Social Icons

Pages

Wednesday, April 12, 2017

TU DIAA !!! #PPBM : TOPENGNYA MUKA #MUHYIDDINYASSIN !!! WAJAHNYA MUKA #TUNMAHATHIR #TUNM !!!


Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atau lebih dikenali sebagai parti Bunga merupakan parti yang dibentuk berdasarkan kepada kehendak dan visi Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepentingan dan agenda peribadi beliau.Bukannya berpaksi pada agenda rakyat,agenda bangsa dan jauh sekali agenda untuk kepentingan agama.Kita amat maklum bahawa walaupun presiden parti Bunga adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin,namun perjalanan parti tersebut dikawal sepenuhnya oleh Mahathir.Baru-baru ini,Mahathir dikatakan telah mendakwa yang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam itu hanya akan memecahbelahkan Melayu. Ini tuduhan Mahathir yang menampakkan siapa dirinya yang sebenar.Mahathir lah sebenarnya yang memecah belah orang Melayu. Menubuh parti serpihan kerana mengejar kuasa dan agenda peribadi.Bila Mahathir masuk PH,apakah Melayu Melayu dalam DAP dan PKR berubah ??? Mereka tidak berubah,yang berubah adalah Mahathir.Sapu habis dosa dosa rasis Kit Siang dan DAP pada orang Melayu.Lebih memalukan lagi bila Mahathir cuci balik segala kata nistanya pada Anwar,hanya semata mata kerana kuasa.

Kini Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan yang jauh berbeza dengan pendirian Mahathir tersebut. Muhyiddin kata akan menyokong RUU 355 apabila ianya dibahas dan diundi dalam sidang Parlimen akan datang.Malah Muhyiddin menegaskan RUU 355 itu bukanlah bertujuan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. RUU 355 hanyalah pindaan kepada undang-undang sedia ada sepertimana yang pernah dilakukan pada tahun 1984 dan 1989. Bezanya sebelum ini,pindaan dilakukan menerusi RUU kerajaan,bukan RUU persendirian.Pembentangan RUU tersebut untuk kebaikan umat Islam.Oleh itu,semua pihak tidak boleh melihatnya dari perspektif lain termasuk politik.Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa rang undang-undang ini tidak terpakai ke atas orang bukan Islam sebagaimana diulang-ulang di dalam Jadual Kesembilan Perlembagan Persekutuan,juga disebut di dalam Akta dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam,Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Akta 355 sendiri. Perlembagaan Persekutuan telah memberi jaminan bahawa undang-undang Islam di Malaysia hanya terpakai ke atas orang-orang Islam sahaja dan prinsip ini tidak berubah dengan pindaan yang dicadangkan.Adakah Lim Kit Siang sedang dipermainkan oleh Muhyiddin dan Mahathir berkenaan isu RUU 355 ini ??? Suara parti Bunga merupakan suara Mahathir juga.Ini bermakna dalam masa yang sama Mahathir telah mengeluarkan dua kenyataan yang berbeza. Satu membantah dan satu lagi menyokong. Muhyiddin sokong,Mahathir bantah. Kit Siang sudah lakukan provokasinya di dewan rakyat.Inilah wajah sebenar PPBM,parti itu umpama bertopengkan muka Muhyiddin dan berwajahkan muka Mahathir. 

Kenyataan Muhyiddin itu adalah kenyataan topeng semata mata.Wajah sebenar kenyataan PPBM adalah Mahathir. DAP faham dua wajah ini. Sebab itu DAP tidak pernah balun Muhyddin teruk sangat. Hanya menegur sahaja jika "si pemakai topeng" itu tersasul bercakap.Itu pun sudah membuatkan si pemakai topeng membuat "u turn" dalam isu siapa layak jadi Perdana Menteri.Terus Muhyddin kata tidak ada salah kalau DAP jadi PM. Yang terus diperbodoh adalah orang orang Melayu yang taksub dan totok menyokong apa sahaja yang "Mamak Mahathir" ini cakap.Lim Kit Siang telah faham permainan opera topeng PPBM ini.Mahathir sekarang seronok skrew orang Melayu yang totok dan taksub ini.Mereka inilah yang DAP mahu untuk dapatkan undi. PPBM sedang menipu rakyat Malaysia.Presiden parti hanyalah topeng,wajah sebenar dan tubuh badan PPBM adalah Mahathir.Dalam hati "tubuh badan" sebenar parti itulah ada nama calon PM.Ianya tidak pernah disebut dan didedah oleh tuan punya badan.Namun semua orang tahu,apa nama tersebut.Abjabnya ada lima,bermula huruf "B" dan akhirnya huruf "I".Sampai bila PPBM hendak berlakon,drama bersiri di tv pun jika sudah masuk siri ke 30,penonton dah naik muak.Asyik ulang plot dan cerita sama.Inikan pula PPBM,ramai rakyat dah tahu lakonan "topeng dan wajah" PPBM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates