Bak kata pepatah ‘kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa’.Ekoran
mulut lancangnya menghina ‘Institusi Diraja Perak’ Pengerusi DAP,Karpal Singah
bakal berdepan hukuman dengan denda dan penjara.Ia ekoran dari keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah kerana
mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung
pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak
pada 2009.Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman
maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.Mahkamah
kemudiannya menetapkan 11 Mac sebagai tarikh baharu untuk mitigasi dan
menjatuhkan hukuman terhadapnya.
Namun Gobind Singh Deo yang mewakili bapanya,memohon sedikit masa untuk
menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman termasuk dokumen sokongan seperti
rekod kesihatan Karpal.Sebelum ini,Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada
pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun,Mahkamah Rayuan pada 20 Januari
2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan
pihak pendakwaan.Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Datuk
Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan
demikian selepas berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima
facie terhadapnya.Alasan lain ialah Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa perkataan-perkataan
yang diucapkan oleh peguam tersebut mempunyai kecenderungan menghasut dan
menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap Sultan Perak.
Hal demikian disebabkan perkataan-perkataan itu cenderung untuk merendah-rendahkan Sultan Perak dengan mempertikaikan kuasa prerogratif (hak istimewa)
baginda yang termaktub di bawah perlembagaan. Sekiranya keputusan tersebut kekal,ahli parlimen Bukit Gelugor itu akan hilang
kelayakan sebagai wakil rakyat selari dengan peruntukan yang termaktub di dalam
perlembagaan negara.Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang
ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara
setahun atau didenda RM2,000 atau lebih serta tidak mendapat pengampunan.Sekiranya hukuman tersebut kekal, Karpal bukan sahaja terpaksa mengosongkan
kerusi parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya malah dia juga bakal kehilangan
jawatan parti sebagai Pengerusi DAP Pusat.
Ini kerana perlembagaan parti itu turut menetapkan mana-mana ahli parti yang didapati
bersalah terhadap sebarang pertuduhan jenayah,mereka tidak dibenarkan untuk
memegang, menawar diri atau bertanding dalam apa-apa jawatan.
Malah perkara itu turut diakui oleh Karpal yang merujuk situasi sama yang dihadapi
Setiausaha Agung parti,Lim Guan Eng,yang didapati bersalah bagi pertuduhan sama
pada 1998, dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.Guan Eng hanya kembali aktif
berpolitik pada 2004.Pimpinan PR sebelum ini pernah meminta kerajaan Barisan Nasional agar
membatalkan semua pertuduhan yang melibatkan wakil-wakil rakyat dari pembangkang
kononnya bagi menghormati proses perdamaian nasional.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Sultan Perak memang bodoh, sebab itulah jadi anjing UMNO............manusia yang tidak berprinsip.
sape ko bodoh nk pertikai sultan? ko lgi bodoh nk hina sultan tpi dok kt malaysia. mmg keturunan penderhaka ko ni..
Hmm siapa yg sebenarnya bodoh. Sultan atau karpal atau awak anon 8.07?
Tiada kena mengena dgn sultan.
Sebab skrg ni KARPAL DIDAPATI BERSALAH dan dijatuhan hukuman.
Post a Comment