Social Icons

Pages

Showing posts with label MUKHRIZ.... Show all posts
Showing posts with label MUKHRIZ.... Show all posts

Friday, July 14, 2017

KANTOI !!! #MUKHRIZMAHATHIR #MM DEDAH RANCANGAN #TUNMAHATHIR #TUNM JATUHKAN #NAJIBRAZAK SEJAK 2014 LAGI !!!


Dalam sebulan yang lepas,Syed Saddiq kantoikan Daim mengenai pembayaran RM30 juta dan USD$5 juta kepada Clinton Foundation dan media media asing.Kali ini giliran Mukhriz pula memalukan bapanya sendiri tentang rancangan jahat untuk jatuhkan Najib 29 Januari 2014,Mahathir menafikan dalam Malaysiakini bahawa dia ada rancangan mahu menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.

"Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun.Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," kata Mahathir dalam program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24.Pendedahan Rafizi bahawa Najib akan dijatuhkan oleh orang orang Mahathir dalam UMNO pada waktu itu dinafikan oleh Mahathir.Kini segalanya tidak boleh disembunyikan lagi.Sudah terang lagi bersuluh.Mukhriz,anaknya sendiri mendedahkan penipuan bapanya itu.13 Julai 2017,Mukhriz akhirnya memecahkan pekung sebenar bapanya.Hari ini,hari Jumaat kali ke 45 sejak PPBM ditubuhkan.Pada hari Jumaat kali ke 40,Mahathir isytihar dirinya mahu PM semula.Pada hari Jumaat kali ke 44,Mahathir sokong Anwar jadi Perdana Menteri dalam The Guardian, UK.Pada hari Jumaat ke 45,segala pekung dan rancangan sebenar Mahathir dipecahkan oleh anaknya sendiri.Semalam,Mukhriz bersetuju dengan kenyataan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos bahawa bapanya,Mahathir sejak 2015 sehingga kini berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib. 

Mukhriz bagaimanapun membetulkan kenyataan tersebut dengan mengatakan usaha itu mungkin bermula sejak 2014 lagi.Mukhriz juga turut bersetuju dengan kenyataan serta cadangan Jahaberdeen bahawa usaha Mahathir dan Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib merupakan suatu perkara yang diketahui umum dan tersebar luas dalam media sosial dan media arus perdana. Mukhriz menyatakan bahawa Mahathir dan Muhyiddin memang ada niat bersama untuk jatuhkan Najib. “Bukannya komplot tetapi kedua-duanya mempunyai niat bersama,” kata Mukhriz.Bermakna tindakan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO untuk memecat Mukhriz dan Muhyiddin pada 24 Jun 2016 daripada UMNO adalah tindakan yang tepat.Tidak perlu lagi menyimpan duri dalam daging yang sanggup berpakat dengan DAP, PKR dan pembangkang untuk menjatuhkan Presiden UMNO daripada dalam parti. Rancangan Mahathir ini sebenarnya bermula dengan mendesak Datuk Seri Najib meletak jawatan dan mahu menggantikannya dengan Muhyiddin.Ini cuba dilakukan Mahathir menerusi desakan kumpulan yang dinamakan Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia, GKCM menerusi mesyuarat mesyuarat UMNO cawangan pada 2015.Setelah sebelum itu,Mahathir gagal untuk buat undi tidak percaya pada Najib di parlimen pada 2015.Usaha Mahathir untuk membuat “snowball effect” menerusi mesyuarat UMNO Cawangan dan Perhimpunan Agung UMNO pada 2015 menemui kegagalan. Memang dalam rancangan itu,Mahathir mahu Najib meletak jawatan dan digantikan dengan Muhyiddin. Ramai tidak mengetahui siapa yang diminta oleh Mahathir untuk menjadi Timbalan kepada Muhyiddin, orang itu adalah Mukhriz. 

Oleh itu,Mukhriz sebenarnya tidak perlu hendak menyaman dan memarahi orang lain bila berkata memang bapanya ada niat mahu menjadikannya sebagai Perdana Menteri di Malaysia. Memang dalam rancangan awal Mahathir, jika berjaya jatuhkan Najib menerusi parlimen atau Perhimpunan Agung UMNO 2015, Muhyiddin akan jadi PM dan Mukhriz sebagai TPM. Apa jawatannya seterusnya Mukhriz selepas jawatan TPM? Tentulah menjadi PM. Mahathir sudah mengatur supaya Muhyiddin juga dijatuhkan dalam tempoh dua tahun sahaja dan kemudian Mukhriz akan dinaikkan sebelum tahun 2020. Inilah “grand strategy” Mahathir. Memang Mahathir mahu Mukhriz menjadi PM pun.Namun rancangan Mahathir itu tidak diizinkan oleh Allah SWT. Mukhriz sendiri sewaktu bertanding pada PRU13 di Kedah hanyalah sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Dato Ahmad Bashah yang menjadi Pengerusi UMNO Kedah pada waktu itu. 

Patutnya bila Kedah menang, Pengerusi yang naik jadi Menteri Besar tetapi Timbalan Pengerusi yang dipilih naik jadi MB. Bila Mukhriz digugur sebagai MB, usahlah melenting. Memang Ahmad Bashah berhak lama dah pun terhadap jawatan MB itu. Bila Mukhriz mengaku semalam bahawa bapanya dan Muhyiddin mempunyai niat yang sama untuk menjatuhkan Najib,maka Mukhriz tidak boleh marah lagi bila dilucutkan sebagai MB Kedah.Bermakna selama ini,Mukhriz hanya berpura pura dan bersikap hipokrit terhadap kepimpinan UMNO. Bila sudah sanggup duduk bersama DAP dan menyokong seorang peliwat menjadi Perdana Menteri, ini bukti Mukhriz dan Mahathir bukanlah lagi berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan peribadi dan kroni mereka sahaja. 

Jawatan Perdana Menteri itu memang dimahukan sangat oleh Mahathir untuk “menyelesaikan perkara perkara sulit” untuk kepentingan kroni dan peribadinya.Mukhriz mengaku sahajalah,memang “pak hang mau hang jadi PM” pun. “Tok sah duk buhung lagi lah”, satu Malaysia sudah tahu apa niat sebenar Mahathir.1MDB bukanlah alasan sebenar Mahathir marah pada Najib.Alasan sebenarnya adalah kerana mahukan menjatuhkan Najib dan menaikkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.Beranikah Mukhriz bersumpah bapanya tidak mahu jadikannya sebagai PM ???

#HidungMahathirLogoPakatanHarapan

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, June 14, 2017

TU DIAA !!! #MUKHRIZMAHATHIR #MM BACUL !!! APA CERITA NI ????


Masa dipecat dari UMNO dan kehilangan kuasa sebagai Menteri Besar Kedah,Mukhriz Mahathir mengongoi ke hulu hilir sambil mendakwa,tindakan yang diambil terhadapnya adalah kerana dia berani,lantang dan bersikap terus terang menentang Presiden UMNO dalam isu 1MDB.Katanya lagi,UMNO sudah tidak demokratik kerana menghalang kebebasan bercakap dan bersuara.Malah bersama-sama bapanya,Mukhriz melabelkan Najib sebagai autokratik kerana enggan mendengar kritikan dan suka mengambil tindakan untuk menutup mulut. 

Itu masa kena kat dia... Sekarang ni,dia pula yang terkena.Media melaporkan Mukhriz Mahathir akan membawa Exco Armada Cap Bunga,Muhammad Hafiz Azhar ke Lembaga Disiplin parti itu kerana mengkritik bapanya dan dia sendiri beberapa hari lepas.Muhammad Hafiz Azhar muncul dalam sidang media yang kemudian disiarkan oleh TV3 mempersoalkan kekayaan luar biasa dan sekelip mata anak-anak Mahathir serta skandal seks yang melibatkan Presiden parti itu dengan isteri orang.Sebahagian besar penyokong Mahathir menuduh Muhammad Hafiz Azhar telah dibayar oleh UMNO. Manakala Ketua Armada, Syed Saddiq pula menuduh UMNO terlibat dan mencabar UMNO serta Najib Abdul Razak untuk berdebat tanpa sedikit pun mahu menjelaskan tentang pendedahan yang dibuat oleh Muhammad Hafiz Azhar.Kekayaan luar biasa Mukhriz yang memperolehi kontrak lumayan monopoli fiber optik untuk TM, telah banyak diperkatakan terutama di kalangan orang-orang UMNO sendiri sebelum dia ditendang keluar lagi.Cuma pendedahan menerusi media sahaja tidak dibuat. Kontrak tersebut diperolehi semasa penghujung kerjaya bapanya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,tidak pernah dapat dijawab oleh Mukhriz Mahathir yang pada itu merupakan Bendahari UMNO Kedah. 

UMNO Kedah bagaimanapun,tidak memperolehi sebarang manfaat daripada kontrak yang diperolehi oleh syarikat Mukhriz sebaliknya,semua urusan mencari dana UMNO Kedah,dibuat oleh Ahmad Bashah Hanipah.Mukhriz sepanjang berada dalam UMNO Kedah,hanyalah pengantin dan anak patung! Antara sebab-sebab penubuhan Parti Cap Bunga adalah kononnya untuk mempertahankan kebebasan bersuara. Sebab-sebab yang lain termasuklah untuk membuktikan bahawa autokratik bukanlah cara terbaik untuk menguruskan sesebuah parti dan pentadbiran walaupun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dahulu,sangat terkenal dengan sifat kuku besi dan segala kehendaknya perlu dipatuhi.

ANDA NAK LAGI ???



UNTUK SELANJUTNYA 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, May 22, 2017

KANTOI !!! #TUNMAHATHIR #TUNM MAHU #MUKHRIZ JADI PM KE 7 !!! BUKANNYA #ANWARIBRAHIM !!!


Kongres Nasional PKR 2017 pada 21 Mei 2017 menjadi saksi betapa Penasihat Pakatan Harapan, Mahathir, kena "game" dengan PKR,DAP dan PAN.Nasihat apa pun mereka tidak pernah minta dari Mahathir, tiba tiba sahaja Mahathir dimalukan bila diajak sama mengangkat plakad 'Anwar PM Ke-7'. Mahathir pula terus ego tidak mahu mengangkat plakad berkenaan walau hanya di depan matanya sahaja.Untuk menutup malu,Mahathir buat buat main telefon.Ini kerana dalam hati Mahathir, dia masih mahukan anaknya sendiri Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri ke-7.Sebab itu dia enggan mengangkat plakad tersebut.Malahan dalam respon terhadap perkara itu, Mukhriz antara orang pertama yang berkata bahawa bakal PM adalah ditentukan oleh perbincangan Pakatan Harapan, bukannya PKR. 

Apatah lagi sehingga ke saat ini,Mukhriz,Mahathir dan Lim Kit Siang tidak pernah menafikan apa yang dikata oleh bekas Naib Presiden DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim yang mendedahkan ada pakatan sulit untuk melantik Mukhriz sebagai PM dan DAP sebagai TPM.Apakah perjanjian sulit sudah dimungkiri DAP ??? DAP nampaknya mula berpakat secara sulit pula mengangkat Wan Azizah dan Anwar sebagai PM.Itulah punca mengapa Mahathir enggan mengangkat plakad dan terus lari meninggalkan kongres PKR itu apabila cuba ditanya oleh wartawan selepas itu. Sebelum itu lagi, Mahathir dan Muhyiddin sudah kena "game" bila diminta untuk "sign petition" bebaskan Anwar Ibrahim. Mahathir dan Muhyiddin sudah "desperate" kerana mereka sekarang bukanlah ada kuasa apa pun, yang berkuasa adalah DAP dan PKR. Kongres PKR semalam juga menyaksikan kumpulan reformasi sekali lagi melaungkan jeritan reformasi itu kuat kuat di hadapan muka Mahathir. Luka orang orang PKR nampaknya masih berdarah, belum pun menjadi parut nampaknya.Pada November 2016, Mahathir berkata kepada semua parti pembangkang agar jangan lagi memilih calon PM sebelum Putrajaya dapat ditawan. Nampak sangat, Mahathir ada nama lain dalam hatinya untuk jadi PM, bukannya Anwar, Azizah atau Azmin. 

Ini yang pihak PKR tidak setuju, mereka takut Mahathir kecoh mereka dan angkat Mukhriz terus dengan bantuan DAP.Sebab itulah dalam hal ini,Mahathir sanggup berpakat dengan DAP untuk membolehkan cita citanya itu tercapai.Dalam Kongres PKR semalam juga, anak Mahathir dan Mukhriz dimalukan bila diedar senarai Kabinet Bayangan pembangkang.Muhyiddin hanya Menteri Pelajaran dan Mukhriz jadi Menteri MITI.Lagi rendah jawatan Muhyiddin berbanding jawatan dia dalam UMNO dulu,sama juga dengan Mukhriz setakat jadi Menteri MITI sahaja, sedangkan DAP,PKR dan PAN dapat jawatan lebih kanan dan tinggi dari itu. Jadi lebai malang sahajalah Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz bila duduk dalam pembangkang.DAP sudah mungkiri perjanjian sulit dengan Mahathir untuk jadikan Mukhriz sebagai PM. Mengapa DAP buat begitu ??? Kerana selama hampir 10 bulan sejak diluluskan ROS pada Ogos 2016, DAP sudah nampak PPBM tidaklah sekuat mana.Ahli tidak ramai,gaduh sana sini dan ramai sudah yang keluar parti bunga. Kalau PPBM tidak kuat, buat apa DAP hendak pakat lagi secara sulit dengan Mahathir menyokong Mukhriz, baik DAP pakat dengan PKR dan sokong Anwar. Sekarang Mahathir hanyalah sekadar penasihat sahaja, DAP lagi kuat. Pakatan Harapan nampaknya sudah kelam kabut, sesama mereka sudah bergaduh besar soal siapa hendak jadi PM.Hayat PPBM nampaknya tidak lama.Najib yang mereka hendak tumbang tidak berjaya,yang tumbang dan layu PPBM sendiri.Belum pun masuk gelanggang PRU14, bunga sudah kecundang di tangan roket dan mata lebam. 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 11, 2017

TU DIA !!! #MUKHRIZMAHATHIR #MM SAH JADI #MATBLUR !!!


1. 82 SOALAN bertulis,95 soalan mulut dikemukakan dengan hanya 1 soalan berkaitan air ditanya itupun Mukhriz Mat Bluur boleh merungut dlm IG NYA kenapa persoalan penting berkaitan air khususnya persediaan menjelang Ramadhan tidak disentuh kerajaan negeri kali ini. 

2. Inilah spesis bodoh dan bebal.Ego sombong.Jika soalan tak dikemukakan bagaimana mungkin jawapan mahu diberikan. 

3. Dan apabila diteliti soalan yang dikemukakan Mukhriz jelas 2 perkara.Pertama soalan bersift meroyan yang menyentuh dasar utama yang memerlukan tindakan dan iltizam pelaksanaanya oleh seorang MB. 

4. Nyata apabila Bashah berupaya melaksankan tugasnya lebih baik berbanding Mukhriz maka timbul keluh kesah dihatinya dan mulalah meracau bertanyakan soalan bluur.

5. Demikian juga soalan beliau banyak dikutip dari fb,tepi jalan tanpa sandaran kajian kukuh atau dari sumber yang jelas.Apa signifikan soalan beliau rasional kerajaan negeri merobohkan Stdium Darul Aman. 

6. Adakah stadium dirobohkan? Bila dikeluarkan kenyataan rasmi yang menzahirkan stadium akan dirobohkan.Keputusan EXCO bilangan ke berapa yang meluluskan perobohan?.Jawapannya tidak wujud langsung jawapan bagi soalan tilikan bersifat bluur yang ditanya itu. 

7. Apa sekadar yang ada ialah cadangan draf pembangunan struktur MBAS 2017-2035 yang mencadangkan tapak stadium sedia ada dipindahkan ke tapak lebih sesuai selaras dengan kepesatan urbnisasi dan sebagai keperluan jangka panjang. 

8. Demikian juga bluur dan kelirunya beliau berhubung litar lumba.Dengan kos 30 juta litar lumba ini memang bertaraf antarabangsa dan sesuai serta boleh digunakan untuk perlumbaan F3.Namun tumpuan lebih kepada penganjuran cup prix kerana ia sesuai dengan konsep litar lumba rakyat untuk gilap potensi pelumba biasa dari kalangan marhein.Itu tujuan pembinaan litar ini.Bukannya seperti Sepang yang digahkan.Menjadi penganjur bertaraf global dengan wang rakyat dihabiskan setahun 400 juta namun tiada seorangpun kelibat pemandu dari Malaysia.

9. Demikianlah Mukhriz.Sikap bluur dan meroyannya makin teruk setelah hilang jawatan MB. Bertepatan gelaran diberikan Mahfuz Bean @ Biadap pada Mukhriz dengan gelaran Mat Bluur. Jika Mukhriz kian Bluur maka hari ini tanggal 10 April pula Mahfuz menambah stu lagi gelaran dirinya dengan cuba mensarkas dan badutkan kemuliaan sidang DUN KEDAH.

10. Apabila Bluur digabungjalin bersama Sarkas maka lengkaplah satu ikatan kelompok BADUT BERGENTAYANGAN.Fokus tiada arah tujuan.

11. Maka hiduplah mereka dalam ilusi berterusan..ada ataupun tiada tidak membawa sebarang keuntungan. Melainkan merasa diri bak merak kayangan..tapi hakikatnya adalah gagak pemakan bangkai... 

Catatan Mat Bluur FC.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, March 18, 2017

KANTOI !!! #MUKHRIZMAHATHIR TIDAK KOMPETEN !!!


1. Di antara pet projek yang diusahakan semasa Mukhriz menjadi MB Kedah ialah usaha melobi pelabur dari China untuk bangunkan projek Terminal Ikan Bersepadu di Kuala Kedah. 

2. Projek berimpak tinggi ini melibatkan tapak konsesi seluas 500 ekar. 

3. Jangkaan populasi pekerja ialah seramai 20 ribu menjelang 2025. 

4. Apabila Bashah mengambil alih kepimpinan Kedah,segala kerjasama diberikan kepada syarikat dari China ini termasuk kelulusan merancang dan sebagainya. 

5. Pihak UPEN dan Majlis Mesyuarat Kerajaaj Negeri juga komited dengan menyediakan segala kerjasama yang diperlukan. 

6. Namun projek yang dulunya dicanangkan Mukhriz membawa impak lebih RM5Bilion,namun setelah pelbagai kelulusan diberi dan syarikat pelabur berkenaan diminta membayar comitmen fee sebagai jaminan projek..Syarikat dimaksudkan terus menyepi. 

7. Isunya disini pada peringkat awal sepertimana bapaknya apa nama,Mukhriz sama sekali membuat keputusan secara one man show. 

8. Kajian kebolehlaksanaan projek tidak pernah diarahkan untuk dibuat BPEN sepertimana biasa. 

9. Kertas cadangan untuk kelulusan dasar dalam Exco seakan didiamkan. 

10. Bukti ada hanky panky dlm urustadbirnya. 

11. Perkara yang sama berlaku dalam isu anugerah dan ambilan tanah RC SS yang menjadi kontroversi di Jalan Pegawai di Sungai Petani. 

12. MUKHRIZ selaku MB ketika itu apabila dimajukan projek komersial terlibat oleh pemaju terus mengeluarkan arahan agar PKNKmembuat permohonan pengambilan tanah dari Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda. 

13. Sekali lagi kaedah apa nama tidak melibatkan BPEN untuk membuat kajian impak dan kebolehlaksanaan projek tersebut. 

14. Lebih malang cadangan projek berkenaan juga tidak pernah dibawa berbincang dalam EXCO untuk kelulusan. 

15. Segalanya mengikut dasar ikut suka, one man show dan penggunaan elemen diktator. 16. Benarlah kemana tumpahnya dalca kalau tidak ke Nasi Kandar. 

17. Nyata,pentadbiran Mukhriz eranya bukan sahaja tidak kompeten.Memaparkan aspek bluur yg jelas selain bodoh sombong akan tetapi sebahagian besarnya hampir membawa kerosakan kepada Bumi Kedah Darul Aman. 

18. Lega kini,elemen beliau sudah tiada meskipun kini beliau kuat mengigau untuk kembali ke mercu kuasa.

Catatan BOBOI FC

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, March 07, 2017

KANTOI !!! #KHIANAT #MUKHRIZMAHATHIR TERKUBUR DI #DARULAMAN ???


1. Game Kedah vs Melaka 4 Mac kehadiran penyokong lebih 25 ribu. 

2. Padat Stadium dengan momentum kemenangan diteruskan.KINI hijau kuning di pesada Liga setelah awal musim takhta Piala Sumbangsih digengam. 

3. Edisi 2016 Piala Malaysia dijulang dan tidak mustahil dengan komitmen sekarang baki 2 Piala yakni Piala FA dan Piala Malaysia versi 2017 boleh diraih. 

4. Nun dibalik scoreboard stadium anak muda bersorak riang.DI tempat duduk berbumbung sudah heboh dibicarakan perlunya Stadium baru. 

5. Kelab penyokong Kedah ( Kepak) dan rangkaian penyokong lain cukup gembira kerana sukan bola.dapat menyatukan semua.. 

6. Jatidiri Keda mekar menyala nyala. 

7. Majoriti penonton seawal usia 2 tahun hinggalah 65 tahun bersatu hati. 

8. Ramai yang sudah menerima inilah kesungguhan tindakan Presiden KFA bekerja keras mencari dana RM30 juta setahun demi kelangsungan pasukan. 

9. Jurulatih..pengurus dan pemain melakar peranan tersendiri.Kata kuncinya muafakat..enjoy the game dan tidak mengecewakan harapan peminat. 

10. Barangkali yang kian kecewa adalah Mukhriz dan konconya.DOA dan hasrat serta tipu daya mereka untuk melihat tim Lang Merah gagal tidak kesampaian. 

11. Rencana jahat mereka dulunya di awal 2016 dengan mengupah budak budak mabuk ketum dan yang ada rekod jenayah melakukan kerja boo pada Presiden KFA kini sudah tidak berbekas. 

12. Cubaan terbaru dalam.game menentang Melaka ialah mengupah setiap seorant budak yang masih bersekolah dengan kadar RM30 dengan sebungkus ketum. 

13. Sekadar untuk mengangkat bendera Bunga. 

14. Namun kibaran bendera ditenggelamai oleh sorakan 25 ribu penyokong setia. 

15. Dalam sejarah bola sepak Kedah sejak cetusan kebangkitan diserlahkan oleh arwah Ahmad Basri dan Cikgu Kassim Saad.inilah kali pertama Darul Aman cuba dipolitikkan.

16. Siri hasutan bengap yang direncana oleh Mukhriz tatkala beliau menjadi Presiden KFA. 

17. Keistimewaan tiket percuma beliau hanya berikan pada kelompok tertentu.

18. Wang KFA diseleweng sekadar memuas hatinya. 

19. Konconya yang tidak tahu menahu tentang bola diberi jawatan dlm KFA dengan imbuhan lumayan. 

20.Pernah dieranya 3 bulan gaji pemain tidak berbayar lalu dirompak hasil balak negeri atas alasan mahu membayar haji meski sudah diikrar dalam pentadbirannya balak dihentikan dan tidak lagi menjadi hasil utama negeri. 

21.Itulah munafik dan hipokritnya Mukhriz.Kini aura ciptaanya dan kekotoran hati jahatnya berkubur di Darul Aman.Jadi sejarah hitam yang dikenang zaman berzaman dan diingati sebagai mantan MB yang cuba mempolitikkan padang bola.Seperti kata Mahfuz Omar.Mukhriz layak digelar Mat Bluur.. 

Catatan Boboi FC

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, March 06, 2017

KANTOI !!! #SELFIE #MUKHRIZMAHATHIR TAK UNTUNGKAN ANAK MUDA !!!


1. Dari sudut kerja public relations,selfie atau wefie dengan anak muda boleh membawa keseronokan pada mereka.Apatah lagi jika selfie bersama pemimpin idola. 

2. Namun hidup tidak akan terisi jika selfie menjadi KPInya.Anak muda perlu disediakan masa depan yang jelas. 

3. Mereka dahagakan peluang niaga,perkembangan karier,lonjakan potensi dengan didokong dasar negeri. 

4. Beberapa bulan yang lalu satu hasil.kajian dikeluarkan oleh sekumpulan penyelidik dari IPTA utara berhubung persepsi anak muda terhadap Mukhriz Mahathir.

5. Kaedah digunakan survey.Sampling berfokus digunakan dengan data dari JTK,JBS dan HEP 4 buah IPTA di negeri Utara.Seramai 12 ribu responden digunakan berusia 25-35 tahun yang kesemuanya adalah anak Kedah 

6. Hasil dapatan mendapati 79% responden mengakui Mukhriz hanya popular dari segi personaliti tapi rekod kerja gagal dibukti. 

7. 83.6% responden pula menyatakan mereka tidak mendapat apa apa faedah yang jelas sepanjang Mukhriz menjadi MB (2013-2016). 

8.Kajian empirikal sebegini meskipun boleh disoal balas namun mendedahkan satu hakikat bahawa selama ini Mukhriz hanya menggunakan imej dan tampilan palsu. 

9. Keutamaanya hanyalah populariti peribadi menerusi seni perhubungan awam yang disusun dengan strategik. 

10. Namun pengisian manfaat pada anak muda di Kedah adalah jauh panggang dari api. 

11. Ironinya anak muda di Kedah tidaklah mendapat atau beroleh apa apa peluang dan ruang sepertimana diuar uarkan sebelumnya 

12. Inilah bezanya antara pemimpin populis dan pemimpin praktis.Era kini,dibawah pimpinan Ahmad Bashah,skim IMAN diadakan.Kedah First,Insentif Pelajar Cemerlang,Sukarelawan Barakah Kedah turut diwujudkan. 

13. SUKDA untuk athlit muda dihidupkan.ADAB dibentuk selaku laluan pemain muda mengasan bakat. Persatuan Belia Daerah dan Persatuan Mahasiswa anak Kedah seluruh IPTA dibantu. 

14. Job fair diada disana sini.Jumlah penerima biasiswa pelajaran anak Kedah ditambah. 

15. Kursus kahwin percuma untuk belia 21 tahun ke atas yang akan berkahwin buat kali pertama disemarak disetiap daerah. 

16. Tahun 2016 sahaja dari 272 usahawan kecil dan IKS,90 orang darinya adalah anak muda berusia 28-33 tahun diberi geran dan dana niaga berjumlah RM1.3 juta. 

17. Pelajar pondok dan Maahad Tahfiz seluruh Kedah diupaya dan dibantu menerusi skim khas kerana bagi Ahmad Bashah mereka inilah katalis generasi Ibaddurahman. 

18. Dan paling signifikan tentulah kejayaan pimpinan kini mengusahakan pembinaan Litar Lumba Rakyat yang selama 3 tahun lalu Mukhriz bermain tarik tali dan gagal membinanya. 

19. Hanya kerana mahukan pembinaan litar tersebut dengan nilai RM80 mengikut kemahuannya dengan diserah konsultasi projek selain yuran selenggara sejumlah RM22 juta kepada syarikat milik abangnya. 

20. Mukhriz hakikatnya menipu anak muda Kedah dengan tampilan imej palsu ciptaanya.Dia gagal menyediakan peluang,merangsang minat dan membuka laluan pada anak muda di Kedah.Dan hakikatya Mukhriz sendiri dengan usia mencecah 53 tahun bukan lagi dalam kategori kelompok muda.

21. Namun dia berpura pura memahami aspirasi anak muda padahal hakikatnya tidak sama sekali. 

Catatan Boboi FC

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 22, 2017

KANTOI !!! #TUNMAHATHIR #TUNM TERDESAK KAW-KAW !!! GUNA #ANWARIBRAHIM LAMBUNG #MUKHRIZ !!!


Anwar Ibrahim ketika disoal balas oleh peguam bagi pihak Khairy Jamaluddin dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Belia dan Sukan itu di Mahkamah Tinggi,Anwar telah menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan "Langkah Kajang" pada 2014.Bekas ketua pembangkang itu mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor,yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.Khalid kemudiannya digantikan dengan Datuk Seri Mohammad Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.Tetapi jangan lupa semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad,beliau telah menggantikan Tan Sri Osman Aroff sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996 meskipun seramai 22 ADUN menyokong Osman.Jika kita lihat kepada kenyataan Anwar itu,secara tidak langsung ia seolah-olah menunjukkan ia mahu mengangkat Mukhriz apatah lagi selepas dua kali pertemuan beliau dengan Mahathir di mahkamah sebelum ini.

Banyak persoalan yang timbul daripada kenyataan terbabit dengan salah satu daripadanya,adakah Mahathir sudah terdesak dan sedang merangka sesuatu dengan menggunakan Anwar untuk mengangkat dan melambung anaknya ??? Ini kerana kenyataan berkenaan ternyata agak aneh,apatah lagi menyamakan Mukhriz dengan Khalid Ibrahim.Apakah ia menunjukkan bahawa Mahathir terpaksa mengambil langkah lain pula untuk melaksanakan agendanya selepas perjanjian sulit dengan DAP untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri telah dibongkarkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ??? Walaupun dinafikan oleh Mukhriz tetapi isu berkenaan telah "meletup" dan menjadi bualan hangat dalam politik negara.Selepas isu perjanjian sulit itu telah terbongkar, mungkin Mahathir terpaksa menggunakan cara lain pula dan dalam masa yang sama pula, ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan nasib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Apa yang jelas,Muhyiddin seolah-olah telah diketepikan dan dipinggirkan oleh Mahathir.Dalam banyak-banyak kenyataan yang dibuat oleh Mahathir selama ini tidak banyak nama Muhyiddin yang disentuh.Apatah lagi dakwaan skandal seks membabitkan Muhyiddin kini hangat diperkatakan terutama selepas presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM),Datuk Azwanddin Hamzah dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).Lama kelamaan,Muhyiddin akan terus terpinggir dan tidak mustahil suatu masa nanti kita akan melihat Mahathir mengumumkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan harapan menang.Itulah politik dan dalam politik banyak perkara boleh terjadi walaupun suatu masa lalu ia dilihat sebagai mustahil. "Desperate" sungguh Mahathir,guna apa sahaja untuk capai cita cita jadikan Mukhriz jadi PM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, February 02, 2017

KANTOI !!! PESERTA #MOTODAY2017 RUPANYA BUKAN PENYOKONG PARI BUNGA #PPBM !!!


Bertempat di Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang pada 28 Januari 2017 lalu,berlangsungnya sebuah acara yang menghimpunkan para peminat motorsikal di utara tanah air dalam satu acara seharian.Beribu pemilik dan peminat motor jenis Kawasaki,Honda, Yamaha,Modenas,Vespa dan berbagai lagi telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi sehingga acara habis kira-kira 10 jam selepas itu.Malangnya,acara yang dianjurkan oleh sekumpulan peminat motor dengan harapan untuk menyatukan silaturrahim antara sesama mereka,sedikit tercalar dengan kehadiran Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),Datuk Seri Mukhriz Mahathir.Difahamkan,ada di antara penganjur yang secara tiba-tiba membawa Mukhriz untuk hadir ke acara tersebut.

Sedangkan,para peminat motor yang memeriahkan acara berkenaan sejak dari pagi hari tiada niat untuk berpolitik,sebaliknya hanya sebagai mengisi masa lapang dan meraikan hobi mereka bersama rakan-rakan lain.Tidak mustahil dalam ramai-ramai mereka itu,masih ada yang menganggap bahawa Mukhriz masih lagi Menteri Besar Kedah dan ahli Umno kerana rata-rata daripada mereka tidak gemar berpolitik,apatah lagi bukannya menjadi ahli kepada PPBM.Tindakan sesetengah penyokong PPBM begitu bangga dengan kehadiran ramai peserta di MotoDay 2017 itu dan dikaitkan pula sebagai sokongan keatas Mukhriz merupakan sesuatu yang amat memalukan.Ramai "mat mat moto" yang marah dalam Facebook dan Twitter bila mereka dikaitkan sekali menyokong parti bunga."Kami mat moto, kami bukan mat parti bunga" luah seorang mat moto dalam Facebooknya. 

Ini bukan kali pertama Mukhriz bertindak 'hijack' acara orang lain agar pasukan medianya berperanan memainkan persepsi bahawa Mukhriz disukai ramai anak muda.Apapun,kita harus sedar bahawa kehadiran peserta pada MotoDay 2017 itu bukanlah ahli PPBM,malah ada dikalangan mereka yang masih belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya.Mereka hadir hanya sebagai hobi,namun tidak disedari secara tiba-tiba majlis mereka telah di 'hijack' oleh orang politik pembangkang.Inilah politik "desperate" geng geng parti bunga.Kalaulah seramai itu yang sokong parti bunga,sudah tentu penuh Stadium Melawati baru baru ini dengan geng mat motor.Sudah sudahlah menipu "mat moto".Mukhriz kena mohon maaf balik pada semua "mat moto" itu.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, January 04, 2017

EKSKLUSIF !!! ADAKAH IBADAH HAJI KITA #MABRUR ATAU TIDAK ???


Seorang ustaz ada menyatakan sama ada seseorang hamba itu mendapat haji mabrur atau tidak,hanya Allah sahaja yang tahu dan berhak menganugerahkannya.Namun kata ustaz itu lagi,terdapat juga petunjuk secara kasar untuk mengetahui seseorang itu telah mendapat haji mabrur atau tidak.Antaranya ialah berdasarkan kepada kelakuannya,ibadat dan keperibadiannya.Ia akan menjadi lebih baik selepas menunaikan haji.Itu tandanya untuk manusia menghidu sedikit petanda sama ada dia telah mendapat haji mabrur atau tidak,namun itu hanya penilaian dari sisi manusia sahaja,bukannya dari penilaian Allah.Pada zaman Nabi Muhamad ada juga yang dapat haji mabrur walau pun insan itu tidak pergi mengerjakan haji pada tahun itu walaupun sudah membuat persiapan untuk mengerjakan haji. Ini kerana ibunya sakit lalu dia tidak dapat pergi menunaikan haji.Kisah ini diberitahu oleh Rasullulah SAW kepada Umar RA. 

Tapi peliknya,di Malaysia,hanya sebab dendam politik dan kehendak peribadi tidak terlunas,maka individu seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan `fatwa' dan mengandaikan bahawa mereka yang mengerjakan haji di bawah Program Haji Yayasan 1MDB tidak mendapat haji mabrur.Persoalan pertama,bagaimana beliau boleh menafsirkan kerja Allah dan kedua jika beliau boleh mentafsir haji itu tidak mabrur,bolehkah beliau memberitahu kita,siapa pula yang mendapat haji yang mabrur ??? Bagaimana pula hendak mengetahuinya ??? Akibat keceluparan mulut kerana dendam politik beliau,ramai jemaah haji yang mengikuti program haji Perdana Menteri di bawah Yayasan 1MDB berasa kecil hati dan tersentuh jiwa mereka.Atas sebab yang sama juga,ramai yang membidas dan mengkritik tindakan Tun Mahathir ini hingga ke tahap ada yang mengungkit sama ada haji yang dilakukan oleh beliau dan anaknya,Mukhriz Mahathir mendapat haji mabrur atau tidak. 

Mereka mempersoalkan mabrurkah haji seseorang yang bergelumang dengan saudagar judi, arak dan juga banyak skandal kewangan di zamannya tanpa ada siasatan.Selain itu,Mukhriz juga menjadi subjek kepada persoalan haji mabrur atau tidak.Mereka melihat berdasarkan kepada gambar yang menunjukkan bagaimana anak-anak Mukhriz, iaitu seorang yang berstatus Haji,bebas berpakaian ala kebaratan dan mengamal budaya barat dalam menyambut hari halloween serta majlis tidak islamik.Selain itu,ia juga dilihat kepada tindakan Mukhriz yang membuat tuduhan liar kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sekali pun mengemukakan bukti.Menuduh tanpa diiringi bukti adalah fitnah yang nyata.Setiap kali ada ceramah atau majlis berkaitan politik,Mukhriz tidak pernah melepaskan peluang mengkritik Najib dengan kisah 1MDB dan derma RM2.6 bilion. Ia diulang seperti rekod buruk yang rosak. Ini nyata sekali bukan lagak seorang “Tuan Haji” yang mabrur.Dan jika kita terlihat Mukhriz dicemuh di media sosial,kita hanya perlu katakan,itulah pulangan modal kepada apa yang dilaburkan sahaja.Jika Tun Mahathir menyatakan Haji jemaah Yayasan 1MDB tidak mabrur,maka eloklah bakal-bakal jemaah haji atau jemaah haji bertanya kepada Mukhriz, cara-cara untuk mendapat haji yang mabrur.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, January 03, 2017

TU DIAA !!! #TUNMAHATHIR ANGGAP HANYA #MUKHRIZ #MM LAYAK JADI #PERDANAMENTERI !!!


Beberapa hari lalu,bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tun Ibrahim mendedahkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang telah sepakat untuk memilih secara perjanjian sulit,Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.Tunku Aziz mendedahkan Mukhriz sebagai calon PM itu berdasarkan kepada perjanjian rahsia yang dibuat pada 3 Disember 2016.Menurut Tunku Aziz,berdasarkan perjanjian rahsia berkenaan,Kit Siang pula akan dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak. Ia dikatakan dibuat tanpa penge­tahuan parti-parti sekutu lain te­rutama PKR dan PAN.Meskipun ia dinafikan oleh Mukhriz yang mendakwa Tunku Aziz sengaja mengeluarkan kenyataan berkenaan bagi mengelirukan rakyat tentang tujuan sebenar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan,namun ramai yang menunggu reaksi daripada Dr. Mahathir. 

Sehingga kini Dr. Mahathir masih membisu menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa kenyataan Tunku Aziz itu ada kebenarannya berdasarkan kepada apa yang berlaku dalam senario politik negara sebelum ini.Ramai yang tahu bahawa Dr. Mahathir mempunyai agenda peribadi ketika beliau keluar dari UMNO dan menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta menubuhkan PPBM dan kemudian berada sepentas dengan pembangkang.Ramai juga tahu bahawa tindakan Dr. Mahathir sebelum ini yang pernah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisi jawatan Perdana Menteri sebelum ini hanyalah gimik politik apabila bekas Perdana Menteri itu akhirnya berbaik semula dengan musuh lamanya,Anwar Ibrahim.Malah isu skandal Muhyiddin dengan bekas isteri orang,Nika Gee yang terkandung dalam akaun bersumpah (SD) yang masih belum berjawab menjadikan Mukhriz sebagai calon paling layak untuk dijadikan sebagai Perdana Menteri.Di saat ini,Muhyiddin hanyalah dikatakan sekadar presiden boneka PPBM dengan hakikatnya corak PPBM lebih banyak ditentukan oleh pengerusinya,Dr. Mahathir bersama-sama dengan anaknya Mukhriz. 

Ketika kemelut melanda PPBM kini,Muhyiddin pula sedang seronok bercuti di luar negara. Dan dalam usaha Mahathir untuk memastikan impian menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri,beliau perlu mencari pengaruh yang kuat di dalam DAP dan atas sebab itulah mungkin perjanjian rahsia itu terpaksa dilakukan.Mahathir tidak lagi boleh mengharapkan PPBM kerana parti itu sedang berdepan dengan krisis dalaman.Isu Ainina Saadudin yang digugurkan sebagai ketua srikandi PPBM serta tindakan Mohamed Ezam Mohd. Noor keluar dari parti itu selepas hanya tiga bulan didalamnya dan teguran keras Khairuddin Abu Hassan yang meminta Muhyiddin membersihkan namanya daripada skandal seks juga menunjukkan PPBM sedang bergolak.Atas sebab itu,Mahathir terpaksa mencari rakan yang kuat untuk memastikan agenda peribadinya itu tercapai. Bak kata ramai PPBM hanya batu loncatan sahaja untuk menjadikan impian politik Dr. Mahathir tercapai.Mukhriz sebenarnya calon pilihan Mahathir dan Kit Siang untuk jadi PM.Nampak sangatlah sekarang perjuangan politik Mahathir hanyalah untuk menjadikan anaknya sebagai PM sahaja. Kutuk semua perkara termasuklah mengata BR1M rasuah dan haji 1MDB tak mabrur.Rupanya semua itu hanyalah untuk menjadikan anaknya sebagai PM.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 28, 2016

KANTOI !!! KISAH SEBENAR KENAPA #TUNMAHATHIR TIDAK SEBUT #MUKHRIZ #MM JADI PM DIDEDAHKAN !!!


Parti Pribumi Bersatu hanya dilahirkan atas penipuan isu 1MDB.Maka atas sebab itulah pemimpin mereka terutamanya Tun Mahathir pura-pura marah kepada DS Najib dan kemudian UMNO.Satu alasan kuat mesti diadakan untuk mengistiharkan perang kepada yang enggan tunduk pada kehendak sulit peribadi dan nampaknya alasan 1MDB cukup sebagai modal untuk memberontak.Namun skripnya bertukar apabila tidak menjadi,DS Najib gagal diturunkan atas isu ciptaan yang tidak pernah dibuktikan.Skrip bertukar lagi,kali ini jika tidak dapat jatuhkan DS Najib,maka UMNO pula perlu dijatuhkan.Keutamaan dalam wayang ini adalah mahu pegang tampuk kuasa.Alasan menjadi nombor dua,kehendak untuk mencapai matlamat sebenarnya adalah nombor satu.Tambah lagi jika penyokong sudah berjaya disumbatkan kebencian,ruang untuk berfikir sudah tiada lagi, mereka akan sokong sentiasa tanpa banyak soal.

Ketika usaha untuk menjatuhkan DS Najib dan UMNO giat dilakukan,membuka parti baru tiada langsung dalam perancangan Mahathir.Mahathir dan pakatan jahat mahu tumbangkan DS Najib pada masa itu “underestimate” DS Najib.Mana mungkin seorang yang mereka anggap lembik dan penakut akan memecat tiga orang kuat dan ternama sekaligus.Sangkaan itu meleset.DS Najib ambil tindakan tegas.Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir dipecat sekaligus.Maka atas sebab tidak sangka akan hal pemecatan inilah mereka acah untuk membuka parti baru dengan harapan ia ditolak lalu kemudiannya Muhyiddin dan Mukhriz boleh meresap ke dalam salah satu parti pembangkang sama ada PKR atau pun PAN dan pilihan terakhir adalah DAP.Namun permohonan membuka parti mereka diluluskan pula oleh pendaftar. Maka gagal lagi pelan mereka , kini Muhyiddin dan Mukhriz terpaksa melayan karenah dan beban sebuah parti pula. Paling teruk bila kesemua pemimpin yang ambil masuk parti bunga penuh dengan kisah dan skandal yang tersendiri. Menjadi beban untuk menjawab. 

Begitulah skrip asal diganggu oleh perkembangan yang tidak diduga.Parti baru yang dibuka tidak mendapat sambutan pula.Malah tewas jumlah keahliannya dengan parti PAN yang dipimpin oleh orang yang pernah ditangkap khalwat dan menjadi alat kepada DAP dari dulu lagi.Kepada individu seperti Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz,mereka lebih utamakan survival politik diri sendiri lebih diri yang lain , waima Parti Pribumi.Menjadi seorang ahli parlimen adalah keutamaan dan itu sahaja matlamat untuk batu loncatan kepada jawatan lebih tinggi dan pembidaan.Mahathir,Muhyiddin dan Mukhriz tahu parti Pribumi yang tidak banyak pengikut, ahli dan tiada dapat sambutan.Parti bunga itu tidak ada struktur jelas dan tidak akan bawa mereka kemana mana.Hanya satu pilihan yang Muhyiddin dan Mukhriz ada iaitu bergantung hidup kepada parti sedia ada seperti DAP dan PKR.Maka atas sebab ini nanti di saat akhir sebelum PRU14 pastinya mereka akan memberi tumpuan kepada menyokong DAP sehebat mungkin untuk terus kekal dalam parlimen.Seperti mana Mahathir dan Kit Siang sekarang. Ke mana mana sahaja sudah macam adik beradik dan rapat macam belangkas. Mahathir perlukan Kit Siang dan DAP. 

Kenapa perlu ??? Sebab ahli ahli parti bunga tidak ramai dan pemimpin parti bunga tidak kuat.Sebab itu Mahathir mengemis simpati dan pertolongan Kit Siang untuk survival anaknya,Mukhriz.Hanya DAP sahaja boleh membantu mereka dan akan beri keduanya Muhyiddin dan Mukhirz kerusi mereka yang selamat yang komposisi kaum ada 65% Cina dan bakinya Melayu dan kaum lain.Jika DAP tidak dapat calon Melayu lain sebagai calon untuk jawatan PM Boneka,Muhyiddin dan Mukhriz adalah jawapannya.Mungkin Muhyiddin ada sedikit perasan dia adalah calonnya,namum mengetahui tabiat dan perangai Mahathir,nama yang dia tidak pernah sebut itulah sebenarnya calon Perdana Menteri pilihan Mahathir.Mahathir melindungi nama calon pilihan hatinya, untuk mengelak dia diserang, dan nama yang Mahathir tidak pernah sebut dan mengaku sehingga hari ini adalah Mukhriz. Itulah calonnya, Muhyiddin sepatutnya sedar diri,dia hanyalah alat. 

Berkemungkinan Muhyiddin akan disabotaj dan tewas dalam PRU14 adalah besar.Lalu hanya calon pilihan Mahathir sahaja yang menang.Mengapa DAP tidak bantah calon pilihan Mahathir ??? Ini kerana,Mukhriz tidak pernah ada akal sendiri selain apa yang diarah oleh ayahnya.Maka sebab itulah, Muhkriz calon yang sesuai bagi DAP,sentiasa ikut arahan.Ahli PPBM harus tahu jika betul mereka sudah lama ikut Mahathir,tentu mereka sudah boleh membaca,tetapi jika mereka bertaraf pentaksub,apa pun tidak berguna.Mahathir hanya ada matlamat sahaja dalam fikirannya.Menjatuhkan dua Perdana Menteri bukan dosa baginya,cipta sahaja isu sudah memadai menjadi alasan.Kepada Mahathir matlamat menjadikan anaknya Perdana Menteri lalu menguruskan banyak perkara tersekat dan tertangguh dalam dan luar negara lebih penting dari segalanya.Jika hari ini kerajaan Israel istihar mahu membantu Mahathir pun dia akan menerimanya,kerana waktu dan faktor umur menyebabkan Tun Mahathir tertekan.Bayangkan apa yang Mahathir usahakan di belakang rakyat selama 22 tahun,sorok sana dan sini akan pergi begitu sahaja tanpa ada kuasa mengawalnya.Kuasa yang diperlukan untuk selesaikan perkara sulit Tun Mahathir hanya ada pada “next Prime Minister”, iaitu siapa lagi jika bukan anaknya sendiri,iaitu,Mukhriz Mahathir.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 19, 2016

TU DIAA !!! CADANGAN HADKAN PENGGAL JAWATAN PM DS @NAJIBRAZAK HANYA GIMIK !!!


1. Gesaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar jawatan PM dihadkan selama dua penggal selain diasingkan jawtan Menteri Kewangan merupakan satu lagi gimik politik yang hahikat sebenarnya sebelum ini mereka tidak pernah membuktikannya apabila menjadi ketua kerajaan. 

2. Kenyataan itu juga seakan menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.Adakah Mukhriz menempelak bapanya yang mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri terlama dengan memegang jawatan itu selama 22 tahun. 

3. Jika asas jangka masa jawatan dijadikan sebab berlakunya penyelewengan bermakna Mukhriz perlu menasihat bapanya dahulu yang menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

4. Mukhriz juga harus bertanya siapakah yang memulakan amalan Perdana Menteri juga menjawat jawatan Menteri Kewangan. 

5. Sekiranya Mukhriz jujur dan berniat baik beliau,mengapa beliau tidak membuat cadangan itu semasa menjadi Menteri Besar Kedah iaitu Menteri Besar hanya selama dua penggal.

6. Mengapa tidak buktikan sekarang tindakan menghadka.tempoh pegangan jawatan di negeri Selangor, Kelantandan Pulau Pinang. Jadikan satu dasar di dua negeri itu Menteri Besar di Selangor serta Kelantan dan Ketua Menteri Pulau Pinang hanya dua penggal. 

7. Hakikatnya Prinsipnya sistem "check and balance" dalam kerajaan melalui mekanisme jemaah kabinet cukup jelas, dan sebarang pelaksanaan keputusan atau dasar penting adalah hasil konsensus. 

8. Begitu juga kenyataan Mukhriz mengenai fungsi SPRM.Secara spesifik ruang lingkup kuasa SPRM kini telah melalui penambahbaikan dan jurisdikasi yang lebih jelas berbanding era Mahathir. Malah Menteri dari UMNO sendiri sebagai contoh Dr Khir Toyo telah didapati bersalah dan menjalankan hukuman.

9. SPRM di era kini bukan sahaja bebas melaksanakan tugas mereka without fear and favour malah dapat bertindak dengan objektif tanpa takutkan campurtangan politik sepertimana di era Mahathir berkuasa. 

10. Jelasnya cadangan yang diutarakan oleh Mukhriz ini bukan sahaja bersifat gimik politik malah sekadar satu cadangan bersifat gula gula, tidak ikhlas serta cuba menarik perhatian rakyat semata mata. 

Kenyataan Media 
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri 
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar 
Pengerusi Kelab Belia Darulaman

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, December 14, 2016

TU DIAA !!! BELUM JADI PM #MUKHRIZMAHATHIR #MM BAPAK PULAK SERANG ISTANA !!! APA CERITA NI ???


Agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri,bukan rahsia lagi dan ia menjadi punca kenapa beliau berterusan menyerang Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Bukan itu sahaja,beliau turut bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP untuk mengguling Datuk Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional.Namun serangan demi serangan itu diketahui gagal,bak kata Datuk Seri Najib yang juga presiden UMNO bahawa Mahathir mempunyai `super ego' yang kuat. 

``Kalau dia bertarung dia mesti nak menang,cuba nak menang.Sekarang dia tak berjaya dia akan lebih agresif dengan kata-kata dan sebagainya," katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 lalu.Dan kini ternyata kata-kata Perdana Menteri itu betul apabila Mahathir lebih agresif menyerang pihak Istana Negara pula ketika anaknya belum pun menjadi Perdana Menteri.Beliau mendakwa pihak Istana sudah menjadi alat politik Barisan Nasional (BN) dan Najib ekoran undangan untuknya menghadiri Istiadat Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara,semalam ditarik balik.Inilah sifat 'super ego' yang dikatakan itu.Mahthir mahu sentiasa dilihat sebagai pemenang dalam apa jua isu termasuklah dalam soal jemputan sehingga sanggup menyerang pihak Istana Negara. 

Mahathir tidak mengira siapapun lawannya sebaliknya beliau akan terus menyerang termasuk dengan kata-kata sinis dan jelek.Sedangkan dalam isu pembatalan undangan itu,sebarang urusan termasuk soal undangan ataupun menarik balik surat terbabit adalah hak pihak Istana Negara.Begitu juga dengan urusan pemberian pingat,di mana menjadi hak Raja-raja sama ada mahu mengurniakan pingat atau menariknya.ia bukan kali pertama beliau membuat komen berbaur sindiran malah sebelum ini, Mahathir pernah menuduh Yang di-Pertuan Agong menjadi tahanan dalam rumah selepas gagal mendapat perkenan untuk menyerahkan lebih sejuta tandatangan bagi menuntut Najib meletakkan jawatan.Bagaimanapun Deklarasi Mahathir itu tidak berhasil kerana ia tidak sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, November 10, 2016

#PIALAMALAYSIA !!! #KEDAH JUARA KERANA #MUKHRIZMAHATHIR ???


sebelum ini rakyat negeri Kedah bersorak gembira apabila pasukan bola sepak mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas menumbangkan Selangor 6-5 dalam penentuan sepakan penalti pada aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut hadir di stadium memberikan sokonngan kepada barisan pemain,tetapi masih ada cakap-cakap nakal bahawa kemenangan itu adalah kerana sumbangan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.Ketika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berada di bawah naungan Mukhriz,mereka hanya berjaya menjadi juara Liga Perdana tetapi gagal menjadi juara Piala Malaysia musim lalu.Sepanjang menjadi Presiden KFA juga,Mukhriz tidak pernah memberikan sesuatu yang istimewa kepada rakyat negeri Kedah berkaitan bola sepak.

Berbeza dengan Ahmad Bashah,tidak lama selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Mukhriz,beliau terus memberikan tiket percuma kepada menyaksikan perlawanan Kedah melawan Terengganu.Selain itu,ketika menjadi Presiden KFA dan Menteri Besar pun,Mukhriz sering tiada di Alor Setar untuk meninjau keadaan negeri dan pasukan bola sepak sebaliknya banyak berada di Kuala Lumpur.Pada perlawanan akhir,kedua-dua pasukan seri 1-1 sepanjang 120 minit masa perlawanan termasuk masa tambahan 30 minit.Gol Kedah dijaringkan oleh Mohd Rizal Mohd Ghazali pada minit ke-51 mendahului kedudukan sebelum disamakan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-59. 

Bagi rakyat Kedah,ini baru permulaan kepada keputusan besar pentadbiran Ahmad Bashah di dalam KFA dan di mana letaknya ruang untuk sumbangan dari Mukhriz ??? Kita mungkin hanya menantikan masa selepas ini,Kedah bakal menjadi juara Liga Super dengan Ahmad Bashah selaku penaung KFA.Beliau berjaya akhirnya membawa Kedah merangkul piala paling berprestij bola sepak Malaysia itu untuk kali kelima.Kemenangan itu juga mematikan impian Selangor untuk mendapatkan kejuaraan ke-34 mereka dalam kancah Piala Malaysia.Piala Malaysia adalah hasil usaha Bashah bukan Mukhriz.Usahlah menumpang nama di sebalik kejayaan orang lain.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, October 05, 2016

FAKTA !!! ANTARA HIDUP MATI #MUKHRIZ DAN #UMNO DIDEDAHKAN !!!


Kelmarin, Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa,mengalu-alukan penyertaan semula bekas Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ke dalam UMNO jika beliau benar-benar berhasrat untuk jadi Perdana Menteri.Jika benar Mukhriz berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti,hanya UMNO yang dapat menyediakan platform berkenaan,bukannya PPBM,kata Annuar Musa.PPBM akan sama nasibnya dengan apa yang berlaku kepada Semangat 46 yang diasaskan oleh Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah.Menariknya, dalam satu reaksi balas,Mukhriz dilaporkan berkata,beliau terkejut dan berasa hairan dengan perlawaan yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa berkenaan. 

Katanya,beliau tidak pernah meninggalkan UMNO,sebaliknya beliau dipecat daripada parti berkenaan.Mukhriz mengaku ditawarkan jawatan selaku Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,sebagai pertukaran dengan jawatannya selaku Menteri Besar Kedah.Namun beliau menegaskan,beliau telah menolak tawaran berkenaan.Jika dilihat daripada respon yang dikeluarkan oleh Mukhriz semalam,jelas menunjukkan bahawa beliau kini sudah hilang “darah UMNO” yang pernah beliau ucapkan dahulu.Sebelum ini,beliau cukup berbangga dengan semangat UMNOnya sehingga beliau merasakan,tiada orang yang lebih “UMNO” berbanding dirinya. 

Namun kini,beliau sanggup bersekongkol dengan parti pembangkang yang mahu menghancurkan parti yang pernah beliau sertai,hanya kerana mahu melunaskan dendam politik bapanya,Tun Dr Mahathir.Benar,beliau dipecat atas tindakan beliau yang melawan kepimpinan tertinggi.Namun,jika mengambil kira daripada kenyataan beliau semasa masih berada di dalam UMNO,kenapa beliau memilih untuk langsung tidak mengemukakan rayuan terhadap pemecatannya, walaupun pada ketika itu,Badan Disiplin UMNO memberikan 14 hari tempoh untuk mengemukakan rayuan ??? Di sini dapat dinilai, adakah beliau benar-benar berjiwa UMNO ataupun hanya berjuang demi kepentingan bapanya.Banyak cara dan jalan dibentang dihadapannya untuk memperbetulkan semula asas perjuangannya,namun beliau memilih untuk mengkhianati UMNO sehingga membawa kepada pemecatannya. 

Apa yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa sebenarnya hanyalah untuk melihat sendiri,masih adakah saki baki perjuangan UMNO dalam diri Mukhriz.Nampaknya,semangat dan perjuangannya kini hanya tertumpu kepada usaha pemberontakan yang dilakukan oleh bapanya disamping melunaskan dendam politiknya terhadap UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, August 08, 2016

RANGKAIAN #3M !!! AKHIRNYA TERBONGKAR JUGA RAHSIA MEREKA !!!


akhirnya terbongkar juga rahsia sebenar siapa 3M ini.kita lihat dulu apa yang terjadi sebelum ini.Jika dirujuk pada awal pertikaian Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini,beliau mendakwa hanya mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib dari kerusi Presiden UMNO dan seterusnya jawatan Perdana Menteri sahaja.Sekiranya ditinjau pula ‘auta’ mereka di depan ahli dan penyokong UMNO,mereka masih menyatakan konon mahu menggulingkan Datuk Seri Najib sahaja dari kedudukan beliau dan mereka bukan mahu menjejaskan UMNO atau Barisan Nasional.Namun kini,segalanya jelas bahawa setelah gagal menjatuhkan Datuk Seri Najib dari dalam parti,mereka mahu menubuhkan sebuah parti baru.Apa maksud menubuhkan parti baru ??? Parti baru itu bertujuan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib atau UMNO/BN ??? Adalah jelas kini bahawa Mahathir dan konco-konconya berhajat sangat untuk menjatuhkan UMNO dan BN.Tindakan itu ada sama tujuannya dengan pihak pembangkang yang selama ini berpuluh tahun cuba menjatuhkan parti kerajaan itu. 

Jadi,Mahathir,Muhyiddin,Mukhriz dan konco-konco mereka tidak lagi mahu jatuhkan Datuk Seri Najib.Malah mereka sebenarnya mahu jatuhkan UMNO dan BN dari terus menjadi parti memerintah di negara kita.Jelas dan nyata sekali agenda mereka,betul tak pembaca Badut Rakyat ??? inilah rahsia terbesar mereka.dari nak jatuhkan seoarang lepas tu nak jatuhkan semua.Mengapa Mahathir dan konco-konconya mahu jatuhkan UMNO/BN ??? Kerana Datuk Seri Najib ??? Pada saya,alasan ‘untuk jatuhkan Najib’ sudah tidak lagi relevan sekarang ini.Alasan itu tidak masuk akal dan tidak logik lagi untuk digunakan.saya yakin bahawa matlamat utama mereka adalah untuk memastikan ‘ayam sabungan’ mereka boleh menjadi Perdana Menteri ‘ekspres’.Gagal cara A,mereka gunakan cara B.Gagal cara B,mereka gunakan cara C.Gagal juga cara C,maka mereka terpaksa ‘main kasar’ guna cara D ??? Nampaknya tidak perlu dijelaskan lagi pengkhianatan mereka-mereka itu. Mungkin mereka kini mengamalkan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’,biar UMNO/BN berkubur asalkan ‘ayam sabung’ mereka berkuasa menjadi Perdana Menteri sebelum ‘dia’ tutup mata ??? 

Ada di antara mereka yang mendakwa diri ‘totok’ UMNO.Malah ‘ayam sabung’ mereka sendiri pernah mendabik dada kononnya ‘berjiwa UMNO’. ‘Totok’ dan ‘berjiwa’ UMNO jenis apakah yang baru dipecat parti dan sepantas ini mahu tubuhkan parti baru ??? Pada pandangan saya,itu bukan ‘totok’ atau ‘berjiwan UMNO’ namanya.Itu lebih sesuai dinamakan sebagai ‘jemuan’, ‘jebon’ atau ‘syaitan dalam jemaah’.Allah sudah tunjukkan lebih awal ‘makhluk’ spesis itu di dalam PAS dulu dan kini dizahirkan pula di dalam UMNO.Apa yang dilakukan Mahathir,Mukhriz,Muhyiddin dan konco-konconya itu adalah hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh Mat Sabu,Salahuddin Ayub,Khalid Samad dan sekutu-sekutunya.Padanlah PAN ‘ngam’ sangat dengan mereka.Jadi saya harap mereka tidak perlulah lagi berselindung di sebalik kata-kata retorik ‘cover line’ tentang agenda sebenar penubuhan parti baru itu.Lagi banyak berbohong, lebih terserlah lagi tahap ‘kantoi’ di mata masyarakat. 

#SerlahkanKhianatMu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, October 01, 2013

EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! DATUK MUKHRIZ PERLU MASA UNTUK MENYINAR !!!


Jika dilihat dari komen-komen di laman sosial,Datuk Mukhriz Mahathir boleh dikatakan antara calon yang paling ‘menyinar’ dalam pemilihan UMNO ini.Sepertimana rakyat Kedah meletakkan harapan ke atas beliau dalam PRU yang lalu,begitulah juga rakyat Malaysia menaruh harapan terhadapnya dalam pemilihan UMNO ini.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa antara sebab kejayaan BN merampas balik Kedah dari PAS sebelum ini adalah faktor Datuk Mukhriz.Rakyat Kedah terlalu dambakan perubahan dari segi gaya kepimpinan UMNO dan Datuk Mukhriz dilihat sebagai mewakili perubahan itu.Ternyata rakyat Kedah tidak silap.Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar membawa makna yang begitu besar kepada rakyat Kedah di mana permusuhan dan perpecahan antara PAS dan UMNO kian pudar,walaupun masih tidak bersatu.Walaupun begitu,ada yang merasakan bahawa ‘sinar’ Datuk Mukhriz masih belum cukup terang dan masih perlu masa untuk menyerlah.Kekalahan beliau dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO sebelum ini dilihat sebagai bukti yang beliau masih belum cukup bersedia,kalaupun tidak layak. 

Beliau juga belum pernah memimpin jentera pilihanraya negeri,yakni belum membuktikan apa-apa.Dengan pengalaman yang begitu terhad,beliau dilihat sebagai bukan ancaman sebenar bagi calon-calon lain yang merebut jawatan Naib Presiden UMNO kali ini.Kelemahan Datuk Mukhriz adalah beliau merupakan anak Tun Mahathir yang menghalang anaknya berpolitik selagi beliau belum bersara.Akibatnya,Datuk Mukhriz terpaksa bekerja dua kali ganda bagi menyaingi pemimpin-pemimpin lain walaupun pada hakikatnya beliau bukanlah ‘orang muda’ lagi.Kelebihan Datuk Mukhriz pula ialah beliau bukan seorang ‘pelakon’ sepertimana kebanyakan ahli politik lain dan ini pantas dikesan oleh rakyat.Sikap beliau yang rendah diri dan bersahaja menggambarkan kematangan dan kebijaksanaan yang diwarisi dari bapanya.Beliau cukup kerap mendampingi rakyat dengan masuk ke kampung-kampung hatta bermalam dengan mereka walaupun pada ketika beliau tidak bertanding untuk apa-apa jawatan.Beliau juga telah membuktikan bahawa beliau bukan berbuat semua itu untuk publisiti kerana beliau jarang sekali melibatkan pihak media,rombongan pengiring atau apa-apa protokol dalam tugasnya. 

Malangnya,kelebihan ini mungkin merupakan ‘kelemahan’ dalam konteks pemilihan UMNO.Selain itu,Datuk Mukhriz juga diketahui cukup kuat berusaha serta melontarkan idea-idea bernas bagi meningkatkan ekonomi bumiputera melalui apa saja platform yang mampu dimilikinya.Sekali lagi,semuanya dikatakan dibuat tanpa publisiti.Atas dasar ini,saya dapati bahawa kasih sayang rakyat terhadap beliau adalah tulen dan bukan dibuat-buat.Malah rakyat percaya beliau juga benar-benar ikhlas prihatin terhadap mereka.UMNO hari ini sering melaungkan perubahan atau transformasi.Malangnya,tafsiran perubahan dan transformasi itu adakalanya tidak sama.Ada yang ingin membawa perubahan dari segi keterbukaan terutamanya dalam memperkatakan soal bumiputera dan agama Islam.Ada yang ingin membawa perubahan dari segi memperkasakan kaum minoriti sehingga sama kedudukan dengan majoriti.Seringkali rakyat keliru dengan perubahan yang dilaungkan. 

Namun,perubahan yang ingin dibawa oleh Datuk Mukhriz adalah jelas iaitu mengenai sikap dan pemikiran ahli-ahli dan pemimpin UMNO sendiri.Inilah yang sangat-sangat didambakan oleh akar umbi dan rakyat keseluruhan yang menyokong UMNO selama ini.Walaubagaimanapun,di dalam politik hari ini,kasih sayang dan harapan rakyat bukanlah penentu kalah menang seseorang ahli politik.Suka atau tidak,Datuk Mukhriz tetap merupakan calon yang ketinggalan dalam pertandingan jawatan Naib Presiden.Datuk Mukhriz bagaimanapun,berpeluang menafikan kenyataan ini jika beliau berjaya memimpin Pilihanraya Kecil Sungai Limau yang bakal berlangsung tidak lama lagi.Apapun,sebagai pemerhati dan juga rakyat biasa yang tinggal di luar negara,saya hanya mampu mendoakan agar kemenangan berada di pihak yang benar dan berhak dalam PRK Sg. Limau mahupun dalam Pemilihan Agong UMNO nanti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, July 15, 2013

HOT NEWS !!! TAHNIAH DATUK MUKHRIZ !!! MASALAH KUIN BERJAYA DISELESAIKAN !!!


Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang sekian lama menghadapi konstroversi akibat pengurusan yang tiada kredibiliti dan korupsi yang keterlaluan kini mula melihat cahaya dihujung terowong.Kolej itu sebelum ini berhadapan dengan masalah kewangan yang kronik sehingga menjejaskan pekerjanya.Difahamkan selama ini potongan gaji untuk bayaran faedah hartanah dan kenderaan yang dinikmati oleh pekerja KUIN yang dibuat,tidak dibayar ke bank yang terlibat.Akibatnya,pekerja KUIN terpaksa berhadapan dengan masalah hutang yang tidak dijangka.Selain pekerja yang terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan,KUIN sendiri telah disaman oleh kontraktor akibat gagal menepati perjanjian dan bayaran.Tidak cukup dengan masalah kewangan,pembangunan KUIN juga menyaksikan masalah besar apabila pihak pengurusan mengubah dan menukar perancangan tanpa mempedulikan apa yang telah dipersetujui sebelumnya.Kesemua masalah ini adalah berpunca dari Reaktornya yang tidak berpengalaman dan tidak berkelayakan.

Masalah menjadi berganda apabila beliau kemudiannya melantik ‘orang-orangnya’ sendiri termasuk rakan-rakan dan keluarga mereka yang juga tidak layak dan tidak berpengalaman bagi memegang jawatan-jawatan penting.Apabila kerajaan Negeri Kedah bertukar tangan kepada Barisan Nasional,Menteri Besar yang baru iaitu Datuk Mukhriz Mahathir pantas memberi perhatian kepada KUIN.kita faham bahawa masalah sebegini besar tidak mungkin akan dapat ditangani dalam masa sehari dua.Namun,tindakan awal Mukhriz untuk menangani ketidakpuasan hati pekerja KUIN terlebih dahulu,membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan beliau.Untuk itu,beliau mengumumkan persetujuan kerajaan negeri untuk menerima pakai pekeliling perkhidmatan kerajaan yang termaktub di dalamnya kenaikan gaji 13 peratus kepada kakitangan KUIN mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012,kenaikan kadar bantuan sara hidup RM50,pemberian pemindahan gaji kepada kakitangan KUIN mengikut Sistem Saraan Baru (SSB) serta penambahbaikan jadual gaji kepada kakitangan KUIN mengikut SSM. Seramai 550 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) memberi tepukan gemuruh sejurus menerima berita tersebut. Nampaknya, mereka sudah boleh menaruh keyakinan kepada kerajaan BN dan tidak lagi berada dalam keadaan bingung sepertimana ketika di bawah PAS. 

Apa yang menarik ialah Mukhriz langsung tidak ragu-ragu untuk meletakkan kebajikan pekerja KUIN sebagai keutamaan walaupun kolej tersebut telah mengakibatkan kos yang terlalu tinggi terhadap kerajaan negeri.Pengumuman Mukhriz ini bakal menyebabkan RM3.4 juta lagi dihabiskan untuk KUIN.Bagaimanapun semua pihak percaya bahawa Mukhriz akan memastikan semua masalah yang dihadapi KUIN selesai dengan secepat mungkin dan kolej tersebut mampu beroperasi dengan sempurna.Keyakinan ini adalah berdasarkan hakikat bahawa Menteri Besar yang baru ini telah pun mengadakan siasatan dan berjaya mengenalpasti bahawa sebahagian besar masalah KUIN yang mana terletak pada penubuhan anak syarikat KUIN iaitu Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB).Pada 7 Julai lalu Mukhriz telah mengumumkan akan menilai semula syarikat ini sekali gus menyusunatur struktur akademik kolej tersebut.Jelas,beliau benar-benar tahu apa yang berlaku di dalam KUIN.Tidak keterlaluan jika saya membuat penilaian awal terhadap kepimpinan Mukhriz melalui KUIN.Beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai maklumat tepat dan terperinci dan bukan sekadar mendengar ‘cerita’ mana-mana pihak.Tidak hairanlah rakyat Kedah sudah begitu lama ‘mendambakan’ kepimpinan beliau.Tahniah diucapkan kepada Datuk Mukhriz dan tahniah juga kepada warga KUIN serta rakyat Kedah keseluruhannya.Semoga Kedah akhirnya benar-benar sejahtera..

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates