Lebih baik terlambat dari tidak sedar langsung. Itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan pemikiran penyokong PAS Kelantan mengenai Nik Aziz.
Selama 20 tahun Nik Aziz dipuja bagai dewa, gambarnya dilekatkan di kereta-kereta, malah digantung di rumah-rumah bagaikan tokong oleh penyokong-penyokong PAS. Jangankan mengkritik Tok Guru itu, mempersoalkan kata-katanya juga tidak boleh dan dianggap mengundang bala kerana keramatnya Nik Aziz mengikut pemikiran mereka.
Bekas rakan sepejabat penulis, seorang jurutera dari Kelantan juga adalah antara pemuja tegar Nik Aziz dan cukup gerun jika penulis mengkritik Nik Aziz. Begitulah hebatnya penangan Mursyidul Am PAS, Dewa Nik Aziz Nik Mat ini sehingga golongan terpelajar juga terpengaruh.
Pada suatu ketika, Nik Aziz dilihat sebagai berfikiran matang, Ulama sebenar, tidak terpalit kotoran politik walaupun menduduki takhta tertinggi Parti.
Nik Aziz juga dilihat cukup tegas dengan pendirian yang tidak suka bercampur gaul dengan bukan Islam jauh sekali bekerjasama dengan mereka. UMNO dianggap kafir hanya kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC lalu semua pengikut Nik Aziz juga menelan fatwa tersebut bulat-bulat sehinggakan ada rumah tangga dan masyarakat kampung bergaduh dan berpecah belah.
Selama 20 tahun Dewa Nik Aziz ini berjaya melemahkan masyarakat Islam di Malaysia. Tetapi hari ini, Alhamdulillah! Kita sudah melihat semakin ramai Umat Islam di Malaysia yang sedar dan mula mempersoalkan pendirian dan pemikiran Nik Aziz. Buktinya ialah keputusan Pilihanraya Kecil Galas yang memihak kepada BN dengan majoriti undi melebihi 1,000.
Sesiapa yang mengikuti kempen pilihanraya di Galas juga boleh melihat sendiri bagaimana Nik Aziz ditempelak dan calon PAS juga terpaksa berhadapan dengan soalan-soalan dan peringatan-peringatan dari rakyat yang tidak puas hati atau berang dengan pentadbiran PAS selama ini.
Ini bukti jelas bahawa Nik Aziz bukan lagi dewa, pendita, tokong, wali jauh sekali Mursyid. Dia kini hanyalah seorang tua nyanyuk, manusia tanpa pendirian, pemimpin yang tiada kredibiliti dan perosak ummah.
Nik Aziz begitu takbur, bongkak dan riak dengan ilmu agamanya yang pada hakikatnya tidaklah seberapa dengan sekeping kertas pengiktirafan dari Deobond India. Sikap Nik Aziz langsung tidak menepati ciri-ciri Ulama yang sepatutnya merendah diri. Dia sering menghina, memperlekeh dan merendahkan orang lain dan pemimpin lain yang tidak sebulu dengannya, yang mana amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Hari ini, segala apa yang dituduh dan ditujukannya kepada orang lain mula memakan dirinya sendiri. Jika dulu dia menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai gila kuasa tetapi kini nampaknya dia jauh lebih gilakan kuasa dari Tun Dr. Mahathir yang telah lama bersara walaupun pemikiran beliau masih mengungguli para pemimpin dunia yang lain. Sedangkan Nik Aziz sendiri mengakui ingin terus berkuasa selama yang mungkin.
Nik Aziz sedang meniti kejatuhannya secara perlahan-lahan. Namun, ego yang melebihi saiz serbannya tidak membenarkan dia mengakui hakikat ini. Dia yakin syurga adalah miliknya. Keangkuhannya mampu menggetarkan hati siapa saja yang mendengar.
Sebagai saudara seagama, dengan penuh rendah diri dan insaf, kita mendoakan agar Nik Aziz sedar dan kembali berpijak di bumi nyata. Seorang wali tidak akan sekali-kali angkuh, bongkak, takbur dan ego. Seorang Mursyid tidak akan sekali-kali menghina dan memperlekeh orang lain. Seorang Ulama tidak akan sekali-kali memecahbelahkan Ummah dan mengeluarkan fatwa yang bertentangan mengikut kepentingan politik partinya.
Malah seorang Ulama sebenar tidak akan turut berpolitik tetapi akan menghabiskan masanya berbuat kebajikan, menyebarkan dakwah dan memimpin ummah menjadi manusia yang mampu membawa kebaikan kepada dunia dan di masa sama mampu menjaga iman sepanjang hidupnya.
Terpulanglah kepada orang-orang sekeliling Nik Aziz, iaitu ulama-ulama yang mengakui diri mereka sebagai saudara seagama, sahabat dan rakan seperjuangan politiknya untuk menjalankan tugas mereka membawa Nik Aziz kembali ke alam kenyataan. Sesungguhnya sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk saling memperingatkan sesama mereka agar tidak alpa dan tidak melampaui batas memandangkan merekalah yang melantik diri mereka sendiri sebagai ulama.
DI PETIK DARI Malaysia Instinct
POST BY WAYNE...

No comments:
Post a Comment