Social Icons

Pages

Friday, January 27, 2017

SAH !!! KAJIAN #INVOKE BUKTIKAN PARTI #BN #BARISANNASIONAL PALING DIPERCAYAI RAKYAT !!!


Kajian Invoke ini digunakan sebagai salah satu platform untuk mengutip data khususnya sikap dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap politik.Sebuah organisasi bernama INVOKE telah diwujudkan dengan tujuan bagi menghasilkan kajian bagi menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional (BN).Ia dikatakan diasas dan dipelopori oleh Naib Presiden PKR,Rafizi Ramli yang terkenal sebagai 'Raja Fitnah' dengan dipercayai digerak oleh 20 anak muda yang menjadi 'anak didik' kepada Rafizi sendiri.Mereka menggemparkan Malaysia dengan satu kajian kecenderungan rakyat terhadap parti-parti politik di negara kita.Menurut kajiselidik Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bertarikh 19 Januari 2017 itu,seramai 41 peratus daripada 104,340 pengundi yang menjawab kajiselidik itu telah memilih parti Barisan Nasional (BN).Ia merupakan jumlah terbesar selepas hanya 24 peratus ingin memilih Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dan 21 peratus PAS.Selebihnya memilih untuk tidak mengundi. 

Turut diakui oleh 'pasukan' Rafizi tersebut ialah seramai 55 peratus bukan Melayu juga akan mengundi BN berbanding 33 peratus Pakatan Harapan dikuasai DAP dan hanya 3 peratus mahu mempercayai PAS.Manakala 9 peratus lagi cuba untuk berkecuali.Secara keseluruhannya,kajiselidik yang dilakukan Rafizi ini lebih ke arah mahu memperlekehkan PAS.Mungkin ia ingin memaklumkan kepada umum melalui kajiselidik ini bahawa rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai PAS.Juga dianalisis dalam kajiselidik tersebut,sebanyak 39 peratus dari ahli PAS lebih cenderung untuk memangkah Pakatan Harapan yang dikuasai DAP manakala hanya 23 peratus mahu mengundi BN. 38 peratus pula dari ahli PAS lebih bersikap berkecuali. 

Fantasi Invoke ini agak melampau apabila meletakkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak mampu menang satu kerusi sekali pun.Pelik,takkanlah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan kalah di Parlimen Marang ??? Selain kaji selidik Rafizi ini juga mengakui bahawa BN bakal beroleh kemenangan di 168 buah kerusi Parlimen sekali gus mengakui prestasi BN bertambah dan berjaya membentuk 2/3 majoriti namun di sudut pandang yang lain pula,ia sebagai kajiselidik yang sengaja mahu menakut-nakutkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dikuasai DAP.Invoke nampaknya cuba ambil alih kekosongan kajian persepsi yang dulunya sebelum PRU13 dilakukan oleh Merdeka Center dan UMCDEL.Invoke dipercayai akan buat kajian yang kelihatan memihak kepada pembangkang selepas ini bagi memberitahu rakyat populariti BN makin menurun.Kajian kedua itu akan keluar dekat dekat masa PRU14 nanti. 

Itulah "agenda setting" persepsi yang cuba dibuat oleh Invoke.Namun dalam kajian yang pertama ini,Invoke tidak boleh buat analisa yang tidak masuk akal. Invoke terpaksa bersetuju dengan ramalan Financial Times dan The Economist Intelligence Unit iaitu BN akan mengekalkan kemenangan pada PRU14.Kajian Invoke ini hanya untuk menyakitkan hati orang PAS. Orang BN sudah dengar cerita ramalan kemenangan itu dua kali dah menerusi (Financial Times dan The Economist). Kita tunggu kajian kedua Invoke,sudah pasti yang kedua ini ceritanya akan bertujuan sekadar mencipta persepsi semata mata.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates