laporan dari UTUSAN menyebut bahawa Timbalan Perdana Menteri berkata,para peneroka sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka,bukannya terpengaruh dengan hasutan serta tohmahan liar pihak berkenaan.
Sambil menyifatkan tindakan segelintir peneroka menyaman Felda sebagai 'menang jadi arang, kalah jadi abu',beliau berkata,peneroka yang membenarkan diri dipergunakan hanya merosak nama baik mereka sendiri.Pada masa yang sama,beliau turut menggelarkan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempengaruhi peneroka Felda sebagai "tidak beretika" kerana mahu mengeliru dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.
"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan liar pihak-pihak tertentu yang berniat untuk mengambil kesempatan ke atas peneroka.Golongan ini mengambil kesempatan dengan dua tujuan iaitu kepentingan politik dan perniagaan.
"Tujuan mereka adalah untuk mengeliru dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.Pihak tindak bertanggungjawab ini mempunyai agenda politik sempit dan bertujuan menjatuhkan imej kerajaan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Anugerah Semai Bakti Felda 2010, di Dewan Perdana Felda,semalam.
POST BY WAYNE...
No comments:
Post a Comment