Social Icons

Pages

Sunday, January 20, 2013

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! KARPAL SINGH BELASAH PAS !!! APA CERITA NI ??? MANA ISLAM PAS ???


Pengerusi DAP Kebangsaan,Karpal Singh akan meminta Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.Karpal dilaporkan Sinar Harian berkata Hadi perlu melakukan perkara itu supaya keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Jan tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu. 

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada sidang media di Georgetown hari ini.Ahad lalu,Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan sebulat suara bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak. 

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna,tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.Hadi juga termasuk salah seorang ahli Majlis Syura Pas yang bersetuju dengan keputusan tersebut.Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu. 

Semalam,Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.Nik Aziz berkata,perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 

Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata,pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu. Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: “Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas… dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas.” Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan. “Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak,” katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH !!!


RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

BESAR jugak ler DAP's damaged reputation kerana pemilihan CEC dan isu Melayu palsu si Zairil KJ. Hahahaha...sampai Karpal dan LEC kena berulang kali mainkan isu kalimah Allah untuk mengalih perhatian rakyat Malaysia dari terus bercakap pasal reputasi DAP yg teruk tercalar dek kerana isu itu. CAT, my ass!
Ingatlah wahai orang Melayu, mereka ingin melekakan kita dari terus memberikan perhatian kepada isu yg sebenar yg meruntuhkan reputasi mereka. Jadi, aku yakin isu kalimah Allah akan terus dibangkitkan setiap kali DAP ada krisis dalaman. Hanya untuk alih isu. JANGAN TERUS DIPERBODOH. JANGAN MAKAN UMPAN MEREKA.

Anonymous said...

PAS hanya berani kritik orang Islam je,macam diaoranglah paling ISLAM,dgn Karpal baru temu buku dgn ruas,Ada beraniiiiii.....kalau karpal bersarban sah akan dilantik jadi Pemimpin PAS,

Anonymous said...

Bagaimana pula dengan tanah di Kelantan yang telah jatuh kapada 2 DAPIGS???
hILANG TERUS KE CERITA NYA???

Anonymous said...

Hilang ghuyob la tu. Itulah buah tangan nick ajis yang tak boleh dipuji...

 
 
Blogger Templates