini masih dapat ditonton terutama di saluran Youtube yang jelas memaparkan betapa mereka memiliki bukti-bukti bagaimana anak-anak Mahathir itu berjaya menjadi jutawan dalam masa yang cukup singkat. 

Walaupun kini Mahathir telah berpaling tadah menjadi sahabat akrab Rafizi dan Anwar dalam pakatan pembangkang,namun ketiga-tiga mereka bak 'tikus mondok' dalam isu ini.Rafizi dan Anwar dikala dahulu begitu marah terhadap Mahathir kerana isu ini,namun sekarang mereka berdua tidak pula membuka mulut pabila bertemu Pengerusi PPBM itu.Tidak kurang juga Mahathir.Walaupun dia pernah dituduh, dicemuh,dicaci dan dimaki dengan begitu aib sekali oleh Rafizi dan Anwar dalam isu ini, namun ahli politik berusia 91 tahun itu tiada keberanian untuk menjawab segala tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan kepadanya suatu ketika dahulu. Justeru, sebagai seorang bekas PM yang pernah dimuliakan majoriti rakyat Malaysia,wajarlah Mahathir menjawab pendedahan yang dilakukan oleh dua pemimpin PKR tersebut pada hari ini. 

Amat tepatlah atas kapasitinya sebagai Pengerusi PPBM yang menganggotai Pakatan Harapan,maka Mahathir patut 'menyucikan' nama dia dan keluarganya jika tuduhan berkenaan tidak berasas.Bila Mahathir hendak jawab ??? Skandal Forex dan BMF pun belum dijawab.Pendedahan Rafizi dan Anwar pun tidak dijawab.Patutlah Mahathir sanggup cari cendol dari berdebat secara terbuka.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, March 02, 2017

KANTOI !!! #PKR PARTI PEROSAK MENTALITI RAKYAT ???


Sukar untuk melupakan apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia,dengan yang paling diingati ialah tuduhannya terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hingga mengakibatkan ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.Selain kes Tabung Haji,beliau juga melakukan serangan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Kumpulan Wang Persaraan (KWAP),Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Felda Golden Ventures (FGV) 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan banyak lagi.Itu baru Rafizi,belum masuk lagi Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar yang juga tidak kurang hebatnya. Nurul Izzah juga adalah individu yang menyebabkan seramai 34 orang penduduk Flat Kampung Kerinchi gagal mendapatkan hak mereka keatas Kerinchi Residensi.Semuanya kerana hasutan yang dibuat pada bulan April 2013 yang mendakwa,projek pembangunan Kerinchi Residensi adalah helah kerajaan Barisan Nasional untuk mengusir penduduk Flat Kampung Kerinchi.

Beliau mendakwa,tidak mungkin kerajaan dapat menyiapkan projek berkenaan jika ada dikalangan penduduk asal Flat Kampung Kerinchi membantah "pengusiran" mereka.Akibatnya,sekurang-kurangnya 50 penduduk enggan meninggalkan flat yang telah berusia 46 tahun itu sebelum jumlah ini berjaya dikurangkan hasil usaha bersepadu kerajaan dan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang memberi penerangan khas mengenai projek berkenaan.Inilah perangai pemimpin PKR.Selepas mereka memburukkan sesuatu projek atau menyebarkan tuduhan liar,mereka akan `lepas tangan'.Walaupun jawapan balas telah diberikan kepada isu yang mereka bangkitkan itu,tapi mereka tidak berminat sebaliknya lebih suka untuk mengelirukan dan mewujudkan persepsi buruk mengenai pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Apatah lagi pilihan raya umum semakin dekat maka mereka melakukan tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi.Tidak kisahlah kalau cerita karut-marut sekalipun,janji ada yang akan terpedaya.Realitinya mereka tidak berani mendedahkan kepincangan yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran pakatan iaitu Pulau Pinang dan Selangor.Sesudah rakyat mempercayai fitnah mereka,disaat kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat, mereka akan menghilangkan diri.Sifat pengecut seumpama inilah yang telah menyebabkan mereka yang mempercayainya menjadi mangsa,hanya disebabkan kemaruk dengan kuasa.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 08, 2017

TU DIAA !!! #RAFIZIRAMLI KENCING RAKYAT LAGI !!! APA CERITA NI ???


Dogeng Rafizi datang lagi.Kali ini buat ramalan guna imaginasi luar biasanya bahawa minyak akan naik RM2.70 pada Jun ini."Siap sedia,minyak mungkin naik lagi,'' demikian amaran Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia dengan jangkaan beliau kononnya harga petrol RON95 boleh mencapai sehingga RM2.70 seliter pada Jun ini.Menariknya,Rafizi menyatakan RON95 itu dikatakan boleh mencecah harga tersebut sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan.Agaknya Rafizi terlupa bahawa suatu masa lalu beliaulah yang meminta supaya harga minyak ditentukan mengikut kadar pasaran semasa.Tetapi beliau kini mahukan semula subsidi diperkenalkan.Lawak apakah ini ???

Inilah contoh politikus yang tidak mempedulikan kesan kepada rakyat dan negara.Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan menyedihkan apabila ia dimanupulasikan secukup-cukupnya.Macam cerita cincin,lepas buat semua tuduhan akhirnya bila minta dibuktikan Rafizi kata ianya hanya cerita lawak semata mata.Ramai juga yang sudah kena tipu dengan Rafizi Rakyat diberikan harapan palsu,seolah-olah di bawah pakatan harapan, harga minyak akan turun.Hakikatnya harga minyak di pasaran masih belum stabil, hari naik, semalam turun.Malahan andaian yang dibuat oleh Rafizi selama ini adalah berdasarkan persepsi semata-mata.Banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan kenaikan harga minyak di pasaran. 

Menurut Reuters,peningkatan minyak ketika ini adalah disebabkan kebimbangan sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang akan terus menjejaskan bekalan minyak mentah,tetapi pasaran menunjukkan tanda-tanda AS akan meningkatkan pengeluaran.Rakyat tidak sepatutnya berasa bimbang sekiranya harga minyak mentah di pasaran meningkat kerana Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah memberi jaminan bahawa kerajaan mempunyai kaedah tersendiri bagi membantu rakyat sekiranya harga minyak di pasaran dunia melambung tinggi.Bantuan masih boleh disalurkan oleh kerajaan kerana subsidii-subsidi bersasar termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),insentif nelayan dan pekebun kecil,bantuan persekolahan,kesihatan dan banyak lagi belum dimansuhkan.Dengan tahun ini dianggap sebagai tahun pilihan raya umum,maka bersiap sedialah kita untuk mendengar lebih banyak lagi cerita karut daripada pembangkang dengan banyak janji-janji manis akan ditaburkan kepada rakyat demi menarik sokongan pengundi.Jangan mudah tertipu dengan cerita Rafizi ini. 

Tujuan dia hanya satu iaitu untuk menipu dan membuat rakyat rasa marah.Kalau percaya dan marah maka senyumlah Rafizi kerana racun persepsinya berjaya. "Tora Datang Lagi" itulah iklan kanak kanak lihat di televisyen tentang satu kotak permainan yang menjanjikan ada mainan hebat dalam kotak itu.Kadang kadang yang mainan yang dapat tidak seindah iklan yang dilihat.itu kotak Tora,tetapi ini "Rafizi Datang Lagi".Dalam kotak Tora ada jugak mainan,janji Rafizi lebih teruk lagi.Dalam kotak "Rafizi Datang Lagi" itu apa pun tiada.Hanya fantasi persepsi semata mata.Oleh itu, jangan mudah tertipu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 28, 2016

KANTOI !!! RUPANYA #TUNMAHATHIR DAN #RAFIZI TAKUT PM DS @NAJIBRAZAK JADI TAMBAH POPULAR !!!


Orang kata kemarau sepanjang tahun boleh dihapuskan dengan hujan sehari.Agaknya begitulah yang terjadi kepada kedua individu yang mewakili “mode” kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Penat lelah sepanjang hayat mencari isu dan modal untuk membuat rakyat Malaysia benci kepada pemerintah,namun sebaliknya pula yang terjadi,rakyat mula melihat hasil kerja DS Najib dan mula menilai secara positif.DS Najib menjawab kritikan dan fitnah dari kedua individu yang mewakili pembangkang ini dengan terus “perform” sebagai Perdana Menteri yang membuat kerja.Setelah pelbagai cara mengguna pelbagai kaedah seperti memfitnah dan mengutarakan isu yang bukan ‘isu” untuk memburukkan DS Najib, tetapi bukan semakin di benci malah semakin popular pula.Terbaru,hasil kerja dan usaha kerajaannya dalam Tranfsormasi pengangkutan,terhasil pula MRT untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.Penggunaan MRT fasa pertama ini hanya menggunakan masa 30 minit sahaja untuk sampai ke destinasi,menjadi salah satu dari banyak benda lain yang diusahakan oleh kerajaan DS Najib.

Rakyat pelbagai golongan mengambil peluang mencuba dan merasai projek untuk rakyat dengan penuh teruja.Selain itu,kerajaan pimpinan DS Najib berjaya melaksanakan pelbagai lagi kerja kerja berpaksi kan rakyat seperti merasmikan PAN Boneo Highway untuk rakyat di Sarawak dan Sabah pula.Kemudian jambatan Batang Sadong pula dirasmikan untuk penggunaan rakyat.Banyak lagi hasil kerja kerajaan pimpinan DSNR dapat dilihat keberhasilan nya dalam masa 6 tahun.Atas sebab ini,usaha kedua individu seperti Tun Mahathir dan Rafizi Ramli yang politik mereka berpaksi kisah buruk dan fitnah merasai kegagalan usaha mereka seperti api disiram air.Mana mungkin siang malam memburukkan kerajaan tetapi hasil nya dapat di lihat oleh rakyat dengan mata mereka sendiri,ini berbanding dengan kisah buruk dan negatif yang cuba di hidangkan oleh Tun Mahathir dan Rafizi Ramli sebagai teori dan andaian sahaja.Mungkin ini cara Najib Razak menempelak Tun Mahathir,Rafizi dan pembangkang,ia itu menjawab cercaan dengan bukti hasil kerjanya. 

Semakin hampir PRU,pada perkiraan pihak pembangkang rakyat sudah tentu semakin benci tetapi nampak nya mereka semua harus kembali ke “drawing board” semula untuk melakar strategi baru bagi membuat rakyat membenci Najib dan BN.Rafizi pergi lebih jauh dalam usahanya mahu mengalih perhatian rakyat supaya terus membenci Najib dengan konon kononnya ada kes baru, iaitu pembaziran dalam projek popular MRT dari segi kosnya. Malah, Rafizi turut mencabar DS Najib supaya menyamannya jika dia memfitnah. Tentu sekali Rafizi mahu bersungguh sungguh mematikan kejayaan MRT untuk rakyat dengan membangkitkan isu

Pada Tun Mahathir pula,beliau cuba mengulas pelbagai sudut dari harga gerabak sehinggalah hal hutang dan cara perjanjian dengan syarikat berkaitan kerja rel dan lain lainnya.Pada hemat saya melalui pemantauan, blog Chedet semakin di pinggirkan dan mula merosot banyak dari segi jumlah pelawat dan “readership” nya.Hanya 2 minit sahaja purata pembaca melihat blog Che Det.Ini bukti rakyat sudah makin muak dengan cerita cerita recycle Mahathir.Malah di google trending,populariti Najib lebih baik dari Mahathir sejak bulan Julai yang lepas.Tentu ini mengambarkan betapa rakyat sudah lali dengan Tun Mahathir yang cakap tidak serupa bikin ketika dia menjadi Perdana Menteri.Barangkali juga kerana rakyat sudah tahu kisah Tun Mahathir yang lampau yang kian banyak disebarkan, di mana Tun M sendiri lebih teruk dan dashyat dalam menggendalikan ekonomi dan wang.Malah kebanyakan skandalnya tidak pernah disiasat dan ada badan yang pernah dapat menyiasat.Kali terakhir disiasat isu wang besar Bank Bumiputera pun seorang auditor telah mati di bunuh di ladang getah,seolah olah macam sengaja menghantar seorang sahaja untuk menyiasat kes besar.Maka,mungkin akan kesedaran rakyat sudah mula membuka minda dan melihat sendiri kerja dan usaha bersungguh DS Najib, maka apa yang kedua individu mewakili pembangkang ini cuba lakukan sudah tidak lagi mendapat sambutan.

Jenama “MAHATHIR” sudah ranap dan musnah kerana kisah kroni dan penyelewengan di zaman nya menjadi Perdana Menteri banyak terdedah, dan jenama “RAFIZI” yang penuh dengan tewas dalam kes fitnah di mahkamah sudah tidak lagi ada kredibiliti untuk di pandang serious apa sahaja yang cuba di bangkitkan.Atas sebab ini semua maka ketakutan melanda Tun Mahathir dan Rafizi serta pihak pembangkang yang lain.Apa yang mereka mahukan lain pula yang terjadi,sepatutnya Najib semakin dibenci, tetapi sebaliknya Najib mula dinilai oleh rakyat dengan bijaksana. Mahathir dan Rafizi takut Najib terus jauh lebih popular selepas kejayaan lawatan ke China,PAU2016,pembinaan MRT dan jambatan Batang Sadong.Mereka kena terus hasut rakyat agar benci Najib dengan serangan serangan yang sengaja direka dan tanpa bukti yang kukuh.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 19, 2016

#JOMNAIKMRT !!! KANTOI !!! PUTAR BELIT #RAFIZIRAMLI 🐙 DIDEDAHKAN !!!


Kelmarin,Rafizi 🐙  diserang berhubung kenyataan beliau yang mengatakan kos MRT akan meningkat kepada RM100 billion,ini disiarkan di Keadilan Daily pada tahun 2012.Berikut merupakan petikan artikel tersebut : 

KUALA LUMPUR 5 Julai : KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.Pengarah Strateginya,Rafizi Ramli 🐙 berkata,berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad),kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion. 

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu,kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily.Menurut Rafizi 🐙, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.Beliau berkata,pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan betul. MRT merupakan projek infrastruktur terbesar di Malaysia dan dijangka mula dilaksanakan pada suku kedua atau ketiga tahun ini. Laluan MRT sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mempunyai 31 stesen,melalui Bandar Utama,Damansara,Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras. 


Petikan akhbar di atas jelas menunjukkan Rafizi 🐙 merujuk kepada MRT jajaran 1 Sungai Buloh ke Kajang atau kodnya SBK yang panjangnya 51km.Bukan keseluruhan jajaran yang melibatkan Jajaran 1 + Jajaran 2 + Jajaran 3 = 141 km.tidak puas hati akibat serangan tersebut,Rafizi 🐙 mengeluarkan kenyataan berbeza.


"Apa yang mereka tidak sedar ialah pengumuman Dato’ Seri Najib bahawa kos menyiapkan Fasa 1 MRT bagi jajaran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang (iaitu untuk 12 stesen sepanjang 21 km sahaja) adalah RM21 bilion sebenarnya mengesahkan kerisauan saya dalam tahun 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion." 

Berdasarkan kenyataan Rafizi 🐙 di atas,SBK fasa 1 sepanjang 21km melibatkan kos RM21 billion.Rafizi 🐙 kemudian merumuskan formula sotong (A) berikut :  

21km = RM21 b. 1 km = 21km/21b = RM1b.

Dengan formula sotong ini,beliau merumuskan kos keseluruhan jajaran 1+jajaran2+jajaran 3=141km adalah bersamaan dengan RM1B x 141km = RM141 billion.Lapuiji kemudian menolak RM 21 billion yang telah dibelanjakan untuk SBK,untuk mendapatkan baki kos utk jajaran 1 (fasa 2) + jajaran 2 + jajaran 3 : RM141 billion - RM21b = RM120 billion. 

Gelak sikit. Ha ha ha.Di mana Rafizi 🐙 tersilap? Kos RM21b bukan untuk SBK Fasa 1 sahaja.Sebenarnya,kos ini adalah untuk SBK fasa 1 dan fasa 2 yang melibatkan jajaran sepanjang 51 km. 

Ini adalah berdasarkan kenyataan dari MRT Malaysia (https://www.facebook.com/MRTMalaysia/posts/1334614186569979) : 

"Kos RM21 bilion yang disebut dalam ucapan oleh Perdana Menteri adalah kos bagi kedua-dua Fasa Satu dan Fasa Dua daripada 51km jajaran SBK.Fasa 1 terdiri daripada bahagian ditinggikan (elevated section) yang melibatkan 21km daripada Jajaran SBK dari Sungai Buloh ke Portal Semantan.Fasa dua termasuk bahagian 9.5km bawah tanah dari Semantan Portal ke Portal Maluri dan bahagian ditinggikan 20.5km dari Portal Maluri ke Kajang" 

Jadi formula sotong (A) lapuiji adalah salah.Mari kita betulkan untuk mengetahui berapa sebenarnya kos keseluruhan MRT 2̶1̶k̶m̶ ̶=̶ ̶R̶M̶2̶1̶ ̶b̶ 51km= RM21b. 1km =RM21b/51km = RM0.412 billion Maka keseluruhan 141km ( Jajaran 1+ Jajaran 2 + Jajaran 3) = 141km x RM0.412 billion = RM58.1 billion. 

Eh,tak sampai RM141 billion pun? 😊 Murah betul! Tetapi adakah benar formula sotong A yang dibetulkan,1KM = 0.412 billion atau RM412 juta? Tidak.Formula A Lapuiji tersebut adalah formula yang sangat bangang.Beliau tidak mengambil kita faktor luaran yang akan melibatkan kos meningkat atau berkurang contohnya sama ada jajaran tersebut ditinggikan (elevated) atau bawah tanah,atau harga pampasan tanah dsb.Setakat ini kita cuma mengetahui anggaran untuk Jajaran 2,iaitu diantara RM35 billion hingga RM40 billion.Ini seperti dilaporkan NST 3 AUGUST 2016

KUALA LUMPUR : Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) said the total cost for the MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line could be anywhere between RM35 billion and RM40 billion. 
"We have not finalised the actual cost for the SSP Line but for construction alone, we have budgeted RM32 billion,” MRT Corp chief executive officer Datuk Seri Shahril Mokhtar told Business Times.“With the project delivery partner and all, we expect the total cost to be between RM35 billion and RM40 billion,” he said.The 52.2km SSP Line will serve a corridor with a population of around two million in Damansara Damai, Jalan Ipoh, Kampung Baru, Kuala Lumpur City Centre, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan and Cyberjaya. Phase 1 of the SSP Line will run from Kwasa Damansara to Kampung Batu, and comprise 12 stations. It is targeted for completion by July 2021. 


Jajaran 3 pula langsung tiada informasi mengenai anggaran kos.Setakat ini masih dalam kajian. 

Kesimpulan : Rafizi 🐙 jelas salah apabila mengatakan kos RM21b hanyalah untuk fasa 1 jajaran SBK.Apa yang harus dilakukan oleh beliau adalah kurang bercakap lebihkan kerja, lebih banyak bercakap lebih banyak salah bro.Saya tak harap langsung Rafizi 🐙  akan membetulkan kesalahan info yang beliau sengaja lakukan ini,kerana beliau akan sentiasa membelit.Saya nasihatkan Lapuiji supaya kurang-kurangkanlah membelit.Bukankah itu hari sudah terbelit Langkah Kajang Bahalol kamu? Kemudian,terbelit pula kena game dengan Jokermin.Ingat bro,sepandai-pandai sotong membelit,akhirnya terbelit leher sendiri jua. 

Sumber : MHN

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 16, 2016

#JOMNAIKMRT !!! KANTOI !!! PENIPUAN #RAFIZIRAMLI DIDEDAHKAN !!!


dunia telah menjadi saksi pembukaan MASS Rapid Transit (MRT) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula beroperasi hari ni @ Jumaat,16 Disember 2016.MRT ini disifatkan lebih moden dan gerabak yang lebih baik jika hendak dibandingkan dengan tren Underground di London dan tren Subway di Tokyo Projek maju merentas masa itu bukan sahaja telah siap mengikut jangkaan,malah mampu menjimatkan sebanyak RM2 bilion daripada kos sasaran awal iaitu RM23 bilion.Dengan mengambil masa menunggu hanya 3.5 minit untuk setiap tren,projek hasil sentuhan Perdana Menteri ini dijangka mampu memanfaatkan kepada 1.2 juta orang pengguna.

Namun apa yang dikesalkan adalah,fitnah dari Ahli Parlimen PKR Pandan,Rafizi Ramli pada April 2013 terhadap projek MRT melalui pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13.Dalam sebuah video bertajuk "PRU13 - Bersama Rafizi Pendidikan Percuma" yang dimuat naik di Youtube,Rafizi memfitnah Kerajaan Malaysia membelanjakan sebanyak RM80 bilion wang rakyat untuk projek MRT.Jumlah RM80 billion yang disebut Rafizi itu pun tidak betul.Kos sebenar MRT hanyalah RM36.6 billion dari Kajang ke Sungai Buloh.Angka RM80 billion itu Rafizi hanya main petik sahaja.Jika ikut logik Rafizi melalui Manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 ini dulu, maka sudah tentu berlaku 'kehilangan' wang rakyat sebanyak RM59 bilion sekarang ini.Padahal,jika dicampur antara kos bagi fasa pertama dan kedua,ia masih tidak melebihi dari 'kos ciptaan Rafizi' berkenaan. 

Menurut kementerian bertanggungjawab,kos keseluruhan bagi dua fasa projek MRT adalah menelan belanja sebanyak RM36.6 bilion.Sudahlah kos berkenaan berjaya dijimatkan,sebanyak kira-kira 50 peratus dari nilai kerja projek tersebut telah berjaya diagihkan kepada kontraktor Bumiputera.Ini sekali lagi melebihi sasaran yang diminta oleh Datuk Seri Najib Razak pada Februari 2016 iaitu sebanyak 45 peratus sahaja.Sesungguhnya,projek MRT yang prasarananya berkembang maju menjangkaui masa ini adalah lambang kepada komitmen Perdana Menteri terhadap rakyat Malaysia.Walaupun beliau seringkali dicemuh dan difitnah di media sosial,namun fokus beliau dalam memberi bakti kepada rakyat tidak pernah sesekali dikesampingkan.Andainya kita mengikut logik akal dan saranan dari Rafizi serta parti-parti pembangkang, 'nikmat dunia' seperti MRT yang boleh dinaiki secara percuma selama sebulan ini tidak akan dikecapi rakyat sampai bila-bila.

Rafizi hendak buat tol percuma di Lebuhraya Guthrie pun tidak boleh,biarpun sudah dua penggal Selangor kuasai kerajaan negeri.Malah di Penang,Tol Sungai Nyiur yang hanya RM0.50 sen pun tidak dimansuh oleh mereka.Pembangkang hanya pandai berjanji dan berjenaka sahaja tentang angka. Mereka tidak akan tunaikan apa yang mereka cakap jika mereka berkuasa. Hanya BN yang menunaikan janji.Datuk Seri Najib Razak sekali lagi membuktikan bahawa Barisan Nasional memberi politik khidmat bakti,manakala Rafizi pula menunjukkan kepada kita bahawa pembangkang hanya bermain politik fitnah kepada rakyat !!!

Jom naik MRT !!!

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, November 11, 2016

ISU #TABUNGHAJI !!! #RAFIZIRAMLI KENCING RAKYAT MALAYSIA KAW-KAW !!!


Sebagai jenama yang sudah dikira rosak dan “obsolete” Rafizi Ramli cuba buat "damage control" dengan menyerang Tabung Haji semula.Ini boleh dikira sebagai cubaan ulangan setelah tidak dilayan beberapa bulan dahulu.Sakit Rafizi di sini,di mana sahaja ada wang orang Islam,atau agensi orang Melayu,disitulah sakitnya Rafizi.FELDA,EPF,LTAT semuanya dalam radar Rafizi untuk dikacau.Kali ini Rafizi buat kesimpulan jika kesemua pencarum haji mahu mengeluarkan caruman mereka,maka Tabung haji tidak ada cukup wang untuk membayarnya.Itu kata Rafizi,pendek kata maksud Rafizi jika semua pencarum wang di Tabung Haji tiba tiba serentak tidak mahu meneruskan menjadi orang Islam yang mahu mengerjakan haji maka LUTH tidak akan mampu memberi semula wang mereka. 

Soalan pertama kepada Rafizi,kenapa pula tiba tiba mereka tidak mahu mengerjakan haji serentak ??? Adakah kerana mereka takut terkena roket yang ditembak oleh puak syiah Hothi ??? Tujuan mereka simpan dan carum pun kerana mahu mengerjakan haji dan bukan suka suka semacam Rafizi. 

Kedua,ketika Rafizi cuba menyodok persepsi LUTH tidak ada wang,kenapa Rafizi sendiri tidak keluarkan wang simpanan Rafizi sebagai contoh ??? Kenapa ??? 

Ketiga,semua pencarum faham demi mahu memberi dividen yang baik tentu sekali LUTH harus ketepikan sedikit bahagian untuk melabur seperti hartanah dan lain lain yang patuh syariah.Jika ada mana mana badan atau pihak yang boleh memberi pulangan sebagai dividen tanpa pelaburan,mohon Rafizi umumkan kepada semua pihak,supaya mereka boleh letak wang di situ.Semua rakyat sudah faham,apabila melabur,ada risiko nya,sama ada besar atau kecil,tidak ada di dunia ini pelaburan yang tidak berisiko.Hanya melabur amalan dan sedekah atas nama Allah sahaja yang tidak ada risiko ruginya. 

Rafizi terlupakah berkenaan PIDM,sebagai jaminan kepada semua orang yang meletakkan wang kepada mana mana agensi bank dan syarikat seperti LUTH.Persoalannya,kenapa Rafizi harus lakukan pemburukan dan persepsi buruk kepada LUTH dan badan badan tertentu seperti FELDA ??? Kerana Rafizi tahu di sini adalah tempatnya deposit undi orang Islam dan Melayu,ia mesti diganggu.Rafizi mahu larikan mereka dari suka kepada “Barisan Nasional” kepada benci Barisan Nasional.Itu sahaja tujuan Rafizi Ramli.Untuk pengetahuan semua pembaca Badut Rakyat,Rafizi pernah tipu rakyat Malaysia secara terangan terangan dan mereka yang tertipu masih belum "recover" dari penipuan Rafizi. 

Berjuta juta umat Islam membantu Rafizi menyebarkan fitnah berkenaan cincin Rosmah,malah ketika tersebar nya isu cincin itu,pihak penyokong Rafizi siap menyiarkan gambar resit dan sebagainya untuk memperdayakan semua pihak.Akhirnya dengan mudah Rafizi secara rasmi di mahkamah memberitahu semua itu “cuma gurauan” sahaja.Kemudian Rafizi memberi gambaran buruk kepada NFC satu usaha untuk mewujudkan ternakan lembu untuk orang Islam.Rafizi serang berkenaan pembelian kondo dan mencipta ejekan “lembu kondo” yang menjadi begitu popular sehingga kaki mesin judi pun berzikir walaupun tidak tahu ia hanya serangan persepsi sahaja.Akhirnya Rafizi tewas dengan fakta di mahkamah dan terpaksa membayar RM200,000,sebagai denda memfitnah,namun ke manakah perginya mereka yang membantu menyebarkan fitnah “lembu kondo” ??? Hilang kesemuanya ??? 

Kali ini Rafizi datang semula,dengan serangan kepada LUTH.Serangan ulangan.Pada yang tidak serik dan tidak pernah belajar dengan pengalaman,anda lauk kepada Rafizi.Pergilah tanya kepada Rafizi,buruk macam mana pun LUTH,kenapa Rafizi sendiri tidak keluarkan wangnya dari Tabung haji ??? Ada apa apakah yang Rafizi tahu tetapi rakyat tidak tahu ??? Sudah sudahlah Rafizi.10 ayat yang keluar dari mulut Rafizi,belum tentu 9 ayat itu adalah betul.Bila Rafizi buka mulut sahaja,semua rakyat kena hati hati,jangan terus terpedaya dan tertipu dengan fitnah Rafizi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, August 12, 2016

KANTOI !!! #RAFIZIRAMLI KENA BELASAH DENGAN DATUK #RIZALMANSOR !!!


tu diaa !!! belum apa-apa lagi dah kena belasah ??? apa cerita ni ??? kata Ahli Parlimen Pandan tapi takkan takut dan kena belasah percuma kot ??? mana kejantanan anda wahai YB Rafizi Ramli ??? mana ??? lain kali jangan tunjuk hebat,dedah sana dedah sini lepas tu baru kena sikit dah takut.jom saksikan video di bawah


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, July 21, 2016

#1MDB @1MDB !!! TU DIAAA !!! APA YANG #RAFIZIRAMLI MEREPEK NI ??? VIDEO INSIDE !!!


tu diaa !!! rafizi ramli dah bersuara.apa cerita ni ??? malas nak komen panjang-panjang.lihat video di bawah



UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 02, 2015

HARGA MINYAK DAH TURUN !!! PEMBACA #BADUTRAKYAT DAH TAU KERRR BELUM ???


semalam harga minyak dah turun.sebenarnya bukan turun pun sebab sejak Oktober 2014 memang tak pernah naik lebih dari RM 2.30,hanya diselaraskan saja sesuai dengan harga minyak dunia.Kalau ceritanya semalam naik,hari ini meriahlah kita dengan kisah dongeng itu zalim,sini zalim,sana makan rumput,sini jilat longkang dan sebagainya.Tapi sebab tak naik,maka takdelah keluar cerita merempat dan merana dah cerita tol pulak

senang cakap ada sajalah yang tak kena.Dalam pada tu,IKEA beribu juga manusia.Kalau naik semalam,Menteri,jangan buka mulut sajalah,mesti kena troll waima nasihat nak kurangkan beban hidup yang banyak diperkatakan tu.Sehingga terfikir balik,rakyat Malaysia ni susah ke tidak sebenarnya ??? Suruh naik motor kalau nak jimat minyak pun kena ejek jugakkk.Tapi saya nak kata,inilah kemeriahan dunia siber,macam-macam pembohongan dan adu domba disebar dan dibuat-buat.Jika dibaca,susah semualah rakyat kita ni,takdelah yang senang dan kaya-kaya walaupun hakikatnya tak begitu. 

IKEA sebagai contoh.Begitupun bagus jugalah bila kerajaan tarik balik subsidi minyak dan tukar method bagaimana harga minyak ditentukan.Daripada harga di pam kepada harga diapung.Sejak guna cara ini,stigma minyak naik barang naik darah naik,hujan saja turun dan sebagainya dah tak dengar lagi dah.Menteri KPDNKK pun silap-silap orang dah tak ingat siapa,masih lagi Datuk Seri Hasan Malek kata mereka – sampai macam itu sekali.Tinggal lagi sekarang isu-isu lama seperti tol naik walaupun perjanjian konsesi yang menetapkan tol akan naik pada tempoh tertentu,dah wujud lebih lama dari kebanyakkan bangsa Vape hari ini pun.Apa pun ini teladan kepada rakyat kita,Malaysia ini tidaklah seteruk yang dijangka,yang kecoh,yang viral merana dan sebagainya tu,hanyalah politik saja,bukan benar-benar jadi pun.Masalah mana-mana pun ada bukan negara kita saja.luar negara pun ada masalah jugak.yang dapat banyak bantuan dan macam-macam peruntukan dari kerajaan,rakyat malaysia juga.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, November 19, 2015

#YaPEIM !!! KANTOI !!! PENIPUAN #RAFIZIRAMLI DIDEDAHKAN !!!


rafizi kata rombongan ke usa hanya hadir untuk tutup kursus perkahwinan.antara fakta sikit-sikit boleh keluar.pasal nak jumpa kat mahkamah.rombongan ke usa itu melibatkan bukan sahaja yapeim tapi 3 lagi majlis dan badan agama.banyak program di atur antaranya kursus kahwin siap bawak sijil kawin dalam malaysia lagi bagi memudahkan pelajar sana nak kawin.so takyah pelajar ni nak balik malaysia urus hal perkahwinan.200 orang pelajar usa dan canada hadir ni antara agensi yang sama pergi adalah ypeim,jakim,maiwp dan jawi.tuan rumah kedutaan malaysia.

ANDA TAK PERCAYA ???

LIHAT BUKTI DI BAWAH 


nanti anda cerita semua mahkamah yerrr rafizi.bak kata bloger unspiner sikit-sikit usik dah lah.saya berharap sangat agar kes saman ini segera masuk mahkamah.biar semua terlondeh.cuma Datuk Seri Jamil Khir tolonglah jangan lembut hati maafkan malaun ni.anda nak semua program di U.S.A 


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, November 04, 2015

KANTOI !!! KEBODOHAN #RAFIZIRAMLI BERKENAAN #BAJET2016 DIDEDAHKAN !!!


Layakkah Rafizi ganti tempat Tony Pua untuk berdebat dengan Arul Kanda.Memang tidak layak kerana kedua duanya berlagak pondan.Lihat sahaja soalan Rafizi di bawah 

Q1. Kebanyakan kementerian kena potongan yg cukup byk,kecuali Jab. Perdana Menteri (JPM) saja yg dpt kenaikan. 

Q2. Zaman Pak Lah JPM hanya dpt sekitar 8 bilion setahun zaman Najib meningkat RM20 bilion setahun.

Q3. Daripada RM20 bilion tersebut berapa bilion dikategorikan sbgai perbelanjaan tanpa rekod 

Jawapan Q1, Q2 & Q3 : 

Jabatan Perdana Menteri berlainan dengan Pejabat Perdana Menteri.Pejabat Perdana Menteri (PMO) adalah pejabat rasmi kepada Perdana Menteri yang menguruskan urusan rasmi dan politik Perdana Menteri.Jabatan Perdana Menteri adalah sebuah badan induk kerajaan yang terdapat pelbagai jabatan,suruhanjaya dan agensi di bawahnya.Terdapat 8 buah suruhanjaya,5 agensi pusat dan 51 jabatan di bawah JPM antaranya adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR),Jabatan Perkhidmatan Awam,Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),Biro Tatanegara (BTN),Jabatan Audit Negara, Parlimen Malaysia,Jabatan Perangkaan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN),Istana Negara,Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Unit Pemulihan Pasca Banjir, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). 

Jika diteliti senarai agensi,jabatan atau suruhanjaya di bawah Jabatan Perdana Menteri,kebanyakan daripadanya tidak melibatkan sebarang aktiviti politik.Melihat kepada beberapa tragedi yang melanda negara setahun dua ini,pertambahan peruntukan sebanyak 7% daripada RM19 billion kepada RM20.3 billion adalah munasabah.Ini kerana terdapat agensi-agensi di bawah JPM ini memerlukan lebih banyak dana untuk beroperasi.Khususnya agensi yang terlibat dalam soal keselamatan dan bencana seperti APMM,MKN, ESSCOM, JPAM dan Unit Pemulihan Pasca Banjir.Peruntukan 3 kali ganda berbanding tahun 2008 untuk JPM tidak sepatutnya menjadi isu.Ini kerana terdapat beberapa agensi baru di bawah JPM yang tidak ada pada tahun 2008 (contoh: ESSCOM).Agensi-agensi ini ditubuhkan berdasarkan keperluan semasa dan terdapat juga tanggungjawab kementerian lain yang diserapkan kepada agensi-agensi JPM ini.Agensi-agensi sedia ada seperti APMM,JPAM dan SPRM juga turut diperbesarkan dan diberi peruntukan untuk memiliki aset baru. 

Rafizi cuba memperbodohkan rakyat dengan soalan bodoh.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates