Social Icons

Pages

Monday, December 19, 2016

#JOMNAIKMRT !!! KANTOI !!! PUTAR BELIT #RAFIZIRAMLI πŸ™ DIDEDAHKAN !!!


Kelmarin,Rafizi πŸ™  diserang berhubung kenyataan beliau yang mengatakan kos MRT akan meningkat kepada RM100 billion,ini disiarkan di Keadilan Daily pada tahun 2012.Berikut merupakan petikan artikel tersebut : 

KUALA LUMPUR 5 Julai : KEADILAN mendesak kerajaan menyatakan kos sebenar projek My Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh ke Kajang.Pengarah Strateginya,Rafizi Ramli πŸ™ berkata,berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad),kos tersebut kini meningkat kepada RM100 bilion berbanding anggaran asal RM37 bilion. 

“Kita tidak mahu kos berubah-ubah dan berlaku ketirisan dalam projek ini. Sebab itu,kita lontarkan persoalan ini supaya kerajaan lebih telus,” katanya kepada Keadilan Daily.Menurut Rafizi πŸ™, ketirisan dalam projek tersebut menyebabkan negara bakal menanggung hutang yang tinggi dan memberi kesan kepada generasi akan datang.Beliau berkata,pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan projek tersebut dilaksanakan dengan betul. MRT merupakan projek infrastruktur terbesar di Malaysia dan dijangka mula dilaksanakan pada suku kedua atau ketiga tahun ini. Laluan MRT sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mempunyai 31 stesen,melalui Bandar Utama,Damansara,Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras. 


Petikan akhbar di atas jelas menunjukkan Rafizi πŸ™ merujuk kepada MRT jajaran 1 Sungai Buloh ke Kajang atau kodnya SBK yang panjangnya 51km.Bukan keseluruhan jajaran yang melibatkan Jajaran 1 + Jajaran 2 + Jajaran 3 = 141 km.tidak puas hati akibat serangan tersebut,Rafizi πŸ™ mengeluarkan kenyataan berbeza.


"Apa yang mereka tidak sedar ialah pengumuman Dato’ Seri Najib bahawa kos menyiapkan Fasa 1 MRT bagi jajaran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang (iaitu untuk 12 stesen sepanjang 21 km sahaja) adalah RM21 bilion sebenarnya mengesahkan kerisauan saya dalam tahun 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion." 

Berdasarkan kenyataan Rafizi πŸ™ di atas,SBK fasa 1 sepanjang 21km melibatkan kos RM21 billion.Rafizi πŸ™ kemudian merumuskan formula sotong (A) berikut :  

21km = RM21 b. 1 km = 21km/21b = RM1b.

Dengan formula sotong ini,beliau merumuskan kos keseluruhan jajaran 1+jajaran2+jajaran 3=141km adalah bersamaan dengan RM1B x 141km = RM141 billion.Lapuiji kemudian menolak RM 21 billion yang telah dibelanjakan untuk SBK,untuk mendapatkan baki kos utk jajaran 1 (fasa 2) + jajaran 2 + jajaran 3 : RM141 billion - RM21b = RM120 billion. 

Gelak sikit. Ha ha ha.Di mana Rafizi πŸ™ tersilap? Kos RM21b bukan untuk SBK Fasa 1 sahaja.Sebenarnya,kos ini adalah untuk SBK fasa 1 dan fasa 2 yang melibatkan jajaran sepanjang 51 km. 

Ini adalah berdasarkan kenyataan dari MRT Malaysia (https://www.facebook.com/MRTMalaysia/posts/1334614186569979) : 

"Kos RM21 bilion yang disebut dalam ucapan oleh Perdana Menteri adalah kos bagi kedua-dua Fasa Satu dan Fasa Dua daripada 51km jajaran SBK.Fasa 1 terdiri daripada bahagian ditinggikan (elevated section) yang melibatkan 21km daripada Jajaran SBK dari Sungai Buloh ke Portal Semantan.Fasa dua termasuk bahagian 9.5km bawah tanah dari Semantan Portal ke Portal Maluri dan bahagian ditinggikan 20.5km dari Portal Maluri ke Kajang" 

Jadi formula sotong (A) lapuiji adalah salah.Mari kita betulkan untuk mengetahui berapa sebenarnya kos keseluruhan MRT 2̶1̶k̶m̶ ̶=̶ ̶R̶M̶2̶1̶ ̶b̶ 51km= RM21b. 1km =RM21b/51km = RM0.412 billion Maka keseluruhan 141km ( Jajaran 1+ Jajaran 2 + Jajaran 3) = 141km x RM0.412 billion = RM58.1 billion. 

Eh,tak sampai RM141 billion pun? 😊 Murah betul! Tetapi adakah benar formula sotong A yang dibetulkan,1KM = 0.412 billion atau RM412 juta? Tidak.Formula A Lapuiji tersebut adalah formula yang sangat bangang.Beliau tidak mengambil kita faktor luaran yang akan melibatkan kos meningkat atau berkurang contohnya sama ada jajaran tersebut ditinggikan (elevated) atau bawah tanah,atau harga pampasan tanah dsb.Setakat ini kita cuma mengetahui anggaran untuk Jajaran 2,iaitu diantara RM35 billion hingga RM40 billion.Ini seperti dilaporkan NST 3 AUGUST 2016

KUALA LUMPUR : Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) said the total cost for the MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line could be anywhere between RM35 billion and RM40 billion. 
"We have not finalised the actual cost for the SSP Line but for construction alone, we have budgeted RM32 billion,” MRT Corp chief executive officer Datuk Seri Shahril Mokhtar told Business Times.“With the project delivery partner and all, we expect the total cost to be between RM35 billion and RM40 billion,” he said.The 52.2km SSP Line will serve a corridor with a population of around two million in Damansara Damai, Jalan Ipoh, Kampung Baru, Kuala Lumpur City Centre, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan and Cyberjaya. Phase 1 of the SSP Line will run from Kwasa Damansara to Kampung Batu, and comprise 12 stations. It is targeted for completion by July 2021. 


Jajaran 3 pula langsung tiada informasi mengenai anggaran kos.Setakat ini masih dalam kajian. 

Kesimpulan : Rafizi πŸ™ jelas salah apabila mengatakan kos RM21b hanyalah untuk fasa 1 jajaran SBK.Apa yang harus dilakukan oleh beliau adalah kurang bercakap lebihkan kerja, lebih banyak bercakap lebih banyak salah bro.Saya tak harap langsung Rafizi πŸ™  akan membetulkan kesalahan info yang beliau sengaja lakukan ini,kerana beliau akan sentiasa membelit.Saya nasihatkan Lapuiji supaya kurang-kurangkanlah membelit.Bukankah itu hari sudah terbelit Langkah Kajang Bahalol kamu? Kemudian,terbelit pula kena game dengan Jokermin.Ingat bro,sepandai-pandai sotong membelit,akhirnya terbelit leher sendiri jua. 

Sumber : MHN

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates