Social Icons

Pages

Tuesday, January 24, 2017

TU DIAAA !!! #TUNMAHATHIR #TUNM RAMPAS GELARAN #LELAKITERAGUNG PEMBANGKANG DARI #ANWARIBRAHIM #DSAI !!!


``Cinta lelaki teragung,membuat aku berbahagia,kaulah kekasih di dunia,dan di syurga,oh kekasih... Kembalikan,cinta yang pernah ada,dalam hatiku,walau dirimu pernah terluka,ku akui segalanya salahku..." 

Itu adalah bait-bait lirik lagu Lelaki Teragung yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan lagu itu telah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 31,Ahad lepas.Melihat kepada lirik lagu itu,ia mungkin boleh disamakan dengan rintihan hati Presiden PKR,Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada suaminya,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di penjara selepas didapati bersalah atas tuduhan melihat bekas pembantunya.Malah `Lelaki Teragung' itu,Anwar,menjadi tema utama dalam perjuangan pembangkang, bermula dari era reformasi sehingga terbentuknya Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.Semuanya menjadikan Anwar,sebagai ikon perjuangan pembangkang.Namun selepas kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam barisan pembangkang bersama dengan partinya,Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),semuanya telah berubah sekelip mata. Jika dahulu pembangkang mengagung-agungkan lelaki bernama Anwar Ibrahim, kini Dr Mahathir telah merampasnya.

Beliau bukan sahaja meminggirkan hasrat pembangkang untuk menjadikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri,malah cuba mencatur agihan kerusi di kalangan pembangkang hinggakan ia menjadi caca marba.Bukan itu sahaja,Dr. Mahathir juga berjaya mengurangkan kebergantungan pembangkang terutama DAP terhadap Anwar sedikit demi sedikit.Senang cerita, Dr. Mahathir telah berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua pembangkang dan cuba menguasai Pakatan Harapan.Jika dahulu nama Anwar menjadi sebutan pembangkang,tetapi sekarang ini Dr Mahathir telah membuatkan Anwar tak ubah sekadar figura politik yang dihukum penjara semata-mata.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates