Social Icons

Pages

Showing posts with label Muhyiddin Yassin.... Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin.... Show all posts

Tuesday, June 13, 2017

TU DIA !!! #MUHYIDDINYASSIN KANTOI LAGI ??? APA CERITA NI ????


8 Jun 2017,Malaysiakini,Muhyiddin menyatakan isu calon Perdana Menteri harus dibincang secara tertutup bukan secara terbuka.Muhyiddin anggap jika perkara itu dibincang secara terbuka maka ia akan menimbulkan salah faham,keliru dan menunjukkan pembangkang tidak bersatu.Sejak masuk dalam pembangkang ini Muhyiddin sudah pandai mengajar pembangkang tentang berahsia.Mungkin ada benarnya nasihat Muhyiddin itu.Sebab itulah sekarang Muhyiddin masih berahsia tentang dua perkara utama iaitu skandal Nika Gee dan jumlah sebenar keahlian PPBM di seluruh negara. Rahsia sungguh sebab skandal itu benar berlaku dan berahsia sungguh mengenai keahlian PPBM sebab jumlahnya terlalu kecil dan memalukan untuk diumumkan. Ingat lagi, semasa dia menjadi orang nombor 2 dalam kerajaan BN,Muhyiddin bukanlah perahsia.  Muhyiddin mendedahkan cerita dalam kabinet dan mengutuk orang nombor 1,Perdana Menteri,Dato Seri Najib Razak. 

Dalam satu ucapan di kursus KERIS 2314 di Janda Baik,Pahang sekitar Mei 2015 dengan selambanya Muhyiddin mempertikaikan tentang dana RM2.6 bilion dan isu 1MDB secara terbuka.Sedangkan Muhyiddin sendiri sudah dengar penjelasan dalam mesyuarat MT UMNO.Dalam mesyuarat jemaah kabinet juga,Perdana Menteri telah edarkan 'factsheet 1MDB' kepada semua menteri untuk meneliti isu berkenaan.Muhyiddin tidak baca agaknya.Muhyiddin lebih suka baca The Edge, WSJ dan Sarawak Report pada masa itu.Kerana terpengaruh mahu menjadi PM dan menjadikan Mukhriz sebagai TPM,maka Muhyiddin memilih untuk bersama gerakan menjatuhkan Najib yang dibuat oleh Mahathir.Kempen yang mulanya mahu dilakukan secara pergolakan dalaman UMNO itu gagal dilakukan   oleh Muhyiddin, Mukhriz dan Mahathir.Pada 27 Julai 2015,Muhyiddin dalam perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras sekali lagi lantang mengkritik Perdana Menteri dan isu 1MDB. 

Tidak pula pada ketika itu dia mengambil pendekatan berdiam diri atau berahsia sepeti yang dinasihatkan sekarang pada Pakatan Harapan.Cita-cita kempen jatuhkan Najib hanya satu pada masa itu, iaitu mahu menjatuhkan Najib dan memberi ruang kepada Muhyiddin bergelar "Perdana Menteri sementara" dan melantik Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kempen ini gagal sepenuhnya hari ini.Kini bila buat parti sendiri dan bersekongkol dengan pembangkang, Muhyiddin hanya sekadar dijanji jawatan "Menteri Pelajaran" sahaja,bukan lagi "PM Sementara". Jadi lebai malang sungguh Muhyiddin. Parti yang dibuat pun gagal, ramai lari dan tidak puas hati. Mahathir pun sudah melihat kegagalan Muhyiddin dalam parti PPBM. Nama Muhyiddin langsung tidak diyakini Mahathir untuk ditonjolkan sebagai calon PM. Bermakna keyakinan dan kepercayaan Mahathir kepada Muhyiddin sudah bolehlah dianggap sebagai tiada lagi.Sampai Mahathir sendiri terpaksa angkat diri dia sendiri jadi calon PM. Penasihat lagi "power" dari Presiden.Tindakan Muhyiddin mengarah agar Pakatan Harapan berdiam diri soal calon PM adalah satu tindakan silap. Kem Anwar Ibrahim akan membaca gesaan Muhyiddin itu sebagai "suara tidak setuju" Muhyiddin terhadap Anwar sebagai bakal PM. inilah nasib si lebai malang bernama Muhyiddin. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, May 22, 2017

KEPADA TAN SRI #MUHYIDDINYASSIN !!! ELOKLAH BERSARA DARI MENYAKITKAN HATI AHLI #PPBM !!!


Agenda Mahathir mengejar perkara sulit dan peribadi nampaknya jadi semakin "tidak ketahuan hala".Semalam,21 Mei 2017,dalam Kongres PKR,PPBM sudah sah jadi tidak relevan lagi di sisi DAP,PKR dan PAN.Pengerusi dan Presiden PPBM dimalukan macam itu sahaja.PPBM yang ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin sudah semakin hari semakin tenggelam punca dan hilang arah.Jenis bunga yang pelik,kembang pun tidak,wangi pun tidak.Ditubuh atas landasan kononnya mahu "Selamatkan Malaysia”,rupanya tidak mampu selamatkan diri sendiri pun.

8 Oktober 2016,PPBM diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.Semalam di Kongres PKR,PPBM baru berusia 228 hari dan baru 37 kali Jumaat,PPBM sudah disepak terajang oleh DAP dan PKR.Belum lagi 40 kali Jumaat,parti bunga itu sudah dimalukan dengan penuh kehinaan.Di depan muka dijerit reformasi,diminta angkat plakad Anwar jadi PM dan "sign petition" bebaskan Anwar Ibrahim.Tidak cukup dengan itu,wartawan Malaysiakini pula menyimbah minyak pada api dengan memuat naik video Mahathir terpinga pinga masa plakad Anwar diangkat dan lari dari ditemubual wartawan.Minggu lepas,PPBM dari Perak menyeru supaya Muhyiddin meletak jawatan.Atas alasan Muhyiddin sebagai tidak layak jadi Presiden PPBM.Muhyiddin semasa menjadi orang nombor dua dalam UMNO pun dia tidak menyerlah,maka tidak hairanlah apabila ahli ahli PPBM pula mahu dia meletakkan jawatannya sebagai Presiden parti itu. 

PPBM hanya ditubuhkan oleh penyokong dan pentaksub Mahathir yang mahukan platform baru untuk berpolitik. Mereka mahu platform sahaja, mereka bukan mahu ahli ramai dan menjaga ahli pun. Mahathir tidak berminat sangat pun hendak tubuh parti,sebab susah hendak jaga parti dan ahli parti yang baru. Mahathir hanya hendak jadikan PPBM sebagai platform untuk jadikan Mukhriz sebagai PM sahaja. Pergolakan dalam PPBM sudah riuh satu negara.Di Baling,Kerteh,Teluk Kemang,Pandan,Sik dan Perak.Ada yang keluar parti dan ada yang lari dari parti bunga. Punca utama adalah seperti yang didedahkan oleh Cikgu Kamarul, amalan nepotisme dan kroni yang kuat dala PPBM selain pertembungan team Muhyiddin dan Mukhriz di dalamnya.Bila Muhyiddin didesak letak jawatan, Ainina dilucut jawatan Srikandi dan Cikgu Kamarul,Setiausaha Kerja keluar parti. Ini bukti parti setahun jagung ini sah sedang menuju kehancurannya sendiri.Hancur pun tidak mengapa, Mahathir hanya kisah anaknya sahaja jadi PM bukan soal parti PPBM pun. 

Untuk rekod,Muhyiddin tidak pernah dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri oleh Mahathir. Pakatan Harapan hanya mahu Mahathir membawa 5-7% sahaja penggundi Melayu tetapi Mahathir tidak faham bahasa , lalu membuat pelbagai saranan seolah olah beliau ada saham besar dalam Pakatan Harapan.Akhirnya,semalam Mahathir telah dimalukan dan jatuhlah air mukanya dalam Kongres PKR. Sambil disuruh menandatangani petition mahu bebaskan Anwar,Mahathir juga terpaksa berdiri bersebelahan orang yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri yang ke 7.Mungkin ini kehinaan dari Allah SWT kepada orang yang suka memfitnah Ulil Amri hanya sebab enggan menuruti kehendak peribadinya.Sebelum Kongres PKR,Mahathir telah dimalukan oleh Lim Kit Siang dengan menggunakan Anthony Loke. Anthony Loke telah mengisytiharkan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri, waima hanya sementara sahaja, atau “seat warmer” untuk Anwar.Bagi DAP,inilah cara untuk menghalang rencana Mahathir. Apakah Anthony Loke berani membuat kenyataan jika tanpa izin Kit Siang ??? Tentu tidak dan itulah caranya Kit Siang beri kesedaran kepada Mahathir. Mahathir lupa diri ,DAP dan PKR hanya mahu Mahathir screw 5-7% penggundi Melayu sahaja pada PRU14 Mahathir tidak sedar diri dan terlalu taksub kepada agenda peribadinya.Mahathir tidak boleh berhenti dah kerana yang dikejarnya terlalu besar.Bagi Muhyiddin,elok sahajalah undur diri dan bubarkan sahaja PPBM. Muhyiddin kini sudah jadi “persona non grata” dalam Pakatan Harapan. Jalan kemuliaan yang boleh diambil oleh Muhyiddin adalah letak jawatan dan bubarlah PPBM.Muhyiddin tidak layak pun menjadi PM dalam Pakatan Harapan. Mahathir baru sahaja tulis minggu lepas bab malu dan jawatan.Mahathir kata kalau ada sifat malu maka kenalah letak jawatan. Sebenarnya bukan Najib yang dituju Mahathir, tapi Mahathir sebenarnya menyindir Muhyiddin. 

#MuhyiddinTidakLayakJadiPM 
#MidinTdkLayakJadiPM

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, April 12, 2017

TU DIAA !!! #PPBM : TOPENGNYA MUKA #MUHYIDDINYASSIN !!! WAJAHNYA MUKA #TUNMAHATHIR #TUNM !!!


Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atau lebih dikenali sebagai parti Bunga merupakan parti yang dibentuk berdasarkan kepada kehendak dan visi Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepentingan dan agenda peribadi beliau.Bukannya berpaksi pada agenda rakyat,agenda bangsa dan jauh sekali agenda untuk kepentingan agama.Kita amat maklum bahawa walaupun presiden parti Bunga adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin,namun perjalanan parti tersebut dikawal sepenuhnya oleh Mahathir.Baru-baru ini,Mahathir dikatakan telah mendakwa yang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam itu hanya akan memecahbelahkan Melayu. Ini tuduhan Mahathir yang menampakkan siapa dirinya yang sebenar.Mahathir lah sebenarnya yang memecah belah orang Melayu. Menubuh parti serpihan kerana mengejar kuasa dan agenda peribadi.Bila Mahathir masuk PH,apakah Melayu Melayu dalam DAP dan PKR berubah ??? Mereka tidak berubah,yang berubah adalah Mahathir.Sapu habis dosa dosa rasis Kit Siang dan DAP pada orang Melayu.Lebih memalukan lagi bila Mahathir cuci balik segala kata nistanya pada Anwar,hanya semata mata kerana kuasa.

Kini Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan yang jauh berbeza dengan pendirian Mahathir tersebut. Muhyiddin kata akan menyokong RUU 355 apabila ianya dibahas dan diundi dalam sidang Parlimen akan datang.Malah Muhyiddin menegaskan RUU 355 itu bukanlah bertujuan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. RUU 355 hanyalah pindaan kepada undang-undang sedia ada sepertimana yang pernah dilakukan pada tahun 1984 dan 1989. Bezanya sebelum ini,pindaan dilakukan menerusi RUU kerajaan,bukan RUU persendirian.Pembentangan RUU tersebut untuk kebaikan umat Islam.Oleh itu,semua pihak tidak boleh melihatnya dari perspektif lain termasuk politik.Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa rang undang-undang ini tidak terpakai ke atas orang bukan Islam sebagaimana diulang-ulang di dalam Jadual Kesembilan Perlembagan Persekutuan,juga disebut di dalam Akta dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam,Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Akta 355 sendiri. Perlembagaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa undang-undang Islam di Malaysia hanya terpakai ke atas orang-orang Islam sahaja dan prinsip ini tidak berubah dengan pindaan yang dicadangkan.Adakah Lim Kit Siang sedang dipermainkan oleh Muhyiddin dan Mahathir berkenaan isu RUU 355 ini ??? Suara parti Bunga merupakan suara Mahathir juga.Ini bermakna dalam masa yang sama Mahathir telah mengeluarkan dua kenyataan yang berbeza. Satu membantah dan satu lagi menyokong. Muhyiddin sokong,Mahathir bantah. Kit Siang sudah lakukan provokasinya di dewan rakyat.Inilah wajah sebenar PPBM,parti itu umpama bertopengkan muka Muhyiddin dan berwajahkan muka Mahathir. 

Kenyataan Muhyiddin itu adalah kenyataan topeng semata mata.Wajah sebenar kenyataan PPBM adalah Mahathir. DAP faham dua wajah ini. Sebab itu DAP tidak pernah balun Muhyddin teruk sangat. Hanya menegur sahaja jika "si pemakai topeng" itu tersasul bercakap.Itu pun sudah membuatkan si pemakai topeng membuat "u turn" dalam isu siapa layak jadi Perdana Menteri.Terus Muhyddin kata tidak ada salah kalau DAP jadi PM. Yang terus diperbodoh adalah orang orang Melayu yang taksub dan totok menyokong apa sahaja yang "Mamak Mahathir" ini cakap.Lim Kit Siang telah faham permainan opera topeng PPBM ini.Mahathir sekarang seronok skrew orang Melayu yang totok dan taksub ini.Mereka inilah yang DAP mahu untuk dapatkan undi. PPBM sedang menipu rakyat Malaysia.Presiden parti hanyalah topeng,wajah sebenar dan tubuh badan PPBM adalah Mahathir.Dalam hati "tubuh badan" sebenar parti itulah ada nama calon PM.Ianya tidak pernah disebut dan didedah oleh tuan punya badan.Namun semua orang tahu,apa nama tersebut.Abjabnya ada lima,bermula huruf "B" dan akhirnya huruf "I".Sampai bila PPBM hendak berlakon,drama bersiri di tv pun jika sudah masuk siri ke 30,penonton dah naik muak.Asyik ulang plot dan cerita sama.Inikan pula PPBM,ramai rakyat dah tahu lakonan "topeng dan wajah" PPBM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, March 15, 2017

KANTOI !!! #MUHYIDDINYASSIN TOLAK #RUU355 KERANA TAKUT PADA #DAP ???


Malam 13 Mac lalu,Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata secara prinsipnya Presiden PPBM,Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menyokong pindaan RUU 355.Menurut Tuan Ibrahim,sokongan dari Muhyiddin itu adalah hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan dalam mesyuarat antara PAS dengan pemimpin utama PPBM tersebut.Namun,apabila ramai yang mempersoalkan bahawa adakah PPBM sudah mula mahu tikam belakang DAP apabila berbeza pendirian menyokong pindaan RUU 355,maka Muhyiddin tampil dalam suatu sidang media partinya menafikan perkara tersebut pula.Apakah ini bermaksud Tuan Ibrahim berbohong atau Muhyiddin yang berbohong ??? Siapa yang bercakap benar sebenarnya ??? Kata Muhyiddin,ia sekadar 'andaian' dan tidak bermaksud bahawa parti pimpinannya itu akan menyokong pindaan RUU 355 berkenaan di Dewan Rakyat.Sikap 'flip flop' Muhyiddin ini agak meragukan. 

Mana tidaknya,semasa bertemu kepimpinan PAS,Muhyiddin menyatakan harapan untuk sokong RUU 355.Tetapi setelah diketahui pihak media,dia bernada lain pula.Tidak mustahil ini berlaku kerana Muhyiddin sudah mula takut kepada DAP.Umum mengetahui,DAP merupakan taiko terbesar dalam Pakatan Harapan yang mampu mencatur segalanya bagi pihak pembangkang.Apa sahaja yang DAP suka,parti lain wajar untuk menyokong.Namun,apa sahaja yang DAP benci,parti pembangkang lain haruslah tidak menyentuhnya.Begitu juga dengan pindaan RUU 355.DAP merupakan sebuah parti sekular yang membantah pindaan tersebut.Apabila tiba-tiba Tuan Ibrahim nyatakan kepada media bahawa Muhyiddin pada dasarnya mahu menyokong RUU 355,maka tak mustahil ini membuatkan DAP sudah 'murka'.

Agar memastikan dirinya terus selamat di dalam pakatan pembangkang,maka tak mustahil Muhyiddin dengan penuh keterpaksaan menafikan pendedahan Tuan Ibrahim tersebut.Maka,siapa yang menguasai siapa sekarang ini Muhyiddin sudah benar-benar takut kepada DAP.Takut sangat sampai terpaksa berbohong menafikan perjumpaan dengan Tuan Ibrahim.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 25, 2017

KANTOI !!! TERNYATA KESETIAAN #MUHYIDDINYASSIN TETAP PADA DEWANYA !!!


Sebelum ini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin telah menjawab panjang lebar berkenaan isu terhadap tuntutan dari pelbagai pihak untuk mengetahui pendiriannya terhadap pergeseran antara Sultan Johor dan Tun Mahathir.Dalam isu mencari pasal Tun Mahathir,setelah isu 1MDB tidak ke mana mana dan diketahui rakyat hanya permainan persepsi sahaja,maka  isu Forrest City pula yang cuba di bangkitkan Mahathir.Maka nyawa politik Tun Mahathir dan Muhyiddin mendapat sambungan talian hayat dengan adanya Forest City kerana isu 1MDB telah gagal dan tidak menjatuhkan juga Dato Seri Najib.Ketika ramai pihak di Johor berpihak kepada Sultan mereka,maka rakyat Johor mahu tahu orang yang bernama Muhyiddin pula di mana pendiriannya.Ramai menjangka dan meramal Muhyiddin terikat bersama Tun Mahathir.Muhyiddin akan memilih untuk berpihak pada dewanya.Tun Mahathir seawal tahun 1980an lagi sudah mengetahui hal Muhyiddin dan memanggilnya dengan gelaran “the richest MB”.Ini seolah olah memperli Muhyiddin.Dah lama dah Tun Mahathir tahu apa yang telah dibuat Muhyiddin berkenaan isu tanah pihak tertentu di Johor. 

Maka kemudiannya Tun Mahathir menyelamatkan Muhyiddin ke pusat untuk rencana “future resources” nya,orang yang akan di gunakannya untuk kepentingan masa depan Tun Mahathir,iaitu seperti hari ini.Maka fahamlah kita apa terjadi pun Muhyiddin akan setia kepada Tun Mahathir.Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam pernah berkata “jika saya tidak setuju dan memilih untuk melawannya ketika itu tentu saya akan dituduh ada hubungan dengan haiwan pula”.Begitulah pendapat Tun Musa Hitam berkenaan cara Mahathir mengikat dan mengenakan seseorang.Muhyiddin dalam jawapan panjang lebarnya menyatakan kesetiaan kepada Sultan Johor tidak perlu dipersoalkan,namun pendiriannya tetap berpihak kepada Mahathir.Kita faham hanya Mahathir mampu memberinya kedudukan politik, dan Sultan tiada peranan dalam urusan politik Muhyiddin, hatta itulah pendiriannya.Kita amat faham jika Tun Mahathir berpendirian sebegitu, kerana Tun Mahathir tiada rasa hormat kepada sesiapa pun.

Tun Mahathir hanya ada matlamat dan tiada kesetiaan kepada sesiapa.Sebab itu dia tidak kisah digelar penderhaka.Kesetiaan Tun Mahathir hanya kepada matlamatnya.Apa yang menjadi pelik adalah sesiapa sahaja yang menyokong Tun Mahathir akan secara semula jadi terlihat seperti orang yang terlupa masa lampau.Ini termasuklah Muhyiddin sendiri.Muhyiddin terlupa kisah dia berurusan dengan Singapura bab tanah.Di mana ada kawasan di Johor bukan lagi milik Johor selama 60 tahun kerana tindakan Muhyiddin. Memang amat mudah jika berada di pihak yang hanya menyoal. Mungkin cara Muhyiddin mahu mencuci dosa lampau kerana khianti orang Johor adalah dengan cara persoal Forrest City supaya terlihat yang Muhyiddin sayang kepada negeri Johor. Jika ini "ploy Muhyiddin",maka bolehlah dikatakan ia dilakukan dalam keadaan “bad taste”.Muhyiddin juga amat selektif dalam memilih untuk menjawab isu.Muhyiddin dilihat tidak akan menjawap isu jika ia terbeban pada diri sendiri,seperti isu Nika Gee,percutian RM2 juta, BR1M rasuah dan Bestari net. Dalam hal tersepit , Muhyiddin memilih “elegance silent” pula.Muhyiddin hanya bangkit dan bersemangat jika isu itu boleh dikenakan kepada kerajaan atau kepada Dato Seri Najib, di mana inilah sasaran sebenar Muhyiddin. 

Mungkin kerana terikut tabiat Tun Mahathir juga,dewa pujaan Muhyiddin yang tidak pernah menjawab isu anaknya songsang,bailout anaknya,kekayaan dan jumlah 400 syarikat milik anak anaknya.Selain itu Tun Mahathir tidak pernah melayan tindakan bodohnya membeli tanah mahal dari kroninya,yang membeli tanah itu dengan harga murah. Dalam hal yang Tun Mahathir tersepit , Tun Mahathir menjadi pekak badak pula. Maka akhirnya ,“the real Muhyiddin has stand up” iaitu tubuh badan dan jiwa raga hanya untuk mahadewata Tun Mahathir.Kesetian kepada Sultan sebagai teori dan retorik sahaja.Kesetiaan kepada dewa lebih tinggi dari itu. Muhyiddin tidak sedar bahawa dewa itulah yang akan singkirkannya dalam masa terdekat sebagai Presiden PPBM.Dewa itu hanya setia pada matlamatnya iaitu menjadikan anaknya sebagai PM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 18, 2017

KANTOI !!! #MUHYIDDINYASSIN TERSEPIT ANTARA RAJA DAN DEWA POLITIKNYA !!!


Politik bukan "exact sciene",tetapi individu yang menceburi politik seharusnya tetap pendiriannya.Satu waktu dahulu Muhyiddin ada beri kenyataan bahawa dirinya adalah Melayu dahulu Malaysia nombor dua “I am Malay first” katanya kepada sebuah portal pro pembangkang dalam satu wawancara sekitar tahun 2010.Maka ciri ciri Melayu itu istimewa,antaranya dia memiliki Raja,tidak menderhaka dan menganut agama Islam.Jika ada Melayu yang bukan beragama Islam berkemungkinan dia sudah murtad atau keluar dari agama Islam,kerana kajian mendapati Melayu itu pakejnya lengkap,beragama Islam,beraja dan beradab.Sejak kebelakangan ini banyak berlaku politik songsang akibat ada individu melawan arus dan berlaku songsang kerana kepentingan peribadinya. 

Apa yang dia pernah ludah kini semua dia jilat kembali,walau pun dia mengelarkan penyokong lawannya sebagai pemakan “dedak” tetapi kedudukannya lebih hina kerana dia menelan “kahak” nya sendiri yang dia pernah keluarkan.Kini politik negara menjadi lebih parah apabila si songsang pelawan arus telah bergeser dengan Sultan Johor.Atas sebab kedudukannya agak istimewa dan tahu dia tidak akan diseret ke mahkamah, maka beranilah dia menempelak pandangan seorang Sultan pemerintah negeri Johor.Apa yang dilakukannya tidaklah menghairankan,ketika dia mendapat kuasa dari ahli UMNO,dengan kuasa itu dia pernah menyeret semua Sultan ke lembah politik ketika peristiwa bersejarah krisis kuasa bersama Raja Raja Melayu.Bukan sahaja Raja Raja Melayu,bahkan kehakiman,ahli agamawan juga pernah dimusuhi menggunakan lesen Presiden UMNO.Orang UMNO bersilat bertaichi mempertahankannya kerana dia Presiden UMNO,namun akhirnya dia menjadi pengkhianat dan petualang “memakan” semula UMNO dan ahlinya.

Terkini,dia menempelak Sultan Johor secara terbuka di hadapan rakyat Johor khasnya dan rakyat Melayu amnya.Dia memilih gelanggang terbuka untuk seluruh rakyat pertonton kerana ada muslihat politiknya dan juga agenda politik meyakinkan kaum bukan Melayu supaya lebih mempercayainya.Apa pun itu kisah dia,biarkan ketepi dulu.Apa yang menjadi persoalan dan pertanyaan adalah rakyat ingin tahu apa pendirian Muhyiddin Yassin terhadap pergeseran antara Sultan dan Mahathir ??? Adakah kedudukannya seperti pepatah bahasa Inggeris - "stuck between a rock and a hard place ???” atau dalam bahasa Melayu "di telan mati emak di luah mati bapak ???"  Ramai tertunggu apa pendirian Muhyiddin,kerana dia berasal dari Johor.Rata rata orang Johor amat menyayangi Sultannya.Muhyiddin tidak boleh “play safe” lagi, dalam politik tidak boleh Play Safe.Lain lah jika ini kes Nika Gee di mana Muhyiddin boleh pilih untuk berdiam diri dan berharap isu melayan bini orang ini belayar pergi,  Ini kes maruah dan pendirian. Jika mahu menjadi pemimpin, Muhyiddin mesti berani bertindak dan paling utama “make a stand”

Datuk Seri Najib telah membuktikan dia berani bertindak.Walau diejek kononnya berbibir merah,jalan terkepit dan penakut,tetapi Datuk Seri Najib bertindak membuat keputusan berani.Antaranya membuang 3 orang kuat UMNO yang bakal menjadi lawannya sekaligus termasuklah Muhyiddin.Lebih berani lagi untuk melawan Tun Mahathir dari menyerah institusi Presiden kepada Mahathir dan kroninya.dan begitu juga dengan melaksanakan GST,di mana telah pun ada di pengetahuan Tun Mahathir tetapi,Tun Mahathir tiada “political will” untuk melaksanakannya, tambah lagi dengan bagasi memiliki kroni dan proksi yang berniaga yang bakal kena tempias GST. Itulah keberanian Datuk Seri Najib yang sangat jelas untuk dipaparkan.Maka kini giliran TS Muhyiddin pula.Inilah masa untuk tunjuk kejantanan jika ada pada diri Muhyiddin.Antara dua, pilihlah menyokong siapa,Sultan tanah tumpah darah atau Dewa politik yang menjadi sembahan Muhyiddin. Tidak membuat keputusan dan berharap isu berlaku begitu sahaja boleh lah di anggap “traitor” kepada rakyat Johor dan Sultan mereka. 

Ibarat pepatah Inggeris – "No decision is bad decision, late decision is bad decision" maka segeralah “make a stand” rakyat Johor mahu kenal siapa ini Muhyiddin yang sebenar di kala saat kritikal seperti ini.Datuk Seri Najib yang dihina yang diperlekeh oleh Muhyiddin bersama Tun Mahathir telah terbukti amat berani membuat keputusan memilih setia kepada UMNO dari memilih setia kepada Tun Mahathir.Dan semenjak itu Datuk Seri Najib di serang kiri dan kanan atas dan bawah,tetapi jelas dia tidak berundur.Malah di hadapan petualang dan musuhnya dia melaung  “No retreat No Surrender” katanya saksikan oleh orang UMNO seluruh rakyat.Sama ada Datuk Seri Najib telah membuat keputusan betul atau salah itu bergantung kepada orang yang suka atau benci kepadanya,yang nyata Najib telah membuat pendirian dan keputusan,itu anak jantan Tun Razak.Sekarang,anak jantan arwah Haji Yassin pula harus membuat pendirian jantan,sama ada bersama Sultan atau bersama Dewa politik.Tidak membuat keputusan dan pendirian  ada lah automatik dikira bacul dan utama kan “play safe” iaitu pendirian orang tidak bermaruah.Rakyat Johor yang sejati tahu keutamaan mereka dan telah memilih Sultan mereka,kamu bagai mana Muhyiddin ???? (artikel ini di tulis ketika masih belum ada respon dari Muhyiddin Yassin berkenaan pendirian dia sebagai rakyat Johor)

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, January 03, 2017

KANTOI !!! PERCUTIAN '#MABRUR' #MUHYIDDINYASSIN HANCURKAN #PPBM DIDEDAHKAN !!!


1. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan orang kuat kesayangan Mahathir meneruskan gerakan arahan Mahathir untuk menyerang Tan Sri Muhyddin Yassin Presiden PPBM.Sebelum ini menyentuh hal membersihkan nama Presiden dari skandal dengan isteri orang.Kini Khairuddin mempertikaikan Muhyddin Yassin tidak seharusnya bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir dan menghadapi kemelut dalaman.

2. Khairuddin mempertikaikan tindakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercuti hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.

“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos.Segala kemungkinan boleh berlaku.Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” Muhyiddin di Eropah hanya dapat membaca mesej segala skandal budak-budaknya.Kucar-kacir oleh tangan-tangan berebut kuasa.

3. Sepanjang Muhyiddin berada di luar negara bercuti bersama anak-anaknya Anina Saadudin disingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti,Ketua Srikandi.Belum masuk Cybertroper Mukhriz Mahathir yang menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama Mukhriz menuduh pihak luar melaga-lagakan kepimpinan parti. Mahathir pula terus berdiam dengan kritikan Khairuddin.Game yang baik membunuh karektor Muhyiddin.

4. Belum masuk polemik Ezam Mohd Nor keluar PPBM,kurang 3 bulan selepas penyertaannya,ugutan Anina membocorkan rahsia pemimpin PPBM dan pendedahan Skandal Seks Syed Saddiq Ketua Armada PPBM. Semua ada ketika Muhyiddin bercuti.Tapi Mukhriz tidak membela semua itu.Dia hanya tahu menuduh orang lain.

5. Dari luar negara ketika sekalipun Muhyiddin dikecam Khairuddin dan orang-orang Mukhriz FB Muhyiddin terus senyap tanpa jawapan.Muhyiddin terus melayan percutian bersama keluarga khususnya bersama anaknya Fakhri Yassin (Pemilik Thriven Berhad) dan anak menantunya Adlan Berhan yang memang kaya raya (Projek Biometrik & BestariNet) dan jutawan hasil projek ketika Muhyiddin berkuasa dulu.

6. Kata Khairuddin anjing Mahathir,PPBM belum mantap,baru ditubuhkan "Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali. Lepas PRU kalau dia hendak bercuti,bercutilah.Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga,turun habis-habisan.Ini tidak,keluar negara berminggu-minggu,” katanya.

ANDA NAK LAGI ???


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 19, 2016

FAKTA !!! #MUHYIDDINYASSIN ADALAH LELAKI SI LEBAI MALANG !!! NAK TAU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Muhyiddin mempunyai cita-cita politik yang cukup besar untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat.Di dorong oleh matlamat itulah,tidak ada apa yang tidak dilakukan Muhyiddin termasuk bekerjasama dengan Mahathir mencipta pembohongan terbesar abad ini,kononnya Datuk Sri Najib Tun Razak melesapkan wang sebanyak RM 42 billion.Dikatakan orang,Muhyiddin juga ialah manusia yang membocorkan maklumat kewangan membabitkan sumbangan ikhlas dari Arab Saudi sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun yang diwujudkan khas untuk tujuan tersebut dan kemudian berpura-pura terkejut dengan kebocoran tersebut.Orang katalah.Sehingga di akhirnya,Muhyiddin di atas pengkhianatannya itu,dipecat dari kerajaan dan UMNO.Dia kemudian meneruskan rancangan seterusnya iaitu dengan menubuhkan parti baru Pribumi Bersatu,bersama-sama Mahathir dan anaknya Mukhriz. 

Buat sementara waktu,semuanya nampak berjalan lancar bagi Muhyiddin dan impian abadinya untuk menjadi Perdana Menteri terutama setelah semua parti pembangkang dalam Pakatan,bersetuju mengadakan kerjasama dengan Pribumi Bersatu.Bagaimanapun pengumuman terbaru oleh Lim Kit Siang,mewakili DAP yang juga ketua sebenar dalam Pakatan Harapan bahawa Muhyiddin hanya akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (interim) disamping Wan Azizah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri,menimbulkan persoalan.Untuk apa Muhyiddin membuat segala macam kerja kotor semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kalau diakhrinya dia hanya akan diberikan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri jawatan terakhir yang dia sandang sebelum dibuang ??? Interim (sementara) pulak tu!!, itu namanya buang masa. 

Anwar Ibrahim dulu bekas TPM juga,dia tidak bercita cita hendak jadi TPM semula setelah masuk pembangkang.Anwar bercita cita jadi PM.Politik Muhyiddin tidak akan ke mana mana.Silap silap jawatan TPM yang dijanji itu pun dia tak dapat.Siapa hendak beri jawatan pada parti yang hanya minoriti dan hanya ada 1 kerusi sahaja.Muhyiddin dan parti pimpinannya ternyata tidak berdaya untuk membantah keputusan DAP tersebut.Muhyiddin tidak memberikan sebarang komen selepas beberapa hari kenyataan itu dibuat,membuktikan Muhyiddin lemah, tidak mampu lagi bercakap bila Kit Siang sudah buat keputusan.Sehingga di akhirnya Muhyiddin dilihat sebagai lebai malang yang menerima pembalasan penuh dari Tuhan atas semua pengkhianatan dan kerja jahat terhadap Perdana Menteri dan UMNO yang dilakukannya selama ini.Muhyiddin kena ingat ungkapan yang terlintas di fikiran Si Lebai Malang bila beliau dalam keadaan telanjang bogel selepas digigit burung punai,"kalau secupak,takkan jadi segantang, rezeki sudah sebanyak itu" 

Konon lawan Datuk Seri Najib sebab nak jadi Perdana Menteri tapi diakhirnya,jadi Timbalan Perdana Menteri jugak balik sementara pulak lagi.Mak Lebai pun meradang,sambil memegang kayu api yang ditujahkan ke belakang Si Lebai Malang,sambil berkata : "Lebai nasib langkahan malang,ke hulu hilir penat berulang,celaka sial bedebah jembalang,pakaian dibuang bertelanjang pulang" Inilah dia nasib yang menimpa Muhyiddin.Kisah Nika Gee,1Bestari dan janji Kit Siang untuk jadi TPM sudah menjadikan Muhyiddin si Lebai Malang.Tiada kain untuk tutup kesipuan itu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 09, 2016

KANTOI !!! #MUHYIDDINYASSIN HANYA FAHAM ERTI #WALA KEPADA #TUNMAHATHIR DAN #NIKA SAJA ???


Amat sedih sekali apabila orang yang senior dalam politik seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak faham dan keliru terhadap lafaz Wala dan setia kepada pemimpin seperti yang telah dilaksanakan oleh ahli UMNO kepada institusi kepresidenan UMNO.Muhyiddin memilih untuk pura-pura bendul terhadap maksud dan jiwa lafaz Wala itu,seolah-olah ahli UMNO tidak faham dan tidak tahu erti wala,serta melafazkannya secara membabi buta.Pada masa yang sama,Muhyiddin telah menyerahkan jiwa dan raganya kepada Tun Mahathir,sedangkan perbuatan itu sebenarnya berlawanan dengan erti wala yang sebenar.Setelah Tun Mahathir menukar prinsip,menukar akidah politik,membuat pusingan U kepada semua,namun Muhyiddin masih berwala dengannya secara membabi buta. 

Inilah maksud sebenar ketaksuban membabi buta tanpa berfikir.Tun Mahathir hari ini adalah Tun Mahathir yang sudah bertukar pendirian.Beliau bukan lagi Tun Mahathir yang `kenyang' dan gemuk ketika mendapat semua yang dikehendaki dari Parti UMNO.Inilah Tun Mahathir yang sakit hati kerana kehendaknya tidak dilayan oleh UMNO.Beliau telah berpaling tadah kepada musuh yang pernah dijijikkan dan dimomokkannya sejak berpuluh tahun lalu.Jadi,ini adalah Tun Mahathir yang berbeza dari dulu.Hatta,selepas sikap dan pendirian Tun Mahathir yang sudah berubah pun,Muhyiddin masih berwalakan bekas Perdana Menteri itu.Malang bagi Muhyiddin kerana menjadi orang yang sudah buta mata dan hati disebabkan pendiriannya taksub kepada Tun Mahathir.Jika dahulu Tun Mahathir benci akan DAP,kini beliau menjadi sayang kepada parti itu.Jika dahulu Tun Mahathir amat takut beralih punggung kepada Anwar sebab takut diliwat,kini Tun Mahathir datang merafak sembah kepada Anwar. 

Begitu juga dengan Soros.Muhyiddin amat jahil apabila menyatakan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang pernah dihadirinya,Presiden mengunakan platform itu tempat membicarakan hal hal kedudukan orang Melayu, bukannya tempat ahli berbaiah kepada Presiden.Hakikatnya,Tun Mahathir pernah beberapa kali menjadikan platform yang sama menghentam Anwar dan DAP demi mahu selamatkan kedudukannya.Apa yang paling menghairankan adalah apabila Muhyiddin masih `ada hati' lagi dengan UMNO dan ambil peduli terhadap apa yang dilakukan oleh ahli UMNO terhadap Presidennya,sedangkan partinya,PPBM masih terkontang kanting dan malu untuk mengisytiharkan jumlah keahlian sebenarnya ketika ini.Sepatutnya pedulikan UMNO kerana UMNO bukan lagi parti tempat Muhyiddin mengumpul harta dan menyerah projek kepada anak dan kroni.Apa pun nampaknya UMNO masih dalam hati Muhyiddin dan pemergiannya adalah kerana terpaksa.Jika anda taksub dan akur kepada Tun Mahathir itu adalah hak anda,tetapi ahli UMNO juga ada hak untuk melakukan wala kepada uli amri mereka yang telah difitnah dan ditipu.Samalah juga dengan wala yang anda lakukan terhadap isteri orang seperti kes di mahkamah,itu juga hak anda.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#MUHYIDDINYASSIN TIDAK FAHAM MAKSUD KESETIAAN "WALA" DALAM #UMNO.BUKAN BLIND LOYALTY !!!


1. TS Muhhiddin Yassin (TSMY) turut mengulas panjang lebar sesi penggulungan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016.Beliau umpama gila talak apabila menceritakan nostalgia semasa berada dalam UMNO.

2. Kata TSMY....."Sepanjang ingatan saya,PAU adalah tempat,Presiden UMNO membicarakan hal-hal berkaitan kedudukan orang Melayu,agama Islam,masa depan negara dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.Tetapi kali ini Presiden UMNO menuntut seluruh ahli berbai'ah dan memberi wala' kepadanya secara membuta tuli dan tanpa soal". 

3. TSMY memang gila talak.Untuk makluman beliau,PAU 2016 memang sarat dengan perhabasan yang melibatkan soal soal dasar dalam Kerajaan dan Parti baik dalam isu Pendidikan,ekonomi,agama dan bangsa. 

4. Dalam sesi penggulungan,Presiden UMNO memang memberi respon terhadap isu yang dibahaskan termasuk "New Deal" untuk FELDA dan sebagainya.TSMY mungkin miss suasana tersebut apatah lagi PAU 2016 amat meriah dan diikat dengan rasa ukhuwwah yang mendalam berbanding tahun lalu yang cuba disabotaj oleh TSMY. 

5. Dia menuduh Najib menuntut seluruh ahli UMNO memberi wala' kepada beliau secara membabi buta? 

6. Tahukah TSMY bahawa Saudara KJ dalam ucapan penggulungannya menyatakan dengan jelas "Pemuda tidak mengikrarkan wala' secara membabi buta"? Kesetiaan yang dijanjikan ialah seperti yang di Firmankan dalam Surah An Nisa iaitu kesetiaan selagi pemimpin tidak melakukan perkara di luar batasan. 

7. Lantas KJ bertanya secara spontan kepada semua perwakilan "Adakah Presiden UMNO minta kita lakukan perkara bukan bukan atau yang dilarang Islam"? Semuanya menjawab "TIDAK".

8. Kesemua ini berlaku kerana TSMY tidak mengikuti penuh apa yang berlaku dalam PAU 2016.Dan inilah penyakit TSMY kerana percaya kepada khabar angin seperti mana dia mempercayai fakta salah mengenai 1MDB sehingga dia terpelanting keluar daripada UMNO dan Kerajaan.

9. Kesetiaan kepada Najib bukan kerana taksub kepada individu.Tetapi kesetiaan kepada institusi Presiden.Kesetiaan kerana dia setia kepada Perjuangan parti.Sebab itu bila Datuk Onn,Tunku Abdul Rahman,Hussien On,Ku Li,Musa Hitam keluar parti mereka dianggap tidak setia kepada perjuangan parti.Maka tidak ramai yang ikut keluar menyertai mereka.Mereka setia pada pemimpin kerana pemimpin itu setia kepada PERJUANGAN parti. 

10. Begitu juga apabila Tun M dan TSMY keluar parti dan menubuhkan parti baru PPBM,sebenarnya Mahathir dan Muhyiddin tidak setia kepada perjuangan parti.Sebab itu ahli UMNO kekal dalam UMNO.Hanya yang kecewa sahaja akan menyertai mereka berdua.Mereka itulah yang setia membuta tuli kepada Tun M dan Muhyiddin. 

11. Saya ingin mencabar TSMY tolong nyatakan berapa ribu ahli UMNO yang sedia ada yang telah menyertai PPBM?

12. Sebab itu apabila Saidina Omar mendengar berita bahawa Rasulullah telah wafat,dia yang sedih kerana kecintaannya kepada Rasulullah telah mengangkat pedangnya dan berkata "siapa yang berani mengatakan Rasulullah telah wafat akan ku pancung dengan pedang ini". 

13. Bila Saidina Abu Bakar mendengar kejadian tersebut, dia lantas menemui Omar dan berkata kepadanya "wahai Omar,jika kamu Islam kerana Muhammad,Muhammad sudah tiada.Tetapi jika kamu Islam kerana Allah,Allah tetap ada". Saidina Omar yang kesal diatas perbuatannya menangis sehingga pedang ditangannya terjatuh. 

14. Maka begitulah UMNO.Jika mereka UMNO kerana individu,seperti Tun M dan Anwar,individu itu sudah tiada.Tetapi jika mereka UMNO kerana perjuangan,perjuangan UMNO tetap ada.Kesimpulannya ahli UMNO setia kepada Najib kerana Najib setia pada perjuangan UMNO.Itu bukan setia membabi buta. 

15. Itu yang tidak difahami oleh TSMY.Sebab itu bila dia keluar UMNO dan meninggalkan pendiriannya "i am Malay first",tiada siapa yang mahu menjejakinya termasuk ahli UMNO di Pagoh.Mereka kekal setia dalam UMNO.Bukan kerana taksub kepada Najib tetapi taksub kepada perjuangan UMNO. 

16. Kerana menolak kesetiaan membabi butalah ahli UMNO tidak mahu keluar meninggalkan UMNO dan ikut jejak Tun M dan TSMY.Dulu TSMY berani berkata "I am Malay first" kini segala galanya berubah.Selayaknya slogan baru beliau ialah "I am Lim Kit Siang first".Kerana Lim Kit Siang adalah Ketua "de facto" pemimpin pembangkang.Lim Kit Siang yang mencatur segala galanya. 

Dato' Dr Mohd Puad Zarkashi 
MT UMNO

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! #MUHYIDDINYASSIN PERLU BELAJAR PERANGAI #DAP BILA BERKUASA !!!


semua pihak tahu bahawa pembangkang pimpinan DAP menghadapi masalah dalam menamakan siapa yang bakal menjadi perdana menteri sekiranya mereka dapat menguasai negara.Malah rakyat tahu dengan jelas bahawa Pakatan Harapan mengikut telunjuk DAP dalam semua perkara termasuk isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu. 

"Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP,mereka bersetuju bahawa perdana menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan daripada parti DAP," kata Muhyiddin Yassin,Presiden Parti PPBM,Malaysiakini,4 Disember 2016. 

Mudah sangat Muhyiddin terpedaya dengan DAP.Apakah boleh dipercayai janji DAP itu ??? Apa guna jadi Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pembangkang penuh dengan ahli ahli parlimen DAP ??? Apakah dasar dasar DAP akan menyebelahi Melayu ??? Jawapannya tidak.DAP yang menjadi ketua kepada pakatan pembangkang sekarang bukannya Muhyiddin.Parti bunga itu hanya ada satu kerusi sahaja di Pagoh berbanding DAP yang ada 37 kerusi parlimen sekarang ini.Mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, “DYMM YDP Agong hendaklah melantik PERDANA MENTERI dari kalangan ahli DEWAN RAKYAT yang pada hematnya merupakan seorang yang mendapat sokongan majoriti ahli dewan tersebut” Mengikut Perkara 43 ini,parti yang mendapat majoriti ahli dewan rakyat adalah calon untuk menjadi Perdana Menteri. 

Contohnya seperti UMNO yang memenangi 88 kerusi daripada 134 kerusi parlimen pada PRU13,maka calon Perdana Menteri adalah daripada UMNO.Sama juga jika pakatan pembangkang berjaya memenangi dewan rakyat,parti yang sudah pasti memiliki banyak kerusi dalam dewan adalah DAP bukannya PPBM.Maka DAP juga boleh mengikut perlembagaan mencadangkan calon perdana menteri daripada parti mereka dan DAP juga boleh jika mengabaikan sahaja janji mereka terhadap presiden parti PPBM itu. Muhyiddin sudah berjangkit virus mudah lupa daripada Mahathir.Muhyiddin lupa perangai DAP bila mereka mula mula memerintah Perak dan Pulau Pinang.Biarpun Nizar Jamaluddin yang menjadi Menteri Besar Perak,tetapi senarai exco penuh dengan ADUN ADUN DAP. 

Nizar hanya diperkudakan sahaja oleh DAP di Perak.Diperkudakan untuk membuat dasar dasar yang tidak menyebelahi orang Melayu di Perak.Ya,memang Menteri Besar Perak ketika itu merupakan seorang yang berbangsa Melayu,namun beliau hanyalah sekadar boneka atau proksi kepada DAP semata-mata.Segala keputusan ditentukan oleh pemimpin kanan DAP.Adakah ciri-ciri ini yang kita mahu ada pada seorang Perdana Menteri ??? Sama juga keadaannya di Pulau Pinang,biarpun sebelum menang di Pulau Pinang pada 2008 DAP berjanji bulan dan bintang kepada parti PAS. Jentera PAS yang dikerah hingga kering peluh untuk mengantung gambar dan poster pilihanraya umum 2008. Namun bila menang di Pulau Pinang,apakah ADUN PAS diberi layanan setimpal oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Tidak PAS hanya menang satu kerusi sahaja di Permatang Pasir,itu pun jawatan Exco Kerajaan Negeri tidak diberi kepada PAS. 

sehinggalah DAP mengkhianati PAS dengan menubuhkan parti baru iaitu PAN untuk menikam dan membunuh terus rakan baiknya itu sebelum pilihanraya umum 2008.DAP bukan sahaja tidak menunai janji malah membunuh terus PAS di Pulau Pinang.Sudah dua penggal,PAS dianggap tidak penting bagi DAP.Kerana PAS hanya ada 1 kerusi sahaja.Nasib yang sama boleh menimpa parti bunga pimpinan Muhyiddin yang ada hanya 1 kerusi sahaja di Pagoh.Di Selangor pun begitu,DAP bersikap kasar dan curiga dengan PAS. Secara terbuka PAN telah ditubuh dan melawan kembali PAS,sedangkan PAS ada 15 kerusi DUN di Selangor.Biarpun Menteri Besarnya adalah orang Melayu tetapi yang sebenarnya menguasai Exco dan kerajaan tempatan di Selangor adalah DAP.Inilah nasib yang akan berlaku pada parti bunga nanti.DAP hanya berjanji untuk mendapatkan undi Melayu sahaja. DAP hanya tabur janji manis tetapi belum tentu mereka menunaikan janji itu.Di depan DAP berjanji, di belakang DAP mungkiri janji.DAP tetap DAP,mereka ada agenda halus yang hanya untuk menguntungkan parti mereka sahaja. 

Berjanji tidak menjadi satu masalah bagi mereka kerana tidak salah bagi mereka memungkiri janji selepas itu.Lihat sahaja di Sarawak,berjanji dan bersetuju bukan main lagi untuk lawan satu lawan satu, tetapi akhirnya DAP bertembung juga semasa sendiri dengan PKR di beberapa buah kerusi. Itu janji yang mereka sendiri tandatangan dan persetujui, tetapi akhirnya dimungkiri kerana perangai DAP yang sukar dijangka.Muhyiddin baru dengar janji DAP itu daripada mulut sahaja. Janji yang ditulis pun DAP mungkiri lagikan pula janji yang hanya disebut sebut sahaja.Muhyiddin akan kena tipu dengan DAP. Pakatan pembangkang sekarang hanya mahu mempergunakan Muhyiddin dan Mahathir untuk mendapat undi sahaja. Lepas dapat undi dan berkuasa, perangai DAP akan berubah. 

Perangai DAP sebenar sudah pun terserlah di Pulau Pinang,Perak,Selangor dan Sarawak.Hanya yang tunggul kayu sahaja percaya pada janji DAP.Memandangkan pembangkang pimpinan DAP berpegang kepada prinsip sekiranya mereka tidak dapat meyakinkan orang Melayu untuk menyokong pembangkang maka mereka perlu mengelirukan orang Melayu agar tidak menyokong UMNO maka gerakan propaganda dilakukan secara berterusan.Kini pembangkang mengunakan Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk melancarkan propaganda mengelirukan orang-orang Melayu.Jangan biarkan pembangkang pimpinan DAP merosakan perpaduan dan perjuangan demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, November 12, 2016

TU DIA !!! #MUHYIDDINYASSIN MASIH MEMBISU TATKALA KETUA ARMADA PARTINYA HINA #SULTANJOHOR !!!


Sudah beberapa laporan dibuat terhadap ketua armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kebiadapannya berhubung kandungan surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor,Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebook­nya,Syed Saddiq antara lain mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas.Antara kandungan titah ucapan yang dibuat oleh Sultan Johor pada Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang,adalah tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri berkenaan. 

Susulan itu laporan polis telah dibuat ke atas Syed Saddiq berhubung tindakan beliau yang berlaku biadab dan tidak menghormati titah Sultan Johor.Namun disebalik laporan polis dan kecaman yang diterima oleh Syed Saddiq terutama oleh rakyat Johor,terdapat seorang lagi rakyat johor yang masih membisu mengenai isu berkenaan dan tidak memberikan reaksi mengenainya.Siapakah individu itu ??? Tidak lain adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden PPBM.Ramai yang menantikan reaksinya memandangkan Syed Sadiq adalah ketua armada parti Muhyiddin dan ironinya,kedua-dua mereka adalah bangsa Johor.Ibu bapa Syed Sadiqq menetap di Pulai manakala Muhyiddin pula dari Muar.Ketika Syed Saddiq dikecam kerana berdisko dan gambar gambar tersebar di media sosial,ibunya dikhabarkan mengalami tekanan perasaan dan malu dengan jiran jiran sekeliling.

Kali ini lebih dahsyat lagi,Syed Saddiq mengkritik titah Sultan Johor secara terbuka.Mungkin juga Muhyiddin mendiam diri kerana beliau berada dalam keadaan dilema apatah lagi beliau menyokong demonstrasi Bersih 5 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 19 November ini sedangkan Sultan Johor telah menegaskan bahawa demonstrasi jalanan adalah budaya sesat.Selain sokongan,Muhyiddin telah menyatakan kesediaan untuk turut serta pada perhimpunan berkenaan dengan alasan kononnya PPBM dan Bersih memperjuangkan matlamat yang sama. Sedangkan ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu,Muhyiddin pernah menyifatkan Bersih sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.Muhyiddin juga pernah menganggap demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik berkaitan dengan sistem pilihan raya negara,sebaliknya mereka boleh menggunakan demokrasi berparlimen untuk membetulkan keadaan dan beliau menyokong polis apabila tidak meluluskan permit perhimpunan kerana tidak mahu kejayaan, kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini akan terjejas hanya kerana kelompok kecil ini. 

Itu semua beberapa tahun lalu,namun kini Muhyiddin menjulang tinggi Bersih yang kononnya mahu menyampaikan mesej rakyat,sedangkan hakikat sebenar rakyat menolak perhimpunan jalanan seumpama itu.Jangan lupa,dulu Bersih juga amat `bencikan' Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang pernah menjawat jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi memandangkan beliau kini dilantik sebagai Naib Presiden PPBM,maka kebencian itu nyata sudah hilang.Abdul Rashid kini diangkat sebagai `hero' kononnya banyak perkara dapat dicungkil daripadanya.Apa pun kepada Muhyiddin,rakyat ingin mendengar beliau berbicara mengenai ketua armadanya yang menghina Sultan Johor.Rakyat ingin tahu adakah Muhyiddin akan bersetuju dengan Syed Saddiq? Muhyiddin sudah dijangkiti virus yang amat berbahaya.Virus ini sedang membiak dalam saraf saraf geng parti bunga.Mereka sekarang ibarat "zombie" di jalanan,sanggup buat apa sahaja untuk kuasa dan kroni.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, November 04, 2016

SAH !!! TS #MUHYIDDINYASSIN SUDAH 100 PERATUS DIRASUK OLEH #DAP !!!


Nama Muhyiddin Mohd Yassin bukanlah asing dalam negara kita,khususnya UMNO dan Barisan Nasional.Mana tidaknya,beliau telah diangkat oleh orang Melayu sebagai ketua UMNO Pagoh sejak 1985 dan menikmati pelbagai jenis jawatan dalam kerajaan dan politik sejak 31 tahun.Karier politiknya cukup maju selama 31 tahun itu kerana dahulu dalam dirinya dipasak dengan perjuangan "Alif Ba Ta" dan didokong oleh dasar parti serta kerajaan UMNO/BN.Beliau telah diberi kepercayaan yang tinggi serta mulia apabila dilantik sebagai menteri di kementerian-kementerian kanan oleh tiga Perdana Menteri sejak 1985 hingga 2015.Atas kebaikan budi dan kepercayaan yang tinggi terhadapnya,Datuk Seri Najib Razak telah melantik Muhyiddin selaku timbalannya dalam parti dan kerajaan.Itu cerita dulu semasa Muhyiddin masih berada di perjuangan sebenar.Apa pula berlaku selepas dia sudah mula memaling perjuangannya dan membunuh jiwa "Alif Ba Ta" dari dirinya ??? 

Hanya kerana termakan hasutan oleh bekas Perdana Menteri,Muhyiddin sudah mula mengubah haluan perjuangan.Dia telah "berpatah arang" untuk berada dalam jalan kebenaran.Semuanya kerana mahu mengabulkan niat peribadi Mahathir Mohamed,itu saja.Apabila dipecat dari kerajaan dan parti (yang mana dia ingin sangat berlaku),Muhyiddin mula membuat kerjanya untuk menghancurkan Kerajaan Islam pimpinan Najib Tun Razak.Jika dahulu Muhyiddin "lebih Melayu dari Melayu" kerana tidak mahu melihat Najib Tun Razak lebih dominan dan disukai ramai pihak,sekarang jiwa Muhyiddin sudah hitam seperti roti yang hangus terbakar. Nak dicuci merosakkan rasa, nak ditambah perisa membuang rasa.Pada mulanya Muhyiddin membontoti apa sahaja yang dilakukan Mahathir,kini dia yang juga masih Ahli Parlimen Pagoh telah mula menjadikan DAP sebagai sumber ikutannya. 

Apabila DAP dan PKR keluar dari Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017,Muhyiddin juga turut mengikut berbuat demikian.Walaupun dalam mimik muka terpingga-pingga kebodohan.Sekarang sekali lagi Muhyiddin menyerang Kerajaan Islam pimpinan Najib Tun Razak melalui isu 1MDB,derma RM2.6 bilion dan GST.Yang mana isu-isu berkenaan telah berbakul-bakul dijawab dengan fakta sejak dari Muhyiddin dalam kerajaan dan parti lagi.Jika begitu,apa motif sebenar Muhyiddin terus menerus menyerang Najib Tun Razak dan UMNO/BN ??? Tidak lain tidak bukan ia hanyalah kerana dia sekarang telah benar-benar hilang rasa sayang terhadap bangsa dan negara.Dia sudah mula sayangkan DAP dan perjuangan parti chuvanist itu untuk menjahanamkan Kerajaan Islam sedia ada.Menjelang PRU14 ini,DAP sedar bahawa mereka memerlukan lebih ramai pemimpin berbangsa Melayu yang berpengalaman dalam selok belok kerajaan dan parti. Ini membolehkan mereka (DAP) mempergunakan sepenuhnya golongan seperti ini untuk tujuan meyakinkan bangsa Melayu melalui propaganda yang diplan. 

DAP tidak akan tunggu lama untuk menonjolkan bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memiliki agenda peribadi seperti Mahathir dan Muhyiddin ini untuk melawan kerajaan bagi pihak pembangkang.Bagi DAP,fokus mereka tidak akan lari dari mengejar kemenangan PRU14 sampai bila-bila.Maka tidak hairanlah sekiranya sekarang langkah Muhyiddin semakin sumbang dan berbau teruk.Dengan hatinya yang sudah hitam dan penuh dendam, Muhyiddin semakin hari semakin dihasuti oleh virus kehancuran DAP. Dan sekarang, Muhyiddin telah 100 peratus dirasuk virus tersebut...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

APA CERITA NI TS #MUHYIDDINYASSIN ??? TAKKAN TAK TAHU APA DAH JADI ???


Pada bulan Mac lalu,satu rakaman audio mengandungi suara Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui mengetahui siapa yang terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,telah tersebar luas.Dalam rakaman audio itu,beliau yang ketika itu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri berulangkali menafikan pembabitannya dalam konspirasi terbabit dan menyatakan beliau bukannya seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang bangun memberontak tatkala disingkirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu. 

``Tidak,saya bukan sebahagian daripada ini'' katanya ketika menafikan terlibat dalam komplot berkenaan.Dan dalam rakaman itu juga,Muhyiddin memberitahu sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 2009,beliau tidak pernah bersuara mengenai dana khas.Ini kerana katanya,beliau tahu bahawa dana khas itu diuruskan oleh presiden parti sendiri.Kini rakaman audio itu,yang dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi kembali tersebar dan ada baiknya pun ia disebarkan bagi mendedahkan siapa sebenarnya Muhyiddin Yassin ini iaitu individu yang tidak setia kepada parti dan kerajaan.Segala tembelang beliau telah pecah dan kita dapat melihat bagaimana beliau sanggup menjilat ludahnya apabila berbaik dengan Anwar hingga ke tahap sanggup melawat Anwar di dalam mahkamah dengan alasan, memberikan sokongan.

Walaupun ketika Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO telah mencetuskan kekecohan ketika itu, namun nasib baik Perdana Menteri mengambil tindakan sedemikian rupa. Bayangkan jika orang seperti ini, yang `cakap tidak serupa bikin' dibiarkan dalam Kabinet dan UMNO,apa akan berlaku kepada negara ini.Memang beliau  `cakap tidak serupa bikin'.Dalam rakaman audio berkenaan,Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa beliau mengetahui mengenai dana khas iaitu derma sebanyak RM2.6 bilion itu. ``Saya jadi TPM 2009 sampai sekarang, tidak pernah bersuara dana khas sebab saya tahu dana khas diuruskan oleh presiden sendiri,'' katanya dalam rakaman berkenaan.Tetapi malangnya,isu RM2.6 bilion inilah yang dimainkannya berulang kali umpama radio buruk,yang jika disimpan hanya menyemakkan rumah semata-mata, jadi eloklah dibuang sahaja.Beliau sebenarnya tahu mengenai dana khas terbabit tetapi bagi memastikan imej Perdana Menteri menjadi buruk,maka Muhyiddin telah mencanang dan menjaja keburukan Najib dengan mengaitkan beliau dalam isu derma tersebut. Hakikatnya kita tahu bahawa siasatan yang dijalankan menjelaskan bahawa Najib adalah bersih. 

Lebih malang apabila Muhyiddin sanggup membuat pusingan 360 darjah dan bersekongkol dengan pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim,iaitu antara pemimpin pembangkang yang pernah dikecamnya ketika beliau masih berada di dalam kerajaan,Selama ini Kit Siang dan DAP serta PKR menjadi `peluru' kepada Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan orang Melayu tetapi kini beliau menjadikan mereka itu sebagai rakan malah turut sama keluar dari Parlimen ketika Perdana Menteri membentangkan bajet 2017.Melalui pendedahan demi pendedahan ini, meskipun terpaksa menyelongkar semula cerita lama mengenai Muhyiddin,maka ambillah peluang ini untuk menilai siapakah Muhyiddin ini. Janganlah menyokongnya membabi buta tanpa melihat kepada sejarah silamnya. Apa yang pasti, masa depan politik Muhyiddin kini bergantung kepada Anwar, yang kini telah berbaik semula dengan Tun Mahathir.Muhyiddin ibarat sudah tahu bertanya pula.Samalah perangainya dengan Husni. 

Sudah menjawab bertanya pula.Perangai sudah gaharu cendana pula ini perlu dielak oleh orang parti, masyarakat dan rakyat.Mereka sedang mempertikai perkara yang sebenarnya mereka dah tahu. Apa sebabnya mereka terus pertikai ??? Sebab mahu kuasa, dendam dan perasaan tidak puas hati. Atas alasan ini mereka sanggup buat apa sahaja meskipun berkawan dengan bapa rasis untuk mencapai matlamat politik itu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, October 11, 2016

TU DIA !!! #MUHYIDDINYASIN KATA PEMBANGKANG TAWAN JOHOR !!! TENGAH MIMPI KERRR ???


Pelik juga dengan dua individu dari parti paling muda dalam Barisan Rakyat @ Pakatan Harapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menyanyi lagu kekalahan Bersatu di Manjung,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebaliknya mendendangkan lagu kemenangan parti berkenaan.Tun Mahathir boleh dikira agak realistik sedikit apabila menyedari Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat tidak akan kemana jika mereka tidak membantu satu sama lain dalam kempen pilihan raya dan masing masing tertumpu kepada kempen parti sendiri.Beliau menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai contoh dengan menyatakan walaupun BN ada 14 parti namun apabila bertanding mereka berada di bawah satu bendera, tanpa terlihat dari bendera parti mana yang diwakili. Lain pulak dengan Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat. 

Mereka akan menumpukan kepada kawasan yang mereka ingin bertanding dengan peluang untuk menang amat sukar, itu kata Tun Mahathir.Berbanding dengan Muhyiddin,perkirannya amat mudah di Johor.Pada hematnya,jika pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu pembangkang menang hampir 18 kerusi di Johor,maka tambah sahaja 10 atau lebih kerusi maka Pembangkang dikira sudah dapat tawan Johor.Nada Muhyiddin itu seolah-olah menunjukkan bahawa UMNO dan BN hanya tidur di Johor. Ini `simple mathematic' oleh Muhyiddin.Ia umpama 2 + 2 jadi 4.Muhyiddin langsung tidak mengambil kira bahawa kerusi yang sudah ditawan boleh kalah juga dan kerusi yang belum lagi menang, belum tentu akan menang.Kita juga boleh mengambil perkiraan terkini, dimana ketika dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlangsung, kebencian memuncak terhadap GST dan 1MDB paling maksimum dan serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan menjadikan GST sebagai penyebab kenaikan harga barang secara mendadak.Namun rakyat masih memberi undi kepada Barisan Nasional. 

Sebenarnya,tiada siapa boleh meramalkan secara tepat apa yang akan dipilih rakyat.Berdasarkan perkiraan Muhyiddin mengenai `kemenangan' pembangkang di Johor,beliau terlupa akan kedudukan PAS di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.Tiada siapa boleh meramalkan PAS akan berdiri di pihak mana pada PRU14 kelak.Jika diambil kira dengan kenyataan Tan Sri Anuar Musa baru baru ini,akan ada kejutan pada Barisan Nasional pada PRU14,maka tentu sekali BN sudah ada perancangan sendiri.Sudah tentu Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat tidak akan mendapat `easy ride'.Tambahan lagi,jika PAS enggan menyertai Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat,maka jangkaannya pertandingan 3 penjuru sudah tidak dapat dielakkan lagi.Paling menonjol dalam masalah Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat adalah sikap tidak puas hati mengakibatkan berlaku rebutan kawasan dan pembahagian kerusi. Muhyiddin juga terlupa apakah PKR akan begitu mudah untuk menyerahkan kerusinya kepada Bersatu. 

Bagaimana pula PAN ??? Adakah ia juga akan menyerahkan kepada DAP untuk menentukan kerusi mana dia layak bertanding ??? Dan Ketika Muhyiddin bercakap,mungkin beliau terlupa partinya belum ada apa-apa kerusi pun selain kerusi `haram' yang dimenanginya atas tiket UMNO.Mungkin apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin hanya sekadar menyedapkan hati yang gundah kerana apa yang dirancang tidak menjadi.Pada perkiraan awal pihak Tun Mahathir,ramai ahli UMNO terutama Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan akan melompat kepada Bersatu apabila ditubuhkan, namun sangkaan itu meleset sama sekali. Apa yang agak memalukan adalah apabila Muhyiddin bercakap, dia seolah-olah mewakili parti paling banyak kerusi dalam komponen Barisan Rakyat.Muhyiddin terlupa perang besar sesama komponennya bakal terjadi. Perebutan kerusi antara satu sama lain akan terjadi dengan amat sengit.Akibatnya wang yang banyak akan dikeluarkan untuk tawar menawar supaya pihak yang kena undur diberi ganti rugi setimpalnya. Selain itu pertandingan tiga atau empat penjuru bakal terjadi tanpa dapat dihalang bagi mereka yang tidak puas hati.Maka nyata sekali,pelbagai perkara boleh terjadi. Justeru kenyataan Pakatan rakyat atau Barisan Rakyat bahawa ia akan menawan Johor berkemungkinan hanya ilusi Muhyiddin atau pun hanya mimpi di siang hari.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, October 10, 2016

KANTOI !!! #PRIBUMI MUNGKIN SERTAI @BARISANNASIONAL JIKA #MUHYIDDIN DITOLAK SEBAGAI PM ???


Sesiapa yang berani menafikan topik ini sebagai langsung tidak berkemungkinan,maka anggaplah anda sebenarnya masih belum bangkit daripada mimpi dan realiti.Ini kerana politik adalah `art of possibilities' dengan banyak kemungkinan berlaku.Politik juga bukan `exact science’ kerana ia berubah-ubah mengikut kehendak pengamalnya.Sesiapa yang menafikan terus kemungkinan tajuk di atas barangkali terlupa berkenaan kisah seorang mantan Perdana Menteri dari sebuah parti Melayu UMNO bernama Mahathir.Seluruh jiwa raganya dan sepanjang karier politiknya,beliau mengajar pengikut dan penyokongnya membenci DAP.Berpuluh tahun dia menghasut bangsanya malah menghina dan mencaci bangsa Melayu yang menyokong DAP. 

Ucapan-ucapannya dan tulisannya selama berpuluh tahun mensasarkan DAP sebagai musuh bangsa dan agama.Namun apa kesudahannya ??? Orang putih menyebut,dia datang kepada DAP dengan ekor di celah kakinya.(tail between his leg).Dia menghulurkan perdamaian dan bertahaluf siyasi dengan puak yang sejak berpuluh tahun dicaci dan dihina.If the mountain dont come to Mohamad,Mohamad goes to the mountain,kata pepatah Inggeris.Begitu juga dengan caciannya terhadap orang yang dia sendiri kata “kita hendak dekat pun takut,nak beralih ke belakang pun tak berani” iaitu Anwar Ibrahim.Malah ditulis hitam putih dalam bentuk buku yang akan kekal sepanjang zaman,dimana dia berikrar “saya mungkin banyak buat silap,tetapi memecat Anwar bukanlah kesilapan’

Selebihnya tidak perlu diceritakan kerana ia sudah menjadi sejarah.Maka apabila kita andaikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melakukan seperti diatas,jangan pula menafikan semudah mudahnya kerana terbukti “watak” ini tiada perkataan “malu” dalam kamusnya.Yang ada dalam kamusnya hanya ‘matlamat”.Siapa sangka tuan rumah pun terkejut apabila setelah sekian lama mencaci dan menyisih keluarga Anwar,tiba-tiba dia muncul depan pintu datang ziarah ke rumah Anwar, ketika arwah bapa Anwar meninggal dunia ??? Ketika hidup pun tidak ada minat hendak jumpa. Bersatu adalah parti bermatlamat menjadikan anak Mahathir sebagai Perdana Menteri, itu sahaja, kerana bersama jawatan PM itu ada pakej sampingan yang sulit untuk dilaksanakan oleh orang lain.Dan atas sebab itu parti Bersatu ditubuhkan.Tiada matlamat lain.Dengan karenah dan kepelbagaian kehendak dalam komponen Barisan Rakyat,kemungkinan Mahathir tidak akan mendapat apa yang dikehendakinya.Permintaan pertama sahaja iaitu jumlah kerusi untuk bertanding juga sudah sukar. 

Kemudian timbul permintaan lain iaitu mahu Muhyiddin jadi Perdana Menteri sedangkan dalam Pakatan Harapan,mereka sudah ada Anwar untuk dijadikan Perdana Menteri dan berkemungkinan Zaril Khir Johari,sekiranya DAP mampu mendapat jumlahnya.Maka kemahuan Bersatu untuk menyaksikan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri bakal ditolak.Apa akan terjadi kemudian ??? Mengenali Mahathir,umpama air mengalir,mana kawasan rendah,disitulah laluannya,tidak ada jaminan dia akan setia kepada Barisan Rakyat.Mahathir tidak setia pada UMNO walau pun hampir 40 tahun di dalamnya, jadi siapa yang berani meletakkan leher sebagai jaminan bahawa Mahathir akan setia dengan “alat” nya iaitu Barisan Rakyat ??? Mahathir juga ada track record menjilat kahak, seperti mana dibuktikannya ketika dia merafak sembah kepada DAP dan Anwar.

Maka kemungkinan Mahathir membawa parti bersatunya berunding dengan BN adalah berkemungkinan.Siapa sangka 10 atau 20 tahun lalu Mahathir akan lakukan apa yang dia lakukan hari ini? Maka bukanlah mengejutkan jika Mahathir juga akan melakukan “stunt” yang sama apabila niat dan hasratnya terhalang dalam Barisan Rakyat.Mahathir akan “do the impossible”, iaitu berunding dengan Barisan Nasional pula.Kita saksikanlah.  

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, October 05, 2016

TU DIAAA !!! #MUHYIDDINYASSIN AKAN JADI PM MELAYU DAN #ANWARIBRAHIM JADI PM UNTUK MALAYSIA ???


isu calon Perdana Menteri dipihak pembangkang makin hangat diperdebatkan dikalangan penganalisis politik Pakatan Harapan.Walaupun kebarangkalian calon PM pembangkang ini menduduki kerusi tersebut dilihat sebagai “angan-angan Mat Jenin” namun perkara semudah ini pun mereka tetap gagal mencapai kata sepakat.Apabila kiblat politik masing-masing jauh berbeza bak langit dengan bumi maka jurang perbezaan yang terlampau besar tersebut akan menjadikan “titik” persetujuan akan lebih susah ditemui.Baru-baru ini sebuah NGO pro-pembangkang iaitu Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) ragu-ragu sama ada presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah orang yang tepat untuk jawatan perdana menteri. 

Sebelum ini Muhyiddin sering menggambarkan dirinya sebagai ultra Melayu.Malah pada tahun 2010,beliau melaungkan “Melayu dahulu,rakyat Malaysia kemudian”. Oleh itu,Muhyiddin dilihat sebagai PM untuk Melayu sahaja.Mengimbas kembali bagaimana Muhyiddin sebagai menteri pelajaran,telah mengendalikan isu kontroversi novel Interlok sekitar 2011 yang digunakan oleh pelajar tingkatan lima mengenai hubungan sesama kaum di negara kita.Nampaknya Pakatan Harapan tidak dapat menerima Muhyiddin sebagai calon PM mereka walaupun Tun Dr Mahathir mahu perkara tersebut menjadi agenda mereka.Kata-kata Mahathir semakin hilang “bisanya”.Beliau mungkin berfikir yang beliau mampu memanipulasi Pakatan Harapan untuk mencapai matlamat peribadi beliau. 

Namun kini semakin jelas,sebenarnya matlamat Mahathir dan Pakatan Harapan jauh berbeza bagaikan langit dan bumi.Perkara ini semakin disedari oleh pihak pembangkang.Cuma masalah utama pula,Mahathir seperti tidak mahu berganjak dari Pakatan Harapan memandangkan platform tersebut merupakan satu-satunya medium yang beliau ada buat masa ini.Tambahan pula,bagi Pakatan Harapan,mereka masih berpendapat bahawa jika ada ahli politik yang layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri dan melakukan pembaharuan institusi di negara ini,ia tidak lain adalah mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebenarnya mereka tahu bahawa Anwar pun tidak layak untuk menjadi PM,begitu juga Muhyiddin.Namun demi untuk mengerakan parti-parti dalam Pakatan Harapan maka satu matlamat terpaksa ditetapkan walaupun ianya matlamat yang paling bodoh dan tidak logik sekalipun.Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 kelak,umur Anwar dan Muhyiddin sudah sampai ke tahap “warga emas” atau lebih tepat “dinosaur”.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SEBAB KENAPA #MUHYIDDINYASSIN ADALAH PILIHAN #TUNMAHATHIR DIDEDAHKAN !!!



Calon pengganti PM : Muhyiddin akan mengikut telunjuk Dr Mahathir, tidak seperti Anwar dan Hadi  
Ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,91,telah mencadangkan supaya bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon pengganti Perdana Menteri pembangkang di satu forum di London pada 27 September.Selama ini,tugas itu telah dikhaskan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun Anwar berada dalam penjara kerana sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana meliwat.Dr Mahathir mesti mempunyai beberapa alasan yang kukuh untuk menamakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pembangkang tanpa berunding terlebih dahulu dengan rakan-rakan barunya, terutamanya pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.Mereka terkejut dengan penamaan Muhyiddin olehnya dan berkeras bahawa Anwar kekal sebagai calon mereka sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang. 

Mereka menegaskan bahawa Anwar adalah calon mereka dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013,dan bahawa Dr Mahathir tidak boleh mengubah perkara itu.Mereka juga berkata tiada apa yang telah berubah secara material untuk Muhyiddin menggantikan Anwar. Mereka secara persendirian,menuduh Dr Mahathir cuba untuk menguasai Pakatan Harapan dan menetapkan agendanya, dan membuat keputusan secara unilateral tentang perkara penting - iaitu Anwar sebagai calon pengganti perdana menteri.Walaupun Pas tidak menerima Anwar sebagai Perdana Menteri dan telah mencadangkan presidennya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk jawatan itu,perbezaan pendapat itu telah diketepikan untuk sementara waktu sehingga selepas pilihan raya umum untuk tidak mengelirukan pengundi.Tetapi dengan Dr Mahathir yang terlalu berani melangkah ke dalam pergolakkan itu dan mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri pembangkang, persoalan timbul mengapa beliau tidak dapat menerima Anwar dan mengapa beliau sebaliknya telah mencadangkan Muhyiddin.Dr Mahathir adalah seorang yang sangat cemerlang dalam politik dan beliau boleh meramal masa depan, lebih jauh ke hadapan berbanding orang lain. 

Salah satu sebab beliau mencadangkan Muhyiddin semestinya kerana Muhyiddin akan mengikut telunjuk beliau. Dr Mahathir melihat Muhyiddin sebagai calon yang paling sesuai untuk jawatan itu kerana sebagai presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin perlu mengikuti apa yang dikehendaki oleh pengerusi beliau,dan pengerusi beliau adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Dr Mahathir. Anwar dan Hadi tidak mungkin akan mengikut telunjuk Dr Mahathir.Kedua-duanya adalah presiden bebas parti politik mereka dan tidak akan tunduk kepada hasrat Mahathir semudah Muhyiddin. "Beliau tidak boleh mengharapkan tahap ketaatan yang sama dari Anwar atau Hadi seperti dari Muhyiddin. Anwar mengawal sebuah parti yang mempunyai kepelbagaian dari sel penjara manakala Hadi adalah presiden parti Melayu kedua terbesar selepas Umno," kata seorang penganalisis politik. "Mereka adalah manusia yang bercita-cita tinggi - Anwar dan Hadi - dan mereka tidak selesa menerima arahan dari orang-orang seperti Dr Mahathir," katanya,sambil menambah bahawa ia adalah semula jadi bagi Dr Mahathir untuk mencadangkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.Dr Mahathir telah mengumumkan dalam forum di London bahawa Perdana Menteri pembangkang tidak akan mempunyai kebebasan. Beliau berkata pengerusi PPBM (iaitu dirinya sendiri) perlu dirujuk mengenai dasar-dasar untuk memastikan bahawa Perdana Menteri tidak bertindak secara unilateral. Beliau mendakwa kabinet tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi terhadap perkara ini kerana menteri terhutang budi kepada Perdana Menteri. 

"Perdana Menteri masa depan tidak akan mempunyai kebebasan kerana dalam parti baru (PPBM), kami bukan sahaja mempunyai Presiden tetapi juga pengerusi," beliau dipetik sebagai berkata. Dr Mahathir telah merancang segala-galanya - daripada menjadi pengerusi PPBM untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara,dan akhirnya melantik anaknya,Datuk Seri Mukhriz,untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.Itu adalah pelan permainannya selama ini tetapi baru kini, sebahagian daripadanya didedahkan. "Kami bimbang ke mana hal ini akan membawa kita," kata seorang ahli parlimen DAP yang merujuk kepada pakatan Pakatan Harapan. "Kami mengalu-alukan Dr Mahathir dan lain-lain,tetapi mula sangsi mengenainya." Salah satu kebimbangan berterusan Dr Mahathir adalah siapa yang akan menggalas beban legasi politiknya. Dengan pelan permainan ini, ia adalah jelas bahawa beliau meletakkan harapan kepada anaknya untuk akhirnya mengambil alih."Dengan mencadangkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,beliau semata-mata mahu memastikan Mukhriz akan dapat memegang jawatan kanan dalam kerajaan baru yang dicadangkan. 

Jika Muhyiddin dapat menjadi Perdana Menteri,maka beliau akan mencalonkan Mukhriz sebagai No. 2 beliau," kata sumber dalaman politik."Mukhriz kemudian akan dapat mewarisi kuasa selepas Muhyiddin dan melengkapkan bulatan legasinya. Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri sementara, hanya untuk memanaskan kerusi untuk Mukhriz," katanya.Sesetengah pengkritik malah mencadangkan bahawa Dr Mahathir mahu "mentadbir" negara ini sebagai kuasa di sebalik takhta dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.Ini mungkin benar kerana selepas merasai kuasa sebagai Perdana Menteri, ia adalah sukar untuk melepaskan sesuatu yang sangat menyeronokkan seperti itu. 

Tulisan asal oleh : 
Baradan Kuppusamy, 
New Straits Times,
5 Oktober 2016.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, September 15, 2016

KANTOI !!! DAKWAAN #MUHYIDDIN BN AKAN TEWAS 45 KERUSI SEKADAR SYOK SENDIRI !!!


Dikatakan pada suatu hari sebaik sahaja mahu bermula Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak berdiri dan berkata “Siapa yang tidak lagi bersama saya sila bangun dan berdiri di sebelah kiri dan...”.Seluruh ahli Majlis Tertinggi senyap dan tiada seorang pun yang bangun berdiri untuk mengaku pendirian.Ini termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Afdal.DS Najib berkata sedemikian dikala Muhyiddin,Mukhriz dan Shafie sedang hebat menyerang kepimpinannya.Ini contoh kejantanan DS Najib di belakang pengetahuan rakyat,sama ketika beliau “confront” Abd Gani Patail berhadapan “one to one” dengan pertanyaan berkenaan konspirasi mahu buat kerja kotor terhadapnya.Kekerasan soalan dan nada DS Najib yang keras mengakibatkan Gani “spill the bean” dan “Let the cat out of the bag” menyebabkan gagalnya satu kerja anarki. 

Persoalannya,kenapa Muhyiddin dan Shafie tidak bangun dan nyatakan pendirian ??? Dimana kejantanan mereka ??? Takut hilang dedak ??? Tahukah mereka nilai prinsip orang yang keluar UMNO kerana tidak setuju lebih tinggi daripada orang yang disingkirkan ??? Perbincangan kita kali ini adalah terhadap Muhyiddin Yassin @ Nika @ Panadol.Dalam satu ceramah beberapa hari lalu Muhyiddin telah menyatakan bahawa jika PRU14 berlangsung nanti,berkemungkinan BN akan tergadai dan tewas lebih kurang 45 kerusi.Kenyataan Muhyiddin itu adalah bersandarkan jika ada “vote swing” 4% pada kerusi genting yang dimenangi oleh BN.Orang pertama memberikan respon kepada kenyataan Muhyiddin itu adalah Presiden MCA,Datuk Seri Liow Tiong Lai.Tiong Lai berkata,kenyataan dan pandangan Muhyiddin hanyalah retorik semata-mata dan lebih kepada syok sendiri. 

Tiada siapa pun meramalkan BN akan menang besar pada dua PRK lalu iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan BN sepatutnya kalah sebab rakyat sudah benci,tetapi sebaliknya BN telah menang cemerlang. Kedua-dua PRK itu juga disifatkan “referendum” kepada DS Najib,oleh Tun Mahathir.Tetapi apabila rakyat memberi undi mereka dengan jumlah yang bertambah,adakah Mahathir dan kuncu-kuncunya menghormati keputusan itu ??? Jawapannya tidak,malah Mahathir dan kuncu-kuncunya bertindak lebih kurang ajar dengan mengenepikan pemilihan rakyat seolah olah “referendum” dari rakyat tidak laku serta tidak membawa apa apa makna.Referendum hanya laku jika BN tewas dan Najib mesti undur,ia tidak laku jika pihak Mahathir dan pembangkang tewas.Ini keadilan bagi mereka. Mereka inilah sebenarnya “buta kayu” dan jahil mesej rakyat.Terlalu kusyuk kepada kemahuan diri dan “self centered” maka tidak nampak apa apa mesej dari rakyat. Selepas kenyataan ramalan BN akan tewas pada PRU14,Muhyiddin bercerita pula berkenaan “apa sakit pun hospital kerajaan bagi Panadol”

Muhyiddin mengkritik kerajaan sedangkan beliau duduk di dalamnya berpuluh-puluh tahun dengan membesarkan punggung sahaja dan sibuk membuat hubungan sulit dengan isteri orang sehingga tidak sedar kepada realiti.Muhyiddin lebih lama berada di dalam kabinet dan menjadi orang nombor dua UMNO daripada menjadi “President designated” Parti Bunga yang baru sebulan dua ditubuhkan. Namun cara Muhyiddin bercakap seolah-olah beliau sudah menjadi pembangkang selama 40 tahun dan tidak pernah berada dalam kerajaan.Agaknya Muhyiddin bukan dari kalangan mereka yang “performed” dan mencapai KPI ketika berkhidmat dalam kerajaan,itu sebab beliau tidak tahu banyak hal, dari 1MDB hingga ke operasi hospital kerajaan. Atau mungkin sibuk dengan urusan “Bestari.Net” nya dengan YTL.Patut pun ketika Muhyiddin disepak keluar dari UMNO kerana tersalah pilih bos, kerana menyangka bosnya adalah Mahathir.Tiada berbondong-bondong pun ahli UMNO meratap tangis dan berpusu pusu berlori-lori ramainya datang ke rumah beliau,seperti ketika Anwar Ibrahim disingkirkan.Muhyiddin sebenarnya adalah “individu” tidak popular,hanya kerana UMNO sahaja beliau dihormati.Setelah bertahun tahun jadi Timbalan,hanya beberapa kerat Ketua Bahagian sahaja yang menyukainya. 

Zahid Hamidi sendiri lebih banyak penyokong daripada Muhyiddin yang menjadi timbalan.Maka kepada topik kita berkenaan ramalan Muhyiddin pada PRU14,kita anggap sahaja ia satu kenyataan untuk “morale booster” kepada semangat yang semakin luntur dan meleset dari mereka yang menyokong Parti Bunga. PRK yang lalu pun ramalan mereka salah,apakah PRU14 yang dijangka dalam 10 bulan atau lebih akan membuat ramalan mereka lebih tepat ??? Esok bukan milik manusia,ia milik tuhan macam macam mungkin boleh terjadi.Segalanya berkemungkinan.Yang pastinya adalah Presiden UMNO dan ahli UMNO membuat kerja terbaik melawan orang seperti Muhyiddin dan Mahathir yang sudah kaya raya melalui UMNO dan kini berdendam kerana disisihkan.Tindakan DS Najib adalah tepat,siapa mahu memerintah bertandinglah,bukan guna orang lain menjadi “remote” untuk disuruh arah dan dijadikan barua.Menafikan kehendak peribadi Mahathir adalah tindakan terbaik DS Najib,kerana Presiden Parti Melayu UMNO bukan orang suruhan Mahathir atau kroninya untuk laba kekayaan dan bantu naikkan zuriatnya. Kita pertahankan institusi Presiden UMNO dan kebetulan DS Najib adalah institusi itu diwaktu ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

SKANDAL DENGAN #NIKAGEE !!! BILA #MUHYIDDIN NAK SAMAN #TENGKUSARIFUDDIN ???


Dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini,setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Tengku Sarifuddin dengan lantangnya telah menyentuh mengenai kredibiliti Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Pribumi,yang telah musnah akibat akuan bersumpah (SD) mengenai Nika Gee.SD itu telah menyebut bahawa Muhyiddin telah bertahun-tahun melakukan kecurangan dengan isteri kepada lelaki lain.Ia bukan pertama kali Tengku Sarifuddin menyebut mengenai akuan bersumpah dan kecurangan antara Muhyiddin dengan isteri orang,sebaliknya sudah banyak kali.Tengku Sarifuddin turut menggelar Muhyiddin sebagai presiden boneka yang terpaksa tunduk kepada Anwar Ibrahim,selepas Mahathir Mohamad sudah berbaik dengan Anwar.Keadaan ini mencetuskan persoalan kenapa Muhyiddin tidak menyaman Tengku Sarifuddin atas dakwaan berkenaan jika ia terbukti tidak benar ??? Muhyiddin selalu mencabar orang lain melakukannya (saman) tetapi beliau sendiri tidak bertindak demikian.Beliau pernah mencabar Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menyamannya jika dakwaan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilontarkannya tidak benar. 

Tetapi beliau pada masa sama tidak pula berbuat demikian ketika maruahnya dipijak-pijak susulan dakwaan mempunyai hubungan dengan Nika.Tindakan Muhyiddin yang mengambil sindrom berdiam diri daripada memperkatakan mengenai Nika dan tuduhan itu,seolah-olah menunjukkan bahawa dakwaan berkenaan adalah benar.Bukan sahaja Tengku Sarifuddin malah Muhyiddin juga perlu menyaman orang lain juga termasuk pembuat akuan bersumpah itu sendiri iaitu bekas suami Nika,Stanley Clement Agustin. Jika tidak mahu mengambil tindakan undang-undang pun,sekurang-kurangnya Muhyiddin boleh menjadikan pentas ceramah untuk memberikan pencerahan kepada orang ramai tetapi ia langsung tidak berlaku.Ataupun Muhyiddin boleh menjunjung Al-Quran bagi menafikan tuduhan tersebut.Beliau sanggup mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk memburukkan Perdana Menteri tetapi kenapa dalam isu ini,Muhyiddin tidak pula melakukan perkara sama. 

Atas sebab itu,ramai yang membangkitkan persoalan kenapa beliau mendiamkan diri.Peluang yang ada tidak digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan diri.Sekitar Jun lalu,penulis blog,Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen SD seorang lelaki,Standley mendakwa wujud hubungan antara isterinya,Nika terbabit dengan Muhyiddin.Dakwa Standley dalam SD tersebut,isterinya mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh ber­kenaan menjadi Menteri Besar Johor.Stanley dan Nika pada 6 September lalu telah sah bercerai dengan pembubaran perkahwinan itu dilakukan di Mahkamah Tinggi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates