Social Icons

Pages

Friday, August 12, 2016

TU DIAAA !!! PARTI #PRIBUMI KENA DIBELASAH OLEH #DAP !!! VIDEO INSIDE !!!


kan dah kena smash !!! belum apa-apa dah kena belasah dengan DAP.apa cerita ni ??? kita lihat dulu video di bawah.


satu tamparan hebat terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Pemuda DAP menolak untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) yang baru ditubuhkan. Parti Pribumi dianggap sebagai parti politik yang mengamalkan dasar perkauman.Pembangkang turut meramalkan parti ini akan gagal dan tidak akan disokong oleh pengundi yang berkiblatkan DAP.Mahathir telah mengilhamkan parti Pribumi sebagai antara usaha terakhir beliau untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Bagi DAP,dasar perkauman yang diamalkan Pribumi merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi. 

Mereka turut berpendapat bahawa Pribumi seolah-olah menciplak Umno.Pribumi hanya ditubuhkan untuk menumpaskan Datuk Seri Najib yang merupakan presiden Umno.Parti Pribumi ini dipimpin oleh Muhyiddin sebagai presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.Ia didaftarkan Selasa lalu,parti itu dilihat menyasarkan penyertaan anggota mereka yang kecewa dalam Umno apabila kepentingan peribadi tidak dapat dipenuhi.Pribumi menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.Ironinya Pribumi yang dilihat akan bekerjasama dengan pembangkang lain untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib dalam pilihan raya umum akan datang kini turut ditolak oleh Pemuda DAP.Adakah matlamat dan halatuju DAP kini berbelah bahagi memandangkan Pemuda mereka menolak untuk bersekongkol dengan parti Pribumi ini ??? 

Sebelum ini,pemimpin tertinggi DAP dilihat sering bersama-sama Mahathir dalam membawa “Deklarasi Rakyat” yang merupakan platform Mahathir untuk dipergunakan bagi menumbangkan Perdana Menteri. Umum amat maklum bahawa “Deklarasi Rakyat” sebelum ini telah gagal apabila kesahihan tandatangan mereka diragui dengan tersebarnya satu video pengakuan bersumpah Azharuddin bin Othman @ Abdullah,seorang pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan. Pengakuan bersumpah tersebut dibuat berhubung penipuan/pemalsuan tandatangan untuk Deklarasi Mahathir.Beliau mengaku akan dibayar RM 5 ribu oleh individu yang menggunakan nama Ratu Naga untuk Database pilihanraya namun hingga ke saat ini,beliau hanya menerima bayaran sebanyak satu ribu ringgit sahaja.Nampak gaya parti Mahathir ini gagal sebelum bermula.Tidak hairanlah mengapa Mahathir diserang sakit dada pada hari parti ini didaftarkan oleh Muhyiddin Yasin.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates