"Sekiranya beliau mempunyai inspirasi untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat, adalah lebih baik ia diadakan secara serentak," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman rasminya semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas menerima kunjungan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.Abdul Taib sekembalinya dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini mengatakan bahawa beliau telah mempunyai 'inspirasi' mengenai bila pilihan raya negeri akan diadakan.
Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.Abdul Taib berkata, apa yang perlu dilakukan sekarang adalah mempersiapkan jentera pilihan raya negeri.Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri,62 daripadanya dikuasai oleh BN.
saya pun dah rasakan bahang nya dari KL ni.bulan Mac atau April ni tunggu ye,kami pun akan turun ke Sarawak dan akan membuat liputan PRU di sana.
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment