Social Icons

Pages

Tuesday, January 03, 2017

KANTOI !!! PERCUTIAN '#MABRUR' #MUHYIDDINYASSIN HANCURKAN #PPBM DIDEDAHKAN !!!


1. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan orang kuat kesayangan Mahathir meneruskan gerakan arahan Mahathir untuk menyerang Tan Sri Muhyddin Yassin Presiden PPBM.Sebelum ini menyentuh hal membersihkan nama Presiden dari skandal dengan isteri orang.Kini Khairuddin mempertikaikan Muhyddin Yassin tidak seharusnya bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir dan menghadapi kemelut dalaman.

2. Khairuddin mempertikaikan tindakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercuti hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.

“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos.Segala kemungkinan boleh berlaku.Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” Muhyiddin di Eropah hanya dapat membaca mesej segala skandal budak-budaknya.Kucar-kacir oleh tangan-tangan berebut kuasa.

3. Sepanjang Muhyiddin berada di luar negara bercuti bersama anak-anaknya Anina Saadudin disingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti,Ketua Srikandi.Belum masuk Cybertroper Mukhriz Mahathir yang menyerang Anina habis-habisan tetapi dalam masa sama Mukhriz menuduh pihak luar melaga-lagakan kepimpinan parti. Mahathir pula terus berdiam dengan kritikan Khairuddin.Game yang baik membunuh karektor Muhyiddin.

4. Belum masuk polemik Ezam Mohd Nor keluar PPBM,kurang 3 bulan selepas penyertaannya,ugutan Anina membocorkan rahsia pemimpin PPBM dan pendedahan Skandal Seks Syed Saddiq Ketua Armada PPBM. Semua ada ketika Muhyiddin bercuti.Tapi Mukhriz tidak membela semua itu.Dia hanya tahu menuduh orang lain.

5. Dari luar negara ketika sekalipun Muhyiddin dikecam Khairuddin dan orang-orang Mukhriz FB Muhyiddin terus senyap tanpa jawapan.Muhyiddin terus melayan percutian bersama keluarga khususnya bersama anaknya Fakhri Yassin (Pemilik Thriven Berhad) dan anak menantunya Adlan Berhan yang memang kaya raya (Projek Biometrik & BestariNet) dan jutawan hasil projek ketika Muhyiddin berkuasa dulu.

6. Kata Khairuddin anjing Mahathir,PPBM belum mantap,baru ditubuhkan "Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali. Lepas PRU kalau dia hendak bercuti,bercutilah.Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga,turun habis-habisan.Ini tidak,keluar negara berminggu-minggu,” katanya.

ANDA NAK LAGI ???


APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates