sebelum ini bila 10 YB PKR keluar jadi Bebas (5 ADUN, 5 MP) kita gelar PKR Parti Keluar Ramai2..Dgn kes terkini, PKR ialah kini sebuah Parti Kian Rebah..Kenyataan bahawa cuma sedikit ahli yg mengundi utk pemilihan berkaitan ( cuma 6 ribu ahli ) menunjukkan yg PKR sudah kehilangan sokongan dari ahli-ahli mereka sendiri..Ratusan rekod tidak puas hati tentang sistem pemilihan yg dikatakan penuh penipuan adalah suatu yg memalukan kpd sebuah parti yg mencanangkan konon menjunjung keadilan & ketelusan.
Pastinya ahli2 PKR sekarang ini keloh kesah, gundah gulana..Saya ingin mencadangkan agar mereka yg sudah muak, sudah bosan dgn PKR, maka silalah masuk ke mana2 komponen BN, UMNO dan parti lain tu pun yang parti lain,lebih kurang jer..Dengan pendedahan Dato Zaid & Saudara Mustafa Kamil itu, PKR sebenarnya adalah parti pilihan terakhir jika ada sesiapa ingin menyertai pembangkang,yg pastinya bukanlah cadangan saya.
Saya cadang,bersatulah di bawah BN & UMNO kerana kami lah sebenarnya parti yg membela rakyat, mendahulukan rakyat & menjuarai kehidupan rakyat..Zaid sebut bahawa PKR parti yg penuh kepalsuan..Mustafa beri kata dua,ultimatum..Wahh ini sudah suatu pembongkaran bangkai politik yg amat busuk dan mesti dijauhi sejauh-jauhnya oleh rakyat terbanyak..
Apa lagi, tinggalkan sahaja PKR itu..Parti serpihan utk matlamat peribadi dlm sejarah mmg tak akan bertahan lama..Parti jalanan yg dulu sibuk dgn laungan reformasi, skrng sibuk membaling kerusi (kata Presiden UMNO dlm ucapan Penggulungan Perhimpunan Agong baru2 ini), bukan parti yg patut dijadikan pilihan..UMNO utk alif ba ta, agama bangsa tanahair, perjuangan yg amat murni..BN pula utk membangunkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum..PKR kini adalah sedang retak menanti belah..
Sebelum kapal berlubang-lubang ini karam, eloklah selamatkan diri.. Tinggalkan nakhodanya yg Zaid sebut punyai masalah peribadi yg dia perlu selesaikan sendiri..Mari kita bantu PM & TPM dlm bahtera 1Msia yg menuju kemajuan utk semua rakyat di kota & di desa, berdasarkan prinsip keadilan sebenar.
SUMBER DATO AHMAD MASLAN
POST BY WAYNE...
2 comments:
Anwar tak kisah lah bang. malah dia memang suka tengoh yang rebah-rebah ni...kena lagi yang rebah tu jambu.he he he
hehehe...
Post a Comment