Justeru Karpal memberi peringatan bahawa Hakim Mohamad Zabidin boleh dikenakan tindakan sedemikian sekiranya didapati berat sebelah atau akan bersikap berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.Karpal berhujah demikian semasa mewakili Anwar dalam permohonannya supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan hakim itu telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam bela tersebut.
Ia didakwa dilakukan setelah Karpal memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan agar hakim itu menarik diri kerana tidak mematuhi prinsip keputusan Mahkamah Agung pada 1993 semasa menolak permohonan mereka untuk dibekalkan dengan nota klinikal tiga doktor yang memeriksa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.Anwar,dibicarakan atas tuduhan meliwat pengadu yang juga bekas pembantu peribadinya di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Permohonan itu dikemukakan di peringkat soal balas terhadap saksi pendakwa ketiga, pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng.Ini merupakan kali kedua Ketua Pembangkang itu mengemukakan permohonan sedemikian dengan kali pertama pada 8 Februari lalu atas dakwaan hakim tersebut bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar tersebut.Bagaimanapun 10 hari kemudian, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan menolak permohonan itu setelah mendapati tiada sebab untuk beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.
Rayuan terhadap keputusan itu sepatutnya didengar di Mahkamah Rayuan pada 19 Mac lalu tetapi tiga hari sebelumnya, Anwar menarik balik rayuannya dengan alasan untuk menyegerakan perbicaraan kes.Dalam hujahnya semalam, Karpal menyatakan,ugutan terhadap peguambela yang sedang menjalankan tugasnya adalah sesuatu yang sangat serius.
Ujar Karpal,walaupun hakim tersebut telah menarik balik ugutan tersebut ke atasnya tetapi ia tidak bermakna prejudis atau berat sebelah telah terhapus sepenuhnya daripada pemikiran hakim berkenaan.Menurutnya lagi, permohonan itu juga dibuat sejajar dengan peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap tertuduh berhak memperoleh perbicaraan yang adil.Sambil mendakwa ini kali pertama permohonan sebegini difailkan dengan alasan ugutan ke atas peguam oleh hakim, Karpal memberitahu, perbicaraan kes itu turut diperhatikan oleh seluruh dunia malahan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan.
Bukan itu sahaja,Karpal berkata,Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton turut menggesa kerajaan memastikan Anwar memperoleh perbicaraan yang adil.Di samping itu, katanya, wakil daripada beberapa pejabat kedutaan dan pesuruhjaya tinggi negara-negara asing hadir mengikuti perbicaraan tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria yang menggantikan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang tidak dapat hadir kerana sakit memberitahu, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menjawab hujah pihak pembelaan.Beliau berkata,pihaknya juga perlu mendapatkan arahan lanjut daripada Mohd. Yusof.Mahkamah kemudian menetapkan hari ini untuk mendengar hujah balas pihak pendakwaan.
lepas ni kita tengok lah sama ada berjaya atau tidak Karpal Singh dengan misi nya supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri secara sukarela daripada terus mendengar kes liwat melibatkan Anwar.
POST BY WAYNE...
1 comment:
suruh Anwar jadi hakim dan karpal singh jadi pembela..baru lah keadilan yang sebenar akan wujud
Post a Comment