Social Icons

Pages

Friday, November 11, 2016

ISU #TABUNGHAJI !!! #RAFIZIRAMLI KENCING RAKYAT MALAYSIA KAW-KAW !!!


Sebagai jenama yang sudah dikira rosak dan “obsolete” Rafizi Ramli cuba buat "damage control" dengan menyerang Tabung Haji semula.Ini boleh dikira sebagai cubaan ulangan setelah tidak dilayan beberapa bulan dahulu.Sakit Rafizi di sini,di mana sahaja ada wang orang Islam,atau agensi orang Melayu,disitulah sakitnya Rafizi.FELDA,EPF,LTAT semuanya dalam radar Rafizi untuk dikacau.Kali ini Rafizi buat kesimpulan jika kesemua pencarum haji mahu mengeluarkan caruman mereka,maka Tabung haji tidak ada cukup wang untuk membayarnya.Itu kata Rafizi,pendek kata maksud Rafizi jika semua pencarum wang di Tabung Haji tiba tiba serentak tidak mahu meneruskan menjadi orang Islam yang mahu mengerjakan haji maka LUTH tidak akan mampu memberi semula wang mereka. 

Soalan pertama kepada Rafizi,kenapa pula tiba tiba mereka tidak mahu mengerjakan haji serentak ??? Adakah kerana mereka takut terkena roket yang ditembak oleh puak syiah Hothi ??? Tujuan mereka simpan dan carum pun kerana mahu mengerjakan haji dan bukan suka suka semacam Rafizi. 

Kedua,ketika Rafizi cuba menyodok persepsi LUTH tidak ada wang,kenapa Rafizi sendiri tidak keluarkan wang simpanan Rafizi sebagai contoh ??? Kenapa ??? 

Ketiga,semua pencarum faham demi mahu memberi dividen yang baik tentu sekali LUTH harus ketepikan sedikit bahagian untuk melabur seperti hartanah dan lain lain yang patuh syariah.Jika ada mana mana badan atau pihak yang boleh memberi pulangan sebagai dividen tanpa pelaburan,mohon Rafizi umumkan kepada semua pihak,supaya mereka boleh letak wang di situ.Semua rakyat sudah faham,apabila melabur,ada risiko nya,sama ada besar atau kecil,tidak ada di dunia ini pelaburan yang tidak berisiko.Hanya melabur amalan dan sedekah atas nama Allah sahaja yang tidak ada risiko ruginya. 

Rafizi terlupakah berkenaan PIDM,sebagai jaminan kepada semua orang yang meletakkan wang kepada mana mana agensi bank dan syarikat seperti LUTH.Persoalannya,kenapa Rafizi harus lakukan pemburukan dan persepsi buruk kepada LUTH dan badan badan tertentu seperti FELDA ??? Kerana Rafizi tahu di sini adalah tempatnya deposit undi orang Islam dan Melayu,ia mesti diganggu.Rafizi mahu larikan mereka dari suka kepada “Barisan Nasional” kepada benci Barisan Nasional.Itu sahaja tujuan Rafizi Ramli.Untuk pengetahuan semua pembaca Badut Rakyat,Rafizi pernah tipu rakyat Malaysia secara terangan terangan dan mereka yang tertipu masih belum "recover" dari penipuan Rafizi. 

Berjuta juta umat Islam membantu Rafizi menyebarkan fitnah berkenaan cincin Rosmah,malah ketika tersebar nya isu cincin itu,pihak penyokong Rafizi siap menyiarkan gambar resit dan sebagainya untuk memperdayakan semua pihak.Akhirnya dengan mudah Rafizi secara rasmi di mahkamah memberitahu semua itu “cuma gurauan” sahaja.Kemudian Rafizi memberi gambaran buruk kepada NFC satu usaha untuk mewujudkan ternakan lembu untuk orang Islam.Rafizi serang berkenaan pembelian kondo dan mencipta ejekan “lembu kondo” yang menjadi begitu popular sehingga kaki mesin judi pun berzikir walaupun tidak tahu ia hanya serangan persepsi sahaja.Akhirnya Rafizi tewas dengan fakta di mahkamah dan terpaksa membayar RM200,000,sebagai denda memfitnah,namun ke manakah perginya mereka yang membantu menyebarkan fitnah “lembu kondo” ??? Hilang kesemuanya ??? 

Kali ini Rafizi datang semula,dengan serangan kepada LUTH.Serangan ulangan.Pada yang tidak serik dan tidak pernah belajar dengan pengalaman,anda lauk kepada Rafizi.Pergilah tanya kepada Rafizi,buruk macam mana pun LUTH,kenapa Rafizi sendiri tidak keluarkan wangnya dari Tabung haji ??? Ada apa apakah yang Rafizi tahu tetapi rakyat tidak tahu ??? Sudah sudahlah Rafizi.10 ayat yang keluar dari mulut Rafizi,belum tentu 9 ayat itu adalah betul.Bila Rafizi buka mulut sahaja,semua rakyat kena hati hati,jangan terus terpedaya dan tertipu dengan fitnah Rafizi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates