Social Icons

Pages

Tuesday, April 22, 2014

FAKTA !!! KEMATIAN #KARPALSINGH !!! ADAKAH WAJAR #PULAUPINANG KIBAR BENDERA SEPARUH TIANG ???


Bendera dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas peristiwa tertentu terutamanya kematian atau kemangkatan seseorang yang begitu banyak berjasa atau pembesar-pembesar negara.Kadangkala,bendera separuh tiang turut dikibarkan atas sebab-sebab bencana besar yang menimpa rakyat dalam negara.Arahan pengibaran bendera separuh tiang untuk seluruh negeri atau negara merupakan satu penghormatan yang sangat tinggi dan tidak boleh diberikan atas kapasiti peribadi atau kelompok kecil masyarakat,jauh sekali parti politik.Berdasarkan hakikat ini,arahan kerajaan Pulau Pinang agar menghormati pemergian Karpal Singh dengan pengibaran bendera separuh tiang dilihat sebagai tidak tepat dan tidak perlu sama sekali.saya tidak pernah menafikan yang mendiang Karpal Singh turut mempunyai jasa di dalam negara,namun hakikat yang perlu diterima ialah jasanya tidaklah seberapa bagi membolehkan beliau menerima penghormatan sebegitu rupa. 

Kita sedia maklum bahawa Karpal adalah seorang peguam yang masyhur serta seorang ahli politik yang terkenal dengan ketegasan.Mendiang dikatakan berprinsip,beradab dan merupakan seorang yang budiman.Kenyataan ini,walaubagaimanapun,masih boleh dipersoalkan kerana mendiang pernah mendedahkan Anwar sebagai peliwat tetapi kemudiannya seolah-olah menafikan pendedahannya sendiri,apabila menjadi peguambela Anwar dalam kes liwat.Sejak itu,Karpal tidak sekali pun tampil menjelaskan apakah kebenaran sebenarnya.apakah mendiang menipu ketika mendedahkan Anwar sebagai peliwat suatu ketika dahulu ??? Atau apakah mendiang ‘sekadar’ tersilap ketika menuduh Anwar sebagai peliwat pada ketika itu ??? Jelas,mendiang bukanlah seorang yang ‘berprinsip’ sepertimana yang dikata.Tindakan Karpal telah membawa kekeliruan dan kekecohan yang berpanjangan dalam politik negara,sekali gus menafikan hak untuk pemergiaannya dihormati sebegitu rupa.Karpal bukan pejuang kemerdekaan,keamanan atau personaliti yang membawa apa-apa perubahan kepada landskap hidup rakyat.

Karpal mungkin pernah membela nasib beberapa orang rakyat dalam kes-kes mahkamah yang dikendalikannya,tetapi semua itu adalah bersifat peribadi antara peguam dengan pelanggan, bukan dengan negara atau rakyat keseluruhan.Karpal mungkin seorang yang banyak berjasa pada DAP,tetapi bukan kepada Pulau Pinang atau Malaysia.Karpal bukan seorang Ketua Menteri tetapi sekadar Ahli Parlimen dan bekas Pengerusi DAP.Malah,perletakan jawatannya sebagai Pengerusi pula adalah akibat didapati bersalah mengikut Akta Hasutan atas tindakannya mempersoalkan tindakan Sultan.Ini membuktikan bahawa Karpal juga bukan seorang warganegara yang baik yang mana menafikan terus kelayakannya untuk diangkat setaraf wira di kala kematiannya. 

Pendek kata,Karpal hanyalah seorang Ahli Parlimen dan belum ada dalam sejarah negara di mana kematian seorang Ahli Parlimen biasa mendapat penghormatan pengibaran bendera separuh tiang seperti Karpal Singh.saya menghormati mendiang serta turut bersimpati dengan keluarganya.Takziah dari kita semua atas pemergiannya.Namun,fakta dan hakikat tidak boleh diketepikan begitu saja.Hakikatnya,Karpal bukan bertaraf negarawan,jauh sekali pahlawan.Faktanya,Karpal hanyalah seorang ahli politik sama dengan ahli-ahli politik lain.Justeru,tindakan Pulau Pinang memberi penghormatan pengibaran bendera separuh tiang dilihat sebagai keterlaluan dan tidak wajar sama sekali.Malah,ia dilihat sebagai satu penghinaan kepada tokoh-tokoh negarawan dan pahlawan yang benar-benar berjasa kepada negara ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Tunggu Rear-Admiral mati, kita tengok berapa jauh bendera diturunkan?

Anonymous said...

Lu tatak tau ah!..ini negala 'Republic People's Of Penang'.

Hj Mohammad Hj Dit said...

Ini baru Karpal Singh sebagai MP Jelutung sudah 1/2 tiang bendera. Bayang pula tidak lama lagi Lim KS mampus atau Lim GE mampus ingat2 apa depa Cina DAP akan lakukan? Saya ingat cuti umum 7 hari agar semua Cina DAP menangis 7 hari 7 malam. Berkabung satu bulan pakai baju hitam dan lilit kepala dgn kain putih. Huh, tu dia baru berbaloi habiskan duit raayat. Satu Penang banjir dgn air mata. Baru harga air bersih diturunkan sebab Penang sudah mempunyai air berlebihan.

 
 
Blogger Templates