Apa sudah jadi dengan penyokong2 Pas sekarang tidak takut berdosa ke, sedarlah perbuatan memfitnah, mencaci dan mengumpat jelas diharamkan Allah SWT seperti yang terkandung dalam ayat 10-11 surah al-Hujurat yang bermaksud: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10)
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11)
Perbuatan yang haram atau dilarang oleh agama ini, jika dilakukan, sangat besar dosanya. Perbuatan ini sebenarnya, adalah hasil hasutan Iblis seperti yang difirmankan Allah SWT dalam surah al-Dzukhruf : 36-37: Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36) dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (37)
Wallahu a’lam
POST BY WAYNE...
1 comment:
mereka takkan faham semua ni bro... dah didoktrinkan otak mereka bahawa umno kapir, kalahkan umno at all cost bererti masuk syurga.
Post a Comment