Social Icons

Pages

Wednesday, October 05, 2016

FAKTA !!! ANTARA HIDUP MATI #MUKHRIZ DAN #UMNO DIDEDAHKAN !!!


Kelmarin, Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa,mengalu-alukan penyertaan semula bekas Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ke dalam UMNO jika beliau benar-benar berhasrat untuk jadi Perdana Menteri.Jika benar Mukhriz berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti,hanya UMNO yang dapat menyediakan platform berkenaan,bukannya PPBM,kata Annuar Musa.PPBM akan sama nasibnya dengan apa yang berlaku kepada Semangat 46 yang diasaskan oleh Tan Sri Tengku Razaliegh Hamzah.Menariknya, dalam satu reaksi balas,Mukhriz dilaporkan berkata,beliau terkejut dan berasa hairan dengan perlawaan yang dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa berkenaan. 

Katanya,beliau tidak pernah meninggalkan UMNO,sebaliknya beliau dipecat daripada parti berkenaan.Mukhriz mengaku ditawarkan jawatan selaku Timbalan Menteri oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,sebagai pertukaran dengan jawatannya selaku Menteri Besar Kedah.Namun beliau menegaskan,beliau telah menolak tawaran berkenaan.Jika dilihat daripada respon yang dikeluarkan oleh Mukhriz semalam,jelas menunjukkan bahawa beliau kini sudah hilang “darah UMNO” yang pernah beliau ucapkan dahulu.Sebelum ini,beliau cukup berbangga dengan semangat UMNOnya sehingga beliau merasakan,tiada orang yang lebih “UMNO” berbanding dirinya. 

Namun kini,beliau sanggup bersekongkol dengan parti pembangkang yang mahu menghancurkan parti yang pernah beliau sertai,hanya kerana mahu melunaskan dendam politik bapanya,Tun Dr Mahathir.Benar,beliau dipecat atas tindakan beliau yang melawan kepimpinan tertinggi.Namun,jika mengambil kira daripada kenyataan beliau semasa masih berada di dalam UMNO,kenapa beliau memilih untuk langsung tidak mengemukakan rayuan terhadap pemecatannya, walaupun pada ketika itu,Badan Disiplin UMNO memberikan 14 hari tempoh untuk mengemukakan rayuan ??? Di sini dapat dinilai, adakah beliau benar-benar berjiwa UMNO ataupun hanya berjuang demi kepentingan bapanya.Banyak cara dan jalan dibentang dihadapannya untuk memperbetulkan semula asas perjuangannya,namun beliau memilih untuk mengkhianati UMNO sehingga membawa kepada pemecatannya. 

Apa yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa sebenarnya hanyalah untuk melihat sendiri,masih adakah saki baki perjuangan UMNO dalam diri Mukhriz.Nampaknya,semangat dan perjuangannya kini hanya tertumpu kepada usaha pemberontakan yang dilakukan oleh bapanya disamping melunaskan dendam politiknya terhadap UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates