Social Icons

Pages

Thursday, March 02, 2017

KANTOI !!! #PKR PARTI PEROSAK MENTALITI RAKYAT ???


Sukar untuk melupakan apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli kepada rakyat Malaysia,dengan yang paling diingati ialah tuduhannya terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hingga mengakibatkan ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka.Selain kes Tabung Haji,beliau juga melakukan serangan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Kumpulan Wang Persaraan (KWAP),Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Felda Golden Ventures (FGV) 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan banyak lagi.Itu baru Rafizi,belum masuk lagi Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar yang juga tidak kurang hebatnya. Nurul Izzah juga adalah individu yang menyebabkan seramai 34 orang penduduk Flat Kampung Kerinchi gagal mendapatkan hak mereka keatas Kerinchi Residensi.Semuanya kerana hasutan yang dibuat pada bulan April 2013 yang mendakwa,projek pembangunan Kerinchi Residensi adalah helah kerajaan Barisan Nasional untuk mengusir penduduk Flat Kampung Kerinchi.

Beliau mendakwa,tidak mungkin kerajaan dapat menyiapkan projek berkenaan jika ada dikalangan penduduk asal Flat Kampung Kerinchi membantah "pengusiran" mereka.Akibatnya,sekurang-kurangnya 50 penduduk enggan meninggalkan flat yang telah berusia 46 tahun itu sebelum jumlah ini berjaya dikurangkan hasil usaha bersepadu kerajaan dan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang memberi penerangan khas mengenai projek berkenaan.Inilah perangai pemimpin PKR.Selepas mereka memburukkan sesuatu projek atau menyebarkan tuduhan liar,mereka akan `lepas tangan'.Walaupun jawapan balas telah diberikan kepada isu yang mereka bangkitkan itu,tapi mereka tidak berminat sebaliknya lebih suka untuk mengelirukan dan mewujudkan persepsi buruk mengenai pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Apatah lagi pilihan raya umum semakin dekat maka mereka melakukan tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi.Tidak kisahlah kalau cerita karut-marut sekalipun,janji ada yang akan terpedaya.Realitinya mereka tidak berani mendedahkan kepincangan yang berlaku di negeri di bawah pentadbiran pakatan iaitu Pulau Pinang dan Selangor.Sesudah rakyat mempercayai fitnah mereka,disaat kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat, mereka akan menghilangkan diri.Sifat pengecut seumpama inilah yang telah menyebabkan mereka yang mempercayainya menjadi mangsa,hanya disebabkan kemaruk dengan kuasa.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates