Ketika mayat karpal diarak oleh penyokong beliau,ramai penyokong beliau hadir memberi penghormatan yang terakhir dan di dakwa menyulitkan keadaan kerana hadirin yang datang cukup ramai.Lalu berbunyi di media pembangkang Polis tak buat kerja dan kesesakan itu adalah berpunca dari Polis kerana Polis tak pergi berarak sama.Adakah tugas wajib polis untuk jaga mayat Karpal Singh ???
Apabila semua dilarang untuk berhimpun oleh Polis marah pulak kat polis,apa cerita ??? sekarang tiba-tiba nak marah Polis kononnya tak datang.Itu aktiviti yang kita sedia maklum keadaan itu sesak dan berpunca dari kegelojohan mereka sendiri sekarang.Polis dipersalahkan lagi !!! betul kerr polis tak jaga ??? Abis buat apa kerajaan negeri guna wang rakyat tubuhkan pasukan baju purple tu ??? Jaga lalu lintas pun fail kerr ??? muahahaha
LIHAT KENYATAAN DI BAWAH !!!
LEBIH 50 ANGGOTA POLIS BERTUGAS SEHINGGA MAYAT KARPAL SINGH DIBAKAR
Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Krematorium Batu Gantung di sini,Ahad lepas.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain menjaga lalu lintas pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama,di sini serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.
"Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh).Mereka ditugaskan di situ bagi melancarkan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan dan menjaga ketenteraman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,di sini hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan kerajaan negeri membidas polis yang didakwa gagal hadir seperti yang dirancang untuk mengawal orang ramai yang bersesak-sesak di Dewan Sri Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh pada Ahad.Ketua Menteri Lim Guan Eng dipetik sebagai berkata kerajaan negeri akan melakukan post-mortem berhubung perkara itu.Abdul Rahim berkata dua pegawainya termasuk Pemangku Ketua Polis Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri DSP Abdul Rahim Md Din menghadiri mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan jadual perjalanan upacara penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang dan persemadian Karpal Singh.Beliau berkata dua pegawai dan 20 anggota trafik bertugas pada hari Ahad iaitu semasa perjalanan mayat Karpal Singh untuk ke Krematorium Batu Gantung dan lebih 10 anggota polis berpakaian preman bertugas sepanjang tempoh orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.Abdul Rahim berkata anggota trafik yang bertugas itu diletakkan di setiap persimpangan jalan mayat mendiang diarak menuju ke krematorium iaitu Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Burma, Jalan Perak, Jalan Macalister, Jalan Residensi, Jalan Utama dan Jalan Scotland.
"Sepanjang tempoh (membawa mayat Karpal Singh) perjalanan begitu baik dan tidak berlaku sebarang kesesakan teruk. Sehingga hari ini kami juga tidak menerima sebarang laporan polis sama ada berlaku kekecohan atau sebagainya.Jadi saya tidak faham mengapa kerajaan negeri kata kami tidak menempatkan anggota polis dan saya nafikan perkara itu.Kami ada gambar-gambar untuk buktikan polis jalankan tugas,polis telah jalankan tugas untuk kepentingan masyarakat," katanya. Karpal Singh,74,bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Ahad lepas. - BERNAMA

APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Ok la sesak. Berjaya la. Orang ramai boleh bangga. Kalau tak ada orangbsedihbpula.
Salam Tuan,
Minta jasa baik tuan untuk linkkan blog saya di blog tuan,
www.thekl-chronicle.blogspot.com
Terima Kasih Ya :)
Post a Comment