Social Icons

Pages

Showing posts with label KARPAL SINGH.... Show all posts
Showing posts with label KARPAL SINGH.... Show all posts

Friday, April 21, 2017

FAKTA !!! JIKA #KARPALSINGH MASIH HIDUP ADAKAH BELIAU AKAN PELUK #TUNMAHATHIR #TUNM ???


Jika bekas Pengerusi DAP,Karpal Singh masih hidup kini,adakah beliau akan memeluk Mahathir seperti mana pemimpin DAP yang lain.Ini adalah kerana sejarah pahit Karpal yang juga seorang peguam ketika menjadi pembangkang ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.Pada Oktober 1987,mendiang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang dengan dakwaan terlibat melakukan ketegangan kaum di dalam negara.Karpal dibebaskan pada bulan Mac 1988 selepas membuat permohonan habeas corpus di mahkamah.Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober oleh Mahathir untuk menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik di Malaysia.Antara yang ditahan bersama Karpal ialah Lim Kit Siang,Chandra Muzaffar, Datuk Lim Kim Sai dan Datuk Ibrahim Ali. Kali kedua Karpal ditahan. 

Kemudian,mendiang yang pernah menjadi Ahli Parlimen DAP Jelutong kemudian ditangkap semula kali ketiga di bawah ISA dan dipenjarakan sehingga Januari 1989 di bawah akta yang sama oleh Mahathir.Karpal Singh adalah seorang yang lantang dan begitu degil jika sudah mula berhujah tidak kira di dalam mahkamah,Dewan Rakyat ataupun dalam temubual media.Beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang kerap dihalau keluar oleh Speaker dan pernah digantung banyak kali di parlimen.Beliau juga tidak boleh berdiam diri lama jika sudah berasa tidak puas hati dengan seseorang biarpun individu itu adalah dari rakan pakatan atau kerjasamanya sendiri. Ketika bersama-sama dalam Pakatan Rakyat,Karpal dengan lantang mendesak bekas Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertaubat kerana sudah menyebabkan pelbagai masalah di dalam negara ini.Pada masa itu,Karpal berpendapat Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang kerana ketika itu Anwar mempromosi strategi politik untuk lompat parti. 

"Jangan main-main dengan saya,saya katakan dengan sejelas-jelasnya kepada semua,Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai masalah dalam negara ini... Anwar Ibrahim harus bertaubat.Saya berpendapat beliau tidak layak memimpin Pakatan Rakyat,saya berfikir pakatan memerlukan seorang pemimpin yang tidak membenarkan kegiatan tidak bermoral seperti lompat parti," katanya pada ketika itu pada tahun 2009.Kalau Karpal ada lagi,sudah pasti Mahathir akan diminta bertaubat oleh Karpal Singh.Sudah pasti Karpal akan screw Mahathir habis habisan kerana pernah menahannya sebanyak 3 kali di bawah ISA.Jika dilihat hubungan pahitnya dengan Mahathir selepas disumbatkan ke dalam penjara di bawah ISA,apakah Karpal akan bersetuju dengan DAP yang menjalinkan kerjasama dengan parti PPBM ??? 

Dalam hal hubungan DAP dengan PPBM,banyak penyokong Karpal Singh yang tidak berpuashati dengan Mahathir.Mereka sudah mula gusar dengan hubungan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan PPBM yang rata-rata dianggotai oleh musuh paling hebat mereka dulu ketika masih dalam BN.Karpal sudah tiada.Mahathir juga tidak pernah memohon maaf atas apa yang beliau lakukan dahulu terhadap pemimpin pemimpin DAP.Karpal mungkin akan pergunakan Mahathir jika beliau masih ada.Mahathir yang dilihat memerlukan DAP,bukan DAP yang perlukan Mahathir.Hari ini,Mahathir terpaksa tunduk dan minta simpati dengan DAP.Kalau Karpal masih ada,sudah pasti dia seronok dan ketawa melihat Mahathir tunduk menjadi macai DAP.DAP adalah ketua sebenar Pakatan Harapan.Mahathir hanyalah watak penasihat sahaja yang tiada apa apa kuasa pun. Kalau dalam permainan takraw,DAP adalah tekong,PKR adalah "killer" di sebelah kanan dan PAN adalah "feeder" di sebelah kiri.PPBM hanyalah pemain simpanan sahaja. PPBM hanya disuruh bersorak untuk buat penonton tepuk tangan sahaja.Umpan pengundi Melayu bersorak melihat kampungnya tergadai kena junam dengan roket DAP. Kalau Karpal Singh ada,malu besarlah Mahathir.Dengan Chen Man Hin,Penasihat Seumur Hidup DAP pun Mahathir sanggup duduk sama,apatah lagi bersama dengan Karpal Singh.Demi kuasa dan kedudukan,Mahathir membolehkan apa sahaja. "The end justify the means".

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 25, 2014

FAKTA !!! KEMATIAN #KARPALSINGH TELAH MENGUBAH LANDSKAP #POLITIK NEGARA !!!



Kematian pengerusi kebangsaan DAP dalam satu kemalangan ngeri bukan sahaja mempunyai implikasi mendalam terhadap parti perkauman Cina tiu malah ke atas pakatan pembangkang di mana Pas dan PKR adalah sekutunya.Walaupun secara keseluruhan kesannya tidak akan dapat dilihat dalam jangka pendek namun senario yang lebih menggemparkan pembangkang ialah ketiadaan Karpal sebagai tokoh veteran politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.Walaupun patah tumbuh hilang berganti,kematian Karpal menwujudkan satu kekosongan atau ‘void’ yang tidak mampu diisi oleh mana-mana pemimpin Dap hatta anaknya,Gobind, sekalipun.Ini kerana Karpal adalah satu institusi di dalam Dap seperti juga bekas setiausaha agung,Lim Kit Siang dan penasihat seumur hidup parti itu,Dr Chen Man Hin.Selepas kematian Karpal,Dap terpaksa bergantung kepada Kit Siang untuk membimbing dan memberi halatuju parti bagi menghadapi PRU14. 

Dalam keadaan status sah Dap sebagai sebuah parti politik masih terumbang-ambing,bencana yang melanda parti itu bagaikan sudahjatuh ditimpa tangga pula.Sudah tentu masa akan menentukan masa depan parti itu sebagai sebuah kuasa politik yang bercita-cita besar bersama-sama Pas dan PKR untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan.Namun ketiadaan Karpal sebagai ‘tink tank’ kepada Dap akan menyebabkan pelbagai rancangan dan strategi Dap bagi menghadapi PRU14 terpaksa dirombak semula.Pertamanya sudah tentu satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang.Dap mungkin mampu memenangi kerusi parlimen itu semula memandang ia adalah salah satu kubu kuat parti itu.Disamping itu sentimen kesedihan terhadap kematian tokoh veteran itu mungkin akan melonjakkan sokongan terhadap parti itu dalam PRK atas faktor menghormati mendiang.Apa hal pun BN kala atau menang dalam PRK akan datang itu tidak memberi apa-apa kesan kepada perimbangan kuasa kerana kerajaan pusat tetap berada di bawahnya.Yang lebih membimbangkan pembangkang terutamanya PKR ialah ketiadaan Karpal bagi mengetuai pasukan pembelaan dalam menyediakan rayuan terhadap hukum lima tahun penjara yang dihadapi Anwar Ibrahim. Samada Gobind, R. Sivarasa atau S.N. Nair, tidak ada di antara mereka yang sehebat Karpal dalam mengendalikan kes liwat Anwar. 

Bukankah kehebatan ilmu undang-undang Karpal yang membolehkan perbicaraan kes liwat kedua ketua umum PKR itu berjaya ditangguh lebih 60 kali ??? Karpal adalah perancang utama dalam mengenalpasti setiap kelompongan dalam undang-undang bagi melepaskan anak guamnya itu daripada hukuman.Samada pasukan pembelaan Anwar mampu melakukan keajaiban undang-undang yang pernah dilakukan Karpal bergantung sejauh mana hebatnya pasukan yang telah ditinggalkan Karpal buat selamanya.Anwar sudah tentu semakin tertekan dan merasakan kehidupannya bertambah sempit tanpa Karpal.Penyokong pembangkang pula dilihat sudah kehilangan arah dan punca dengan kehilangan Karpal sehingga komen-komen menyalahkan Umno mula kedengaran berhubung kematian Karpal. Tahap pemikiran penyokong pembangkang seperti ini tidak ubah seperti pemimpin mereka,Anwar yang membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa beliau boleh menyelesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat. 

Kematian Karpal menyulitkan lagi dilema yang dihadapi pembangkang dengan keadaan politik PKR yang semakin kusut.Percakaran antara pemimpin PKR merebut jawatan menjelang pemilihan parti itu Mei depan dengan menyalahkan satu sama lain menyebabkan pakatan pembangkang bertambah lemah.Bagaimanapun ini tidak pula bermakna sokongan terhadap pembangkang akan merudum dalam masa terdekat. Apa yang jelas dengan pelbagai tekanan yang dihadapi oleh pakatan pembangkang, cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya juga semakin pudar. Apatah lagi Pas pula sedang bersiap sedia untuk mengemukan bil persendirian berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Dengan pemergian mengejut Karpal yang menjadi penentang hukum hudud paling vokal dalam pakatan pembangkang selama ini, senario penentangan Dap mungkin turut berubah.Samada Kit Siang pula mengambil alih obor penentangan terhadap perlaksanaan hukum hudud adalah menarik untuk diperhatikan dalam masa terdekat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, April 23, 2014

FAKTA !!! BETUL KERR POLIS TAK JAGA MAYAT #KARPALSINGH ??? WAJIB BACA !!!


Ketika mayat karpal diarak oleh penyokong beliau,ramai penyokong beliau hadir memberi penghormatan yang terakhir dan di dakwa menyulitkan keadaan kerana hadirin yang datang cukup ramai.Lalu berbunyi di media pembangkang Polis tak buat kerja dan kesesakan itu adalah berpunca dari Polis kerana Polis tak pergi berarak sama.Adakah tugas wajib polis untuk jaga mayat Karpal Singh ??? 


Apabila semua dilarang untuk berhimpun oleh Polis marah pulak kat polis,apa cerita ??? sekarang tiba-tiba nak marah Polis kononnya tak datang.Itu aktiviti yang kita sedia maklum keadaan itu sesak dan berpunca dari kegelojohan mereka sendiri sekarang.Polis dipersalahkan lagi !!! betul kerr polis tak jaga ???  Abis buat apa kerajaan negeri guna wang rakyat tubuhkan pasukan baju purple tu ??? Jaga lalu lintas pun fail kerr ??? muahahaha


LIHAT KENYATAAN DI BAWAH !!!

LEBIH 50 ANGGOTA POLIS BERTUGAS SEHINGGA MAYAT KARPAL SINGH DIBAKAR 

Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Krematorium Batu Gantung di sini,Ahad lepas.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain menjaga lalu lintas pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama,di sini serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.

"Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh).Mereka ditugaskan di situ bagi melancarkan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan dan menjaga ketenteraman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan kerajaan negeri membidas polis yang didakwa gagal hadir seperti yang dirancang untuk mengawal orang ramai yang bersesak-sesak di Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh pada Ahad.Ketua Menteri Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata kerajaan negeri akan melakukan post-mortem berhubung perkara itu.Abdul Rahim berkata dua pegawainya termasuk Pemangku Ketua Polis Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri DSP Abdul Rahim Md Din menghadiri mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan jadual perjalanan upacara penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang dan persemadian Karpal Singh.Beliau berkata dua pegawai dan 20 anggota trafik bertugas pada hari Ahad iaitu semasa perjalanan mayat Karpal Singh untuk ke Krematorium Batu Gantung dan lebih 10 anggota polis berpakaian preman bertugas sepanjang tempoh orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.Abdul Rahim berkata anggota trafik yang bertugas itu diletakkan di setiap persimpangan jalan mayat mendiang diarak menuju ke krematorium iaitu Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Burma, Jalan Perak, Jalan Macalister, Jalan Residensi, Jalan Utama dan Jalan Scotland.

"Sepanjang tempoh (membawa mayat Karpal Singh) perjalanan begitu baik dan tidak berlaku sebarang kesesakan teruk. Sehingga hari ini kami juga tidak menerima sebarang laporan polis sama ada berlaku kekecohan atau sebagainya.Jadi saya tidak faham mengapa kerajaan negeri kata kami tidak menempatkan anggota polis dan saya nafikan perkara itu.Kami ada gambar-gambar untuk buktikan polis jalankan tugas,polis telah jalankan tugas untuk kepentingan masyarakat," katanya. Karpal Singh,74,bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Ahad lepas. - BERNAMA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, April 22, 2014

FAKTA !!! KEMATIAN #KARPALSINGH !!! ADAKAH WAJAR #PULAUPINANG KIBAR BENDERA SEPARUH TIANG ???


Bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas peristiwa tertentu terutamanya kematian atau kemangkatan seseorang yang begitu banyak berjasa atau pembesar-pembesar negara.Kadangkala,bendera separuh tiang turut dikibarkan atas sebab-sebab bencana besar yang menimpa rakyat dalam negara.Arahan pengibaran bendera separuh tiang untuk seluruh negeri atau negara merupakan satu penghormatan yang sangat tinggi dan tidak boleh diberikan atas kapasiti peribadi atau kelompok kecil masyarakat,jauh sekali parti politik.Berdasarkan hakikat ini,arahan kerajaan Pulau Pinang agar menghormati pemergian Karpal Singh dengan pengibaran bendera separuh tiang dilihat sebagai tidak tepat dan tidak perlu sama sekali.saya tidak pernah menafikan yang mendiang Karpal Singh turut mempunyai jasa di dalam negara,namun hakikat yang perlu diterima ialah jasanya tidaklah seberapa bagi membolehkan beliau menerima penghormatan sebegitu rupa. 

Kita sedia maklum bahawa Karpal adalah seorang peguam yang masyhur serta seorang ahli politik yang terkenal dengan ketegasan.Mendiang dikatakan berprinsip,beradab dan merupakan seorang yang budiman.Kenyataan ini,walaubagaimanapun,masih boleh dipersoalkan kerana mendiang pernah mendedahkan Anwar sebagai peliwat tetapi kemudiannya seolah-olah menafikan pendedahannya sendiri,apabila menjadi peguambela Anwar dalam kes liwat.Sejak itu,Karpal tidak sekali pun tampil menjelaskan apakah kebenaran sebenarnya.apakah mendiang menipu ketika mendedahkan Anwar sebagai peliwat suatu ketika dahulu ??? Atau apakah mendiang ‘sekadar’ tersilap ketika menuduh Anwar sebagai peliwat pada ketika itu ??? Jelas,mendiang bukanlah seorang yang ‘berprinsip’ sepertimana yang dikata.Tindakan Karpal telah membawa kekeliruan dan kekecohan yang berpanjangan dalam politik negara,sekali gus menafikan hak untuk pemergiaannya dihormati sebegitu rupa.Karpal bukan pejuang kemerdekaan,keamanan atau personaliti yang membawa apa-apa perubahan kepada landskap hidup rakyat.

Karpal mungkin pernah membela nasib beberapa orang rakyat dalam kes-kes mahkamah yang dikendalikannya,tetapi semua itu adalah bersifat peribadi antara peguam dengan pelanggan, bukan dengan negara atau rakyat keseluruhan.Karpal mungkin seorang yang banyak berjasa pada DAP,tetapi bukan kepada Pulau Pinang atau Malaysia.Karpal bukan seorang Ketua Menteri tetapi sekadar Ahli Parlimen dan bekas Pengerusi DAP.Malah,perletakan jawatannya sebagai Pengerusi pula adalah akibat didapati bersalah mengikut Akta Hasutan atas tindakannya mempersoalkan tindakan Sultan.Ini membuktikan bahawa Karpal juga bukan seorang warganegara yang baik yang mana menafikan terus kelayakannya untuk diangkat setaraf wira di kala kematiannya. 

Pendek kata,Karpal hanyalah seorang Ahli Parlimen dan belum ada dalam sejarah negara di mana kematian seorang Ahli Parlimen biasa mendapat penghormatan pengibaran bendera separuh tiang seperti Karpal Singh.saya menghormati mendiang serta turut bersimpati dengan keluarganya.Takziah dari kita semua atas pemergiannya.Namun,fakta dan hakikat tidak boleh diketepikan begitu saja.Hakikatnya,Karpal bukan bertaraf negarawan,jauh sekali pahlawan.Faktanya,Karpal hanyalah seorang ahli politik sama dengan ahli-ahli politik lain.Justeru,tindakan Pulau Pinang memberi penghormatan pengibaran bendera separuh tiang dilihat sebagai keterlaluan dan tidak wajar sama sekali.Malah,ia dilihat sebagai satu penghinaan kepada tokoh-tokoh negarawan dan pahlawan yang benar-benar berjasa kepada negara ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH #KEMALANGAN MAUT #KARPALSINGH DIDEDAHKAN !!!


Ekoran laporan meluas mengenai kemalangan yang mengorbankan ahli parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh Khamis lalu,pihak suaratv menerima banyak makluman balas yang dikirimkan melalui email dan ruangan komen yang dikirimkan oleh pembaca.Paling memeranjatkan apabila pihak editorial,portal itu juga turut menerima satu rakaman kemalangan maut tersebut dan dikirimkan oleh mereka yang tidak dikenali.Menurut pengirim email tersebut,dia adalah antara penumpang yang terawal tiba di lokasi kemalangan tersebut.Berikut adalah rakaman yang dimaksudkan itu.



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, April 20, 2014

EKSKLUSIF !!! SENARAI #SAMAN YANG #KARPALSINGH ADA DIDEDAHKAN !!!


saya minta maaf dengan posting yang saya keluarkan ni.tapi ini adalah fakta.sebelum ini pemimpin pembangkang termasuk karpal singh sering menceritakan yang kononnya kerajaan makan duit rakyat.bagaimana pulak dengan di bawah.tu pun duit rakyat kan ??? saya harap gobind selesaikan semua ini.lagi 1 segala saman yang keluarga anda ada pun tolong settle kan kerana ini duit rakyat tau



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNG 

Saturday, April 19, 2014

FAKTA !!! #KARPALSINGH TERIMA #PEMBALASAN KERANA #KEJAHATAN SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!


ini adalah untuk renungan bersama,ini juga adalah kenyataan.saya terpaksa keluarkan fakta ini khas untuk anda wahai pembaca Badut Rakyat TERUTAMA PEMBANGKANG !!! Sila baca sampai habis dan kemudian anda fikirkan.Jika anda rasa apa yg dikatakan ini betul dan anda setuju,sila sebarkan pula kepada rakan,kenalan dan ahli keluarga anda.Jika anda tidak setuju,sila abaikan.Hari Rabu tanggal 22 Oktober 1997 jam 5.14 petang (mengikut hansard Parlimen),ahli parlimen Jelutong,Tuan R. Karpal Singh telah membangkitkan dalam Dewan Rakyat kegiatan homoseksual Timbalan Perdana Menteri ketika itu,Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ini berikutan satu perjumpaan yang telah diadakan oleh Karpal Singh dengan bekas pemandu Datin Seri Wan Azizah,iaitu Azizan Abu Bakar sebelum itu yang mengadu kepada Karpal beliau tidak tahan diliwat Anwar Ibrahim.Satu akaun bersumpah juga telah dibuat oleh Azizan melalui firma guaman Karpal Singh.

Memandangkan Karpal membangkitkan perkara itu di dalam Dewan Rakyat,iaitu satu institusi yang tinggi dan berintergriti dalam negara,serta kedudukan Dewan Rakyat itu yg tidak membolehkan ahli-ahlinya berbohong,maka Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir mengambil serius dakwaan tersebut dan telah mengarahkan satu siasatan dijalankan oleh polis.Manakala Anwar Ibrahim tidak berani membawa usul untuk merujuk Karpal kepada J/kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.Ini menguatkan lagi bukti bahawa apa yang dikatakan Karpal Singh adalah betul.Hasil siasatan yang dijalankan polis mengesahkan Anwar terlibat dalam kegiatan homoseks.Pada 2 September 1998,Datuk Seri Dr Mahathir telah bertindak memecat Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan.Setelah ditahan dan didakwa di Mahkamah kerana kesalahan meliwat Sukma,Munawar Anes dan Azizan Abu Bakar,tiba-tiba Karpal Singh selaku orang pertama yang mendedahkan kegiatan homoseks Anwar telah bertukar arah dan terlibat dalam barisan peguambela Anwar pada 1999 untuk perbicaraan kes liwat yang dibangkitkan olehnya sendiri pada 1997. Daripada 1999 hingga 2005 memakan masa 6 tahun. 

Oleh kerana kemunafikkannya itu,pada 2005 Karpal telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Pulau Pinang yang membuatkan beliau lumpuh dan terpaksa bergerak atas kerusi roda.Tahun 2008 Anwar Ibrahim ditangkap dan didakwa kali kedua atas kesalahan homoseks,iaitu meliwat Saiful Bukhari Azlan.Walaupun dalam keadaan lumpuh dan berada atas kerusi roda Karpal sekali lagi bertindak sebagai peguambela Anwar dan mempertahankan kegiatan homoseks Anwar.Daripada 2008 hingga 2014 memakan masa 6 tahun.Selepas enam tahun Kemalangan,Karpal kemalangan lagi sekali dan akhirnya kemalangan itu meragut nyawanya.Beliau mati dalam keadaan yang sangat ngeri.Dimana mukanya dalam keadaan senget dan matanya terbeliak.Beliau sendiri yang mendedahkan kegiatan homoseks Anwar dan kemudiannya beliau sendiri pula yang mempertahankan kegiatan homoseks Anwar. 

Tindakannya itu membuat orang ramai keliru dan seterusnya membuat masyarakat berpecah belah.Mungkin inilah balasannya terhadap manusia yang jahat seperti Karpal.Akhir kata marilah kita sama-sama renungkan pengajaran atau iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN FAKTA !!! #KARPALSINGH MATI MENINGGALKAN HUTANG !!! HUTANG APA ??? WAJIB BACA !!!


pepatah ada mengatakan,Harimau Mati Meninggalkan Belang.Tapi dalam kes Karpal singh ni,lain pulak ceritanya.Dia pergi meninggalkan hutang.saya bukan nak kacau urusan peribadi karpal singh,tapi ini adalah kenyataan,lagipun keluarga tengah meratapi pemergian beliau.apapun,hakikat tetap hakikat.Kebenaran tetap perlu ditegakkan.kita perlu terima realiti mengenai perkara tersebut.Kebenaran itu memang susah untuk kita telan.pemergian Si Karpal tu telah membawa bersama satu persoalan mengenai dakwaan yang telah dibuat pada tahun 1997 yang lalu.Pada ketika itu,Karpal Singh telah membuat tuduhan terhadap anwar ibrahim secara terang - terangan mengenai salah laku moral didalam sidang Parlimen.

Waktu tu jugak Karpal Singh membuat desakan supaya anwar ibrahim digugurkan dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.Kata Karpal,dia boleh membawa saksi serta mangsa yang terbabit dalam salah laku moral hubungan seksual luar tabiie anwar ibrahim sebagai bukti.Malah,pada waktu itu juga,Karpal sendiri yang menjadi wakil kepada Bekas Pemandu Peribadi Wan Azizah menghadapi anwar ibrahim di mahkamah.Maka,keputusan pihak mahkamah yang mendapati bahawa anwar ibrahim seorang Peliwat adalah hasil kerja yang ditinggalkan oleh Karpal singh. 

kenapa dalam kes liwat kali kedua yang melibatkan anwar ibrahim dengan Saiful,Karpal singh tiba - tiba berubah arah dan menjadi Ketua Peguam untuk anwar ibrahim ??? adakah kerana duit ??? Perkara itu yang masih lagi menjadi satu tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga hari ini dan jawapan kepada persoalan itu telah dibawa Karpal ke dalam kubur. 

Kesimpulannya, Karpal singh masih lagi berhutang besar dengan seluruh rakyat Malaysia mengenai dakwaan yang dia buat.Sekarang siapa yang nak melunaskan hutang dia tu ??? Mampu ke anak dia nak langsaikan hutang tersebut ??? cuba anda fikirkan soalan ni baik-baik.saya tuju soalan ini kepada pembaca dari pembangkang yang suka sangat sokong anwar ibrahim tu.bukti dah ada tapi masih lagi kata bukan anwar,habis tu muka dah sebijik tu sapa dia ??? takkan adik anwar ??? takkan abang anwar ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, April 18, 2014

KURANG AJAR !!! ANAK SAUDARA #KARPALSINGH #ANILJS KATA KEMALANGAN TELAH DIRANCANG !!!


nak tak saya sebut 1 perkataan ??? KEPALA OTAK KO LAHHH !!! rancang ??? oooh kalau macam tu semua accident yang berlaku kat lebuhraya dirancang lahhh Anil JS ??? anda tak baca dan tak tengok berita kerr yang pemandu lori tu tak kenal siapa yang langgar dia dan pemandu lori tu juga di bawah pengaruh dadah ??? anda dapat bayangkan tak kalau di bawah pengaruh dadah macam mana ??? lagi pun bukan kerr banyak saman ??? ayat bodoh digunakan oleh anil JS nak bagi orang panas lahh tu


Kita memahami saat ini ahli keluarga mendiang pastinya sedih dengan berita yang mengejutkan ini.Tetapi apabila membuat tuduhan memba-bi buta seperti ini,ia adalah satu tindakan yang melampau.Apa yang dilaporkan oleh media,kemalangan berlaku disebabkan kereta mendiang Karpal dipandu laju dan tambahan pula kenderaan itu memiliki rekod kesalahan trafik yang banyak masih belum dibayar.Kenapa kaitkan dengan politik ??? Jelas sekali,Anil JS mencabar pihak berkuasa untuk melakukan tangkapan ke atas dirinya.Kalau dah siap memfitnah kononnya kemalangan dirancang,memang sesuatu tindakan yang agak berani dan Anil JS perlu ditahan untuk siasatan lanjut.Lebih-lebih lagi kes ini melibatkan individu yang berprofil tinggi.Tindakan mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah dia mengetahui apa yang berlaku sehingga terjadinya kemalangan tersebut.

FAKTA DI BAWAH MEMBUKTIKAN PERKARA SEBENAR !!!

TOLONG BACA SAMPAI HABIS !!!

Kawasan Gua Tempurung yang menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Bekas Pengerusi DAP,Karpal Singh merupakan antara kawasan panas yang sering berlakunya kemalangan maut.Bukan itu sahaja,kawasan tersebut juga pernah mengalami tanah runtuh pada Oktober 2004.

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga pernah mencadangkan kepada pengurusan Lebuhraya Utara Selatan supaya kawasan tersebut ditambah baik dari segi pencahayaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan itu. 

Berikut merupakan antara beberapa tragedi kemalangan ngeri yang pernah berlaku di kawasan tersebut.  
10 Ogos 1998 : Empat pekerja penyelenggara lebuh raya terbunuh dan tiga lagi rakan mereka cedera termasuk dua parah, setelah dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 300.

27 April 2007 : Tiga beranak maut apabila kereta yang mereka dinaiki terlibat dalam kemalangan semasa hujan lebat di kilometer 309. 

07 Oktober 2009 : Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lapan penumpang cedera termasuk seorang parah apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler di kilometer 305.

22 Julai 2010 : Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di kilometer 301. 

25 Disember 2013 : Dua pemandu lori maut dalam kemalangan di kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan. 

17 Mac 2014 : Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah Bas Ekspres Konsortium yang jatuh terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter di kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan.

Justeru,orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu mengikut halaju yang telah ditetapkan selain sentiasa berhati-hati di kawasan.

ADAKAH SEMUA FAKTA DI ATAS DI RANCANG ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, April 17, 2014

BREAKING NEWS !!! #KARPALSINGH MENINGGAL DUNIA !!! LAPORAN KEMALANGAN DIDEDAHKAN !!!



Ahli Parlimen Bukit Gelugor,Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6,Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau,Michael Cornandez.Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

di bawah adalah laporan penuh kemalangan



LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA 

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt: 960/14 
2. Tkh : 17/04/2014 
3. Masa : 0110hrs 
4. Lokasi : KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara) 
5. Sek APJ : Sek 41 (1) APJ 1987 
6. Kend Terlibat : 
K1 : M/Mpv No.KS 9898 (Toyota Alphard)
K2 : M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan) 

7. Mangsa : 
M1 : Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut) Kpt: 400628-07-5079 Umur:74thn Alamat: No.144 A, Jalan Utama 10450, Georgetown, Pulau Pinang 

M2 : Nama : dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut) 

M3 : Nama : (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh Kpt: belum diperolehi Umur: - Alamat:- 

M4 : Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera) Kpt: 760409-07-5211 Umur: 38thn Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja Chulan, 50200, W. P. 

M5 : Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera) Kpt: Warganegara India Umur: 27thn Alamat: - 

M6 : Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera) Kpt: 690830-05-5 053 Umur: 45thn Alamat: No 528 Blok B, Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor 

M7 : Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 910829-08-6356 Umur: 23thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya,Selangor 

M8 : Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti Abdullah (penumpang M/Lori/tidak cedera) Kpt: 101230-10-2508 Umur: 4thn Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor 

8. Ringkasan/Siasatan Awal : 

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek).Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB,Ipoh. 

Siasatan : 

1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit 
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu 
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak di bahagian belakang sebelah kanan. 
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas) 

Peg Penyiasat : ASP Abd Aziz Abd Rahman 
KBKA/KTD 
IPD Kampar

Utk mkluman YDH Dato/Tuan...

itu laporan penuh dari polis IPD Kampar.Untuk rekod,Karpal sebelum ini menjadi kontroversi apabila membantah pelaksanaan hudud.Selain itu beliau juga merupakan antara orang yang terkehadapan dalam menentang keputusan Mahkamah melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu di Semananjung Malaysia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 26, 2014

KANTOI !!! #KARPALSINGH BAKAL HABISKAN SISA HIDUP DI DALAM #PENJARA !!!


Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa’.Ekoran mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP,Karpal Singah bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mac sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman terhadapnya. 

Namun Gobind Singh Deo yang mewakili bapanya,memohon sedikit masa untuk menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman termasuk dokumen sokongan seperti rekod kesihatan Karpal.Sebelum ini,Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun,Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak. 

Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa) baginda yang termaktub di bawah perlembagaan. Sekiranya keputusan tersebut kekal,ahli parlimen Bukit Gelugor itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selari dengan peruntukan yang termaktub di dalam perlembagaan negara.Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih serta tidak mendapat pengampunan.Sekiranya hukuman tersebut kekal, Karpal bukan sahaja terpaksa mengosongkan kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya malah dia juga bakal kehilangan jawatan parti sebagai Pengerusi DAP Pusat.

Ini kerana perlembagaan parti itu turut menetapkan mana-mana ahli parti yang didapati bersalah terhadap sebarang pertuduhan jenayah,mereka tidak dibenarkan untuk memegang, menawar diri atau bertanding dalam apa-apa jawatan. Malah perkara itu turut diakui oleh Karpal yang merujuk situasi sama yang dihadapi Setiausaha Agung parti,Lim Guan Eng,yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.Guan Eng hanya kembali aktif berpolitik pada 2004.Pimpinan PR sebelum ini pernah meminta kerajaan Barisan Nasional agar membatalkan semua pertuduhan yang melibatkan wakil-wakil rakyat dari pembangkang kononnya bagi menghormati proses perdamaian nasional.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, December 02, 2013

HOT NEWS !!! ISU KUCING KURAP !!! SI TUA OKU BERJAYA TUNDUKKAN JEFF OOI !!!


Para pencacai pakatan pembangkang khususnya ‘Red Bean Army’,akhirnya mampu menarik nafas lega apabila episod drama ‘kucing kurap’ yang telah berlangsung sejak sekian lama itu dilihat hampir selesai.Ia ekoran dari permohonan maaf terbuka yang dilakukan oleh ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun kerana dikatakan akur dengan ‘nasihat’ Pengerusi DAP,Karpal Singh yang memintanya berbuat demikian.Jeff Ooi dalam ucapannya di konvensyen DAP Pulau Pinang,menjelaskan bahawa dia tidak akan meminta maaf,seandainya tidak diminta berbuat demikian oleh Karpal. 

“Tiada siapa boleh minta saya minta maaf.Saya tidak akan tarik balik atau minta maaf jika sesiapa minta,kecuali Karpal Singh,pengerusi nasional yang juga ‘harimau jelutong’,” katanya. “Saya dengan ini memohon maaf kepada semua pekerja MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) yang terluka dengan gelaran berkenaan.Saya memohon maaf kerana menghormati permintaan Karpal sebagai ‘Lead of Tiger Jelutong’.Jadi saya sebagai ‘Little Tiger Jelutong’ akan akur dengan kehendak Karpal,” katanya.Terdahulu,ahli parlimen Bukit Gelugor itu dikatakan telah ‘menasihati’ Jeff Ooi agar memohon maaf secara terbuka kepada kakitangan MPPP yang digelar Kucing Kurap baru-baru ini,kerana menyifatkan gelaran itu tidak patut.Disebabkan gelaran tersebut,pelbagai pihak tampil membuat kecaman termasuklah pimpinan dari pakatan yang mendesaknya agar segera menarik kembali kenyataan tersebut dan segera membuat permohonan maaf terbuka.Ini kerana ramai melihat kenyataan tersebut telah mengguris hati dan perasaan orang Melayu kerana majoriti kakitangan MPPP adalah terdiri daripada bangsa Melayu. 

Malah disebabkan isu tersebut,para pencacai pakatan pembangkang dilihat seakan ‘mati akal’ untuk membela kenyataan yang mempunyai unsur perkauman itu.Sekiranya tidak dibela,ia boleh menyebabkan orang Melayu marah sekali gus merosakkan imej pakatan pembangkang.Mereka cuba menggunakan pelbagai isu sampingan bagi mengalihkan tumpuan masyarakat agar melupakan kenyataan ‘kucing kurap’.Persoalannya bagaimana nak bela,kerana kenyataan Jeff Ooi itu jelas memperlihatkan sikap sebenar pemimpin DAP yang selama ini berselindung di sebalik jubah Pas dan Anwar Ibrahim bagi memancing undi simpati dari orang Melayu.Di dalam kejadian sebelum ini,Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah.Malah ketika ditanya mengenainya,Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label ‘kucing kurap’ kepada beberapa pegawai MPPP.Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu. 

 “You are insulting me by sending a lower officer itu ‘kucing kurap’ (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu ‘kucing kurap’)… Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan,” katanya.Kesimpulannya,kenyataan maaf Jeff Ooi yang penuh dengan nada angkuh itu jelas membuktikan ianya tidak ikhlas.Ini kerana,menurutnya ia dibuat kerana akur dan tunduk dengan ‘nasihat’ Karpal dan bukannya kerana rasa bersalah kerana menghina kakitangan bawahan.Apa pun tahniah kepada Karpal,kerana berjaya menundukkan Jeff Ooi.Dia telah membuktikan walaupun sudah tua,cacat dan hanya duduk di kerusi roda namun taring dan kuku ‘Harimau Jelutong’ masih kuat mencengkam DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, November 14, 2013

HOT NEWS !!! PARTI AGAMA !!! NIK AMAR KECAM KARPAL TAPI MAHFUZ PUJI PULAK !!! FUYOOOO !!!


Ramai yang tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Naib Presiden Pas,Mahfuz Omar yang memberikan ucapan terima kasih kepada Pengerusi DAP,Karpal Singh.Lidah rasmi parti itu,Harakah Daily melaporkan kenyataan Mahfuz yang memuji tindakan Karpal menjelaskan isu yang telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Pas kerana menggesa pendaftaran parti itu dilucutkan.“Beliau tidak menyeru agar Pas dibubarkan pendaftaran. Perkara ini telah diputarbelitkan oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal,” katanya.Kenyataan Mahfuz itu dilihat senada dengan pendirian Penasihat DAP,Lim Kit Siang yang sebelum ini turut menyalahkan media kononnya telah memutarbelitkan kenyataan tersebut.Sedangkan sekiranya diteliti,kenyataan Karpal itu telah dilaporkan oleh media pro pembangkang seperti Malaysia Insider,Meloyakini dan Harakah Daily.Apakah ini bermakna, media pembangkang telah tersilap ‘SPIN’ kerana mengambil pendekatan untuk memutarbelitkan kenyataan Karpal ??? Atau sememangnya ia adalah merupakan pendekatan sebenar mereka yang suka memutarbelitkan isu bagi menipu pembaca ???

Sedangkan sekiranya media pembangkang benar-benar profesional dan berintegriti, mereka sewajarnya mendapatkan penjelasan sebenar Karpal terlebih dahulu sebelum melaporkan berita tersebut.Karpal sebelum ini dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftarannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latar belakang keturunan.Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.Ekoran kenyataan tersebut ramai di kalangan pemimpin Pas dari kumpulan ulama bingkas bangun mempertahankan parti itu dari kecaman Karpal Singh.Antaranya Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib,Ketua Penerangan Pas,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.Yang peliknya,Mahfuz adalah merupakan wakil tunggal kumpulan Liberal yang turut mempertikaikan kenyataan Karpal sebelum ini. 

Mula-mula dia kecam,kemudian selang beberapa hari,dia memuji dan berterima kasih kepada Karpal sambil meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain.Hebat bukan ?? Sedangkan sekiranya kita lihat sejarah politik manusia bernama Karpal Singh ini,dia bukannya asing dalam membuat kenyataan yang berbaur perkauman dan sentiasa menyakitkan hari dan perasaan orang Melayu dan Islam.Contohnya dalam tahun tujuh puluhan dahulu, dia pernah menyelar Sultan Selangor dan menjadi ia satu isu yang hangat pada ketika itu.Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah berkata ‘Langkah Mayat Saya,Sekiranya Ingin Mendirikan Negara Islam”.Malah disebabkan sering mengeluarkan kenyataan yang biadab,peguam itu suatu ketika dahulu dikatakan pernah ditampar oleh seorang guru silat.Bagi meredakan kemarahan Pas,Karpal akhirnya terpaksa menggunakan khidmat Kit Siang untuk menjadi posmen bagi menyampaikan pesan kononnya dia tidak pernah bermaksud untuk merujuk kepada Pas bagi menyejukkan hati parti itu. 

Ini kerana,Karpal dan Kit Siang tahu orang Melayu Islam khususnya di dalam Pas akan segera melupakan ketelanjuran mulut celuparnya.Dan yang paling penting,tidak kira apa yang dikatakan,Melayu Islam Pas akan segera lembut hati dan memaafkannya sekiranya ada di kalangan pemimpin parti itu yang membelanya.Kepada pengikut,penyokong dan ahli Pas,sedarlah.Berhentilah dari terus dibodohkan dan tertipu dengan ‘KEIKHLASAN’ Karpal Singh dan DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, November 09, 2013

HOT NEWS !!! PARTI KEAGAMAAN !!! KARPAL SINGH SEKALI LAGI BUAT SANDIWARA BARU ??? WAJIB BACA !!!


sekiranya betul Sandiwara atau tidak,saranan Karpal Singh agar parti berasaskan kaum dan agama dihapuskan perlu diambil serius.Walaupun PAS mungkin menyifatkan saranan Karpal sebagai satu lagi ‘acahan’ bagi meyakinkan masyarakat Cina terhadap perjuangan DAP menghapuskan Islam sebagai agama rasmi,tetapi kita cukup maklum bahawa Karpal bukan sekadar mengacah.Respon PAS sudah dijangka,iaitu mengecam kenyataan Karpal dengan harapan dapat meyakinkan umat Islam bahawa PAS serius mempertahankan Islam dari cabaran DAP.Namun,seperti biasa,kecaman hanya tinggal kecaman selama-lamanya.DAP terus mencabar,PAS terus mengecam sambil di masa yang sama, kedua-duanya terus bekerjasama untuk menang pilihanraya.Dari satu sudut,tuduhan Karpal bahawa parti yang menggunakan nama agama adalah merbahaya mungkin berasas kerana telah terbukti bahawa peristiwa berdarah Memali adalah bertitik tolak dari doktrin PAS yang ekstrem.Malah,sehingga kini PAS terus mempolitikkan peristiwa berdarah itu sebagai modal politik bagi menghentam UMNO. 

Jelas di sini bahawa menggunakan nama agama sebagai nama parti mampu mengelirukan malah menyesatkan,serta memecahbelahkan ummah sehingga membawa kepada pertumpahan darah.Namun,tuduhan Karpal terhadap UMNO atau MCA dan MIC sebagai merbahaya kerana bersifat perkauman tidak dapat dibuktikan.Sebaliknya,UMNO,MCA dan MIC di bawah satu ‘ikatan’ telah terbukti sebagai agen keamanan yang berkesan.Kerjasama ketiga-tiga parti berasaskan kaum inilah,yang telah berjaya mengekang rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 yang dicetuskan oleh DAP,iaitu parti Karpal Singh sendiri yang kononnya bersifat majmuk.Justeru,kita melihat tindakan Karpal membangkitkan soal parti kaum dan agama sebagai membayangkan semangat dan matlamat DAP yang sama dengan 13 Mei 1969.DAP nampaknya sengaja memainkan sensitiviti orang Melayu dan umat Islam secara tidak semena-mena dan tanpa sebab.Sedang pada ketika ini,kewujudan UMNO ataupun PAS langsung tidak mengancam sesiapa sehinggakan DAP sendiri sanggup bekerjasama dengan PAS untuk merebut kuasa. 

Jika PAS begitu merbahaya,tentu DAP tidak berani untuk bekerjasama dengan parti itu.Namun,sebaliknya,PAS merupakan rakan sekutu ‘pasif’ di dalam PR.DAP pula merupakan parti yang dominan dan mampu mengarahkan PAS untuk akur dengan apa saja kehendak mereka.Mana mungkin parti yang pasif menjadi merbahaya kepada parti yang dominan ??? Tidak lain tidak bukan,DAP sengaja menguji PAS sekadar untuk melihat sejauh mana setianya parti itu kepada PR.DAP juga ingin menguji sejauh mana bodohnya PAS untuk membiarkan diri dicucuk hidung dan ditunjal-tunjal kepala.DAP ingin memastikan bahawa PAS hanya mampu merungut dan mengecam,itu sahaja.Kini,DAP pasti yang PAS tidak akan sekali-kali keluar dari pakatan biar apa pun terjadi.Justeru,tidak mustahil,jika DAP mengarahkan PAS membuang nama ‘Islam’ pada parti mereka,maka lambat laun PAS akan akur jua.Secara ringkasnya,memandangkan PAS hanya mengecam kenyataan Karpal tanpa mengancam untuk keluar pakatan bermakna DAP telah menang lagi dalam pusingan ini.Dalam kata lain,PAS telah lulus ujian ketaatan kepada DAP.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, November 08, 2013

KANTOI !!! KENYATAAN KARPAL SINGH IBARAT SERANGAN HENDAP UNTUK PAS !!! WAJIB BACA !!!


Ibarat retak yang menanti belah,Pas jelas terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP,Karpal Singh yang menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama di negara ini termasuk Pas perlu dibatalkan pendaftarannya.Sebelum ini,Karpal dilihat telah berulang kali mempersendakan dan memperkecil Pas termasuk mencabar parti itu melangkah mayatnya terlebih dahulu jika berhasrat mahu mewujudkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud.Menurut Karpal,parti politik dan pertubuhan seumpama itu tidak sesuai diamalkan di negara ini selain berbahaya dan ia perlu diubah atau dibatalkan supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa mengira kaum dan agama.Katanya,sepatutnya parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama tidak dibenarkan kerana ia sesuatu yang serius.Namun,apabila diminta menyentuh mengenai sekolah berasaskan kaum dan pertubuhan-pertubuhan Cina,Karpal enggan mengulas lanjut sambil menegaskan dia hanya bercakap mengenai parti politik. 

Marah dengan kenyataan tersebut,beberapa orang pemimpin tertinggi Pas tampil memberikan kenyataan,bagi membalas kembali serangan hendap ahli parlimen Bukit Gelugor itu.Sebagai contoh Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib semalam membidas Karpal menyifatkannya tidak berhak sama sekali menyarankan Pas dibubarkan pendaftarannya.Sebaliknya,Harun membalas balik teguran Karpal itu dengan mencadangkan agar parti DAP dibubarkan sekiranya merasakan parti perlu berbuat demikian kerana berasaskan kaum dan agama seperti mana didakwa.Selain Harun,Ketua Penerangan parti itu,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Ketua pula menganggap kenyataan Karpal sebagai meludah ke langit kerana menurutnya DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina,sebagai serius serta berbahaya.Selain kumpulan ulama Pas,Mahfuz yang dilihat mewakili kumpulan Liberal parti itu turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Karpal.Menurutnya semua jenis parti selagi tidak melanggari perlembagaan negara perlu diberikan ruang. Sambil menyifatkan ia adalah merupakan satu dari proses demokrasi. 

“Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan Karpal” katanya di lobi parlimen.Tidak cukup dengan itu,Penolong Setiausaha Agung Pas,Datuk Takiyuddin Hassan turut menyelar Karpal,kerana sebagai peguam dan ahli politik senior dia dilihat tidak memahami Perlembagaan dan undang-undang negara yang membenarkan kebebasan berpersatuan.“Saya lihat agama Sikh juga ada persatuannya seperti Sikh Naujawan Sabha Malaysia begitu juga dengan Buddha dengan Dong Zong,semua ini tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini,jadi tindakan beliau amat tidak wajar,”katanya.Menurut pemerhati politik,serangan hendap Karpal itu sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut.Pertama ia adalah merupakan sikap sebenar Karpal yang jelas ingin menunjukkan bahawa hubungan DAP dengan Pas hanyalah sekadar untuk memenuhi kepentingan politik semata-mata.Mereka sebenarnya langsung tiada persamaan dalam asas perjuangan malah tidak pernah sekata dalam banyak perkara dasar.Kedua,amat jelas parti ulra DAP semakin terdesak dengan kemelut dalamannya berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang masih berpanjangan walaupun ia telah diadakan semula.Ini kerana terdapat ahli-ahli parti itu yang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana masih tidak berpuas hati dengan pemilihan semula itu.Jadi,Karpal seolah-olah mahu mengalih perhatian ramai terhadap masalah dalaman partinya yang nampaknya tiada kesudahan.Kesimpulannya,walaupun DAP tidak mengaitkan dirinya dengan mana-mana kaum,namun umum mengetahui bahawa ia adalah sebuah parti yang cenderung memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja atau dalam bahasa mudah ia adalah sebuah parti ultra kiasu yang begitu chuvinis.

ADAKAH INI SEMUA LAKONAN TERBARU PR ATAU SEBALIKNYA ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, May 24, 2013

KANTOI !!! #PRU13 !!! KARPAL SINGH UMPAMA SINGA BAPUK ???


Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah,bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu,beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu.Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” tegasnya yang berani menolak ugutan ‘Singa Bapok’ DAP,Karpal Singh.Tindakan Abdul Aziz sebelum ini,telah menyebabkan Pengerusi DAP,Karpal Singh mengugut beliau untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih terus mendedahkan rahsia DAP.Namun ugutan Karpal itu nyata tidak menggentarkan Abdul Aziz,sebaliknya beliau bertegas akan terus mendedahkan rahsia-rahsia DAP meskipun diheret ke mahkamah.Beliau turut berkata Malaysia adalah tanah airnya dan keluarganya telah menetap di negara ini sejak ribuan tahun. Ugutan Karpal baginya adalah sekadar angin yang berlalu, kerana perjuangannya adalah sebagai seorang anak Melayu yang tidak sesekali akan menjualnya demi keamanan negara. 

Amaran-amaran DAP itu tegasnya lebih menyemarakkan semangat Melayunya untuk melakukan pendedahan mengenai perancangan DAP menghancurkan Malaysia.Karpal sebelum ini menggesa Abdul Aziz supaya menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.Menurut Karpal,jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti.Pada Mei 2012,Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.Pada awal Mei lalu,Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.Tindakan Abdul Aziz nyata memberikan kesan kepada DAP dan mereka khuatir rancangan-rancangan jahat parti cauvinis itu akan terdedah kepada umum sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk menguasai Malaysia.Dengan tindakan yang dibuat Abdul Aziz,ia membuktikan parti itu tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka kononnya untuk rakyat berbilang kaum,sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kebodohan sesetengah pemimpin Melayu yang menyertai parti tersebut.Syabas Abdul Aziz.Teruskan perjuangan sebagai anak Melayu demi tanah air tercinta daripada dimusnahkan parti cauvinis penipu dan rasis.

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, May 18, 2013

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 !!! KARPAL SINGH MEMBANTAI ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!


FIRST TIME IN MY LIFE,I RESPECT KARPAL SINGH FOR HIS STAND ON BLACKOUT 505 !!! THAT IS GOOD STATEMENT AND THIS IS THE WAY KARPAL SINGH !!!

Karpal Singh,Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang kelmarin bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.Katanya,sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai.Sebaliknya,Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). 

"Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan Pakatan Rakyat walaupun saya sendiri dari barisan pembangkang.Negara ada undang-undang.Yang kita berani tentang,kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yang melibatkan manusia sebagai mangsa,saya berundur diri.saya tidak mahu masuk campur," kata Karpal Singh. 

Menurut Karpal Singh lagi,rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505.Sedangkan pada masa yang sama,para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim,sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu.Karpal Singh turut mengulas kenyataan pengasas ASAL BUKAN UMNO (ABU),Haris Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan kekerasan atas alasan porses PRU13,hampir dua minggu lepas,tidak telus dan tidak jujur. "Saya minta kerajaan bertindak dengan segera terhadap pemimpin pembangkang yang keras kepala ini," ujar Karpal Singh lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

Sunday, January 20, 2013

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! KARPAL SINGH BELASAH PAS !!! APA CERITA NI ??? MANA ISLAM PAS ???


Pengerusi DAP Kebangsaan,Karpal Singh akan meminta Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.Karpal dilaporkan Sinar Harian berkata Hadi perlu melakukan perkara itu supaya keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Jan tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu. 

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di Georgetown hari ini.Ahad lalu,Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan sebulat suara bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak. 

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna,tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.Hadi juga termasuk salah seorang ahli Majlis Syura Pas yang bersetuju dengan keputusan tersebut.Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu. 

Semalam,Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.Nik Aziz berkata,perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 

Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata,pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu. Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: “Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas… dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas.” Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan. “Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH !!!


RENUNG-RENUNGKAN

Friday, December 28, 2012

ARAH PULANG GELARAN DATUK !!! BUKTI DAP MEMPERLEKEHKAN RAJA MELAYU !!! APA CERITA NI ???


Pengerusi DAP,Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar,Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu,Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.tapi,sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu,ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini,hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.apa cerita ni ??? anda lihat permainan di situ.Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka.Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP. 

RENUNG-RENUNGKAN 

Sunday, December 16, 2012

KONGRES DAP KE 16 !!! ANAK BERANAK MASIH KUASAI PEMILIHAN DAP !!! MANA MELAYU DAP ???


Pasukan bapa dan anak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mendahului Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16 yang diadakan di Pulau Pinang semalam.Walaupun sebelum ini,Pengerusi DAP,Karpal Singh cuba dijatuhkan dalam kepimpinan DAP pusat,namun keputusan pemilihan menyangkal dakwaan itu apabila beliau mendapat undi ketiga terbanyak,di samping anak sulungnya,Gobind Singh turut dilantik semula.Penasihat DAP Lim Kit Siang mengutip undi paling banyak iaitu 1,607,diikuti oleh Guan Eng (1,576) manakala Pengerusi DAP Karpal Singh meraih 1,411.Sementara itu,Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy,Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham,Exco Kerajaan Selangor,Ronie Liu,Adun Kota Raja,M.Manoharan dan Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong) tewas dalam pemilihan DAP.Berikut adalah senarai 20 pemimpin yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti bagi sesi 2012-2015 pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16. 

1. Lim Kit Siang 
2. Lim Guan Eng 
3. Karpal Singh 
4. Chong Chieng Jen 
5. Anthony Loke Siew Fook 
6. Vincent Wu Him Ven 
7. Tan Kok Wai 
8. Gobind Singh Deo 
9. Tony Pua Kiam Wee 
10. Datuk Teng Chang Kim 
11. Fong Kui Lun 
12. Nga Kor Ming 
13. Chong Eng 
14. Chow Kon Yeow 
15. Liew Chin Tong 
16. M. Kula 
17. Boo Cheng Hau 
18. Teresa Kok Suh Sim 
19. Teo Nie Ching 
20. Ngeh Koo Ham 

semua calon Melayu tewas dalam pemilihan DAP.Mereka adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng,Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi.Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang mendapat 348 undi.Begitu juga dengan satu-satunya ahli dalam (CEC),Ahmad Ton juga turut tewas kali ini apabila hanya mampu meraih 347 undi.Calon lain yang tewas ialah Harun Ahmad (28 undi),Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215 undi) dan Roseli Abdul Gani (39 undi). 

MANA PERGI MELAYU DALAM DAP ???
 
ADAKAH INI DIKATAKAN AKAN MEMBELA DAN MELEBARKAN SAYAP UNTUK ORANG MELAYU ???
 
ANDA LIHAT DI SITU ???
 
RENUNG-RENUNGKAN 
 
 
Blogger Templates