Social Icons

Pages

Sunday, December 16, 2012

KONGRES DAP KE 16 !!! ANAK BERANAK MASIH KUASAI PEMILIHAN DAP !!! MANA MELAYU DAP ???


Pasukan bapa dan anak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mendahului Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16 yang diadakan di Pulau Pinang semalam.Walaupun sebelum ini,Pengerusi DAP,Karpal Singh cuba dijatuhkan dalam kepimpinan DAP pusat,namun keputusan pemilihan menyangkal dakwaan itu apabila beliau mendapat undi ketiga terbanyak,di samping anak sulungnya,Gobind Singh turut dilantik semula.Penasihat DAP Lim Kit Siang mengutip undi paling banyak iaitu 1,607,diikuti oleh Guan Eng (1,576) manakala Pengerusi DAP Karpal Singh meraih 1,411.Sementara itu,Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy,Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham,Exco Kerajaan Selangor,Ronie Liu,Adun Kota Raja,M.Manoharan dan Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong) tewas dalam pemilihan DAP.Berikut adalah senarai 20 pemimpin yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti bagi sesi 2012-2015 pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16. 

1. Lim Kit Siang 
2. Lim Guan Eng 
3. Karpal Singh 
4. Chong Chieng Jen 
5. Anthony Loke Siew Fook 
6. Vincent Wu Him Ven 
7. Tan Kok Wai 
8. Gobind Singh Deo 
9. Tony Pua Kiam Wee 
10. Datuk Teng Chang Kim 
11. Fong Kui Lun 
12. Nga Kor Ming 
13. Chong Eng 
14. Chow Kon Yeow 
15. Liew Chin Tong 
16. M. Kula 
17. Boo Cheng Hau 
18. Teresa Kok Suh Sim 
19. Teo Nie Ching 
20. Ngeh Koo Ham 

semua calon Melayu tewas dalam pemilihan DAP.Mereka adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng,Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi.Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang mendapat 348 undi.Begitu juga dengan satu-satunya ahli dalam (CEC),Ahmad Ton juga turut tewas kali ini apabila hanya mampu meraih 347 undi.Calon lain yang tewas ialah Harun Ahmad (28 undi),Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215 undi) dan Roseli Abdul Gani (39 undi). 

MANA PERGI MELAYU DALAM DAP ???
 
ADAKAH INI DIKATAKAN AKAN MEMBELA DAN MELEBARKAN SAYAP UNTUK ORANG MELAYU ???
 
ANDA LIHAT DI SITU ???
 
RENUNG-RENUNGKAN 

No comments:

 
 
Blogger Templates