Social Icons

Pages

Wednesday, February 08, 2017

TU DIAA !!! #RAFIZIRAMLI KENCING RAKYAT LAGI !!! APA CERITA NI ???


Dogeng Rafizi datang lagi.Kali ini buat ramalan guna imaginasi luar biasanya bahawa minyak akan naik RM2.70 pada Jun ini."Siap sedia,minyak mungkin naik lagi,'' demikian amaran Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia dengan jangkaan beliau kononnya harga petrol RON95 boleh mencapai sehingga RM2.70 seliter pada Jun ini.Menariknya,Rafizi menyatakan RON95 itu dikatakan boleh mencecah harga tersebut sekiranya harga siling tidak diperkenalkan dan subsidi tidak dikembalikan.Agaknya Rafizi terlupa bahawa suatu masa lalu beliaulah yang meminta supaya harga minyak ditentukan mengikut kadar pasaran semasa.Tetapi beliau kini mahukan semula subsidi diperkenalkan.Lawak apakah ini ???

Inilah contoh politikus yang tidak mempedulikan kesan kepada rakyat dan negara.Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan menyedihkan apabila ia dimanupulasikan secukup-cukupnya.Macam cerita cincin,lepas buat semua tuduhan akhirnya bila minta dibuktikan Rafizi kata ianya hanya cerita lawak semata mata.Ramai juga yang sudah kena tipu dengan Rafizi Rakyat diberikan harapan palsu,seolah-olah di bawah pakatan harapan, harga minyak akan turun.Hakikatnya harga minyak di pasaran masih belum stabil, hari naik, semalam turun.Malahan andaian yang dibuat oleh Rafizi selama ini adalah berdasarkan persepsi semata-mata.Banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan kenaikan harga minyak di pasaran. 

Menurut Reuters,peningkatan minyak ketika ini adalah disebabkan kebimbangan sekatan baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang akan terus menjejaskan bekalan minyak mentah,tetapi pasaran menunjukkan tanda-tanda AS akan meningkatkan pengeluaran.Rakyat tidak sepatutnya berasa bimbang sekiranya harga minyak mentah di pasaran meningkat kerana Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini telah memberi jaminan bahawa kerajaan mempunyai kaedah tersendiri bagi membantu rakyat sekiranya harga minyak di pasaran dunia melambung tinggi.Bantuan masih boleh disalurkan oleh kerajaan kerana subsidii-subsidi bersasar termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),insentif nelayan dan pekebun kecil,bantuan persekolahan,kesihatan dan banyak lagi belum dimansuhkan.Dengan tahun ini dianggap sebagai tahun pilihan raya umum,maka bersiap sedialah kita untuk mendengar lebih banyak lagi cerita karut daripada pembangkang dengan banyak janji-janji manis akan ditaburkan kepada rakyat demi menarik sokongan pengundi.Jangan mudah tertipu dengan cerita Rafizi ini. 

Tujuan dia hanya satu iaitu untuk menipu dan membuat rakyat rasa marah.Kalau percaya dan marah maka senyumlah Rafizi kerana racun persepsinya berjaya. "Tora Datang Lagi" itulah iklan kanak kanak lihat di televisyen tentang satu kotak permainan yang menjanjikan ada mainan hebat dalam kotak itu.Kadang kadang yang mainan yang dapat tidak seindah iklan yang dilihat.itu kotak Tora,tetapi ini "Rafizi Datang Lagi".Dalam kotak Tora ada jugak mainan,janji Rafizi lebih teruk lagi.Dalam kotak "Rafizi Datang Lagi" itu apa pun tiada.Hanya fantasi persepsi semata mata.Oleh itu, jangan mudah tertipu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates