Social Icons

Pages

Saturday, December 04, 2010

GEMPAR !!! ANWAR CUBA MEMERANGKAP D.S NAJIB !!!

Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya mendambakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Syed Ali Alhabshee berkata,soal pilihan raya umum tidak perlu terlalu dilayan oleh kerajaan kerana Barisan Nasional (BN) masih mempunyai mandat sehingga 2013.

Menurut Syed Ali,Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja memalu gendang pilihan raya dengan harapan kerajaan akan terperangkap bagi membolehkan pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya digugurkan.

"Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan tahun depan bagi membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO,Anwar sengaja berbuat demikian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada tahun depan, jadi peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik jika PRU-13 dilakukan pada 2011," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas polemik mengenai khabar angin kononnya PRU Ke-13 akan dilaksanakan pada tahun depan dalam blognya.

UNTUK MAKLUMAT LAJUT

SILA KLIK DISINI

POST BY WAYNE...

No comments:

 
 
Blogger Templates