Social Icons

Pages

Wednesday, January 25, 2017

KANTOI !!! TERNYATA KESETIAAN #MUHYIDDINYASSIN TETAP PADA DEWANYA !!!


Sebelum ini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin telah menjawab panjang lebar berkenaan isu terhadap tuntutan dari pelbagai pihak untuk mengetahui pendiriannya terhadap pergeseran antara Sultan Johor dan Tun Mahathir.Dalam isu mencari pasal Tun Mahathir,setelah isu 1MDB tidak ke mana mana dan diketahui rakyat hanya permainan persepsi sahaja,maka  isu Forrest City pula yang cuba di bangkitkan Mahathir.Maka nyawa politik Tun Mahathir dan Muhyiddin mendapat sambungan talian hayat dengan adanya Forest City kerana isu 1MDB telah gagal dan tidak menjatuhkan juga Dato Seri Najib.Ketika ramai pihak di Johor berpihak kepada Sultan mereka,maka rakyat Johor mahu tahu orang yang bernama Muhyiddin pula di mana pendiriannya.Ramai menjangka dan meramal Muhyiddin terikat bersama Tun Mahathir.Muhyiddin akan memilih untuk berpihak pada dewanya.Tun Mahathir seawal tahun 1980an lagi sudah mengetahui hal Muhyiddin dan memanggilnya dengan gelaran “the richest MB”.Ini seolah olah memperli Muhyiddin.Dah lama dah Tun Mahathir tahu apa yang telah dibuat Muhyiddin berkenaan isu tanah pihak tertentu di Johor. 

Maka kemudiannya Tun Mahathir menyelamatkan Muhyiddin ke pusat untuk rencana “future resources” nya,orang yang akan di gunakannya untuk kepentingan masa depan Tun Mahathir,iaitu seperti hari ini.Maka fahamlah kita apa terjadi pun Muhyiddin akan setia kepada Tun Mahathir.Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam pernah berkata “jika saya tidak setuju dan memilih untuk melawannya ketika itu tentu saya akan dituduh ada hubungan dengan haiwan pula”.Begitulah pendapat Tun Musa Hitam berkenaan cara Mahathir mengikat dan mengenakan seseorang.Muhyiddin dalam jawapan panjang lebarnya menyatakan kesetiaan kepada Sultan Johor tidak perlu dipersoalkan,namun pendiriannya tetap berpihak kepada Mahathir.Kita faham hanya Mahathir mampu memberinya kedudukan politik, dan Sultan tiada peranan dalam urusan politik Muhyiddin, hatta itulah pendiriannya.Kita amat faham jika Tun Mahathir berpendirian sebegitu, kerana Tun Mahathir tiada rasa hormat kepada sesiapa pun.

Tun Mahathir hanya ada matlamat dan tiada kesetiaan kepada sesiapa.Sebab itu dia tidak kisah digelar penderhaka.Kesetiaan Tun Mahathir hanya kepada matlamatnya.Apa yang menjadi pelik adalah sesiapa sahaja yang menyokong Tun Mahathir akan secara semula jadi terlihat seperti orang yang terlupa masa lampau.Ini termasuklah Muhyiddin sendiri.Muhyiddin terlupa kisah dia berurusan dengan Singapura bab tanah.Di mana ada kawasan di Johor bukan lagi milik Johor selama 60 tahun kerana tindakan Muhyiddin. Memang amat mudah jika berada di pihak yang hanya menyoal. Mungkin cara Muhyiddin mahu mencuci dosa lampau kerana khianti orang Johor adalah dengan cara persoal Forrest City supaya terlihat yang Muhyiddin sayang kepada negeri Johor. Jika ini "ploy Muhyiddin",maka bolehlah dikatakan ia dilakukan dalam keadaan “bad taste”.Muhyiddin juga amat selektif dalam memilih untuk menjawab isu.Muhyiddin dilihat tidak akan menjawap isu jika ia terbeban pada diri sendiri,seperti isu Nika Gee,percutian RM2 juta, BR1M rasuah dan Bestari net. Dalam hal tersepit , Muhyiddin memilih “elegance silent” pula.Muhyiddin hanya bangkit dan bersemangat jika isu itu boleh dikenakan kepada kerajaan atau kepada Dato Seri Najib, di mana inilah sasaran sebenar Muhyiddin. 

Mungkin kerana terikut tabiat Tun Mahathir juga,dewa pujaan Muhyiddin yang tidak pernah menjawab isu anaknya songsang,bailout anaknya,kekayaan dan jumlah 400 syarikat milik anak anaknya.Selain itu Tun Mahathir tidak pernah melayan tindakan bodohnya membeli tanah mahal dari kroninya,yang membeli tanah itu dengan harga murah. Dalam hal yang Tun Mahathir tersepit , Tun Mahathir menjadi pekak badak pula. Maka akhirnya ,“the real Muhyiddin has stand up” iaitu tubuh badan dan jiwa raga hanya untuk mahadewata Tun Mahathir.Kesetian kepada Sultan sebagai teori dan retorik sahaja.Kesetiaan kepada dewa lebih tinggi dari itu. Muhyiddin tidak sedar bahawa dewa itulah yang akan singkirkannya dalam masa terdekat sebagai Presiden PPBM.Dewa itu hanya setia pada matlamatnya iaitu menjadikan anaknya sebagai PM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates