Menteri Besar Kelantan dan Murshidul Am PAS,Nik Aziz dijangka akan melawat kawasan orang Asli,Pos Hendrop di Lojing .
Difahamkan Nik Aziz akan mengistiharkan 9,000 ekar tanah untuk digazet dan memberi bonus kepada orang Asli setempat,termasuk 11 orang Asli dari Kampong Bihai.
Ini adalah janji pilihanraya umum 2008 yang masih belum ditunaikan.Tiada lain yang dilakukan oleh Nik Aziz melainkan mengulangi janji lama yang tidak dikotakan lagi.untuk seterusnya sila KLIK DI SINI
Sementara menunggu janji pilihanraya ini akan dikota,tanah-tanah orang Asli telah dirampas,diusir keluar dari rumah mereka, dan alam sekitar tercemar untuk kerajaan negeri pajakkan ke taukeh Cina luar jadikan ladang rakyat dan ladang sayur.
Adakah pengistiharan ini tulin atau masih lagi janji-janji kosong?Bolehkah ianya menjadi kenyataan?
Sebelum Nik Aziz membuat pengisytiharan untuk memberi hakmilik, kawasan tanah yang mahu diberi perlu dikenalpasti.Tanah-tanah yang mahu diberikan perlu dibuat survey (ukur) dahulu.Penerima perlu mendapatkan surat tawaran.
Dari apa yang difahamkan,semua ini belum dilakukan.Ini masih lagi janji yang belum pasti akan menjadi kenyataan.
Menurut Rashid,seorang penduduk orang asli di Kampong Lojing, tanah-tanah yang rata dan sesuai untuk dijadikan penempatan dan cucuk tanam sangat berkurangan.
Dia cabar kerajaan negeri tunjuk kawasan-kawasan yang sesuai kerana hanya tanah-tanah di kawasan tinggi,berbatu dan cerun yang curam saja yang masih tinggal tidak dipajakkan kepada taukeh-taukeh Cina luar.
Ditambah lagi,tidak semua rakyat orang Asli akan dapat manafaat dari pengisytiharan Nik Aziz. Rancangan politik PAS hanya mahu mendapatkan sokongan peratusan tertentu dari masyarakat orang Asli.
Pihak yang bertanggungjawab untuk kerajaan negeri berkenaan orang Asli adalah Jabatan Agama dan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK). Pihak JAHEIK begitu memilih-milih dalam memberi bantuan kepada masyarakat orang Asli.
Berbeza dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) yang memberi bantuan kepada semua orang Asli, JAHEIK hanya membantu orang-orang Asli yang dianggap “hijau.”
Berbeza dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) yang memberi bantuan kepada semua orang Asli, JAHEIK hanya membantu orang-orang Asli yang dianggap “hijau.”
Janji PAS menawarkan orang Asli untuk menjadi peserta Ladang Rakyat yang mendapat elaun bulanan RM200 sebulan pun tidak dikota.Tidak sampai 5% masyarakat orang Asli yang dapat menjadi peserta.
Pengisytiharan ini hanyalah janji-janji dan gimik-gimik PAS semasa pilihanraya. Kerajaan negeri patut dicabar laksanakan janji yang ada.
POST BY WAYNE...
1 comment:
boleh buat video liputan tak..masa poknik pi buat lawatan ke kawasan org asli tu...nak tenguk sambutan nya camna.....
Post a Comment