Social Icons

Pages

Showing posts with label PRIBUMI.... Show all posts
Showing posts with label PRIBUMI.... Show all posts

Tuesday, January 10, 2017

TU DIA !!! PARTI #PRIBUMI #PPBM PENUH DENGAN #SKANDAL !!! APA CERITA ???


Penghujung tahun 2016 menyaksikan plot paling tragis buat Anina Saadudin apabila dikaitkan dengan skandal seks dirinya.Walaupun hanya mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook,namun kesannya amat memedihkan.Skandal seks melibatkan Anina mula menjadi panas dan tular apabila dipetik oleh beberapa laman portal politik hingga dirinya dihukum pecat dari jawatan Ketua Srikandi Parti Bunga.Tindakan Parti Bunga memecat Anina dari sayap parti berkenaan cukup pantas, seolah-olah mereka (Parti Bunga) tidak sanggup lagi 'menanggung dosa zina' yang amat mengaibkan parti serpihan itu.Namun,berbeza pula dengan nasib yang diterima presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Walaupun kes skandal melibatkan dirinya telah disebut dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,namum beliau masih diiktiraf selaku Presiden Parti Bunga.Pada 7 Disember 2015,bekas pendakwa raya Stanley Clement Augustin melakukan Pengisytiharan Statutori (SD) menuduh isterinya Nika Gee Siew Yee telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang 'figura politik terkenal dari Johor'.Disebut dalam SD tersebut, Nika Gee telah bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima ganjaran berbentuk kewangan dan barangan daripada ahli politik itu.Seperti dilaporkan oleh penulis Raja Petra Kamaruddin,Nika Gee ada menerima bayaran RM20,000 setiap bulan dalam jangka masa panjang. 

Apabila kes tersebut dibicarakan di mahkamah tinggi,Muhyiddin dilihat tidak sekali pun hadir membantu perbicaraan,sekadar menghantar wakilnya sahaja.Inilah politik 'antara dua darjat' yang diamalkan dalam Parti Bunga.Mereka yang tiada nama atau lahir dari akar umbi akan 'dibunuh' dengan begitu pantas dan kejam,manakala figura ternama pula akan terus dikekalkan berada di kedudukan selesa.Namun,percayalah bahawa Pengerusi Parti Bunga iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad amat sukakan situasi ini.Beliau akan mempergunakan 'bom jangka' melalui isu-isu skandal dan moral ini sebagai ugutan kepada pelaku sekiranya suatu hari nanti ada antara mereka yang berniat mahu kembali ke pangkal jalan.Contoh sudah ada,lihat sahaja nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim... 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, January 09, 2017

KANTOI !!! PEMIMPIN #PPBM #PRIBUMI KAYA RAYA !!! AHLI BAWAHAN MENGEMIS SUMBANGAN


Parti Malang Pribumi Bersatu boleh diandaikan sebagai sudah jatuh di timpa tangga.Malah boleh juga diandaikan seperti pepatah Inggeris “from the frying pan to the fire” kerana keadaan mereka semakin bertambah teruk.Kenapa bertambah teruk ??? Ketika ketua Armada merangkap juara debat mengisytiharkan keanggotaan ahli Armada yang mewakili setiap negeri persoalan juga timbul,adakah mereka hanya mewakili diri sendiri sahaja kerana keahlian PPBM tidak mendapat sokongan rakyat.Bukan itu sahaja,struktur keahlian juga carca marba kerana ketika borang keahlian disebarkan,PPBM belum ada badan perhubungan negeri.Namun masalah ini hanyalah teknikal yang mungkin boleh diperbetulkan kemudian.Entah entah sampai kesudah tidak diperbetulkan disahihkan pun. 

Sama macam cerita tandatangan 1.4 juta dalam Deklarasi Rakyat yang mahu dibawa kepada Agong.Tandatangan itu terbukti palsu dan sampai ke hari ini,Mahathir dan geng parti bunga gagal buktikan mana semua nama nama 1.4 juta orang itu.Seperti juga senarai ahli PPBM ini,sampai ke akhirnya PPBM tidak akan mampu ceritakan berapa jumlah keahliannya yang sebenar.Apa yang menjadi tandatanya adalah punca dan dana kewangan parti itu.Dari sumber terdekat parti bunga menyatakan,ahli bawahan yang bersungguh sungguh mencari keahlian dan mahu memajukan parti tidak mendapat bantuan dari orang atasan.Muhyiddin pula sibuk bercuti RM2 juta di luar negara,sejak 3 minggu lepas.Ketika ahli PPBM sibuk kutip derma,Presiden PPBM sibuk dengan "Boxing Day Shooping" di kota Eropah. 

Ketika ahli ahli PPBM di bawah mengemis derma juga,anak cucu Mahathir dengan bangganya menayang dan menunjuk nunjuk jenama beg mahal di Instagram mereka.Mungkin kesemua mereka ini iaitu Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz sudah terbiasa dengan duduk di atas ketika berada,di mana kerja bawahan dibuat oleh balaci dan macai, maka tabiat yang sama di bawa ke parti baru mereka.Maka atas sebab ini tekial-kial lah balacai bawahan mengemis derma dan pengaruh.Malah ada juga laporan yang mengatakan bahawa PPBM di peringkat negeri memohon kerjasama ahli dan rakan ahli untuk memberi sumbangan wang ringgit bermula dari RM50/100 dan seterusnya jika mampu.Mereka menyebar sesama ahli merayu sumbangan ikhlas dalam Whatsapp. Inilah yang menyedihkan.Mungkin juga kerana majoriti ahli muda yang masuk menyertai parti Pribumi ini semua nya “greenhorn” seperti Syed Saddiq,maka tentu sekali mereka tidak kenal siapa itu Mahathir,Muhyiddin Bestari dan Mukhriz.Mereka tidak kenal dengan kekayaan luar biasa pemimpin mereka. Mahathir dengan berpuluh billionnya dijaga oleh kroni,Muhyiddin yang kaya raya seawal mula Mahathir mengikatnya dengan memperli “MB paling kaya” ketika tahun 80an lagi dan Mukhriz dengan syarikatnya yang berpuluh puluh.  

Ahli ahli PPBM masuk kedalam parti Pribumi atas salah maklumat dan pendirian yang telah berjaya dimainkan oleh pemimpin mereka.Mereka masuk ke parti Pribumi berlandaskan kebencian dan bukan kebenaran.Maka atas sebab itulah mereka menyokong dasar Gay,LBGT,liberalisme,pluralisme dan murtad yang dibawa oleh DAP dan geng geng Ambiga.Pemimpin PPBM hadir sama dengan wakil PAN ketika berucap di muktamarnya,akibat jahil asal usul parti,maka mereka yang berbahas telah memetik metik ayat Quran dan hadis tanpa sedikit pun mengetahui parti mereka wujud atas dana luar negara Israel dan agenda “long term DAP”.Sudah setahun,DAP masih belum jawab hal derma dana Israel RM1.2 billion.Mana penjelasan dari DAP ??? Ahli ahli PPBM tidak sedar pengasasnya Mat sabu itu orang gaji DAP sama dengan Saifuddin yang baru angkat sumpah beberapa hari lalu.Kerana wang dan gaji lah mereka sanggup begitu. Kini PPBM juga sudah setara dengan PAN,malah mungkin lebih teruk. Jika PAN tiada dana bolehlah difahami. PAN tentu tiada dana melainkan di "sponsor" oleh DAP,tetapi kedudukan PAN tidak sama dengan PPBM. PPBM memiliki pemimpin yang kaya raya luar biasa yang anak cucu mereka berketurunan tidak akan susah lagi. Mahathir sendiri pernah berkata “usah hirau tentang saya dan anak cucu saya” kerana dia sudah kaya kan mereka berketurunan. 

Maka yang harus berfikir adalah ahli bawahan PPBM.Mereka harus tanya kenapa orang seperti Mahathir yang hanya dengan satu panggilan telefon sahaja ratusan juta boleh datang masih enggan “all out” untuk membantu cai cai bawahan PPBM.Ahli bawahan PPBM juga seharus bertanya Muhyiddin yang kaya raya yang sekali gus pergi holiday boleh habiskan RM2 juta, masih kedekut dengan wangnya, malah boleh membiyai kekasih gelap sekian lama sebanyak RM20,000 tetapi tidak bersungguh sungguh membiyai partinya sendiri.Perkara sama juga boleh ditanya kepada Mukhriz, kenapa tidak rajin tabur wang kepada parti dengan miliki syarikat berpuluh puluh dengan kekayaan yang melimpah yang di milikinya ??? Kenapa ahli bawahan harus memberi sumbangan kepada parti sedang yang dia atas kaya raya? Mungkin jawapan ini boleh mencerahkan persoalan di atas. 


Pertama,Parti Pribumi bukan dalam rencana Mahathir,Muhyiddin dan Mukhirz.Ia tercipta kerana “terpaksa” kerana terkejut disinggkir dari UMNO yang tidak disangka,tambahan lagi mereka menyangka Datuk Seri Najib tidak akan meluluskan permohonan parti baru mereka. 


Kedua,Parti Pribumi di anggap sebagai “no go” oleh Mahathir dan Muhyiddin pula sudah anggap tiada guna teruskan penat lelah dalam Parti Pribumi yang tiada kepentingan untuk dirinya.Pendirian ahli bawahan yang lain pula bagaimana ??? Mudah sahaja mereka “no choice” mereka terpaksa teruskan juga dan terdapat juga mereka yang sudah pencen dan tiada kerja lain,maka elok sahaja habiskan masa dengan parti baru.Malah ramai juga mereka yang bersikap sebagai “pan handler” yang dibuang oleh parti dan NGO mereka lalu berpendapat baik sahaja menempelkan diri kepada parti tiada harapan seperti PPBM dari duduk diam tiada kerja.Maka inilah kisah nasib malang PPBM.Sukar untuk mencari keahlian kerana rakyat sudah tahu ia hanya untuk memuaskan nafsu buas Mahathir untuk anaknya menyambung legasi dan hartanya.Mahathir sendiri pun sujud di kaki DAP untuk selamatkan masa depan anaknya Mukhirz dan bukan masa depan parti Pribumi. 

Itulah perjanjian sulit yang dibuat oleh Mahathir dengan DAP pada 3 Disember lalu.Mahathir dan Kit Siang tidak perlu jaga cucu mereka,kerana mereka sudah jaya.Yang perlu jaga anak dan cucu adalah ahli ahli PPBM,sebab parti PPBM tidak akan lama.Berkerjasama dengan DAP tidak akan untungkan bangsa Melayu di masa depan.Bila tanah dan bangsa sudah tergadai dengan perjanjian sulit Mahathir dan Kit Siang,segalanya sudah terlambat untuk selamatkan anak cucu kita di masa depan. Yang selamat sekarang dan kaya sekarang adalah anak cucu Mahathir dan Kit Siang,bukan cucu orang orang biasa dalam PPBM.Jangan biarkan kroni dan elitis menguasai negara ini.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, January 06, 2017

BONGKAR !!! KEM #TUNMAHATHIR VS KEM #MUHYIDDINYASSIN !!! SIAPA LEBIH DOMINAN ???


Parti Pribumi masuk ke kancah politik negara dengan langkah kiri.Parti yang diwujudkan secara tidak sengaja dan tidak ada di dalam perancangan Tun Mahathir dan TS Muhyiddin itu,nampaknya bergolak dan berantakan sama sendiri sebelum pun merempuh musuh sebenar.Apabila ada pihak menyatakan nasib Parti Pribumi akan sembah ke bumi seperti parti parti berasaskan individu ramai juga yang marah.Mereka mengambil kira parti Semangat 46 yang berasaskan Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah menyembam ke bumi dan kini parti PKR pun akan ikut sama atas bantuan Tun Mahathir melalui Azmin Ali.Mereka yang berpusu masuk ke dalam Parti Pribumi umpama rakyat Brittain memilih BREXIT,di mana selepas memilih baru mereka sedar kesilapan mereka.Di Brittain carian google berkenaan BREXIT mencecah puluhan juta beberapa hari selepas undian, bermakna pilih dulu baru kaji. 

Namun mereka menyalahkan pihak pendebat Pro Brexit yang meyakinkan mereka kerana kepetahan berdebat dan bukan kerana fakta. Parti Pribumi pula baru berdaftar sudah berkecamuk. "Washing dirty linen to the public",umpama mendedahkan kebusukan dalaman kepada dunia.Masing masing mahu claim territory.Parti baru yang semua mahu ambil kesempatan.Dalam parti kecil ini terbagi pula dua kem.Yang hanya tahu menyembah Tun Mahathir dan yang mahu meneruskan hayat politik bersama Muhyiddin.Maka bertembunglah kedua pihak.Di pihak Muhyiddin terdapat mereka yang penuh dengan skandal seks dan nafsu termasuk Muhyiddin sendiri,di satu pihak seperti Khairuddin,hanya ada Tun Mahathir sahaja dalam dunia,orang lain semua boleh pergi jahanam.Ada pihak meramalkan parti Pribumi tidak akan tahan lama,malah sebelum PRU mereka akan bergaduh berebut kerusi peningalan PAS dan pemberian PKR.Begitulah nasib parti melukut di tepi gantang,masuk tidak menambah,perginya tidak mengurang. 

Masing masing dua pihak mahu berebut kawasan macam gangster merebut kawasan oeprasi.Masalah dibebankan lagi dengan penaung yang amat kedekut seperti Tun Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz.Walaupun Tun Mahathir memiliki berbillion dana yang ada pada kroninya namum dipercayai dia tidak akan menggunakannya untuk parti Pribumi,sama dengan Muhyiddin yang lebih sanggup bayar Nika Gee dari biyai parti sendiri.Maka itulah yang terjadi di kala ini,masing masing carilah wang sendiri di negeri mahu pun peringkat bahagian.Bagi Tun Mahathir dia tidak kisah pun kerana yang dirisaukan hanya mahu menyelamatkan Mukhriz di peringkat Parlimen.Apabila rundingan sulit Tun dan Kit Siang didedahkan Mukhriz pula yang melenting apabila Tunku Aziz menyatakan rundingan hanya mahu jadikan Mukhriz calon tunggal menjadi Perdana Menteri.Andaian itu lebih buruk apabila dikatakan akan menggunakan DAP dan bukan Pribumi.Maka itulah nasib lebai malang yang menjadi ahli Pribumi.Parti berantakan,yang di atas hanya mahu melepaskan tengkok sendiri sahaja.Ahli dibawah berpecah dua antara yang menyembah Tun dan sokong Mukhriz dan mereka yang sangka Pribumi parti opsyen kepada UMNO.Sudahnya sini terlepas sana terlepas,sambil itu kita tunggu dan lihat antara dua pihak yang mana satu dominan,pihak Sokong Mahathir atau yang sokong Muhyiddin.Parti bunga ini sudah layu sebelum kembang.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, November 11, 2016

BONGKAR !!! #MUHYIDDINYASSIN HANYA PRESIDEN TRANSIT UNTUK PARTI #PRIBUMI ???


Belum berperang sudah tewas,mungkin itu ungkapan terbaik untuk Parti Pribumi.Jika ada ahli mereka yang berkata, “usah menyibuk hal parti kami” ,maka katakan pada mereka dalam politik hal bertanya harga dandan rambut dan cincin pun orang boleh politikkan,inikan pula hal parti politik.sebelum ini telah tersebar luas nama nama mereka yang akan dijerut lehernya oleh DAP melalui jawatan Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Parti Pribumi.Mulai saat dilantik mereka tidak lagi boleh mengutuk DAP kerana mahukan belas kasihan dan sokongan komponen,tetapi walaupun mereka melayu,mereka akan serang habis habisan parti Melayu UMNO.Itu lah nama perjuangan mereka.Parti Pribumi yang diwujudkan kerana “terpaksa” dan sememang dari awal tiada dalam agenda Tun Mahathir sudah bergelora dan kucar kacir sebelum pun menghadapi gelombang besar. Apabila “lackey” Mahathir Khairudin mengugut untuk mendedahkan sesuatu apabila tiba waktu,maka nampak jelas di dalamnya sudah pun berbau busuk. 

Namun,seperti dijangkakan,Tun Mahathir sememangnya tidak akan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Presiden kekal parti Pribumi yang betul betul berfungsi kerana dari awal pun rencana Mahathir hanya mahukan Mukhriz dan Muhyiddin hanya pelengkap kepada agenda Tun Mahathir.Tun Mahathir mahu Muhyiddin memainkan peranan Presiden Transit sahaja yang akan umum dan memberi laluan kepada Mukhriz kemudian nanti.Jika tidak melakukan dengan sukarela,maka akan dilaksana kan “by force”.Sehingga hari ini,Parti Pribumi masih gagal memberi tahu jumlah keahlian mereka.Mereka berjanji untuk memberi tahu jumlah keahlian mereka melalui Syed Saddiq pada 4 Oktober lalu.Pada tarikh itu Syed Saddiq berjanji akan mendedahkan jumlah keahlian dalam masa 2 minggu lagi.( sudah hampir 1 bulan dari tarikh berjanji) Syed Saddiq sudah pun pulang dari Geneva menghadiri forum memburukkan negara berkenaan korupsi dan jumlah keahlian tiada dalam agenda Syed Saddiq dalam masa terdekat ini.Kita boleh membuat andaian bahawa ada masalah mendapatkan ahli untuk Pribumi. 

Dikhabarkan ada pemberontakan dari ahli PERKASA yang enggan menjadi barua kepada DAP yang mengakibatkan sebahagian dari mereka enggan menjadi ahli Parti Pribumi,yang ternyata sujud kepada DAP.Selebih itu,sudah ramai menjadi ahli kepada parti picisan lain seperti PKR dan PAN sebelum ini,maka Parti junior seperti Pribumi sukar untuk mendapat keahlian.Muhyiddin harus muhasabah diri,sampai bilakah dia harus menjadi Pak turut kepada Tun Mahathir. Muhyiddin juga harus hentikan dari menjaja isu lapuk 1MDB untuk meraih populariti.Sampai bilakah Parti pribumi dan Muhyiddin mahu hidup atas isu lapuk ??? Satu waktu dulu Chandra Muzaffar keluar dari PKR atas sebab tidak setuju bahawa PKR sentiasa selamanya berfaktorkan “Anwar”.PKR,pada pendapat Chandra harus “champion” kan hal ehwal rakyat dan mesti menjadi parti bertaraf  “Nasional” dan bukan parti yang berpaksi hal “anwar” semata mata dan akhirnya Chandra pilih jalan keluar dari PKR. 

Begitu juga dengan parti Pribumi dan Muhyiddin Yassin,jika mahu masuk ke “main stream” harus ada agenda rakyat dan bukan agenda cerita bahan lapuk “1MDB” selama lamanya.Rakyat mahu tahu juga hala tuju Parti Pribumi dan bukan mahu tahu kisah 1MDB siang malam.Tapi,apa pun,satu perkara amat jelas,sedangkan Muhyiddin harus bekerja keras dan bertungkus lumus untuk membentuk struktur Pribumi,timbalannya bertenang sahaja,kerana dia tahu apabila tiba waktu nya,dia akan ambil alih dan Muhyiddin akan diserang dari pelbagai sudut oleh “lackey” ayah nya jika enggan berundur.Muhyiddin,nyata sekali hanya lah Presiden Transit sahaja,itu selayaknya.Bila kalah PRU14,parti bunga pun akan tutuplah sekali.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, November 05, 2016

BERIBU AHLI #PRIBUMI BERSEDIA UNTUK KELUAR PARTI IKUT JEJAK KHAIRUDDIN ???


Tindakan anak didik Tun Dr Mahathir Mohamed,Datuk Seri Khairudin Abu Hassan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) amat mengejutkan ramai penyokong bekas Perdana Menteri itu.Masakan tidak,Khairudin yang dikenali sejak dahulu merupakan seorang 'budak suruhan' Mahathir yang amat setia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadi Pengerusi PPBM berkenaan.Logik akal,kenapa seorang 'budak suruhan' bertindak keluar serta merta dari parti pemimpin kesayangannya melainkan pasti ada yang tidak kena dengan parti dan pemimpin berkenaan.Walau apapun alasan yang diberikan kepada pihak media, yang pastinya tindakan Khairudin membuktikan di dalam PPBM sudah mula menular virus dan barah yang banyak 'memberi harapan palsu' buat ahlinya. 

Tindakan Khairudin ini dikhabarkan telah menarik minat ribuan ahli PPBM yang lain untuk turut keluar parti.Walaupun mereka baru sahaja menandatangani borang keahlian parti pembangkang tersebut,namun menurut sumber-sumber dalaman yang ditemui,mereka ini sudah tidak tahan dengan tindakan Mahathir dan Muhyiddin yang amat berbeza berbanding semasa mereka dalam UMNO dahulu.Tapi,tidak perlulah saya ceritakan di sini.Pada mula ceritanya,ribuan ahli PPBM berkenaan sudah lama berhasrat untuk keluar parti disebabkan kepincangan dalam parti, namun mereka berasa malu berbuat demikian lebih-lebih lagi kepada parti lama mereka yakni UMNO.Ada 13 alasan mengapa mereka mahu keluar PPBM iaitu : 

a) PPBM tidak boleh pergi jauh dalam PRU14.
b) Tiada pemimpin PPBM berpengaruh di negeri negeri 
c) Ramai pemimpin PPBM tiada pengalaman 
d) Ramai PPBM yang ada berpuak puak 
e) Masing masing ada misi peribadi dan mahu kekayaan
f) PPBM gagal menjadi dominan dalam pembangkang 
g) PPBM tidak mampu gantikan UMNO 
h) PPBM akan pupus lagi cepat dari Semangat 46 
i) PPBM berada bawah telunjuk DAP 
j) PPBM sudah bersekongkol dengan peliwat (Anwar) dan perasuah (Guan Eng) 
k) PPBM adalah tempat terkumpulnya mereka yang kecewa dalam politik 
l) Secara purata umur pemimpin PPBM adalah 50an ke atas. 
m) PPBM adalah parti tua dan tiada masa depan

Bagi mereka inilah masa paling sesuai untuk bertindak dengan menggunakan alasan 'mengikut jejak' Khairudin keluar parti,sedangkan mereka sebenarnya tidak mampu lagi untuk terus bersarang lama dalam sebuah parti yang bukan memperjuangkan anak bangsa sebenarnya, tetapi 'ada udang disebalik batu'.Bagaimanapun,tarikh dan tempat untuk ribuan ahli PPBM itu akan keluar parti masih belum lagi diterima kerana dipercayai ia masih lagi dalam proses pengumpulan setakat ini. Maklumat yang mengejutkan ini telah menjadi bahan bukti bahawa PPBM bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan untuk perjuangan agama,bangsa dan negara sebaliknya ia hanyalah berfungsi sebagai platform untuk cita-cita peribadi Mahathir menjelang fajar tahun 2020. 

Apa impian Mahathir ketika fajar tahun 2020 ??? Mungkin ramai orang tahu Wawasan 2020 adalah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju sahaja.Namun tersiratnya jauh menjangkaui daripada itu.Perkataan 'wawasan' itu juga sebenarnya membentuk sebuah tanda tanya yang besar dan ia tersemat sebuah kehendak peribadi Mahathir yang amat tamak serta tidak patut.Jadi,saya mengucapkan selamat berhijrah kepada ribuan ahli PPBM yang sudah mula insaf dan bakal kembali ke pangkal jalan.Tahniah !!!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, October 11, 2016

TU DIA !!! #MUHYIDDINYASIN KATA PEMBANGKANG TAWAN JOHOR !!! TENGAH MIMPI KERRR ???


Pelik juga dengan dua individu dari parti paling muda dalam Barisan Rakyat @ Pakatan Harapan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.Ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menyanyi lagu kekalahan Bersatu di Manjung,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebaliknya mendendangkan lagu kemenangan parti berkenaan.Tun Mahathir boleh dikira agak realistik sedikit apabila menyedari Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat tidak akan kemana jika mereka tidak membantu satu sama lain dalam kempen pilihan raya dan masing masing tertumpu kepada kempen parti sendiri.Beliau menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai contoh dengan menyatakan walaupun BN ada 14 parti namun apabila bertanding mereka berada di bawah satu bendera, tanpa terlihat dari bendera parti mana yang diwakili. Lain pulak dengan Pakatan Harapan @ Barisan Rakyat. 

Mereka akan menumpukan kepada kawasan yang mereka ingin bertanding dengan peluang untuk menang amat sukar, itu kata Tun Mahathir.Berbanding dengan Muhyiddin,perkirannya amat mudah di Johor.Pada hematnya,jika pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu pembangkang menang hampir 18 kerusi di Johor,maka tambah sahaja 10 atau lebih kerusi maka Pembangkang dikira sudah dapat tawan Johor.Nada Muhyiddin itu seolah-olah menunjukkan bahawa UMNO dan BN hanya tidur di Johor. Ini `simple mathematic' oleh Muhyiddin.Ia umpama 2 + 2 jadi 4.Muhyiddin langsung tidak mengambil kira bahawa kerusi yang sudah ditawan boleh kalah juga dan kerusi yang belum lagi menang, belum tentu akan menang.Kita juga boleh mengambil perkiraan terkini, dimana ketika dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlangsung, kebencian memuncak terhadap GST dan 1MDB paling maksimum dan serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan menjadikan GST sebagai penyebab kenaikan harga barang secara mendadak.Namun rakyat masih memberi undi kepada Barisan Nasional. 

Sebenarnya,tiada siapa boleh meramalkan secara tepat apa yang akan dipilih rakyat.Berdasarkan perkiraan Muhyiddin mengenai `kemenangan' pembangkang di Johor,beliau terlupa akan kedudukan PAS di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.Tiada siapa boleh meramalkan PAS akan berdiri di pihak mana pada PRU14 kelak.Jika diambil kira dengan kenyataan Tan Sri Anuar Musa baru baru ini,akan ada kejutan pada Barisan Nasional pada PRU14,maka tentu sekali BN sudah ada perancangan sendiri.Sudah tentu Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat tidak akan mendapat `easy ride'.Tambahan lagi,jika PAS enggan menyertai Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat,maka jangkaannya pertandingan 3 penjuru sudah tidak dapat dielakkan lagi.Paling menonjol dalam masalah Pakatan Harapan atau Barisan Rakyat adalah sikap tidak puas hati mengakibatkan berlaku rebutan kawasan dan pembahagian kerusi. Muhyiddin juga terlupa apakah PKR akan begitu mudah untuk menyerahkan kerusinya kepada Bersatu. 

Bagaimana pula PAN ??? Adakah ia juga akan menyerahkan kepada DAP untuk menentukan kerusi mana dia layak bertanding ??? Dan Ketika Muhyiddin bercakap,mungkin beliau terlupa partinya belum ada apa-apa kerusi pun selain kerusi `haram' yang dimenanginya atas tiket UMNO.Mungkin apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin hanya sekadar menyedapkan hati yang gundah kerana apa yang dirancang tidak menjadi.Pada perkiraan awal pihak Tun Mahathir,ramai ahli UMNO terutama Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan akan melompat kepada Bersatu apabila ditubuhkan, namun sangkaan itu meleset sama sekali. Apa yang agak memalukan adalah apabila Muhyiddin bercakap, dia seolah-olah mewakili parti paling banyak kerusi dalam komponen Barisan Rakyat.Muhyiddin terlupa perang besar sesama komponennya bakal terjadi. Perebutan kerusi antara satu sama lain akan terjadi dengan amat sengit.Akibatnya wang yang banyak akan dikeluarkan untuk tawar menawar supaya pihak yang kena undur diberi ganti rugi setimpalnya. Selain itu pertandingan tiga atau empat penjuru bakal terjadi tanpa dapat dihalang bagi mereka yang tidak puas hati.Maka nyata sekali,pelbagai perkara boleh terjadi. Justeru kenyataan Pakatan rakyat atau Barisan Rakyat bahawa ia akan menawan Johor berkemungkinan hanya ilusi Muhyiddin atau pun hanya mimpi di siang hari.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, October 10, 2016

KANTOI !!! #PRIBUMI MUNGKIN SERTAI @BARISANNASIONAL JIKA #MUHYIDDIN DITOLAK SEBAGAI PM ???


Sesiapa yang berani menafikan topik ini sebagai langsung tidak berkemungkinan,maka anggaplah anda sebenarnya masih belum bangkit daripada mimpi dan realiti.Ini kerana politik adalah `art of possibilities' dengan banyak kemungkinan berlaku.Politik juga bukan `exact science’ kerana ia berubah-ubah mengikut kehendak pengamalnya.Sesiapa yang menafikan terus kemungkinan tajuk di atas barangkali terlupa berkenaan kisah seorang mantan Perdana Menteri dari sebuah parti Melayu UMNO bernama Mahathir.Seluruh jiwa raganya dan sepanjang karier politiknya,beliau mengajar pengikut dan penyokongnya membenci DAP.Berpuluh tahun dia menghasut bangsanya malah menghina dan mencaci bangsa Melayu yang menyokong DAP. 

Ucapan-ucapannya dan tulisannya selama berpuluh tahun mensasarkan DAP sebagai musuh bangsa dan agama.Namun apa kesudahannya ??? Orang putih menyebut,dia datang kepada DAP dengan ekor di celah kakinya.(tail between his leg).Dia menghulurkan perdamaian dan bertahaluf siyasi dengan puak yang sejak berpuluh tahun dicaci dan dihina.If the mountain dont come to Mohamad,Mohamad goes to the mountain,kata pepatah Inggeris.Begitu juga dengan caciannya terhadap orang yang dia sendiri kata “kita hendak dekat pun takut,nak beralih ke belakang pun tak berani” iaitu Anwar Ibrahim.Malah ditulis hitam putih dalam bentuk buku yang akan kekal sepanjang zaman,dimana dia berikrar “saya mungkin banyak buat silap,tetapi memecat Anwar bukanlah kesilapan’

Selebihnya tidak perlu diceritakan kerana ia sudah menjadi sejarah.Maka apabila kita andaikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melakukan seperti diatas,jangan pula menafikan semudah mudahnya kerana terbukti “watak” ini tiada perkataan “malu” dalam kamusnya.Yang ada dalam kamusnya hanya ‘matlamat”.Siapa sangka tuan rumah pun terkejut apabila setelah sekian lama mencaci dan menyisih keluarga Anwar,tiba-tiba dia muncul depan pintu datang ziarah ke rumah Anwar, ketika arwah bapa Anwar meninggal dunia ??? Ketika hidup pun tidak ada minat hendak jumpa. Bersatu adalah parti bermatlamat menjadikan anak Mahathir sebagai Perdana Menteri, itu sahaja, kerana bersama jawatan PM itu ada pakej sampingan yang sulit untuk dilaksanakan oleh orang lain.Dan atas sebab itu parti Bersatu ditubuhkan.Tiada matlamat lain.Dengan karenah dan kepelbagaian kehendak dalam komponen Barisan Rakyat,kemungkinan Mahathir tidak akan mendapat apa yang dikehendakinya.Permintaan pertama sahaja iaitu jumlah kerusi untuk bertanding juga sudah sukar. 

Kemudian timbul permintaan lain iaitu mahu Muhyiddin jadi Perdana Menteri sedangkan dalam Pakatan Harapan,mereka sudah ada Anwar untuk dijadikan Perdana Menteri dan berkemungkinan Zaril Khir Johari,sekiranya DAP mampu mendapat jumlahnya.Maka kemahuan Bersatu untuk menyaksikan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri bakal ditolak.Apa akan terjadi kemudian ??? Mengenali Mahathir,umpama air mengalir,mana kawasan rendah,disitulah laluannya,tidak ada jaminan dia akan setia kepada Barisan Rakyat.Mahathir tidak setia pada UMNO walau pun hampir 40 tahun di dalamnya, jadi siapa yang berani meletakkan leher sebagai jaminan bahawa Mahathir akan setia dengan “alat” nya iaitu Barisan Rakyat ??? Mahathir juga ada track record menjilat kahak, seperti mana dibuktikannya ketika dia merafak sembah kepada DAP dan Anwar.

Maka kemungkinan Mahathir membawa parti bersatunya berunding dengan BN adalah berkemungkinan.Siapa sangka 10 atau 20 tahun lalu Mahathir akan lakukan apa yang dia lakukan hari ini? Maka bukanlah mengejutkan jika Mahathir juga akan melakukan “stunt” yang sama apabila niat dan hasratnya terhalang dalam Barisan Rakyat.Mahathir akan “do the impossible”, iaitu berunding dengan Barisan Nasional pula.Kita saksikanlah.  

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, September 20, 2016

KANTOI !!! #BERSIH5 RUPANYA 'ANJING SURUHAN' PARTI #PRIBUMI ???


Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) mengumumkan ia mahu mengadakan demonstrasi jalanan yang kelima atau Bersih 5 pada 19 November ini dengan salah satu desakan ialah penyelesaian segera terhadap isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).Meskipun fakta dan penyiasatan telah dijalankan serta dibentangkan di Parlimen mengenai 1MDB,namun ia tetap ditolak oleh pembangkang,yang sememangnya telah menetapkan di kerangka fikiran mereka bahawa 1MDB tetap bersalah.Mereka tetap mahu menuduh berlakunya penyelewengan melibatkan wang rakyat padahal ia adalah salah dan hakikat sebenarnya jauh berbeza daripada tuduhan-tuduhan tersebut.Keadaan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya bagaimana Bersih 5 boleh dianggap sebagai neutral apabila pemimpinnya sendiri mempunyai konspirasi dengan pembangkang ???

Ia terbukti menerusi penyebaran gambar Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dalam media sosial di mana beliau berada di dalam satu perjumpaan bersama dengan pemimpin parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi),DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).Gambar itu dirakamkan di dalam satu pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,Datuk Seri Mukhriz Mahathir,Datuk Kadir Jasin,Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub,Ambiga Sreenevasan yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Melalui penyebaran gambar berkenaan, boleh dikatakan bahawa Bersih 5 kini menjadi alat kepada Pribumi yang mempunyai matlamat utama iaitu menggulingkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Bersih 5 tidak pula dilakukan di Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri,Lim Guan Eng meletak jawatan walaupun beliau sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran. 

Untuk rekod kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 September ini.Sebaliknya Maria Chin sanggup mengadakan acara konvoi di seluruh negara menjelang himpunan Bersih 5 bagi mendesak Perdana Menteri meletak jawatan tetapi berdiam diri terhadap Guan Eng.Memang betullah Bersih 5 ini menjadi `anjing suruhan' Pribumi,mereka menutup mata terhadap Guan Eng tetapi sibuk mahu menjatuhkan Perdana Menteri.Dan selepas empat siri Bersih yang diadakan sebelum ini,yang jatuh tersembam adalah pembangkang sendiri.Mereka kalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar sebaliknya kerajaan masih kukuh dan kehidupan harian rakyat masih berjalan seperti biasa. Bukan itu sahaja,bajet 2017 juga akan dibentangkan pada Oktober ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, August 26, 2016

PARTI #PRIBUMI #BERSATU BELUM DIDAFTAR #RAFIDAHAZIZ DAN #TAMRINGHAFAR DAH TOLAK !!!


Sudah Tolak Ketika ahli ProTem parti Pribumi Syed Sadiq menyatakan cermin pintu keretanya diketuk kerana orang ramai mahu minta borang untuk menjadi ahli parti Pribumi,kita terlupa tanya,sama ada cermin keretanya diketuk berapa kali? 100 kali? 200 kali? Atau tiap kali dia pandu keretanya? Kenyataan Persepsi sebegini hanya untuk seronok sendiri sahaja.Ketika Tun Mahathir umum keluar dari UMNO,tidak pula terlihat berbondong bondong keluarnya ahli UMNO yang setia padanya ikut turut sama keluar parti.

Malah anaknya sendiri Mukhriz Mahathir dan “boneka” nya Muhyiddin Yassin juga tidak ikut sama keluar dari parti UMNO kerana mereka pilih untuk ditendang.Amat berbeza nilai seorang yang ditendang keluar dengan orang yang keluar sendiri.Malah Anwar Ibrahim pun tidak mahu keluar dari UMNO dan dia disingkir.Gambaran yang dapat dilihat ketika parti baru Mahathir ini ditubuhkan ia seolah olah terlihat seperti ada cahaya di hujung terowong bagi mereka yang memuja dan menyokong Tun Mahathir,namun sekian lama baru lah disedari ia hanya beban kepada banyak pihak terutamanya pembangkang. Walaupun pendaftarannya belum rasmi,namun personaliti tertentu sudah pun umumkan diri mereka tidak mahu terbabit dengan parti Pribumi ini. 


Terbaru,Tamrin Ghafar membuat sebaran bahawa beliau enggan bersama Pribumi Mahathir.Entah kenapa tiba tiba dia muncul memberi kenyataan sedemikian kita pun belum pasti sebabnya.Selepas kenyataan Tamrin,Tan Sri Rafidah juga umumkan dirinya masih ahli UMNO dan tidak akan menyertai parti Pribumi milik Mahathir & Son.Kita tidak ambil tahu apa perang Khairuddin dengan Muhyiddin,tapi semua pun tahu dia tidak akan menyertai parti Muhyiddin katanya.Bagi Rafidah katanya beliau terlihat senarai nama AJK parti baru Mahathir ketika berada di luar negara,lalu berasa perlu memberi tahu bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan parti itu dan masih lagi ahli UMNO.Gambaran terlihat seolah olah menjadi ahli parti Pribumi ini sebagai satu “jinx” dan harus di jauhi.Ketika Khalid Samad cuba "justify" bahawa parti Pribumi Mahathir ini tidak sama dengan UMNO,beliau menyatakan UMNO ada lah parti perkauman dan Pribumi berpaksi kaum. “UMNO is a racist party,but Pribumi is a race base party” katanya.Silap mata apa entah yang cuba dimainkan di sini.

Sambil itu katanya PAN sanggup memberi kerusi kepada Pribumi katanya cuma dia tidak jelaskan kerusi sampah “pasti kalah” yang mana dan juga jumlahnya.Parti Pribumi boleh dilihat sebagai “doom to fail” kerana kewujudannya berpaksi kan kebencian dan “issue base”.Personaliti yang mengepalainya penuh dengan bagasi seperti skandal dengan isteri orang dan Bestari net.Selain itu orang Top pemilik parti pula terkenal dengan membela ahli perniagaan yang kaya raya ketika memerintah.Bahkan dikatakan kemarahannya kepada UMNO dan Najib adalah atas sebab berkaitan perniagaan dan kerugian projek dan tender,serta berkenaan heiraki kedudukan anaknya.

Semua diselindung sebalik 1MDB.Apa pun orang seperti Syed Sadiq dan juga Anina atau Hamizura hendak syok kan diri dengan angan angan kosong.Tiada ahli UMNO menangis meraung raung pun ketika Tun Mahathir keluar UMNO,bahkan dibiar pergi sahaja.Ini bak kata orang Melayu umpama melukut di tepi gantang,ada tak menambah,pergi tak mengurang.

Beruang Biru 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, August 12, 2016

TU DIAAA !!! PARTI #PRIBUMI KENA DIBELASAH OLEH #DAP !!! VIDEO INSIDE !!!


kan dah kena smash !!! belum apa-apa dah kena belasah dengan DAP.apa cerita ni ??? kita lihat dulu video di bawah.


satu tamparan hebat terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Pemuda DAP menolak untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) yang baru ditubuhkan. Parti Pribumi dianggap sebagai parti politik yang mengamalkan dasar perkauman.Pembangkang turut meramalkan parti ini akan gagal dan tidak akan disokong oleh pengundi yang berkiblatkan DAP.Mahathir telah mengilhamkan parti Pribumi sebagai antara usaha terakhir beliau untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Bagi DAP,dasar perkauman yang diamalkan Pribumi merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi. 

Mereka turut berpendapat bahawa Pribumi seolah-olah menciplak Umno.Pribumi hanya ditubuhkan untuk menumpaskan Datuk Seri Najib yang merupakan presiden Umno.Parti Pribumi ini dipimpin oleh Muhyiddin sebagai presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.Ia didaftarkan Selasa lalu,parti itu dilihat menyasarkan penyertaan anggota mereka yang kecewa dalam Umno apabila kepentingan peribadi tidak dapat dipenuhi.Pribumi menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.Ironinya Pribumi yang dilihat akan bekerjasama dengan pembangkang lain untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dalam pilihan raya umum akan datang kini turut ditolak oleh Pemuda DAP.Adakah matlamat dan halatuju DAP kini berbelah bahagi memandangkan Pemuda mereka menolak untuk bersekongkol dengan parti Pribumi ini ??? 

Sebelum ini,pemimpin tertinggi DAP dilihat sering bersama-sama Mahathir dalam membawa “Deklarasi Rakyat” yang merupakan platform Mahathir untuk dipergunakan bagi menumbangkan Perdana Menteri. Umum amat maklum bahawa “Deklarasi Rakyat” sebelum ini telah gagal apabila kesahihan tandatangan mereka diragui dengan tersebarnya satu video pengakuan bersumpah Azharuddin bin Othman @ Abdullah,seorang pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan. Pengakuan bersumpah tersebut dibuat berhubung penipuan/pemalsuan tandatangan untuk Deklarasi Mahathir.Beliau mengaku akan dibayar RM 5 ribu oleh individu yang menggunakan nama Ratu Naga untuk Database pilihanraya namun hingga ke saat ini,beliau hanya menerima bayaran sebanyak satu ribu ringgit sahaja.Nampak gaya parti Mahathir ini gagal sebelum bermula.Tidak hairanlah mengapa Mahathir diserang sakit dada pada hari parti ini didaftarkan oleh Muhyiddin Yasin.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! PARTI #PRIBUMI ADALAH SALAH SATU PARTI ANAK-BERANAK !!!


parti baru yang menggelarkan parti ini sebagai BERSATU sebenarnya dah lama pun UMNO lakukan dan selalu bersatu dari dulu hingga kini.kenapa berpecah ??? jawapannya senang,sebab kuasa dan jawatan !!! ramai yang menyalahkan UMNO dan keluar dari parti.kerana apa ??? kerana kalah dan macam-macam lagi.itu lahh yang berlaku !!!!

cerita pasal parti keluarga ini,di Malaysia,sebuah keluarga bertukar menjadi parti politik bukanlah perkara baru.Anwar telah melakukannya terlebih dahulu bila menubuhkan PKR pada tahun 1998/1999 sebelum Mahathir menirunya dengan menubuhkan Pribumi Bersatu kelmarin.Tapi kelihatannya Anwar lebih ‘jujur’ dalam menukar keluarganya menjadi parti politik apabila dia memastikan hanya isterinya sahaja yang boleh menjadi Presiden sejak ditubuhkan PKR itu hingga sekarang (di sebalik dakwaan mengamalkan demokrasi),sementara anaknya dipersiapkan untuk mengambil alih bila masanya sampai kelak.Jangan jadi macam Mahathir Pribumi,nak main wayang pulak.Letak orang yang diketahui boleh di kawal sebagai Presiden,dengan anak sendiri dipersiap pada kedudukan tinggi untuk mengambil alih tanpa perlu bersusah payah. 

Bertanding dalam UMNO semuanya kalah,jawatan Menteri Besar pun diberi atas ehsan Datuk Seri Najib,tubuhlah parti sendiri ya tak,boleh pusing macam mana nak pusing pun,maklum lahh,sendiri punya.Bila dikatakan bercita cita nak jadi Perdana Menteri,saman orang pulak,ini yang tubuh parti baru dengan diri sendiri diberi kedudukan tinggi tu apa pulak matlamat dan tujuannya kalau bukan nak jadi Perdana Menteri ??? Tapi mungkin jugaklah letak orang lain dulu sebagai Presiden sebab taknak terjejas kes saman anaknya tu.Apa pun persoalannya sekarang,dimana cerita rakyat dan negara ??? Selama mana rakyat akan dipergunakan bagi keluarga-keluarga berkepentingan ini mencapai cita-cita politik masing-masing ??? 

Kalau tidak memecah belahkan rakyat tu takpalah jugak,ini ada yang bermasam muka termasuk yang memutuskan hubungan keluarga kerana perbezaan fahaman politik yang dicetuskan puak-puak ini.Cukup-cukuplah rakyat diperbodohkan dengan agenda peribadi seperti ini.Berpolitik mestilah demi kepentingan rakyat dan negara.kalau tak semua pun,sebahagian besar darinya.Ini kalau dah semuanya berkenaan dia dan keluarganya,apa cerita rakyat dan negara ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! MUSUH #PRIBUMI ADALAH #UMNO DAN #PAS !!!


Parti Pribumi yang ditubuh oleh Mahathir adalah berdasarkan "malay base party".Parti Mahathir itu dilihat tidak akan memusuhi DAP,PKR dan PAN.Semalam,11 Ogos 2016,Anwar Ibrahim seolah semacam tidak setuju dengan Mahathir.Anwar hanya sebut Muhyiddin. Anwar berkata "Sekarang beliau (Muhyiddin) harus gerakkannya".Nampaknya,Anwar lebih tidak berapa selesa jawatan Ketua Umum beliau diambil alih Mahathir. Agaknya bagaimana agihan kerusi akan berlaku jika DAP, PKR, PAN dan Pribumi berada dalam satu pakatan pembangkang? 

Dalam pilihanraya yang ke-13,PKR bertanding di 99 parlimen,DAP bertanding di 41 parlimen dan PAS pada waktu itu tanding 73 parlimen.Itu pun sudah ada pertembungan sesama sendiri antara PKR dan PAS di beberapa kerusi.Dalam PRU14,parti Pribumi Mahathir ini dijangka akan bertanding kurang daripada 20 kawasan parlimen sahaja.Kebanyakannya di Kedah.Belum tentu menang semua lagi,oleh itu jangan seronok sangat dengan bancian syok sendiri akhbar Sinar.Parti pun belum dilulus ROS,ahli pun belum ada sudah syok sendiri dah.Kawasan parlimen DAP dan PKR yang mana akan dikompromi kepada Pribumi? PAN sudah tentu dapat bertanding di 73 kerusi yang PAS tandingi.Pribumi juga dijangka akan bertembung di 73 kerusi majoriti Melayu ini. Jika itu berlaku, sudah pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara Pribumi,PAS dan BN.Itu belum lagi diambil kira parti dari Berjaya yang juga bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.  

Itu belum dikira lagi ada parlimen yang PKR juga mahu bertanding,sudah pasti akan jadi 5 penjuru dicampur dengan PKR dan Berjaya.Bagaimana pula jika ada calon bebas? Dalam pilihanraya ke 13 yang lepas, ada 79 orang calon bebas bertanding di parlimen.190 orang lagi calon bebas bertanding di DUN. Kalau calon bebas masuk sekali, akan jadi lebih dari 5 penjuru.Keputusan PRU14 sudah boleh diagak jika jadi situasi begitu.Dalam pakatan pembangkang,DAP masih akan mendahului senarai kerusi parlimen yang dimenangi diikuti PKR.  Manakala PAN dan Pribumi hanya menjadi serpihan sahaja dalam pembangkang.Dua parti ini dijangka sukar hendak menang biar pun satu kerusi parlimen.Jika ini berlaku,buat apa buang masa hendak sokong parti Pribumi Mahathir ini? Membazir sahaja undi parti yang hanya akan jadi serpihan sahaja dalam pembangkang. Kalah semua dan tiada wakil pun dalam parlimen.Baik beri kekuatan kepada BN untuk mentadbir negara ini.Jika ikut perkiraan semasa,BN akan masih lagi parti yang menguasai Putrajaya. 

Menjaga ekonomi negara dengan stabil lebih utama dan prioriti dari melayan desakan agenda peribadi Parti Mahathir.Isu rasuah Guan Eng,ketidak sepakatan pembangkang dan "governance issue" di Selangor lebih utama bagi pengundi. Rakyat sudah tahu bahawa 1MDB bukanlah lagi satu isu bila jawapan demi jawapan telah pun diberikan.Pembangkang hanya "recycle" soalan yang sudah pun dijawab. Pribumi akan menyerang UMNO dan PAS untuk pilihanraya ke-14 ini.Sebab itu timbul isu dana RM90 juta kepada PAS oleh Sarawak Report.Sengaja direka untuk memudahkan "binding" antara PAS dan UMNO.Pribumi hanya akan memecahkan lagi undi Melayu yang hanya 56% di negara ini. Penubuhan Pribumi adalah kerana agenda peribadi Mahathir. Kita lihat bagaimana bentuknya Perhimpunan Agung Pribumi (PAP) diadakan.Kalau boleh buatlah Perhimpunan Agung itu dahulu, ramai yang tidak sabar melihat berapa ramai ahli Pribumi yang ada dalam dewan.Katanya ada 6 juta orang,muatkah satu dewan? 

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, August 11, 2016

KANTOI !!! LOGO #PRIBUMI SEMUA CIPLAK BELAKA ???


tu diaaa !!! logo parti PRIBUMI logo ciplak ??? kenapa nak ciplak ni ??? sekalipun tidaklah disebut secara rasmi,tapi mutakhir ini ramai orang mengenali Mahathir sebagai bapa "hijack" Malaysia.Apa pun program politik yang ada nilai publisiti,Mahathir akan ada disitu untuk meng ’hijack’nya.Bersih,Himpunan Anti GST,Nothing To Hide dan sebagainya,ini semua bukan asal Mahathir punya "event" pun tapi dia ambil alih seolah-olah dialah disebalik penganjurannya.Termasuklah PRK di Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar.Mahathir akan hadir ceramah dan kempen untuk tumbangkan BN.Namun yang tumbang dengan teruk adalah parti PAN dan PAS.Ini yang membuatkan pakatan pembangkang pecah teruk. 1 Mac 2016, Mahathir berkata "Tidak,saya tidak akan menyertai mereka (pembangkang).Saya tidak bersetuju dengan mereka". 

Mulanya kata tidak setuju tetapi selepas itu,Mahathir lah yang beria ia kononnya dia adalah ketua pada pembangkang.Tengok apa Mahathir cakap pada 24 Mei 2016.Mahathir seru pembangkang semua bersatu untuk mengalahkan Barisan Nasional.Inilah yang dinamakan "hijack".Bila masa pula pakatan pembangkang lantik Mahathir jadi ketua? Maka kita tidaklah begitu hairan bila Mahathir "hijack" nama Perkasa iaitu Pribumi untuk tubuh parti baru.Dari logo,nama parti,keahlian dan sebagainya,semua menciplak apa yang sedia ada dibuat Perkasa,klinik Botox dan logo Sukan Komanwel.Jawatankuasa Penaja Parti Pribumi ini buat kerja seolah melepaskan batuk di tangga.Malas sungguh "grafic designer" parti Pribumi ini.Logo guna konsep bunga kebangsaan,nama parti ada unsur UMNO (Bersatu),ada unsur Perkasa (Pribumi).Keahlian tiru UMNO (Melayu dan Bumiputera),tiru PAS pun ada (ahli Bersekutu) dan sebagainya. 

Kalau pun ada yang tak berkaitan politik,rekabentuk logo itulah yang dikatakan meniru logo sebuah klinik Botox.Selain dari itu,tidak ada apa yang baru dan di luar kotak langsung,semuanya sama dan tidak berubah,macam Mahathir jugaklah.Sebab itu ada orang muda yang sudah mula "troll" parti Mahathir ini sebagai "Parti Dinosaour" dan ada juga yang memanggilnya dengan singkatan PokeDot (Parti Orang Kecewa Dan Orang Tua) Dan semua ini hanya bercakap tentang nama,logo serta lain-lain perkara asas pada borang yang baru dihantar kelmarin.Kalau dah lulus dan tentu arah strukturnya, dasar partinya macam mana nanti? Pasti terserlah lebih banyak apa yang diciplak dari yang difikirkan sendiri.Sedangkan semua parti politik yang ditubuhkan selepas merdeka (waima sebelum merdeka pun),pasti mencari kelainan dan identiti sendiri. Parti parti itu mahu matlamat perjuangan parti mereka berpaksikan kepada rakyat. 

Kerana mereka tahu kuasa rakyat adalah penentu kuasa undi.Parti Pribumi ini tidak takutkah dengan kuasa rakyat? Apakah mereka fikir rakyat bodoh dan boleh menerima bulat bulat hasil kerja ciplak mereka? Sejauh mana hayat parti jelmaan Perkasa ini mampu bertahan. Mahathir akan gagal lagi kali ini. Selepas sebulan parti ini ditubuhkan,rakyat harus tanya berapa ramai ahli yang Pribumi sudah daftar? Sudah sampaikah 6 juta ahli sebagaimana cakap Khairuddin atau 12 juta orang daripada rakyat Malaysia kata Ibrahim Ali.Selepas sebulan,mungkin pada Hari Raya Haji ini parti "hijack logo klinik Botox" ini sudah boleh diramal mampu bertahan atau akan terkorban.

Beruang Biru

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, August 10, 2016

KANTOI !!! #ANAKMUDA TIDAK MINAT SERTAI PARTI #PRIBUMI !!!


Selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Pribumi didaftarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam,ia menjadi bahan `troll' di media sosial.Kata-kata sindiran yang pedas telah diluahkan oleh netizen, yang turut menggelar Pribumi sebagai parti dinasour,kerana dibarisi oleh mereka yang usianya sudah senja.Tanpa matlamat jelas dalam perjuangannya,kecuali untuk menyingkirkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata,ia sama sahaja seperti parti pembangkang lain.Ia tiada keistimewaan,hanya mendapat perhatian untuk sementara waktu disebabkan parti ini adalah parti Tun Dr. Mahathir Mohamad.Setakat mana Pribumi akan bertahan ??? Ia hanya akan menjadi ulangan kepada sejarah Parti Semangat 46 dan Parti Negara,yang kemudiannya berkubur begitu sahaja. 

Pribumi ini tiada gagasan,tiada ideologi kecuali menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak jadi siapalah yang mahu menyokongnya.Malahan reputasi Tun Mahathir dan Muhyiddin juga telah merudum disebabkan mereka berterusan menyerang Datuk Seri Najib.Dan tindakan mereka menubuhkan Pribumi ini menunjukkan bahawa mereka tidak boleh menerima kekalahan,sesudah disingkirkan oleh UMNO.Jika anda seorang anak muda,mahukah anda menyertai parti ini yang ternyata tidak memperjuangan agenda kebajikan ataupun pembangunan negara ??? Sudah tentu anak muda tidak akan berminat menyertainya apatah lagi banyak parti lain yang ada di negara ini.Jangan pandang ringan akan penyertaan golongan muda dalam sesuatu parti,apatah lagi parti yang baru didaftarkan.

Satu kajian yang dijalankan sebelum ini terhadap pemilihan parti oleh golongan muda menunjukkan bahawa rata-rata anak muda akan memilih parti yang memberikan ruang dan tempat untuk mereka iaitu sesuatu yang sukar dilakukan dalam Pribumi disebabkan masih ada `dinosaur' di dalamnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PARTI #PRIBUMI JELMAAN #PERKASA ???


Impian warga Perkasa untuk menjadikan NGO mereka sebagai sebuah parti politik berkubur.Hasrat itu telah "kena hijack" oleh Mahathir dan Muhyiddin Yassin.Mereka berdua akan mendaftarkan sebuah parti baru yang akan dinamakan Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Mahathir dan Muhyiddin telah menyerahkan borang pendaftaran parti baru mereka  semalam di Presint Diplomatik,Putrajaya.Nama parti Mahathir itu mirip dengan nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).Kalau PAN ambil perlembagaan parti Buruh,parti baru Mahathir pula menciplak bulat bulat Perkasa sebagai acuan parti mereka.Sebelum ini ahli majlis tertinggi Perkasa pernah menyuarakan hasrat agar pertubuhan mereka di daftarkan sebagai sebuah parti politik.Hasrat itu tidak tercapai kerana kurang sokongan ahli akar umbi.Mahathir yang pernah menjadi penaung kehormat kepada pertubuhan Perkasa kini nampaknya mahu memperkudakan ahli ahli Perkasa untuk parti barunya. 

Parti Bersatu akan berebut dan mencuri ahli Perkasa untuk menjadi ahlinya.Selepas 8 tahun bergerak,ahli Perkasa yang sedia ada tidak sampai pun 1 juta orang.PAN yang didaftar pada 15 September tahun lepas hingga kini mendapat hanya 50,000 ahli sahaja.Itu pun setelah berperang dan "bergaduh sakan" mencuri ahli,ADUN dan ahli parlimen PAS.Berapa agaknya jumlah ahli parti Bersatu ciptaan Mahathir ini ??? Pada 5 Ogos,Khairuddin Abu Hassan menyatakan parti baru Mahathir akan sasar 6 juta orang ahli.Bercakap kepada Astro Awani pada 6 Ogos 2016,Ibrahim Ali pula menyatakan parti baru Mahathir akan tarik sokongan 40% rakyat Malaysia.Jika 40% dari 30 juta rakyat Malaysia, jumlahnya akan jadi 12 juta orang.Ramalan Ibrahim Ali itu sudah ternyata karut dan angan angan Mat Jenin semata mata.PKR selepas hampir 15 tahun hanya berjaya kumpul kurang dari 500,000 orang. 

Itu pun tidak pernah ada rekod yang jelas keahlian PKR.Angka itu jadi pertikaian banyak pihak termasuk bekas pemimpin PKR sendiri. PAS mendakwa ada 800,000 orang ahli selepas 65 tahun ditubuhkan. DAP pula mendakwa ada 450,000 orang ahli sejak 1965, selepas 51 tahun ditubuhkan.Kedua dua parti ini tidak ada rekod ahli yang jelas sama seperti PKR juga. UMNO yang sudah 70 tahun, ada 3.5 juta orang ahli.Ada rekod jelas.Strukurnya tersusun di setiap cawangan dan bahagian. Bagaimana parti baharu Mahathir mampu tarik sampai 6 juta ahli atau 12 juta ahli sebelum PRU14? Dalam masa setahun sahaja.Nampak sangat ramalan itu tidak masuk akal.Apa yang pasti,sasaran utama keahlian parti baharu Mahathir ini adalah ahli Perkasa.Berapa parlimen yang boleh ditandingi parti Mahathir ini ??? Kalau dicongak,tidak sampai pun sepuluh parlimen.DAP,PKR dan kawasan majoriti Cina akan menolak parti Mahathir ini kerana dianggap sama seperti Perkasa. 

Oleh itu di mana tempatnya parti Mahathir hendak bertanding ??? Bertanding di luar bandar dan kerusi Melayu.Ianya akan memecahkan lagi undi Melayu kepada lima (UMNO,PKR,PAS,PAN dan parti baru Mahathir.Masing masing akan berebut mendapat tempat kedua selepas UMNO dalam PRU14 nanti.Parti baru Mahathir jelmaan Perkasa ini tiada masa depan.Akan kalah semua kerusi parlimen.Lebih teruk dari Parti Negara yang juga merupakan "malay base party".Dibubarkan selepas 8 tahun ditubuhkan bila Dato Onn Jaafar meninggal dunia pada 1962.Nasib yang sama akan jadi pada parti Mahathir ??? kita tunggu...

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! CELAH MANA #BERSATU UNTUK RAKYAT MALAYSIA ???


adakah anda ingat dengan 1 parti yang terpisah dari PAS Iaitu PAN ??? mereka kecewa kerana kononnya PAS tak bagus dan macam-macam lagi.dari asal penubuhan PAN dulu saya dah hairan,apa gila dengan trend segelintir puak tak tentu akal ni tubuh parti dengan gelar-gelar baik begitu,bila susur galur jadinya tidaklah sesuci mana.PAN nilah,nak dipanggil Amanah,apa yang Amanah ??? Yang kalah pemilihan PAS,pakat-pakat keluar parti buat baru,wakil rakyat kawan tu semua dia sapu,amanah apa macam itu ??? Jadi panggil PAN sajalah,mana ada amanahnya.Sekarang ada Bersatu pulak. 

Macam mana parti Mahathir ini boleh jadi bersatu bila dia pun terhasil dari pecah belah orang lain ??? Mahathir cuba nak pecah belahkan UMNO,tak dapat,mana yang kecewa disamping pengkomplot yang gagal,dikutip bukak parti baru,bersatu apa macam itu ???  Nak kira macam itu,UMNO lagi lama bersatunya,awal-awal nama pun dah Bersatu (United Malay National Organzation).UMNO tu betul-betul bersatu sebab sebelum UMNO,orang Melayu berpecah belah.Ada sokong Jepun,ada sokong British,ada sokong raja-raja dan ada sokong komunis pun.

Datang Datuk Onn,tubuh UMNO,bersatu betullah,maka layak guna bersatu sebagai nama parti.Bersatu kononnya yang ada sekarang ni,hasil dari cubaan memecah belahkan UMNO yang gagal,celah mana datangnya bersatu ??? Tak hairanlah kenapa ramai lebih gemar menggelarkan parti baru ini sebagai Pribumi saja sebab memang itulah yang dia yang sebenarnya,pribumi (Melayu + Bumiputera).

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates