Social Icons

Pages

Friday, April 25, 2014

FAKTA !!! KEMATIAN #KARPALSINGH TELAH MENGUBAH LANDSKAP #POLITIK NEGARA !!!



Kematian pengerusi kebangsaan DAP dalam satu kemalangan ngeri bukan sahaja mempunyai implikasi mendalam terhadap parti perkauman Cina tiu malah ke atas pakatan pembangkang di mana Pas dan PKR adalah sekutunya.Walaupun secara keseluruhan kesannya tidak akan dapat dilihat dalam jangka pendek namun senario yang lebih menggemparkan pembangkang ialah ketiadaan Karpal sebagai tokoh veteran politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.Walaupun patah tumbuh hilang berganti,kematian Karpal menwujudkan satu kekosongan atau ‘void’ yang tidak mampu diisi oleh mana-mana pemimpin Dap hatta anaknya,Gobind, sekalipun.Ini kerana Karpal adalah satu institusi di dalam Dap seperti juga bekas setiausaha agung,Lim Kit Siang dan penasihat seumur hidup parti itu,Dr Chen Man Hin.Selepas kematian Karpal,Dap terpaksa bergantung kepada Kit Siang untuk membimbing dan memberi halatuju parti bagi menghadapi PRU14. 

Dalam keadaan status sah Dap sebagai sebuah parti politik masih terumbang-ambing,bencana yang melanda parti itu bagaikan sudahjatuh ditimpa tangga pula.Sudah tentu masa akan menentukan masa depan parti itu sebagai sebuah kuasa politik yang bercita-cita besar bersama-sama Pas dan PKR untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan.Namun ketiadaan Karpal sebagai ‘tink tank’ kepada Dap akan menyebabkan pelbagai rancangan dan strategi Dap bagi menghadapi PRU14 terpaksa dirombak semula.Pertamanya sudah tentu satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan berikutan kematian penyandang.Dap mungkin mampu memenangi kerusi parlimen itu semula memandang ia adalah salah satu kubu kuat parti itu.Disamping itu sentimen kesedihan terhadap kematian tokoh veteran itu mungkin akan melonjakkan sokongan terhadap parti itu dalam PRK atas faktor menghormati mendiang.Apa hal pun BN kala atau menang dalam PRK akan datang itu tidak memberi apa-apa kesan kepada perimbangan kuasa kerana kerajaan pusat tetap berada di bawahnya.Yang lebih membimbangkan pembangkang terutamanya PKR ialah ketiadaan Karpal bagi mengetuai pasukan pembelaan dalam menyediakan rayuan terhadap hukum lima tahun penjara yang dihadapi Anwar Ibrahim. Samada Gobind, R. Sivarasa atau S.N. Nair, tidak ada di antara mereka yang sehebat Karpal dalam mengendalikan kes liwat Anwar. 

Bukankah kehebatan ilmu undang-undang Karpal yang membolehkan perbicaraan kes liwat kedua ketua umum PKR itu berjaya ditangguh lebih 60 kali ??? Karpal adalah perancang utama dalam mengenalpasti setiap kelompongan dalam undang-undang bagi melepaskan anak guamnya itu daripada hukuman.Samada pasukan pembelaan Anwar mampu melakukan keajaiban undang-undang yang pernah dilakukan Karpal bergantung sejauh mana hebatnya pasukan yang telah ditinggalkan Karpal buat selamanya.Anwar sudah tentu semakin tertekan dan merasakan kehidupannya bertambah sempit tanpa Karpal.Penyokong pembangkang pula dilihat sudah kehilangan arah dan punca dengan kehilangan Karpal sehingga komen-komen menyalahkan Umno mula kedengaran berhubung kematian Karpal. Tahap pemikiran penyokong pembangkang seperti ini tidak ubah seperti pemimpin mereka,Anwar yang membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa beliau boleh menyelesaikan isu kehilangan MH370 dalam satu saat. 

Kematian Karpal menyulitkan lagi dilema yang dihadapi pembangkang dengan keadaan politik PKR yang semakin kusut.Percakaran antara pemimpin PKR merebut jawatan menjelang pemilihan parti itu Mei depan dengan menyalahkan satu sama lain menyebabkan pakatan pembangkang bertambah lemah.Bagaimanapun ini tidak pula bermakna sokongan terhadap pembangkang akan merudum dalam masa terdekat. Apa yang jelas dengan pelbagai tekanan yang dihadapi oleh pakatan pembangkang, cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya juga semakin pudar. Apatah lagi Pas pula sedang bersiap sedia untuk mengemukan bil persendirian berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Dengan pemergian mengejut Karpal yang menjadi penentang hukum hudud paling vokal dalam pakatan pembangkang selama ini, senario penentangan Dap mungkin turut berubah.Samada Kit Siang pula mengambil alih obor penentangan terhadap perlaksanaan hukum hudud adalah menarik untuk diperhatikan dalam masa terdekat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates