Social Icons

Pages

Thursday, November 25, 2010

PANAS !!! ISU APCO DAH KEMBALI LAGI !!!



isu APCO telah kembali lagi.sapa yang bersalah pasal isu ni.tentulah ANWAR kerana ANWAR lah yang menimbul kan masalah ini dari dulu.sebab nya senang jer.ANWAR menyata kan 1 MALAYSIA adalah 1 ISRAEL.Anwar Ibrahim akan dihadapkan semula kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membela diri berhubung dakwaannya gagasan 1 MALAYSIA diilhamkan oleh Apco Worldwide,syarikat perunding Amerika Syarikat yang dituduhnya di belakang kempen One Israel.

laporan dari UTUSAN MALAYSIA menyebut Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata,beliau telah meminta Setiausaha Dewan,Datuk Roosme Hamzah untuk menetapkan tarikh sesuai bagi membolehkan mesyuarat itu diadakan.

''Kita perlu mencari tarikh yang sesuai bagi membolehkan Anwar, saksi-saksi dan semua ahli jawatankuasa ini hadir.''Apa yang saya pasti, ia mesti diadakan sebelum sesi sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung,berakhir pada 15 Disember ini," katanya kepada sidang media

Pada 9 Jun lalu,mesyuarat jawatankuasa itu ditangguhkan sebelum sempat mendengar keterangan daripada dua saksi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Pengarah Serantau Apco Worldwide, Brad Staples.

Sehari sebelum itu,mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang mendengar keterangan bela diri Anwar menolak permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu supaya ahli Parlimen pembangkang lain turut serta dalam prosiding itu sebagai pemerhati.segala hasil siasatan jawatankuasa itu akan dibentang kepada sidang Dewan untuk diputuskan dan berdasarkan bilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang lebih ramai, Anwar hampir pasti akan dikenakan tindakan digantung daripada menghadiri sidang berkenaan.

Pada 22 April lalu,ekoran usul yang dibentangkan oleh Mohamed Nazri, Dewan Rakyat memutuskan melalui undian suara terbanyak untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan beliau,kononnya konsep 1MALAYSIA diilhamkan oleh Apco Worldwide.Apco Worldwide yang menafikan dakwaan Anwar berkata, kerajaan Malaysia menggunakan khidmat mereka selepas gagasan 1Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dakwaan penglibatan firma itu dalam kempen 1 ISRAEL adalah palsu.

Enam ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Datuk Seri Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah); Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar); Nancy Shukri (BN-Batang Sadong); R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor)Sementara itu,Mohamed Nazri yang ditemui pemberita di lobi Parlimen memberitahu, semua wakil rakyat BN berpendapat Anwar wajar dikenakan tindakan yang tegas.

''Saya juga bersetuju dengan pandangan ini memandangkan Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah pembangkang turut mengambil tindakan tegas dengan menggantung wakil rakyat BN.''Mereka nampaknya telah menunjukkan contoh untuk diikuti kita," ujarnya.

Pada 15 Julai tahun lalu, DUN Selangor meluluskan usul menggantung bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo selama setahun dengan segala keistimewaan kepadanya dilucutkan.Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN berkenaan sebelum itu telah mencadangkan Mohamad Khir digantung kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis)Baru-baru ini, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim turut digantung selama enam bulan kerana didakwa membuat kenyataan menghasut berkaitan tragedi 13 Mei 1969.

itu lah ANWAR .semua nya nak di bangkang..1 MALAYSIA di katakan 1 ISRAEL..habis tu kalau PAS FOR ALL apa cita ??? dulu pun ada juga ISRAEL FOR ALL...macam-macam lah ANWAR ni..lama tak dengar kisah SHAMSIDAR..anak dia dah besar sekarang..oppss..tak leh lebih-lebih..kang BADUT RAKYAT kena serang...

POST BY WAYNE...

1 comment:

Mordecai Kucai said...

Ni lah kisah orang bodoh yang hendak menjadi PM Malaysia.

Bersuaranya seperti itu ibarat mengigit jari yang menyuapnya. Iaitu jari Yahudi. Kalau tak cukup jahat jangan jadi penjahat.

Kalau masih teringin nak buat baik berhenti lah jadi Penjahat. Buat baik saja belaka laka.

Penjahat tak perlu fikir yang baik baik.. kerana dia berani mati. Ni terkecut kecut teloq... cakap jer berapi. Tongk kosong!

 
 
Blogger Templates